You are on page 1of 2

SENARAI TUGAS

Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks


* Mesyuarat diadakan dua kali, iaitu di awal dan di akhir tahun.
* Pembahagian tugas
* Taklimat untuk guru kelas
* Pembahagian tugas pentadbiran;
* Buku stok (Mengikut Tingkatan)
* Pengedaran/pengumpulan
* Buku stok/hilang
* Menubuhkan Pasukan Bertugas SPBT (pelajar)

Mesyuarat Jawatankuasa SPBT


* Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar/ Penolong
Kanan HEM bagi menilai perjalanan kerja dan masalah SPBT.

Membuat Pesanan Buku


* Membuat pesanan mengikut jadual yang ditetapkan oleh JPN.
* Mencadangkan pertukaran buku jika perlu.
* Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.
* Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.

Pengedaran
* Mengedarkan mengikut kelas
* Menentukan tarikh pengedaran
* Mengesan kelancaran pengedaran
* Mendapatkan borang BMM dari pelajar yang baru masuk/ bertukar sekolah
* Mengedarkan buku kepada pelajar yang baru masuk
* Memastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua
pelajar
* Memastikan semua guru kelas telah melengkapkan borang pinjaman
SPBT/borang G mengikut jadual.

Pengurusan Rekod dan Dokumen


* Menyelenggara fail yang kemaskini mengikut jenis
* Rekod buku stok yang kemaskini (mengikut kelas)
* Senarai tugas guru-pengedaran/pengumpulan
* Menyimpan rekod buku, hapuskira, rosak, hilang.

Pengurusan Keselamatan Buku


* Memastikan ada bilik khas SPBT
* Mengurus bilik SPBT
* Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT
* Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik
Pengurusan Pemulangan SPBT
* Menentukan tarikh pemulangan mengikut Kelas
* Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh/Kelas
* Melaporkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM tentang proses
pemulangan.
o Peratus rosak/hilang
o Guru bertugas
o Hapus kira
o Kekurangan/lebihan

Pengurusan Stok dan Inventori


* Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan
* Menyimpan invois, bil dan pengesahan.
* Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan
selamat.
* Mengemaskini inventori SPBT
* Mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD.

You might also like