You are on page 1of 19

INSTITUT

PERGURUAN RAJANG
BINTANGOR,
SARAWAK

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006

TEMA

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK KAJIAN

MASALAH PENGUASAAN FAKTA ASAS DARAB DI DUA BUAH

SEKOLAH RENDAH DALAM BAHAGIAN SARIKEI.

OLEH;

STANLEY GAWING JAWANG


SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUN
SARIKEI

DAN

JULAIHEI @ JULAIHI BIN MAHDI


SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNDUNG
BINTANGOR
09 11 OKTOBER 2006

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PENGHARGAAN i

1. Abstrak 1
2. Pendahuluan 2
3. Pernyataan Masalah 2
4. Soalan Kajian 3
5. Objektif Kajian 3
6. Tinjauan Literatur 46
7. Prosedur Melaksanakan Kajian 7
8. Analisis Data
- Penguasaan Fakta Asas Darab Mengikut Kaum 7 10
- Pengusaan Fakta Asas Darab Mengikut Jantina
9. Analisis Kualitatif
-Punca Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid 11 13
-Strategi Pengajaran
10 . Kesimpulan dan Cadangan 14 - 15

Senarai Rujukan

PENGHARGAAN
Assalamualaikum warrahmatulah hi wabarakatuh
dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmatnya maka dapat kami
menamatkan siri kursus ini dengan jayanya . Penghargaan dan setinggi ucapan terima kasih
diucapkan kepada Institut Perguruan Rajang , Bintangor dan Pejabat Pelajaran Gabungan
Sarikei selaku penganjur Kursus Penyelidikan Pendidikan Asas 2006 .

Juga penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Meradong , Guru
Besar SK Assun , Guru Besar SK Tanjung Bundung , guru guru dan pelajar-pelajar yang telah
memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian ini .

Kami para peserta berasa amat bertuah kerana terpilih untuk mengikuti kursus ini . Terima
kasih juga diucapkan kepada Dr. Lau Hieng Soon Ketua Jabatan Penyelidikan dan
Pembangunan Institut Perguruan Rajang , Encik Mohammad Zaki , Encik Mat Kamal dan
Encik Lu Cheng Soon , atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang siri
kursus dijalankan .

Kursus ini sedikit sebanyak telah memberikan pendedahan kepada kami tentang tatacara
menghasilkan kajian dan penyelidikan ke atas isu-isu semasa dalam pendidikan . Secara tidak
langsung ia juga dapat membantu kami sebagai guru mencari penyelesaian untuk satu-satu
masalah yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah .

Diharap kajian ini dapat mendatang kebaikan kepada pihak sekolah dalam usaha membaiki
kelemahan pelajar dalam bidang yang dikaji . Juga diharap agar pihak penganjur dapat
meneruskan kursus sebegini di masa masa yang mendatang .

Akhir sekali , sekali lagi diucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan kajian ini samada terlibat secara langsung mahupun tidak .

Stanley Gawing Jawang


SK Assun
Sarikei

Julaihei @ Julaihi Bin Mahdi


SK Tanjung Bundung
Meradong
Bintangor.

-i-
MASALAH PENGUASAAN FAKTA ASAS DARAB DI DUA BUAH
SEKOLAH RENDAH DALAM BAHAGIAN SARIKEI.

Oleh

Stanley Gawing Jawang


( SK Assun, Sarikei )
Julaihei @ Julaihi Bin Mahdi
( SK Tanjung Bundung,Bintangor )

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah dan punca masalah serta mengenalpasti
strategi pengajaran yang mungkin berkesan dalam menangani masalah penguasaan fakta asas
darab dikalangan pelajar. Kajian ini melibatkan 61 orang responden yang terdiri daripada
pelajar-pelajar Tahap Dua di dua buah sekolah rendah dalam bahagian Sarikei .
Pengumpulan maklumat dan data dibuat melalui ujian untuk pelajar dan temubual untuk guru
yang mengajar mata pelajaran Matematik . Kegagalan segelintir pelajar dalam mata
pelajaran Matematik mungkin dilihat berpunca daripada kelemahan dalam penguasaan fakta
asas ini .Kelemahan dalam menguasai fakta asas ini menyebabkan pelajar gagal menjawab
soalan Matematik yang berkaitan dengan fakta asas sifir darab. Adalah diharapkan daripada
kajian ini akan dapat membantu dalam menangani masalah penguasaan fakta asas sifir darab
ini . Dapatan daripada temubual yang dilaksanakan menunjukkan bahawa cara paling baik
untuk pelajar menguasai fakta asas ini adalah dengan cara menghafal .Disamping itu guru
juga perlu memainkan peranan dalam menanamkan minat dikalangan pelajar untuk
mempelajari fakta asas ini .

