You are on page 1of 1

BAZAAR RAMADAN 2017

PERSATUAN PENIAGA BSP DENGAN KERJASAMA MAJLIS


PERWAKILAN PENDUDUK ZON 7
MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT
Bandar Saujana Putra,
42610 Jenjarom,
Selangor
___________________________________________________________________________

Dato Seri Lim Bock Seng


Pengerusi
LBS Bina Group Berhad
Plaza Seri Setia, Level 1-4
No. 1, Jalan SS9/2
47300 Petaling Jaya
Selangor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KAIN RENTANG (BANNER) BAZAR RAMADAN 2017 BANDAR


SAUJANA PUTRA, SELANGOR DARUL EHSAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Peniaga BSP dengan kerjasama MPP Zon 7 Majlis
Daerah Kuala Langat akan menganjurkan Bazaar Ramadan 2017 sepanjang bulan
Ramadan dan bertempat di Tapak Pasar Tani SP1.

3. Sehubungan itu pihak kami ingin memohon sumbangan dari pihak Tuan dalam bentuk
kewangan untuk tempahan banner (kain rentang) sebanyak 5 keping untuk di letakkkan di
beberapa kawasan yang strategik bagi tujuan promosi Bazar Ramadan Bandar Saujana
Putra. Harga untuk kain rentang ini adalah sebanyak RM XXXX.XX

4. Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi YDM Tengku Dato Mohamed
bin Tengku Harun selaku Pengerusi MPP Zon 7 (0123986914) atau En Azrin Zizal selaku
Timbalan Pengerusi (0193880073).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..
(YDM TENGKU DATO MOHAMED BIN TENGKU HARUN A.M.S., P.J.K.)
Pengerusi
MPP Zon 7

s.k 1. Pengerusi, Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra


2. Fail

You might also like