You are on page 1of 35

SULIT 1103/1

Bahagian A

(30 markah)

( Masa dicadangkan : 45 minit)

Lihat ilustrasi kartun di bawah ini dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan riadah dalam kehidupan. Panjangnya


huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN AKTIVITI RIADAH

Memupuk Kasih Sayang Memanfaat Masa Terluang

Mencerdaskan Minda

1103/1 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/1

BAHAGIAN B

( 100 Markah )

(Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit )

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Banyak pilihan kerjaya yang terdapat di Malaysia pada masa ini.


Jelaskan kerjaya yang menjadi pilihan anda dan sebab-sebabnya.

2. Ibu bapa perlu sentiasa memantau penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak
agar tidak terpengaruh dengan pelbagai kesan negatif daripada laman sosial yang
diperoleh melalui Internet.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam mengawal
penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak.

3. Kos sara hidup yang tinggi dapat diatasi dengan adanya sikap berjimat cermat.
Ulaskan pernyataan tersebut.

4. Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk Pengaruh Filem-filem Barat
Terhadap Masyarakat di Sesebuah Negara.
Tulis rencana itu selengkapnya.

5. Kerajinan dalam melakukan sesuatu merupakan maksud bagi peribahasa bagai


lebah menghimpun madu.

Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut untuk dimasukkan dalam


majalah sekolah anda.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan-kepentingan
pelaburan dalam saham amanah kepada masyarakat dan langkah menggalakkan
masyarakat membuat pelaburan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Melabur dalam unit amanah merupakan salah satu kaedah pelaburan mudah yang boleh
dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin menikmati kesenangan dalam jangka panjang.
Kelebihan melabur dalam unit amanah antaranya ialah modal permulaan yang tidak terlalu besar
dan risiko pelaburan yang rendah. Antara unit amanah berisiko rendah dan paling mudah disertai
ialah unit amanah harga tetapseperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), ASB3, Amanah Saham
Wawasan 2020 (ASW 2020) dan Amanah Saham Didik (ASD) yang diuruskan oleh Amanah
Saham Nasional Berhad (ASNB). Semua dana yang diwujudkan ini merupakan satu dana
pelaburan yang baik untuk melatih rakyat menyimpan sambil melabur.

Pelaburan dalam saham amanah merupakan satu-satunya institusi kewangan yang


menawarkan kemudahan kecairan paling pantas berbanding pengurusan dana lain. Sebagai
contoh, para pelabur yang memerlukan wang boleh menjual semula unit saham mereka kepada
pengurus dana pada hari perniagaan dan akan dibayar pada hari yang sama. Selain itu,
masyarakat bumiputera boleh melabur secara tunai dalam semua unit amanah berkenaan demi
membina tabungan yang kukuh tanpa sebarang masalah malahan mereka boleh melabur pada
bila-bila masa mengikut kemampuan.

Pelaburan melalui amanah saham merupakan satu langkah bijak untuk masa hadapan
kerana pelaburan saham ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Oleh yang demikian, para pelabur
tidak perlu risau terhadap masalah berkaitan salah laku pengurusan, kehilangan dana, keadaan
ekonomi serta berbagai-bagai lagi faktor lain yang boleh menggugat pelaburan. Kini, pelaburan
melalui saham amanah telah berkembang dengan pesat. Nilai pegangan ekuiti saham amanah
terus meningkat dan terus berkembang. Secara tidak langsung, saham amanah mampu memacu
pertumbuhan ekonomi negara.

Pelaburan dalam unit amanah disifatkan paling mudahsehingga ada dalam kalangan
masyarakat sering membuat kesilapan dalam pelaburan .Antara kesilapan yang sering dilakukan
ialah terdapat sesetengah golongan yang menunggu terlalu lama untuk melabur sehingga
akhirnya mereka tidak membuat pelaburan. Seterusnya, mereka tidak mempunyai matlamat
pelaburan yang khusus dan hanya melabur kerana tertarik kepada pengisytiharan dividen sahaja.
Mungkin juga ada yang membuat pelaburan kerana terpaksa.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pilihan Bijak dalam


Pelaburan Unit Amanah’ Oleh Muhammad Ridzuan Amin
dan Lina Ahmad Siri Bijak Urus Wang

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) - Petikan umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menikmati kesenangan.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh orang ramai
dalam membuat pelaburan.

Apakah kesilapan-kesilapan tersebut?


[3 markah]

(iii) Statistik menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia tidak berminat membuat
pelaburan.

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Malaysia kurang berminat membuat


pelaburan?
[4 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?

CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya
PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru
menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk
pembinaan sahsiah diri.Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan
semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan
kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi
nilai-nilaimurni. Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak
mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara
Malaysia.