-1-
Pendahuluan

Fakta asas sifir darab merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik . Penguasaan fakta asas ini seharusnya bermula sejak murid berada di

tahap satu lagi . Terdapat empat fakta asas yang perlu dikuasai oleh murid iaitu tambah , tolak ,

darab dan bahagi . Dalam keempat-empat fakta asas ini , murid-murid dilihat agak sukar dan

menghadapi masalah dalam menguasai fakta asas sifir darab . Pelajar akan menghadapi

kesukaran dalam menyelesaikan masalah Matematik sekiranya mereka gagal menguasai

sepenuhnya fakta asas ini . Situasi ini juga dilihat boleh menjejaskan prestasi pelajar dalam

mata pelajaran Matematik . Oleh yang demikian , guru harus memastikan pelajar benar-benar

telah menguasai keempat-empat fakta asas ini bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran Matematik di kelas .

Pernyataan Masalah

Kajian ini berkaitan dengan masalah penguasaan fakta asas sifir darab dikalangan para pelajar .

Masalah ini dilihat sedikit sebanyak telah mengganggu kelancaran proses pembelajaran

Matematik dikalangan pelajar . Kajian ini dajalankan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi

oleh para pelajar disamping mengenalpasti beberapa strategi yang mungkin dapat membantu

dalam menangani masalah ini .

-2-
Soalan soalan kajian

Apakah tahap penguasaan fakta asas darab di kalangan murid-murid di dua buah sekolah
yang di kaji ?

Adakah perbezaan yang ketara tentang penguasaan fakta asas darab dari segi jantina
murid ?

Adakah perbezaan yang ketara tentang penguasaan fakta asas dari segi kaum ?

Apakah punca kelemahan dikalangan murid-murid di dua buah sekolah yang di kaji dalam
menguasai fakta asas darab ?

Apakah strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah penguasaan
fakta asas darab di kalangan murid-murid di dua buah sekolah yang di kaji ?

Objektif Kajian

Mengenal pasti tahap penguasaan fakta asas darab di kalangan murid.

Mengenalpasti perbezaan yang nyata tentang penguasaan fakta asas darab dari segi jantina
murid.

Mengenalpasti adanya perbezaan yang ketara tentang penguasaan fakta asas darab dari segi
kaum pelajar .

Mengenalpasti punca kelemahan murid-murid dalam penguasaan fakta asas darab .

Mengenalpasti strategi pengajaran yang sesuai untuk memudahkan penguasaan fakta asas
darab di kalangan murid-murid .

-3-
Tinjauan Literatur

Mok Soon Sang 1994 dalam bukunya , menyatakan terdapat empat peringkat yang perlu

dipelajari oleh murid untuk menguasai konsep dan kemahiran pendaraban dengan cekap dan

tepat . Peringkat peringkat itu dihuraikan secara ringkas seperti berikut :-\

Membina konsep Menghafaz sifir Menguasai Penggunaan


darab darab kemahiran melalui kemahiran
latihan menyelesaikan
masalah

Empat peringkat perlu dikuasi dari peringkat yang pertama hingga peringkat ke empat . Apabila

pelajar telah menguasai sepenuhnya keempat-empat peringkat ini , ini mungkin akan dapat

membantu mereka menyelesaikan masalah dalam menguasai fakta asas darab ini .

Guru juga dilihat memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menjelaskan

konsep fakta asas kepada para pelajar . Sehubungan itu , dalam bukunya beliau juga

menegaskan bahawa masih terdapat sesetengah guru menganggap 3 x 2 adalah sama erti

dengan 2 x 3 ,memandangkan kedua-dua hasil darabnya adalah 6 . Bagaimana pun perlu

ditegaskan bahawa konsep 3 x 2 berbeza dengan konsep 2 x 3 . Bagi 3 x 2 bermaksud 3 set

yang setiap set mempunyai 2 benda , sedangkan bagi 2 x 3 b/ermakna 2 set yang setiap set

mempunyai 3 benda . Ini boleh ditunjukkan dalam contoh berikut ;

Rajah a Rajah b

Rajah a bermakna 3 x 2 dan bukannya 2 x 3 , sementara Rajah b bermakna 2 x 3 dan bukan

sebaliknya . Kekeliruan dalam menjelaskan konsep ini , boleh mengakibatkan pelajar

melakukan kesalahan dalam menjawab soalan .


