You are on page 1of 2

UNIT HAL EHWAL MURID

PROSEDUR MURID HADIR KE SEKOLAH /ASRAMA


Semua murid yang hadir ke sekolah perlu mematuhi perkara-perkara seperti
berikut:-
1. Masuk melalui pintu pagar kecil – pintu masuk utama murid.
2. Menjalani saringan suhu badan di pintu masuk utama.
- Guru bertugas mengambil suhu badan murid
- Murid yang bergejala (cth : demam / suhu badan 37.5C atau lebih) tidak
dibenarkan mengikuti proses pembelajaran.
- Murid yang bergejala ditempatkan di ???? sementara menunggu ibu bapa
datang.
- Maklumat murid akan direkodkan.
- Guru Bertugas akan memaklumkan kepada ibu bapa untuk membawa
murid balik dan dinasihatkan membawa murid ke klinik untuk rawatan.

3. WAJIB memakai penutup hidung dan mulut (mask).


4. Membersihkan tangan dengan Hand Sanitizer di pintu masuk.
5. Murid yang datang awal (7.00am – 7.25am) akan dikumpulkan dan mematuhi
penjarakan sosial ( 1 meter penjarakan)
- 5UPM
- 5UKM
- 5USM
6. Semua murid bergerak ke kelas bersama Guru Mata Pelajaran (waktu
pertama) pada pukul 7.25am dan PdPc bermula pada 7.30am.
- Mematuhi amalan penjarakan dan dalam 1 barisan
- Menguunakan tangga yang telah ditetapkan untuk kelas berkenaan

7. Setiap kelas akan dibekalkan sebotol pembasmi kuman yang akan dikawal
oleh guru mata pelajaran.
- Murid-murid diwajibkan menggunakannya setiap kali masuk ke kelas
- Murid diingatkan untuk menggunakannya secara bijaksana dan elakkan
pembaziran.

8. Menggunakan sabun yang disediakan di sinki tandas murid secara berhemat


dan berjimat.
- Sebarang penyalahgunaan sabun dan pembasmi kuman akan dikenakan
tindakan tegas.

9. Murid WAJIB memakai penutup hidung dan mulut (mask) sepanjang masa
berada dalam kelas atau dalam kawasan sekolah.

10. Murid-murid diingatkan untuk TIDAK bersalaman dengan guru atau kawan-
kawan. Cukup sekadar meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri sebagai
ganti salam.
PROSEDUR MURID KELUAR DARIPADA KAWASAN SEKOLAH
1. Murid-murid akan dikeluarkan daripada kelas secara berperingkat.
2. Memastikan amalan penjarakan sosial diutamakan untuk memastikan
keselamatan murid.
- Semua guru waktu akhir perlu menunggu sehingga semua murid keluar
daripada kelas masing-masing.
- Guru Disiplin, Kaunselor dan Guru Bertugas memantau (di stesen yang
ditetapkan) murid sepanjang jalan menuju ke pintu pagar sehingga semua
murid keluar dari kawasan sekolah.

3. Semua murid MESTI KEKAL menggunakan penutup hidung dan mulut


(mask) sehingga pulang ke rumah.

PROSEDUR PENGURUSAN KELAS SEPANJANG PROSES PEMBELAJARAN


1. Kelas Tingkatan 5 dikecilkan dari 3 kelas ke 4 kelas.
- Guru Tingkatan tetap bertanggungjawab untuk mengurus perekodan
kehadiran murid.

2. Waktu REHAT dibahagikan kepada


- Pergerakan murid ke kantin dan balik ke kelas akan mengunakan tangga
dan laluan yang telah ditetapkan.
- Kawasan makan semasa adalah kantindan mematuhi penjarakan sosial
- Guru Bertugas akan memantau supaya murid mengamalkan penjarakan
sosial semasa membeli makanan.
- Mengelakkan perkongsian makanan dan makan secara berkumpulan
- Membasuh tangan dengan sabun setelah selesai makan.

3. Semua kelas KEKAL di kelas masing-masing sepanjang waktu


persekolahan.

You might also like