You are on page 1of 2

MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

D/A : KETUA KAMPUNG


Lot 1124 Jalan Masjid, Kampung Tanjong Sepat,
42800 Banting, Selangor.
_______________________________________________________________________________________________

YB DATUK SERI RINA BINTI MOHD HARUN


Pejabat Menteri, Kementerian
Pembangunan Luar Bandar,
Aras 32, No 47, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62100 Putrajaya. 20 SEPTEMBER 2019

YANG BERHORMAT,

PERMOHONAN PERUNTUKAN UNTUK LAMPU JALAN DI KAMPUNG TANJONG SEPAT

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas,

2. Sukacita dimaklumkan saya selaku Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) dan merangkap
sebagai Ketua Kampung Tanjong Sepat ingin memohon peruntukan untuk lampu jalan di Kampung Tanjong sepat
daripada pihak Kementerian Perbangunan Luar Bandar(KPLB).

3. Untuk maklumat pihak YB di Kampung Tanjong Sepat masih lagi kekurangan lampu jalan, ini amat
membimbangkan penduduk kampung, kerana masih banyak lagi kawasan yang gelap yang mengundang bahaya
kepada penduduk kampung. Saya selaku ketua kampung sangat menitik berat faktor-faktor keselamatan penduduk
kampung tanjong sepat.
4. Pihak kami memohon jasa baik dari pihak YB supaya dapat menerima dan mempercepatkan lagi permohonan
tersebut. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak YB amat kami hargai, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar

__________________________
(HASHIM BIN ABD MAJID)
Pengerusi MPKK/Ketua Kampung
Tel: 018-3737511/010-7907511

s.k YB Haji Borhan Bin Aman Shah


(Ahli Dewan Negeri Selangor N54)

You might also like