AH TIAU : Apakah objektifnya, cikgu?

CIKGU DAHARI : Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat
patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia.Kedua,
memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasin asional, dan yang
ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

SYUHADA : Saya lihat logo PLKN sangat menarik. Tentu ada makna yang
tersirat.

Dipetik daripada drama “Berkhidmat Untuk Negara” oleh Affix


Zulkarnaen Adam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Senaraikan objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan punca remaja hari ini kurang berminat untuk menyertai
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
[3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu
latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan drama.
[4 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka
Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu
marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka
Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya
hendak menyerang Melaka, sembahnya, "Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan
Melaka itu."

Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka
baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil-
kecil tiada terbilang lagi, sekadar menantikan musim juga lagi.

Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan


menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi
Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal
orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi
Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau
Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka
dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik
panahnya itu, "Mati engkau, Cau Pandan."

Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab
itu, "Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat."

Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada'


dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

(i) Berikan maksud rangkai kata menyuruh berlengkap.


[2 markah]

(ii) Nyatakan tindakan Sidi Arab setelah mendengar khabar bahawa Cau Pandan akan
menyerang Melaka.
[3 markah]

(iii) Jelaskan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh seseorang pemerintah untuk mengelakkan
negaranya terlibat dalam peperangan.
[3 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2 (d) – Puisi Moden

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Kudup Perang

Sementara dia bergelar panglima Andai namamu Jebat, kita masih tidak
laskar perang; yang terus-menerus menggelarnya sebagai pengkhianat
membajakan kezaliman – sering kerana kita masih menangisi
mengudupkan putik dendam peta keadilan yang tersiat – nun, karam
kita masih perlu berterima kasih di lautan kesumat
kepada jari-jemari takdir sedang warga memanggilnya keramat.
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari perang pun melecurkan lidah muslihat
sempat juga menadah sejambak puisi bercabang lalu bertemu bayu palsu;
untuk sehari lagi; sambil bertanya: bertiup dan memindahkan kebenaran pada
siapakah pahlawan yang asli? tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
Memang kita tidak sempat menjenguk menjungkitkan amarah pada damainya
ke luar jendela;sewaktu fajar menghembus teramat lara kita menjahit semula
ringkik kuda, gemerincing perca-perca bahagia – seperti perawan
pedang pusaka yang dibungkamkan cinta pertama.
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya Sehingga senja tiba,
menumbuhkan kelopak rahsia kita masih bertengkar
dalam keliru, tertanya-tanya kita tentang siapa
tangan mana yang memenggal pahlawan sebenarnya.
leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih


tidak mahu Dipetik daripada sajak ‘Kudup Perang’
menyanjungnya pendekar paling gagah oleh Tuah Sujana
kerana takhta setia terbina dalam antologi Sejadah Rindu,
di istana wangsa Kementerian Pendidikan Malaysia
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan maksud rangkap pertama sajak.


[2 markah]

(ii) Rangkap keenam sajak tersebut menyedarkan kita bahawa sehingga kini, masyarakat
masih bertengkar untuk menentukan pemimpin yang benar-benar berwibawa.

Kemukakan tiga cara untuk mengatasi kemelut ini.


[3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) jerih-perih
(ii) karut-marut
(iii) degap-degup
(iv) colorong-celoreng
(v) kembang-kuncup
(vi) licin-licau

[6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Murid tersebut tidak dapat menjelaskan yuran lawatan ke Kuala Lumpur kerana
tidak berkemampuan.

(ii) Sebanyak 40 orang pelajar telah menerima surat pelantikan sebagai pegawas
Sekolah Kebangsaan Batu Merah.

(iii) Setelah beberapa bulan membuat segala persiapan majlis perkahwinan abang,
kami sekeluarga pun menerima para tetamu dengan tangan terbuka.

[6 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Antara intipati ucapan pengurus syarikat tersebut ialah pemasalahan disiplin
yang berlaku kerana para pekerja tidak menghayati peraturan-peraturan syarikat.

(ii) Para pelajar diminta untuk menguasai sub-tajuk dalam mata pelajaran Sains
agar tercapai keputusan cemerlang.

(iii) Tiba-tiba syiling dewan orang ramai yang terbakar itu jatuh sebelum tetamu
dewan itu selamatkan diri.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Barang- barang dari Syarikat Azim begitu laris sekali jualannya kerana syarikat
ini amat mementingkan kuantiti produknya.

(ii) Banyak pepohon rhu di tepi pantai yang sudah tua itu ditebang untuk
menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

(iii) Sejak awal tahun lagi, Pak Manan telah bersiap siaga untuk menguruskan
bendangnya yang terletak tidak jauh daripada rumahnya.

