You are on page 1of 4

Jiran

Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Jiran kita
termasuklah mereka yang tinggal di sebelah, depan dan belakang rumah kita. Saya
tinggal di rumah teres dan mempunyai ramai jiran yang baik.

Jiran- jiran saya sangat peramah. Mereka sering bertegur sapa sekiranya berada
di luar rumah. Jiran saya juga datang menziarahi rumah ketika saya sakit dan ketika ibu
melahirkan adik-adik saya.

Jiran saya juga suka menghantar makanan ke rumah saya. apabila mereka
memasak sesuatu yang istimewa seperti nasi beriani dan kuih tradisional. Ini dapat
mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran.

Jiran saya akan memaklumkan kepada keluarga saya apabila mereka


tiada di rumah. Kami sekeluarga akan menjenguk ke rumah mereka untuk memastikan
rumah mereka selamat. Ini akan mewujudkan kawasan kejiranan yang lebih selamat.

Sekiranya berlaku kecemasan, kita boleh memohon bantuan dari jiran. Suatu
ketika adik saya sakit dan ayah saya tiada di rumah. Ibu terpaksa membawa adik ke
hospital manakala saya tinggal sementara di rumah jiran.

Jiran-jiran saya turut membantu sekiranya terdapat majlis atau jamuan. Mereka
bergotong-royong menjayakan acara tersebut dengan gembira. Jiran-jiran turut
bergotong-royong membersihkan persekitaran surau dan kawasan perumahan.

Saya mempunyai jiran yang sebaya dan belajar di sekolah yang sama dengan
saya. Kami sering belajar dan mengulang kaji pelajaran beramai-ramai. Kami juga
sering bertukar pendapat untuk meningkatkan pengetahuan.

Hidup kejiranan membawa banyak manfaat kepada kita. Kita mestilah berbuat
baik sesama jiran. Saya bersyukur kerana mempunyai jiran-jiran yang baik.
Karangan Laporan : Laporan Perkhemahan Pengakap

Soalan : Unit beruniform di sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan.

Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis laporan tentang perkhemahan tersebut..

Tulis laporan itu selengkapnya.

Pada 25 hingga 26 April 2013, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Kerteh


telah mengadakan perkhemahan di Air Terjun Sekayu. Perkhemahan selama dua hari
ini telah disertai oleh 35 orang pengakap dan 5 orang guru pengiring.

Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental,
membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan
peserta. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap
alam sekitar.

Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab memimpin ahli
kumpulannya. Sebarang masalah yang timbul dalam kalangan ahli, akan dibincang
dengan ketua kumpulan.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya ialah
merentas hutan, kawad kaki, lakonan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan lancar dengan
kerjasama dari semua peserta.

Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta dapat mengutip
pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah hubungan antara
pengakap bertambah erat.

Disediakan oleh 27 April 2013

(Ikhwan Hadi)

Setiausaha Persatuan Pengakap

SK Kerteh

You might also like