-4-

Penulis Agnes Voo Tun Chuan dalam Ringkasan Jurnal oleh Dragonizer ( 2005) , menerusi

kajiannya mendapati pelajar-pelajar tidak memahami konsep operasi darab , tidak belajar

melainkan di sekolah , tidak mahu belajar , tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan

belum menguasai kemahiran membaca dan menulis . Temuduga yang dijalankan mendapati

hasilnya pelajar dimasukkan ke dalam tiga kumpulan iaitu :

1) tidak tahu ( dari segi fahaman konsep , kaedah belajar ,membaca dan menulis )

2) tidak dapat ( status ekonomi keluarga , kekangan masa , aktiviti lain )

3) tidak mahu ( tidak minat belajar )

Seterusnya pengkaji telah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa . Sesi bimbingan di mana

perkara-perkara seperti kepentingan pendidikan dan keperluan belajar , kepentingan matematik

dalam hidup , sifir dan kegunaannya disentuh . Kelas hari Sabtu diadakan untuk belajar semula

konsep asas operasi darab , latihan congak setiap hari , ujian dari masa ke semasa , perjumpaan

dengan guru semasa rehat/selepas sekolah dan pelajar digalakkan membantu antara satu sama

lain .

Aktiviti hari Sabtu bertujuan membolehkan pelajar memahami konsep operasi darab melalui

aktiviti hands-on , menulis sifir pada kadbod untuk ditampal di dinding , menulis sifir pada kad

kecil yang boleh dimasukkan dalam saku , a x b = b x a dan mencari gambar tersembunyi

dengan menggunakan sifir .

-5-
Penulis pada akhir penulisannya juga berpendapat bahawa guru-guru perlu memainkan peranan

yang lebih positif dalam menerapkan pengajaran pembelajaran sifir darab kepada murid-murid

berpencapaian rendah .

Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia , kandungan isi

pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan . Objektif pengajaran yang

berlandaskan kepada teori pembelajaran tingkah laku telah membuat matematik terbahagi

kepada ratusan bahagian , dan setiap bahagian di ajar secara berasingan antara satu sama lain .

( Asiah Abu Samah , 1982 )

Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira-mengira . Segala fakta , petua dan

hukum mesti di hafal oleh murid-murid . Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin

menerima pengetahuan , menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan

penghafalan ( Ibrahim Mohd. Noh , 1995 )

Pendekatan pengajaran yang bermula dengan pemahaman konsep , tanpa mengurangi

kepentingan mengira , berasaskan kepada penghayatan struktur matematik telah dilaksanakan

di sekolah . Guru-guru digalakkan menggunakan kaedah inkuiri dalam pengajaran mereka .

Murid-murid pula didedahkan kepada proses matematik untuk menghasilkan sesuatu keputusan

matematik dan bukan hanya terhad kepada penggunaan hasil matematik sahaja ( Noor Azlan

Ahmad Zanzali , 1996 )

-6-
Prosedur melaksanakan Kajian

Kajian ini di dilaksanakan ke atas dua buah sekolah rendah dalam bahagian Sarikei . Sasaran

ialah seramai 20 orang responden dari sekolah A manakala 41 responden dari sekolah B . Bagi

melaksanakan kajian ini , para pelajar telah di beri satu ujian bagi tujuan mengesan tahap

penguasaan murid dalam fakta asas . Ujian telah ditadbirkan oleh penyelidik di sekolah

masing-masing . Responden dikehendaki menjawab 40 soalan dalam tempoh masa yang

ditetapkan . Soalan yang dikemukakan adalah berasaskan fakta asas sifir darab .

Temubual juga turut dijalankan yang melibatkan empat orang guru yang mengajar mata

pelajaran matematik bagi kedua-dua buah sekolah yang dikaji . Dua orang guru dari setiap

sekolah telah dikenalpasti untuk ditemubual . Temubual ini ditadbirkan secara berasingan di

sekolah masing-masing . Hasil daripada ujian dan temubual ini akan dianalisis secara

kuantitatif dan kualitatif .