[6 markah]

(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan peribahasa di bawah:

(i) Membuka pekung di dada


(ii) Bagai pinang dibelah dua
(iii) Bagai mencurah air ke daun keladi

[6 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib


(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Tirani karya Beb Sabariah
(vi) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(vii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Tema merupakan persoalan pokok yang menunjangi penceritaan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan tema novel tersebut beserta dua
bukti yang menyokong tema tersebut.
[7 markah]

(b) Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan
sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan konflik yang dihadapi oleh
watak utama dan cara menyelesaikannya.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


PANDUAN PEMERIKSAAN

SOALAN BAHAGIAN A

1. Format penulisan ulasan : T - menepati tugasan


I - idea relevan, huraian jelas
B - gramatis dari segi kata dan ayat

2. Calon diminta menulis karangan yang panjangnya 200 patah perkataan ke atas.
3. Calon boleh menulis lebih daripada 250 patah perkataan.
4. Sekiranya calon menulis kurang daripada 200 patah perkataan – rujuk kriteria
dalam peraturan pemarkahan.
5. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan idea-idea yang diberikan dalam
soalan.
6. Jika huraian idea jelas, menarik dan matang dengan tiga idea – calon layak
mendapat peringkat cemerlang.
7. Sekiranya calon menggunakan satu atau dua sahaja idea daripada soalan dan
ditambah dengan idea sendiri – calon layak mendapat peringkat cemerlang.
8. Calon yang hanya menghuraikan dua idea sahaja – semak seperti biasa dan
rujuk kriteria dalam peraturan pemarkahan.
9. Calon yang tidak menghuraikan mana-mana idea yang diberikan dalam soalan
tetapi mengemukakan idea sendiri – diterima dan markah maksimum peringkat
Memuaskan.
10. Pada akhir karangan pelajar, pemeriksa perlu menulis peringkat dan markah
calon.

Contoh,
Cemerlang - 26
Bahagian A
(30 markah)
KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


Cemerlang 26 – 30 - menepati tema bahan rangsangan
(28 – 30) - bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
(26 – 27) - penggunaan tanda baca betul dan tepat
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi dan
menggunakan ungkapan yang menarik
- idea relevan, huraian jelas dan matang

Kepujian 20 – 25 - menepati tema bahan rangsangan


(23 – 25) - bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
(20 – 22) - penggunaan tanda baca betul dan tepat
- penggunaan kosa kata luas
- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi
- idea relevan, huraian jelas

Memuaskan 15 – 19 - masih menepati tema bahan rangsangan


(17 – 19) - bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat
(15 – 16) - penggunaan tanda baca masih betul dan tepat
- penggunaan kosa kata umum
- wacana masih lengkap, unsur bahasa masih
bervariasi
- idea masih relevan, huraian masih jelas

Kurang 10 -14 - masih/kurang menepati tema bahan rangsangan


Memuaskan (12 – 14) - bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat
(10 – 11) - kesalahan tatabahasa/ejaan ketara
- penggunaan kosa kata terhad
- wacana kurang lengkap, unsur bahasa kurang
bervariasi
- idea masih/kurang relevan, huraian
masih/kurang jelas

Pencapaian 01 – 09 - murid tidak menunjukkan penguasaan - murid tidak menunjuk


Minimum (06 – 09) kemahiran menulis
(01 – 05) menulis
- murid tidak memahami tema bahan rangsangan
- idea tidak menepati tema bahan rangsangan

Catatan : - Tiada pemotongan markah bagi setiap kesalahan ejaan


- Calon digalakkan menggunakan ungkapan menarik (peribahasa,
kata-kata hikmat, petikan hadis, slogan, petikan ucapan, pantun,
maksud al-Quran dan sebagainya)
Bahagian B
Perincian Pemarkahan
Cara Pemeriksaan :

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria


yang ditetapkan
2. Jika karangan : a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa
b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir
karangan

3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah


4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum
ialah sebanyak 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan
yang berulang
5. Cara menanda kesalahan isi , ejaan dan tanda baca :

