You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN

MELAKSANAKAN PROGRAM KECERIAAN


SEMPENA 3 K PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016
ANJURAN UNIT 3K SEKOLAH
______________________________________________________________________

1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Guru Besar, melalui Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa unit 3K sekolah untuk menimbang dan bersetuju:
1.1 Mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah; dan
1.2 Dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 311.20

2. LATAR BELAKANG
2.1 Merujuk kepada Rancangan Tahunan Jawatankuasa 3K,memutuskan untuk
melaksanakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah
pada tahun 2016.
2.2 Sehingga kini SK Tasek memerlukan penambahbaikan melalui projek-projek
keceriaan iaitu keceriaan lukisan dinding bangunan (mural), pokok-pokok
hiasan sekeliling sekolah dan mengecat tiang besi dan pintu yang telah
pudar.
2.3 Unit Hal Ehwal Murid memerlukan sedikit suntikan kewangan atas kekangan
dan implikasi kewangan yang dialami atas ketiadaan bajet khas bagi unit
tersebut.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Objektif program adalah seperti yang berikut:
i) Menjadikan suasana bangunan dan gambaran bilik darjah supaya
lebih efektif dan kondusif bagi meningkatkan keberkesanan P&P di
sekolah.
ii) Meningkatkan kemudahan prasarana sekolah dengan adanya
penunjuk aras.
iii) Memupuk dan membangkitkan semangat cintakan sekolah di
kalangan warga guru,PIBG,ibu bapa dan murid.

4. ASAS PERTIMBANGAN
4.1 Dengan bertambahnya fungsi dan peranan Unit 3K kepada kumpulan
sasar,maka pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kualiti
perkhidmatan yang baik. Justeru, program murni ini perlu dijalankan bagi
kebaikan bersama.
4.2 Pihak sekolah memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.
5. IMPLIKASI KEWANGAN
5.1 Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Program Keceriaan sempena
Bulan 3K peringkat sekolah berjumlah RM311.20 . Maklumat terperinci dalam
LAMPIRAN A.

6. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM


6.1 Program ini akan dijalankan oleh pekerja sekolah, guru atau orang luar yang
difikirkan sesuai.
6.2 Program akan dijalankan pada bulan Januari hingga November 2016 dengan
dipantau oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa 3K
sekolah.
6.3 Cadangan Program Keceriaan ini meliputi aspek seperti berikut:
i) Mengecat tiang besi bangunan sekolah
ii) Mengecat daun pintu kelas dan bilik khas
iii) Mengecat lukisan pada dinding bangunan
iv) Menanam anak-anak pokok hiasan di dalam pasu dan sekeliling
sekolah.

7. PENUTUP
7.1 Kertas Cadangan untuk mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K
peringkat sekolah tahun 2016 dikemukakan untuk pertimbangan dan
kelulusan.

8. ULASAN GURU BESAR/YANG DIPERTUA PIBG


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

9. SYOR
Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju:
9.1 mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah tahun
2016 ; dan
9.2 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 311.20

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI

.............................................................
( )
LAMPIRAN A

KOS PELAKSANAAN PROGRAM


BIL ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH KOS
(RM) (Unit) (RM)
1 Cat Minyak 5 liter Colourland-Blue 20.00 5 100.00
Black
2 Berus Cat 4.00 20 80.00
3 Kertas Pasir 5.00 20 100.00
4 Thinner Bottle 3.00 7 21.00
5 Pasu 10.00 20 200.00
6 Tanah / Pasir 2.00 50 100.00
7 Anak pokok 20.00 20 400.00
JUMLAH BESAR RM1001.00

You might also like