Analisis Data

Ujian yang ditadbirkan telah memberikan keputusan yang mungkin dapat membantu dalam

kajian ini . Ujian ini telah dijalankan di dua buah sekolah rendah luar bandar yang melibatkan

seramai 61 orang pelajar dari berbilang kaum dan agama. Kumpulan sasaran adalah dari Tahap

Dua iaitu pelajar Tahun 4 , Tahun 5 dan Tahun 6. Dari sekolah A seramai 20 responden

manakala sekolah B seramai 41 responden .

-7-
Keputusan ujian yang telah dilaksanakan dianalisis menggunakan sistem SPSS dan hasilnya

adalah seperti berikut .

Profil responden mengikut jantina dan kaum

Lelaki 34 55.7 %
Jantina
Perempuan 27 44.3 %

Melayu 15 24.5 %
Kaum
Iban 46 75.5 %

Jadual 1

Tahap peguasaan murid

Cumulative
Frequency Percent
Percent
Valid A 7 11.5 11.5
B 2 3.3 14.8
C 6 9.8 24.6
D 24 39.3 63.9
E 22 36.1 100.0
Jumlah 61 100 %

Jadual 2

Berdasarkan Jadual 2 di atas , 24.6 % sahaja yang menunjukkan tahap penguasaan yang baik .

11.5 % pelajar lulus dengan gred A , 3.3 % gred B dan 9.8 % gred C . Ini menunjukkan masih

wujud masalah dikalangan pelajar dalam menguasai fakta asas darab. Dari segi peratusan kaum

, analisis menunjukkan peratusan pelajar Melayu melebihi peratusan pelajar Iban seperti yang

ditunjukkan dalam jadual 1 di atas.


-8-

Secara keseluruhannya , dapatlah dikatakan bahawa pelajar di kedua-dua buah sekolah yang di

kaji masih menghadapi masalah dalam penguasaan fakta asas sifir darab . Malah ada

dikalangan pelajar yang gagal menjawab semua soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan .

Keadaan ini , jika tidak diperbaiki sudah pasti akan menjejaskan prestasi pelajar dalam

matapelajaran Matematik

Penguasaan Fakta Asas Darab Mengikut Kaum

Melalui T-Test yang dijalankan terdapat perbezaan yang signifikan diantara pelajar Melayu

dengan Pelajar Iban . Ini dapat dilihat dalam Jadual 1(a) dan Jadual 1 (b) di bawah dengan nilai

p = 0.02 (kurang daripada 0.05 )

Std. Error
Kaum pelajar N Mean Std. Deviation
Mean
IBAN 46 24.2174 17.02144 2.50967
Markah pelajar
MELAYU 15 58.3333 35.37638 9.13414

Jadual 1 (a)

Levenes Test for


Equality of t-test for Equality of Means
Variances
Mean Std. Error
Sig. (2-
F Sig. t df Differenc Differenc
tailed)
e e
Equal -
Markah
variances 24.704 .000 -5.042 59 .000 34.1159 6.76677
pelajar
assumed 4

Equal
-
variances
-3.602 16.165 .002 34.1159 9.47265
not
4
assumed

Jadual 1 (b)

-9-
Penguasaan Fakta Asas Darab Mengikut Jantina
Dilihat dari segi jantina pula , didapati tiada perbezaan ketara yang dapat dilihat kerana nilai P

= 0.935 melebihi 0.05 , seperti yang terdapat dalam jadual di bawah .

Group Statistics

Std. Error
Jantina pelajar N Mean Std. Deviation
Mean

Perempuan 27 32.9259 27.28859 5.25169


Markah pelajar
Lelaki 34 32.3529 27.16826 4.65932

Independent Samples Test

Levene's Test for


t-test for Equality of Means
Equality of Variances
Sig. (2- Mean Std. Error
F Sig. t df
tailed) Difference Difference
Equal
Markah
variances .025 .876 .082 59 .935 .57298 7.01703
pelajar
assumed
Equal

variances not .082 55.801 .935 .57298 7.02065

assumed

- 10 -

Analisis Kualitatif
Kajian ini juga turut dianalisis secara kualitatif . Seramai empat orang responden dikalangan

guru dan beberapa orang pelajar telah ditemubual . Data perolehan daripada temubual boleh

membantu penyelidik mendapatkan maklumat berkenaan dengan beberapa perkara yang boleh

diambil kira dalam analisis . Perkara perkara tersebut bolehlah diklasifikasikan seperti berikut

Punca Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid

Hasil daripada temubual yang telah dibuat , didapati kelemahan pelajar dalam menguasai fakta

asas ini adalah berpunca daripada sikap pelajar yang beranggapan bahawa fakta asas darab ini

sesuatu yang tidak perlu dipelajari . Di samping itu , sikap malas untuk menghafal juga menjadi

punca kepada masalah ini .