( ) = Kesalahan isi

_______ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

Bahagian B : Karangan Respons Terbuka


(100 markah)
KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


CEMERLANG 80 – 100 - penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan
(90 – 100) tepat
(80 – 89) - penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
- ejaan dan tanda baca betul
- laras bahasa sesuai dengan tugasan
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan
dengan jelas dan matang, disertakan dengan
contoh yang sesuai
- pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai
- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan
idea yang jelas antara perenggan
- penggunaan unsur bahasa bervariasi
- gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,
pantun, cogan kata atau frasa
KEPUJIAN 66 – 79 - penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
(73 – 79) - penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
(66 – 72) tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- ejaan dan tanda baca betul
- laras bahasa sesuai dengan tugasan
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan
dengan jelas dan matang, disertakan dengan
contoh yang sesuai
- pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai
- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan
idea yang jelas antara perenggan
- penggunaan unsur bahasa bervariasi
- gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa
BAIK 51 – 65 - penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai
(58 -65) - penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi
(51 – 57) terdapat kesalahan yang minimum
- penggunaan kosa kata umum
- laras bahasa sesuai mengikut tugasan
- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi
masih jelas dan contoh masih sesuai
- wacana masih lengkap
- penggunaan unsur bahasa masih bervariasi
- gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan kurang
berkesan
MEMUASKAN 36 – 50 - penggunaan pelbagai jenis kata terhad
(43 – 50) - ayat kurang gramatis
(36 – 42) - ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat
kesalahan
yang minimum
- laras bahasa kurang sesuai
- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi
kurang jelas dan contoh kurang sesuai
- wacana masih/kurang lengkap
- penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi
- gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan kurang
berkesan
KURANG 21 – 35 - penggunaan kata kurang tepat
MEMUASKAN (28 – 35) - ayat tidak gramatis tetapi masih difahami
(21 – 27) - terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang
ketara
- idea masih relevan/idea bercampur aduk dan
huraian
tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak
sesuai
- pengolahan tidak menarik
- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang
- Unsur bahasa tidak bervariasi/lemah
- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan lemah
PENCAPAIAN 01 – 20 - keseluruhan karangan menunjukkan penggunaan
MINIMUM (11 – 20) kata dan ayat yang tidak gramatis
(01 – 10) - kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/tidak
berkembang dan contoh tidak sesuai
- pengolahan tidak menarik
- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang dan tidak sesuai
- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik
- keseluruhan karangan sukar/tidak difahami
Soalan 1
Banyak pilihan kerjaya yang terdapat di Malaysia pada masa ini.
Jelaskan kerjaya yang menjadi pilihan anda dan sebab-sebabnya.

Kehendak Soalan

1. Calon mesti menjelaskan satu contoh kerjaya yang menjadi pilihan dan sebab-
sebab kerjaya itu dipilih.
2. Jika calon menulis lebih daripada satu kerjaya dan sebab-sebabnya. Markah di
peringkat baik.
3. Calon hanya menulis kerjaya berdasarkan pemerhatiannya sahaja / kerjaya
yang dipilih dihuraikan secara umum sahaja. Markah calon peringkat
memuaskan.

Soalan 2

Ibu bapa perlu sentiasa memantau penggunaan Internet dalam kalangan


anak-anak agar tidak terpengaruh dengan pelbagai kesan negatif daripada
laman sosial yang diperoleh melalui Internet.

Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam mengawal
penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak.

FORMAT : Tiada

Kehendak Soalan

1. Calon mesti menghuraikan peranan ibu bapa mengawal penggunaan Internet


dalam kalangan anak-anak untuk mengelakkan kesan negatif. Markah calon
peringkat Cemerlang.
2. Calon menghuraikan peranan ahli keluarga yang lain selain ibu bapa, Markah
calon peringkat kurang memuaskan.
3. Calon menyatakan peranan ibu bapa tetapi tidak dikaitkan dengan kesan
negatif. Markah calon peringkat baik.
4. Calon tidak menyatakan kesan negatif daripada Internet. Markah calon
peringkat memuaskan.
5. Calon menulis kesan negatif daripada laman sosial tetapi tidak dikaitkan
dengan peranan ibu bapa. Markah calon peringkat kurang memuaskan.
Soalan 3

Kos sara hidup yang tinggi dapat diatasi dengan adanya sikap berjimat cermat.

Ulaskan pernyataan tersebut.

Kehendak Tugasan

1. Calon mesti mengulas bagaimana sikap berjimat cermat dapat mengatasi kos
sara hidup yang tinggi. Markah calon peringkat Cemerlang.
2. Calon hanya menulis langkah berjimat cermat tanpa dikaitkan dengan
peningkatan kos sara hidup. Markah calon peringkat Baik.
3. Calon menghuraikan kesan kenaikan kos sara hidup tetapi tidak dikaitkan
dengan sikap berjimat cermat. Markah calon peringkat Memuaskan.

Soalan 4

Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk Pengaruh Filem-filem Barat
Terhadap Masyarakat di Sesebuah Negara.

Tulis rencana itu selengkapnya.

