You are on page 1of 3

Merokok Dan Kesan

Apakah kesan buruk daripada merokok?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2020 dianggarkan 10 juta orang

perokok di dunia akan mati dalam setahun. Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan

remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati

disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.

Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat penyakit ada kaitannya dengan

tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malahan, menurut beberapa

kajian, menunjukkan bahwa seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat

merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah

perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.

Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, brokintis

kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok atau tembakau mengandungi 4000 bahan

kimia beracun. Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis

kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit koronori jantung.

Merokok boleh mengurangkan kecergasan fizikal manusia dan daya tahan. Ini disebabkan asap rokok

yang mengadungi karban monoksida akan bergabung dengan hemogolobin dalam darah. Keadaan ini

mencegah oksigen bergabung dengan hemogolobin. Akibatnya darah tidak mampu mengedarkan

oksigen ke seluruh badan dengan efisen, terutamanya kebahagian kaki yang saiz arterinya semakin

mengecil.

Kesan merokok juga boleh meracuni sistem pernafasan. Asap rokok daripada hanya setengah batang

rokok boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus. Halangan ini boleh menyebabkan

pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap kali pernafasan. Setiap kali
perokok

menghisap rokok, kadar degutan jantung mereka akan meningkat.

Perokok juga lebih mudah menghadapi tekanan darah tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidak

merokok.

Merokok boleh melesukan tubuh dan fikiran, bukannya menenangkan fikiran. Bau asap mengganggu

dan menyakiti orang yang tidak merokok. Perokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri

tetapi juga membahayakan mereka yang terdedah kepada asapnya.

Kesan jangka pendek kepada mereka yang terdedah dengan asap rokok ialah berbau busuk,

kerengsaan mata, hidung serta kerongkong, pening kepala dan batuk. Kesan jangka panjang pula,
mereka akan mengalami gangguan fungsi paru. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan

seperti alahan, asma, penyakit jantung dan paru-paru, risikonya lebih teruk. Turut terbukti bahawa

merokok membahayakan janin yang dikandung ibu. Oleh itu, ibu bapa yang merokok hendaklah

berhenti merokok untuk menjaga janin di dalam kandungan.

Seperkara lagi yang patut disedari perokok ialah merokok membazirkan wang, disamping menjadi

punca kebakaran daripada puntung rokok yang dibuang sewenang-wenangnya, serta menjadi faktor

penyebab kepada pencemaran udara daripada asap rokok.

Kesimpulannya, ketagihan merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh dan rihani malah

menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Hal ini sememangnya telah dibuktikan dan terbukti candu

rokok dan nikotinnya boleh membawa maut. Kepada anda dan juga para remaja dinasihatkan agar

tidak mencuba mendekati rokok apatah lagi menghisapnya. Sayangi diri anda."

Nilai yang harus diamalkan oleh setiap individu terutamanya remaja era kini haruslah mengamalkan

nilai harga diri. Selain itu, remaja juga harus mengamalkan nilai rasional

You might also like