Guru yang ditemubual juga menyatakan bahawa para pelajar tidak menunjukkan minat dan

kesungguhan dalam menguasai kemahiran ini . Ini berlaku mungkin kerana pendekatan yang

digunakan oleh guru tidak mampu menarik minat para pelajar . Ini dapat ditunjukkan dalam

contoh-contoh transkrip temubual dengan peserta seperti berikut :

Saya lihat pelajar saya kurang berminat dan tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar

dan berusaha . ( Peserta A )

Mereka malas untuk menghafal. ( Peserta B )

Minat murid terhadap matematik dan penghafalan amat kurang . (Peserta C )

Guru kurang mahi r dengan cara dan strategi yang berkesan untuk meningkatkan

penguasaan dikalangan murid . ( Peserta D )

- 11 -

Beberapa orang pelajar yang telah ditemubual menyatakan bahawa matematik adalah satu

matapelajaran yang sukar dan aktiviti menghafaz sifir mendatangkan bebanan kepada mereka .
Ini menunjukkan pelajar tidak berminat dalam menghafaz fakta asas darab . Ini dapat

ditunjukkan dengan contoh-contoh transkrip temubual seperti berikut :

Saya tak ada masa nak hafal dan tak boleh nak hafal . ( Pelajar A )

Saya tak berapa minat Matematik sebab susah ( Pelajar B )

Susah nak hafal sifir, saya tak minat ( Pelajar C )

Saya dah cuba hafal tapi tak dapat ( Pelajar D )

Strategi Pengajaran

Dapatan daripada temubual yang dilaksanakan , adalah perlu bagi guru mempelbagaikan

kaedah dan strategi pengajaran mereka . Ini adalah kerana minat perlu dipupuk dikalangan

pelajar untuk mempelajari fakta asas dalam matematik . Di samping itu guru juga perlu mencari

suatu pendekatan pengajaran agar murid betul-betul dapat memahami konsep dan seterusnya

meningkatkan penguasaan mereka dalam pembelajaran matematik .

Responden menyarankan agar diadakan aktiviti membaca sifir darab lima minit sebelum sesi

pengajaran dan pembelajaran dijalankan . Pelajar akan diajukan soalan secara rawak dan

diminta menjawab dengan cepat dan tepat . Disamping itu guru juga perlu memberikan

penekanan yang lebih ke atas fakta asas sifir darab dikalangan pelajar . Ini perlu juga disusuli

dengan soalan susulan sebagai latihan murid di rumah . Latihan ini juga perlu di semak bagi

mempastikan pelajar memahami apa yang mereka buat .

- 12 -

Dalam pengajaran pembelajaran , guru perlu menjelaskan konsep terlebih sebelum meminta

murid-murid menghafal . Ini dapat dilihat dalam contoh transkrip temubual berikut:
Sebelum memulakan pengajaran pembelajaran ,saya sarankan agar guru yang mengajar
melaksanakan aktiviti congak selama lima minit secara berterusan . ( Peserta A )

Untuk mempastikan murid dapat menguasai fakta asas , kita perlu banyakkan latih tubi di
dalam kelas disamping terus menggalakkan murid menghafal .(Peserta B )

Kaedah lama yang sering digunakan oleh guru untuk mengajar operasi darab adalah dengan

cara memaksa murid-murid menghafal tanpa memahami terlebih dahulu . Penggunaan kaedah

ini hanya membantu pelajar menyelesaikan soalan mekanikal namun tidak mampu membantu

pelajar memahami konsep darab terlebih dahulu sebelum menghafaz.

Dalam menulis ayat matematik juga , masih ada guru yang menganggap 2 x 4 sama erti

dengan 4 x 2 .Dari segi jawapan sememangnya sama , namun harus ditegaskan juga bahawa

konsep 4 x 2 adalah berbeza dengan konsep 2 x 4 ( 4 x 2 bermaksud 4 kumpulan yang mana

setiap kumpulan mengandungi 2 objek , manakala 2 x 4 bermaksud 2 kumpulan yang mana

setiap kumpulan mengandungi 4 objek . ( Mok Soon Sang 1994 )

Pendekatan pengajaran yang bermula dengan pemahaman konsep , tanpa mengurangi

kepentingan mengira , berasaskan kepada penghayatan struktur matematik telah dilaksanakan

di sekolah . Guru-guru digalakkan menggunakan kaedah inkuiri dalam pengajaran mereka .