FORMAT : Rencana
Tolak 1 markah jika calon tidak menulis tajuk
Tolak 1 markah jika calon tidak menulis nama penulis rencana

Kehendak Soalan

1. Calon perlu menulis rencana yang berkaitan pengaruh filem Barat terhadap
masyarakat di sesebuah negara. Markah calon peringkat Cemerlang.
2. Calon tidak menulis berdasarkan format rencana walaupun karangan tersebut
sangat cemerlang, calon tidak layak mendapat markah cemerlang.
3. Calon menulis rencana berkaitan pengaruh filem bukan dari Barat. Markah
calon peringkat Baik.
4. Pengaruh filem Barat sama ada positif atau negatif boleh diterima.
5. Calon menulis kesan positif baik atau kesan negatif filem tempatan. Markah
calon peringkat Kurang Memuaskan.
6. Calon menulis kesan positif atau kesan negatif filem tempatan dan menyetuh
pengaruh filem Barat. Markah calon peringkat Memuaskan.
Soalan 5

Kerajinan dalam melakukan sesuatu perkara merupakan maksud bagi


peribahasa bagai lebah menghimpun madu.

Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut untuk dimasukkan


dalam majalah sekolah anda.

FORMAT : Cerpen

Kehendak Tugasan

1. Calon dikehendaki menulis sebuah cerita yang menepati maksud


peribahasa yang diberi. Markah calon peringkat Cemerlang.
2. Cadangan isi untuk menulis cerita mestilah menepati keperluan seperti
mempunyai permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian.
3. Cerita yang ditulis mestilah mengandungi nilai murni dan pengajaran
yang dapat dijadikan teladan.
4. Calon menulis usaha-usaha yang menunjukkan kerajinan tetapi bukan
dalam bentuk cerita. Markah calon peringkat Memuaskan.
SULIT 1103/2

Soalan 1
Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah


(b) bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

(i) Panduan mengira perkataan:


Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
- nama khas
- perkataan berganda / berulang
- penggunaan kata sendi ’di’ dan ’ke’
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja
sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang
selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Isi Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

(iii) Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup / 2
Kesimpulan

Jumlah markah 20
1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT
SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat pelaburan


dalam amanah saham kepada masyarakat di Malaysia/ di negara ini. 2

Rumusan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat pelaburan


dalam amanah saham kepada masyarakat dan langkah
menggalakkan masyarakat membuat pelaburan. 2

Petikan/Rumusan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat


pelaburan dalam amanah saham kepada masyarakat. 1

Petikan membincangkan langkah-langkah meningkatkan minat


terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat. 0

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]


Kepentingan pelaburan kepada masyarakat:
1. Modal permulaan yang tidak terlalu besar. 2
2. Risiko pelaburan yang rendah. 2
3. Untuk melatih rakyat menyimpan sambil melabur. 2
4. Satu-satunya institusi kewangan yang menawarkan kemudahan
kecairan paling pantas. 2
5. Masyarakat bumiputera boleh melabur secara tunai. 2
6. Mereka boleh melabur pada bila-bila masa mengikut
kemampuan. 2
7. Langkah bijak untuk masa hadapan sekolah harus didedahkan
dengan pengetahuan pelaburan. 2
8. Mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara. 2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]


Langkah-langkah menggalakkan masyarakat membuat pelaburan: Markah
1. Pihak kerajaan menganjurkan Minggu Saham Amanah Malaysia. 2
2. Pihak ibu bapa memberi pendedahan awal tentang faedah
melabur kepada anak-anak. 2
3. Pihak sekolah menganjurkan pelbagai program berkaitan
faedah melabur dalam Saham Amanah Malaysia. 2
4. Pihak sekolah mengadakan siri jelajah sekolah-sekolah bersama
Bank Negara Malaysia. 2
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Penutup
1. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha menggalakkan
masyarakat melabur dalam saham amanah agar menjamin
masa hadapan. 2

2. Kesimpulannya, pelbagai pihak haruslah bekerjasama menggalakkan


masyarakat melabur dalam saham amanah supaya dapat
melahirkan generasi yang berjimat-cermat. 2

3. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha menggalakkan


masyarakat melabur dalam saham amanah. 1

4. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar


menjamin masa hadapan. 0

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan
dalam jadual berikut:

Peringkat Markah Markah Huraian


Isi Bahasa

18 – 20 9 – 10  Kesinambungan isi baik.


