Professional Documents
Culture Documents
1peristiwa 13 Mei 19691
1peristiwa 13 Mei 19691
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara.
Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak
nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya
Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di
Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan
ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal
memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan
DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di
Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat
kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas
sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana
tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut
telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang
banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia.
Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama
berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah
ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar
untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.
Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah
akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang
lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi
dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan
awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang
melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai
askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat
sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian
People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera
Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah
menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan
kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan
"Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara
Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa
Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin
mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu,
Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti
tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut
menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke
Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di
Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO,
berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah
Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu
kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih
kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu
tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu
ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial).
Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang
jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi
perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon
maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan.
Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf
sudah terlambat.
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang
tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda
Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar
Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang
berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu
arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung
Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya
dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap
telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala
Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai
senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah
menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar
terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah.
Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih
awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer
ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India,
Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan
kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan
Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain
mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar
Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di
Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman
televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap,
dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada
bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau
masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang
sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The
Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan
sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina
yang dibunuh diletakkan di atas pagar.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke
Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak
disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang
telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke
Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari
Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal
penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya
menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah
menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang
pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan
penggal kepala orang Cina.
Persepsi
Pada tahun 2007, satu buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian
Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan
bekas ahli parlimen Kua Kia Soong telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan
dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut
mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang
sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh
"ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan
Tunku Abdul Rahman.
Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan.
211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah
thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000
orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Melayu : 86 orang
Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang
menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak
sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan
kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur
memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku
sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati
hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam
peristiwa itu di televisyen, Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang bahawa
sama ada kita hidup atau mati".
Mageran
1)Integrasi
Satu merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan-
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit
politik.
2)Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik
yang lebih besar. Namun dalam jika diteliti kedua-dua aspek di atas kerajaan lebih
banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi
kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional
dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun
begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan
selepas peristiwa 13 Mei 1969.
2.1 Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
2.1.1Mengisytiharkan Darurat
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan
pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan
ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di
seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan
keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang
terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka. Ketiga untuk cuba
menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan
semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan
berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk
membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah
dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil:
a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN.
b) Kerajaan-kerajaan Negeri.
c) Parti-parti Politik.
d) Sabah dan Sarawak.
e) Kumpulan-kumpulan Agama.
f) Badan-badan Profesional.
g) Perkhidmatan Awam.
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.
i) Wartawan.
j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan
negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan
pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai
perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di
Malaysia.
Dasar ini juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai
kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang
budaya masing-masing agar perasaan prasangka anatara satu sama lain dapat
dihindari. Antara lain dasar ini juga menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai
daripada meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat
Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah:
i) Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan.
iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam
sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia.
Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah digariskan kepada pendekatan
strategi ekonomi DEB iaitu:
a) Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di
samping mengurangkan kemiskinan relatif.
b) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan
dan perindustrian Bumiputera.
c) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses
penyusunan semula masyarakat
d) Memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk
sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbhan ekonomi dan pengagihan
yang saksama.
DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan menerusi DEB dan
bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan sentosa.
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak
memberikan kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut
yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat
Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentk
sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan
dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama
dalam keadaan dan suasana yang aman damai. Jika dilihat faktor berlakunya
peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah
membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk
memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa
13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat
Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah diambil untuk
memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin.
Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita
kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua pihak mulai sedar dan
saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita
saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus
mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan salig
membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang
dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya
agar ia berjaya mencapai matlamatnya. Selepas 13 Mei 1969 juga jelas
menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi
pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah
dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB),
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar
Pembangunan Nasional serta wawasan
Rujukan
Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2004.
Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. [1]
Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann
Asia Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver
lining in a dark cloud: May 13 was not all bad news". Malaysia Today.