Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
2.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KELAS
2.1 Ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju dengan ahli jawatankuasa baru yang dilantik seperti yang berikut:- Ketua Opsyen : Muhammad Firdaus bin Fadzil Penolong Ketua Opsyen : Nur Amalina binti Yusof Setiausaha : Amirah Husna binti Mahamad Habib Penolong Setiausaha : Nur Erahazleen Shaficca binti Rusli Bendahari : Muttakin Akmal bin Maaroff Penolong Bendahari : Norliyana binti Sahdan (Tindakan : Makluman semua)
3.0 RANCANGAN AKTIVITI KELAS
3.1 Mesyuarat telah menerima pelbagai rancangan untuk aktiviti semester. (a) Lawatan ke Air Terjun Sagil Gunung Ledang (Ketua : Mohamed Razali bin Daud) (b) Lawatan ke sekolah pendidikan khas di kawasan Johor Bahru (Ketua : Muhammad Faizal bin Che Nat) (c) Membuat tayangan perdana (Ketua : Mohd Yusrizal bin Abdullah) (d) Ekspedisi ke Gunung Tahan (Ketua : Mohd Amirul Hafiz bin Mohd Yusof) 3.2 Aktiviti yang dicadangkan telah diagihkan tugasannya kepada beberapa ketua yang telah dilantik.
(Tindakan : Ketua Projek)
4.0 UCAPAN RINGKAS DARIPADA JAWATANKUASA YANG BARU
4.1 Ketua opsyen dan penolong ketua opsyen memberikan ucapan dan harapan mereka supaya semua ahli dapat memberikan kerjasama dan mengucapkan terima kasih kerana mempercayai mereka untuk menjalankan tanggungjawab. (Tindakan : Makluman semua)
5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua AJK dan anggaplah tugas yang dipertanggungjawabkan ini sebagai amal jariah.