Baik 15 – 17 7–9  Struktur ayat / tatabahasa baik
 Kosa kata luas
 Tanda bacaan / ejaan betul

12 – 14 6–7  Kesinambungan isi


8 – 11 4–6 masih baik
Sederhana  Struktur ayat /
tatabahasa masih
memuaskan.
 Kosa kata masih
memuaskan
 Tanda bacaan /
ejaan juga
memuaskan

Lemah 1–7 1–4  Pada keseluruhannya dalam serba


kekurangan / tidak memuaskan

Nota
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat,perkataan demi perkataan,ayat demi ayat walau


pun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0
markah.

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak
dipotong.
[Markah bahasa maksimum: 10 markah]
Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:


Soalan 2 (a) : 9 markah
Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan
separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman


1. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat 2
Gramatis
- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1
- Isi cukup tetapi ayat tidak gramatis
- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 3
Gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat 0
Gramatis

3. Soalan 4 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 4
Gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1


- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis 0

Soalan 2 (a)– Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata menikmati kesenangan


- Mengecapi/merasai/ kebahagiaan/kegembiraan 2
- Mengecapi kesenangan 1
- Menikmati kebahagiaan 0

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Kesilapan yang sering dilakukan : ( isi cukup – 2 )


- terdapat sesetengah golongan yang menunggu terlalu lama untuk
melabur
- mereka tidak mempunyai matlamat pelaburan yang khusus
- hanya melabur kerana tertarik kepada pengisytiharan dividen sahaja
- ada yang membuat pelaburan kerana terpaksa
[Maksimum : 3 markah]

(iii) Punca-punca : ( isi cukup – 3 )


- Pulangan diperoleh dalam jangka masa panjang/terlalu lama amanah
- Kebanyakan individu beranggapan tidak perlu melabur kerana KWSP
sudah ada untuk kegunaan pada masa hadapan
- Ramai beranggapan bahawa melabur hanya sesuai untuk orang kaya
sahaja kerana memerlukan modal yang terlalu tinggi
- Orang ramai masih belum memahami dengan lebih mendalam tentang
kepentingan pelaburan atau cara membuat pelaburan
- Kempen/Promosi berkaitan kepentingan pelaburan tidak diadakan
secara meluas/berterusan.

[*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima] [Maksimum : 4 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017


SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU : KERTAS 2

SET 3:

(i) Objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


 menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi
muda atau remaja Malaysia.
 memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi
nasional.
 membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

(maksimum: 2 markah)

(ii) Punca remaja kurang berminat menyertai Program Latihan


Khidmat Negara (PLKN);
 berasa jangka waktu di pusat kem PLKN terlalu lama
 mencari kerja sementara menunggu keputusan SPM
 kurang galakan dan sokongan daripada ibu bapa dan
keluarga.
 boleh melakukan aktiviti riadah dan santai bersama rakan
dan keluarga
 terbiasa dengan kemudahan arus teknologi yang sedia
ada
 tidak suka terikat dengan sebarang undang-undang /
peraturan semasa berada di kem.
 inginkan kebebasan.

(maksimum: 3 markah)

(iii) Satu latar masyarakat dalam petikan drama dan satu latar asyarakat
daripada keseluruhan drama.

Dalam petikan:
 masyarakat yang berfikiran positif
Pelajar yang mendapat tawaran mengikuti PLKN sangat
teruja kerana terpilih. Cikgu Dahari juga sentiasa memberi
semangat dan kata-kata positif terhadap anak muridnya.

 Masyarakat pengajar.
Cikgu Dahari merupakan seorang guru di sekolah Subdarani,
Ah Tiau dan Syuhada.

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Keseluruhan drama
 Masyarakat yang penyayang;
Nek Sinah menyayangi Aiman walaupun bekerja sebagai
pembantu rumah tetapi sentiasa melayan Aiman sepeti
cucunya sendiri.
 Masyarakat yang sibuk beberja;
Khir Ghazali, ayah Aiman sibuk bekerja dan sering pulang ke
rumah pada waktu malam setiap hari.Ibu Aiman, Masnah juga
jarang berada di rumah dan kakaknya sering sibuk dengan
tugasan di universiti.
 Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan.
Aiman berkelakuan kasar dan biadap terhadap pembantu
rumahnya, Nek Sinah yang sentiasa melayannya dengan
baik.