Murid-murid pula didedahkan kepada proses matematik untuk menghasilkan sesuatu keputusan

matematik dan bukan hanya terhad kepada penggunaan hasil matematik sahaja ( Noor

Azlan Ahmad Zanzali , 1996 )

- 14 -

Kesimpulan dan cadangan


Fakta asas darab merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik . Penguasaan fakta asas ini

seharusnya dikuasai oleh pelajar semasa mereka berada dalam tahap satu lagi . Ini adalah

kerana kemahiran ini mula di ajar dalam Tahun Dua diikuti pelajar Tahun Tiga . Penguasaan

fakta asas darab oleh pelajar akan dapat membantu mereka menyelesaikan soalan matematik

yang kebanyakannya melibatkan operasi pengiraan . Empat operasi yang ada melibatkan

operasi tambah , operasi tolak , operasi darab dan operasi bahagi . Keempat-empat operasi ini

harus dikuasai sepenuh oleh pelajar sebelum mereka melangkah ke Tahap Dua .

Dalam penguasaan keempat-empat operasi ini , pelajar dilihat masih lemah dalam menguasai

fakta asas sifir darab dan ini juga turut mempengaruhi penguasaan mereka untuk operasi bahagi

. Ini adalah kerana operasi bahagi lebih merupakan aktiviti songsangan kepada operasi darab .

Oleh yang demikian apabila pelajar telah menguasai sepenuhnya fakta asas sifir darab , maka

dengan sendirinya mereka juga turut menguasai operasi bahagi.

Dapatan daripada kajian yang telah dibuat di dua buah sekolah , di dapati masih ramai pelajar

yang belum menguasai sepenuhnya fakta asas darab ini . Kajian ini melibatkan seramai 61

responden . Daripada jumlah ini , seramai 46 orang atau 75.4 % pelajar gagal . Ini menunjukan

masih ada kelemahan yang amat ketara dikalangan pelajar . Pelajar berkenaan tidak dapat

menjawab soalan fakta asas dalam masa yang ditetapkan . Masalah ini wujud kerana pelajar

tidak hafal sifir darab .

- 15 -

Oleh yang demikian , beberapa cadangan turut diutarakan oleh guru yang ditemubual .

Antaranya ialah mengadakan sesi bacaan sifir setiap lima minit sebelum memulakan

pengajaran dan pembelajaran . Untuk memastikan keberkesanannya , aktiviti ini hendaklah


diupantau setiap hari oleh guru yang telah dipertanggungjawabkan . Disamping itu guru juga

perlu menilai dari masa ke semasa bagi memastikan sejauh mana pelajar-pelajar berkenaan

telah menguasai fakta asas sifir darab ini . Aktiviti lain yang dicadangkan ialah mengadakan

lebih banyak latihtubi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran . Pelajar juga perlu diberi lebih

banyak latihan susulan .

Dalam pada itu , minat pelajar juga perlu diambil kira . Guru seharusnnya mampu

mewujudkan situasi pembelajaran yang boleh menarik minat para pelajar . Penganjuran aktiviti

pertandingan boleh juga dilaksanakan seperti aktiviti kuiz Matematik . Di bilik darjah perlu

juga diwujudkan sudut matapelajaran khas untuk Matematik . Dengan adanya sudut

pembelajaran seperti ini pelajar boleh melakukan pembelajaran kendiri pada ruang masa yang

lapang .

Adalah diharapkan agar guru dapat memupuk amalan murid-murid supaya meminati matematik

dan menjadikan hafalan sebagai budaya dan amalan . Murid-murid juga diharap tidak lagi

menghafal sifir darab setakat di bilik darjah tetapi dimana-mana sahaja dalam kawasan

sekolah .

- 16 -

Senarai Rujukan .

Mook Soon Sang & Siew Fook Cheong (1988) Bimbingan Perguruan , Pengajaran dan

Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah Rendah


Mook Soon Sang (1994 ) Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran :

Mook Soon Sang (1994 ) ,Kumpulan Budiman SDN BHD Kuala Lumpur.

Mok,S.S (1993). Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur.

Randall J.S (1989 ). Learning to teach Mathematics.

Jabatan Pelajaran Sarawak ( 1985 ). Pengkayaan Matematik Tahun 3 KBSR

Dragonizer ( 2005 ) Ringkasan Jurnal : Penguasaan Sifir Darab Dalam Matematik Tahap Dua

You might also like