You are on page 1of 18

UJIAN BULAN OGOS 2016

BAHASA MELAYU TAHUN 4 PEMAHAMAN


BULAN OGOS

Bahagian A

1 minit Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C


dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu
pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar
jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan
yang baharu.

[Lihat halaman sebelah


Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah


Soalan 1 - 14

BAHAGIAN A
[20 markah]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Bahrin dan Kamil bersahabat baik. _ belajar di sekolah yang sama.


A Kami
B Kita
C Dia
D Mereka

2 Suara Siti sungguh merdu buluh perindu apabila menyanyikan lagu


Melayu asli.
A umpama
B sampai
C antara
D demi

3 Haji Bahrin menabur dedak kepada anak-anak itik peliharannya.


A sebutir
B sekampit
C segenggam
D secubit

4 Nenek menjelaskan bahawa rasa pisang itu kerana belum cukup masak.
A manis
B kelat
C pahit
D tawar

5 Angin bertiup dengan di kawasan itu pada pagi tadi.


A laju
B deras
C kuat
D kencang
6 Masjid yang sedang dalam pembinaan itu merupakan seorang arkitek
tempatan yang terkemuka.
A daya fikir
B reka bentuk
C usaha sama
D susun atur

7 Lori itu bergerak perlahan semasa melalui kawasan yang berbukit.


A paling
B betul
C sekali
D agak

8 Megat masih mampu tersenyum mengalami kecederaan yang serius.


A sementara
B walaupun
C kerana
D sambil

9 Ada beberapa duit syiling bertaburan di atas lantai.


A keping
B biji
C buah
D helai

10 Haji Osman sudah berusia 80 tahun. , dia masih mampu untuk


mengusahakan kebun sawitnya.
A Namun demikian
B Di samping itu
C Kemudian
D Oleh itu
11 Jambangan bunga itu diletakkan oleh ibu di ruang tamu.
A sisi
B segi
C atas
D penjuru

12 Encik Omar pergi ke Ipoh. Beliau ada urusan di ___________.


A itu
B sini
C sana
D mana

13 Emak pucuk paku untuk dibuat ulam waktu makan tengah hari nanti.
A merebus
B memasak
C mencelur
D menjerang

14 " mandi di kawasan lombong yang berbahaya itu," pesan atuk.


A Jangan
B Tolong
C Harap
D Sila
Soalan 15
15 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Akal yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan.
II Mereka sedang berbincang tentang akal untuk masa depan.
III Mereka mencari akal untuk melepaskan diri daripada penjahat itu.

I Kita harus menggunakan akal yang waras apabila membuat keputusan.


V
I dan II
A
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Soalan 16
16 Pilih ayat yang betul
A Rashid membeli dua buah durian di gerai Pak Saleh.
B Sumbangan negarawan itu amat besar kepada
negara.
C Marlia tidak suka akan kuih yang dibuat dari tepung ubi.
D Semua murid-murid diminta menyertai kegiatan kokurikulum.
Soalan 17 hingga20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Keadaan di dusun sungguh redup. Kelihatan kera-kera bergayutan di atas pokok


durian di hujung sana. Suasana riuh-rendah.

"Ini dusun ayahmu, Azlan?" tanya Lim dan Raju serentak.


"Dusun ayahku?" ulang Azlan geli hati dengan pertanyaan kawannya itu. Lim dan
Raju tercengang melihat gelagat Azlan sebegitu.
"Kalaulah ini dusun ayahku tentu hidup kami senang, tidak seperti sekarang" Azlan
bersuara setelah gelagatnya menghairankan kawan-kawannya tadi.
"Dusun buah-buahan ini kepunyaan datuk aku. Dusun ini akan dikongsi dengan tiga
orang adik-beradik ayah sekiranya datuk aku meninggal. Ini adalah wasiat datuk
kepada ayah," jelas Azlan kepada Lim dan Raju.
"Kau kata di sini ada sungai dan air terjun, mari kita ke sana," getus Lim tiba-tiba.
"Oh ya, baru aku ingat! Terlupa pula aku telah berjanji nak bawa kamu berdua ke
sana," ujar Azlan.
"Tempat itu sebenarnya tidak jauh dari sini, di hujung dusun sana sahaja, tapi ..." "Apa
lagi kau ni Lan bertapi-tapi, marilah kita ke sana. Aku sudah tak sabar-sabar lagi,"
kata Lim.
"Sabarlah Lim, kan kau berdua masih penat. Kita pergi petang nanti," jelas Azlan.
"Kenapa tidak boleh pergi sekarang?" soal Lim agak mendesak.
"Baiklah kalau macam tu, aku boleh bawakan," kata Azlan.

Mereka menyusuri kawasan dusun melalui denai-denai yang dibuat oleh datuk Azlan.
Dalam perjalanan itu, Lim dan Raju berasa sungguh gembira kerana inilah kali
pertama mereka memasuki kawasan dusun buah-buahan. Bagi Lim, keindahan dusun
datuk Azlan sungguh berbeza dengan ladang kelapa sawit kepunyaan ayahnya. Kali
ini dia memang sungguh bertuah.
17 Di manakah lokasi perbualan ketiga-tiga orang sahabat ini?
A Di sebuah kawasan air terjun dan tempat perkelahan.
B Di ladang kelapa sawit ayah Lim
C Di dusun datuk Azlan
D Di dusun ayah Azlan

18 Mengapakah Lim berasa sangat gembira?


A Azlan bersetuju membawanya ke tempat air terjun ini pada ketika itu.
B Kali pertama dia sampai ke dusun buah-buahan.
C Dapat melihat kera bergayutan di pohon durian.
D Dia dapat mandi di air terjun.