(maksimum: 4 markah)

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

SKEMA JAWAPAN

SOALAN 2 (c) Petikan Prosa Tradisional

I. Berikan maksud rangkai kata ‘menyuruh berlengkap’.

- Memerintahkan persiapan berperang 2m


- Memerintahkan/ mengarahkan berperang 1m
- Menyuruh bersiap sedia untuk berperang 1m
- Membuat/ melakukan persediaan/ persiapan untuk berperang 1m
- Mengarahkan/memerintahkan untuk bersiap-siap 0m
[maksimum: 2 markah]

II. Tindakan Sidi Arab setelah mendengar khabar bahawa Cau Pandan akan
menyerang Melaka.
- Sidi Arab berdiri di hadapan raja
- Dihalakan panah ke benua Siam
- Sambil menarik panah beliau menyeru nama Cau Pandan supaya mati
[maksimum: 3 markah]
[isi cukup: 2 isi]

III. Ikhtiar yang boleh dilakukan oleh seseorang pemerintah untuk mengelakkan
negaranya terlibat dalam peperangan.
- Mengadakan rundingan dengan Negara terlibat sebelum peperangan berlaku/
menyelesaikan sebarang pertelingkahan melalui permuafakatan
- Mengadakan hubungan diplomatic dengan Negara di sekitar/ Negara jiran
untuk memastikan hubungan baik terjalin
- Mengadakan perjanjian damai supaya tidak ada Negara yang memulakan
persengketaan/ peperangan
- Mengadakan usahaun sama dalam pelbagai bidang untuk memajukan
Negara masing-masing
- Menghormati kedaulatan Negara-negara lain
- Mengamalkan prinsip keamanan antarabangsa
- Bekerjasama dalam melindungi hak asasi manusia
- Mendapatkan bantuan daripada PBB
[maksimum: 3 markah]
[isi cukup: 2 isi]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2 d- Puisi Tradisional/Puisi Moden

i. Panglima yang mengetuai pasukan berperang akan terus melakukan


kezaliman. Namun, kita patut bersyukur kerana kita msih dapat
menegakkan keadilan walaupun terkongkong kebebasan.
[Maksimum : 2 Markah]

ii. - mengadakan debat umum


- Mengadakan undian di seluruh negara
- Memfokuskan terhadap usaha-usaha membangunkan negara
[Maksimum : 3 Markah]

iii. Pengajaran

- Kita hendaklah memilih pemimpin yang mempunyai kewibawaan untuk


memimpin agar tidak berlaku zalim terhadap rakyat.
- Kita hendaklah menjadi pemimpin yang adil dan bertanggungjawab
agar disenangi oleh rakyat.
- Kita janganlah bersikap zalim sehingga menimbulkan permusuhan.
- Kita janganlah bertindak secara terburu-buru tanpa pertimbangan yang
waras.
[Maksimum : 4 Markah]
[Isi cukup 2 isi]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Peraturan Pemarkahan Bahagian Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3
Markah penuh dibahagikan kepada:
Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.


2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa tanda baca daripada
keseluruhan soalan
3. Frasa digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetap sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi
setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat , berikan pertimbangan
sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacaan.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) jerih-perih

Maksud: susah payah dalam melakukan sesuatu usaha, berusaha

bersungguh-sungguh

(ii) karut-marut

Maksud: sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

(iii) degap-degup

Maksud: bunyi seperti bunyi orang menghentakkan kaki ketika berjalan (bunyi

degupan jantung dan lain-lain) bunyi degap berulang kali

(iv) celorong-celoreng

Maksud: coraknya berupa palitan berbagai-bagai warna yang kehijau- hijauan

(v) kembang-kuncup

Maksud: seketika mengembang seketika menguncup

(vi) licin-licau

Maksud: permukaan tidak kesat, tidak kasap, kulit- halus, sekata, tidak

menggerutu

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (b) Menukar Ayat – Ayat Aktif kepada Ayat Pasif

(i) Yuran lawatan ke Kuala Lumpur tidak dapat dijelaskan oleh murid tersebut
kerana tidak berkemampuan.

(ii) Surat pelantikan sebagai pegawas Sekolah Kebangsaan Batu Merah telah
diterima oleh sebanyak 40 orang pelajar.

(iii) Setelah beberapa bulan membuat segala persiapan majlis perkhawinan


abang, para tetamu pun diterima oleh kami sekeluarga dengan tangan
terbuka.

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

(i) Ejaan: inti pati Imbuhan: permasalahan

(ii) Ejaan: subtajuk Imbuhan: mencapai

(iii) Ejaan: siling Imbuhan: menyelamatkan

[Maksimum : 6 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Jawapan 3 (d) Kesalahan Kata atau Istilah dan Tatabahasa

(i) Tatabahasa: begitu laris / laris sekali Istilah/kata: kualiti

(ii) Tatabahasa: pepohon / banyak pohon Istilah/kata: mengelakkan

(iii) Tatabahasa: mengusahakan Istilah/kata: dari

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (e) Peribahasa

(i) - gunting dalam lipatan

- musuh dalam selimut

(ii) - bagai cincin dengan permata

- seperti cincin terlekat dijari

- tanduk bersendi gading

(iii) - masuk telinga kiri keluar telinga kanan

- mencurah garam ke laut

[Maksimum : 6 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 4

Markah penuh 15 markah

Panduan Pemarkahan bagi Soalan 4

Soalan 4(a)

i. Jawaban berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.


ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
iii. Beri 2 markah untuk setiap isi yang lengkap/jelas.
iv. Beri satu markah untuk satu isi yang kurang jelas/lengkap
v. Markah isi maksimum 4 markah
vi. Markah bahasa maksimum 3 markah
vii. Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
viii. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
ix. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

[ Maksimum : 7 markah ]

Soalan 4(b)

i. Jawaban berdasarkan dua buah novel yang dipelajari


ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
iii. Beri 1 markah untuk setiap pernyataan yang lengkap.
iv. Beri 2 markah untuk setiap huraian/contoh yang lengkap/jelas.
v. Beri 1 markah untuk huraian/contoh yang kurang lengkap.
vi. Markah isi maksimum 6 markah ( maksimum 3 markah bagi setiap novel ).
vii. Markah bahasa maksimum 2 markah.
viii. Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 2 markah
Sederhana : 1 markah
ix. Jika calon menjawab dan markah isi 0 beri 1 markah untuk bahasa
x. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

[ Maksimum : 8 markah ]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 4(a) – Tema

Novel Jendela Menghadap Jalan

 Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam
menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti
persekolahan di kampung datuknya.

 Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah


menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang
dihadapinya. Lili berusaha sedaya upaya menempuh dugaan dengan semangat
yang kental.

 Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang


mempertahankan pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh
menyembuhkan pelbagai penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda.

 Lili tabah menghadapi karenah datuknya yang tidak mahu menceritakan sejarah
jendela menghadap jalan.

 Lili tabah menghadapi karenah ibunya yang menyuruh Lili menghabiskan cuti
persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan
cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.

 Peristiwa Lili pernah ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah
pondok buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk
pulang ke Kuala Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini.

 Peristiwa Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun seorang diri
menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang mula dipupuk dalam diri Lili.

Novel Songket Berbenang Emas

 Tema Novel Songket Berbenang Emas ialah ketabahan/kecekalan seorang


gadis remaja menghadapi cabaran hidup.

 Dahlia tabah menghadapi karenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah


menghidap tekanan perasaan.

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

 Dahlia tabah menjaga adik-adiknya yang masih kecil kerana bapanya, Embong
dirawat di hospital akibat dipatuk ular tedung dan dia terpaksa berulang-alik ke
hospital melawat bapanya.

 Dahlia tabah menghadapi desakan neneknya, Nek Kiah yang bercadang hendak
menjual tanah yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya atas alasan
tidak mampu membayar wang yang diminta oleh neneknya.

 Dahlia tabah menghadapi pandangan negatif Aton dan Nek Kiah terhadap
keluarganya kerana ibunya Saleha kurang siuman dan dirawat di Hospital
Permai.

 Kecekalan Dahlia juga dapat dilihat melalui sikapnya yang gigih belajar demi
mencapai kejayaan. Sungguhpun belajar di tempat yang kurang selesa iaitu di
pusat pemindahan banjir namun dia gigih belajar sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim, Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading.

Soalan 4(b) – Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi

Novel Jendela Menghadap Jalan

 Watak utama dalam novel ini ialah Lili.

 Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya
menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik
tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung
dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia
bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala
Lumpur.

 Konflik kepincangan rumahtangga Che Jah disebabkan sikap panas baran


suaminya. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili mendapatkan bantuan
Kak Mimah menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah
tangganya kepada pihak polis supaya suaminya Seman dapat diheret ke muka
pengadilan.

 Konflik antara penduduk kampung tentang pemasangan kubah. Cara


penyelesaian konflik tersebut ialah Lili dan Danel berusaha memberi pelbagai
cadangan kepada penduduk kampung untuk berbincang dan bermesyuarat
tentang masalah yang dihadapi itu kemudian membuat keputusan agar kubah
tersebut dipasang pada bumbung masjid baharu yang bakal dibina di kampung
itu.

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Novel Songket Berbenang Emas

 Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia

 Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk
terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah.
Cara penyelesaiannya Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur
oleh Nek Kiah

 Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia
keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke
hospital. Cara penyelesaiannya Dahlia bertekad keluar dari asrama dan
berulang-alik dari rumah ke sekolah.

 Konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil
perempuan murahan kerana ada beberapa orang lelaki yang melawat rumahnya.
Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia atas kematian anaknya . Cara
penyelesaiannya, Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan
tabah menghadapi dugaan Tuhan.

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

You might also like