19 Perkataan wasiat dalam petikan boleh diganti dengan


A janji
B pesanan
C sedekah
D imbuhan

20 Pernyataan yang manakah benar tentang petikan?


A Lim tidak selesa berada di kampung.
B Azlan merupakan cucu pemilik dusun buah-buahan.
C Datuk Lim seorang yang berharta dan mempunyai banyak ladang.
D Dusun datuk Azlan mempunyai persamaan dengan ladang kelapa sawit ayah Lim.
Nama : ________________________________________

Kelas : 4 ( )

UJIAN BULAN OGOS 2016


BAHASA MELAYU TAHUN 4 PEMAHAMAN
BULAN OGOS

BAHAGIAN B

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


Untuk Kegunaan Pemeriksan
Kod Pemeriksa :
1. Jawapan kamu hendaklah ditulis No. Soalan Markah
pada ruang jawapan yang 21
disediakan dalam kertas soalan 22 (a)
ini. (b)
(c)
2. Serahkan Bahagian B ini bersama-
23 (a)
sama kertas jawapan objektif
kepada pengawas peperiksaan (b)
pada akhir peperiksaan. (c)
(a)
(b)
24 (c)
(d)
(a)
(b)
25 (c)
(d)

Jumlah
30
BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberikan.

pada untuk dari kepada

di kerana daripada ke

1. Aktiviti unit beruniform penting dapat membentuk disiplin

diri.

2. Rumput yang terkumpul itu segera diberikan lembunya.

3. Borang permohonan biasiswa itu boleh didapati Kementerian

Pendidikan.

4. Rozi menampal jadual waktu kelas _ papan kenyataan.

[4 markah]

Soalan 22
a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Ayat Tanya

Jawapan: Ali menangis kerana tersepak batu yang besar.


[1 markah]
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Kura-kura, segeralah
Ku
pulang.Anak kamu sedang sakit.

[2 markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 2 markah ]
Soalan 23
Baca petikan di bawah.Kemudian, jawabsoalan-soalan yang diberikan.

Penduduk Kampung Serai bersepakat untuk menjadikan Si Babau sebagai


umpan untuk menangkap seekor harimau yang sering berkeliaran di kampung
mereka. Si Babau terpilih kerana susuk tubuhnya yang pejal dan sihat. Si
Babau berasa sedih tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Hatinya tidak rela
untuk menjadi umpan harimau itu. Tiba masanya, Si Babau dibawa ke tengah
hutan. Dia ditambat pada sebatang pokok. Orang kampung pula bersembunyi
di atas ran.
Apabila harimau tiba, Si Babau berpura-pura mati. Harimau tidak
berselera apabila melihat Si Babau sudah mati. Ketika harimau membelakangi
Si Babau, Si Babau dengan secepat kilat menanduk perut harimau. Si Babau
bertekad untuk menghapuskan harimau itu. Disebabkan harimau itulah,
dirinya menjadi taruhan. Tanduknya yang tajam telah menyebabkan perut
harimau cedera teruk. Harimau berguling-guling kesakitan. Akhirnya, harimau
itu mati.

a) Apakah maksud ditambat ?

[ 1markah]

b) Mengapakah Si Babau dijadikan umpan untuk menangkap harimau itu?

[ 2markah]
c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan.

Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

Penduduk kampung membina ran.

Si Babau dibiarkan di bawah sebatang pokok untuk menarik perhatian harimau itu.
Ya

Harimau itu mati setelah ditanduk oleh Si Babau.

Tidak

Hilang selera harimau melihat Si Babau yang


berpura-pura mati itu.

[2 markah]
Soalan 24
Teliti iklan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

a. Berapakah syarat yang telah ditetapkan kepada peserta deklamasi puisi


perpaduan ini?

(1 markah)

b. Siapakah yang layak menyertai pertandingan deklamasi puisi di atas ?

(2 markah)

c. Di mana dan bilakah pertandingan deklamasi puisi ini akan diadakan?

(2 markah)
d. Berikan tiga contoh aktiviti yang dapat menyemarakkan perpaduan?

(3 markah)

Soalan 25
Baca sajak di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Sahabatku
Nasihatku jangan dilupa
Kata-kata ini amat bermakna
Walau di mana-mana kau berada
Keselamatan diri tetap diutama.

Sahabatku
Awasi dompetmu
Pastikan disisimu
Biarlah bersama-sama
Takut nanti hilang entah ke mana
Kelak pasti jiwa merana.

Sahabatku
Bersendirian tanpa tuju
Mungkin bahaya sedang menunggu
Nanti diculik tak siapa yang tahu.

Sahabatku
Jika kamu hadapi masalah
Usah kamu berasa gundah
Pantang alah jangan pasrah
Tenangkan diri elak amarah.

Sahabatku
Awasi keselamatanmu
Usah leka akan nasihatku
Demi kasih sayangku yang jitu.
a.Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas?

( 2markah )
b. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang
salah berdasarkan sajak tersebut.

Bahaya akan menanti jika berjalan bersama teman.

Bertindak bijak jika berlaku masalah

( 1markah )

c. Apakah perkara yang perlu dihindari jika berhadapan dengan masalah?

(2 markah)

d. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak menitik
beratkan aspek keselamatan ?

[ 3markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like