You are on page 1of 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 3503
EPIC PENDIDIKAN INKLUSIF

TUGASAN 1

AKTIVITI 1
E-PORTFOLIO (PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF)

NAMA
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF

NO. MATRIK : 830714045204001

NO.KAD PENGENALAN : 830714-04-5204

NOMBOR TELEFON : 017-6091843

EMAIL : Ila_sharif83@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SANDAKAN

TUTOR ONLINE (EPIC FORUM)


ARDJUNA BIN MARSIDI

SEMESTER JANUARI 2016


HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ..................................................................................................................... 2

2.0 SEJARAH PENDIDIKAN INKLUSIF ................................................................................. 4

3.0 KATEGORI MURID BERKEPERLUAN KHAS ................................................................ 2

4.0 KAEDAH MENGESAN MURID BERKEPERLUAN KHAS ............................................. 7

5.0 TEKNIK / PENDEKATAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG


BERSESUAIAN ................................................................................................................... 9

7.0 PENUTUP .......................................................................................................................... 16

8.0 RUJUKAN ........................................................................................................................... 17

1
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

1.0 PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mensasarkan untuk melaksanakan program


pendidikan inklusif aliran arus perdana dan juga Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP) di
sekolah arus perdana ataupun sekolah pendidikan khas. Matlamatnya adalah untuk memastikan
setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai
dengan keperluan khusus mereka.

Program pendidikan inklusif ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan
pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan
murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Perkataan
inklusif ini merupakan perkataan inggeris iaitu Inclusive yang bermaksud merangkumi.
Dalam buku Psikologi Pendidikan tertulis maksud inklusif secara umumnya adalah
mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa agar mereka
diberi peluang untuk menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti
murid-murid lain tanpa mengira kedudukan dan status. Pendekatan pendidikan inklusif
merupakan antara pilihan yang ada untuk murid yang berkeperluan khas di Malaysia ini. Dalam
konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendidikan inklusif masih terbatas untuk
dilaksanakan mengikut acuan.

Matlamat pendidikan inklusif ini ialah untuk meningkatkan dan memberi peluang kepada murid
berkeperluan khas mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di
arus perdana. Program Pendidikan Inklusif juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya
tidak menafikan potensi murid berkeperluan khas dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka
boleh diminimakan jika diberi perluan yang sama.

Pendidikan inklusif menyasarkan beberapa objektif. Berikut merupakan objektif program


pendidikan inklusif . Pertama memastikan murid berkeperluan khas mendapat hak yang sama
rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan, kedua membina keyakinan diri murid
berkeperluan khas bagi mencapai potensi yang optimum, ketiga memastikan murid
berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan
kemahiran kehidupan harian mereka. Keempat ialah meningkatkan kesedaran dan penerimaan
warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan murid berkeperluan khas.

2
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

Terdapat dua bentuk inklusif iaitu inklusif penuh dan inklusif separa.

a) Inklusif penuh ialah murid berkeperluan khas belajar secara sepenuh masa bersama-sama
murid arus perdana. Mereka mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik
berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan
bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Murid ini belajar bersama-sama murid
arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti
kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka. Murid berkeperluan khas yang
mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan
atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan
perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah
berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka.

b) Inklusif Separa ialah murid berkeperluan khas belajar bersama-sama murid arus perdana
bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu
sahaja mengikut keupayaan mereka. Mereka yang mengikuti inklusif separa bagi mata
pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang
diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi
aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan
mereka.

3
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

2.0 SEJARAH PENDIDIKAN INKLUSIF

Satu falsafah pendidikan khas telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada
tahun 1986. Rajah di bawah merupakan falsafah pendidikan khas tersebut.

Rajah 1: Falsafah Pendidikan Khas (sumber :http://1skserisentosa.blogspot.my)

Pada Persidangan Dunia mengenai pendidikan untuk semua pada tahun 1990, Deklerasi
Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia telah
menegaskan bahawa semua orang mempuyai hak untuk mendapat pendidikan tanpa mengira
perbezaan individu dan kemampuan. Maka, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk
belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan memberi perhatian kepada beberapa
aspek. Aspek-aspek tersebut ialah :-
I. Intelek V. Sosial
II. Rohani VI. Bakat
III. Jasmani VII. Nilai-nilai moral
IV. Emosi VIII. Estetika

Empat Kementerian terlibat secara langsung menyediaka perkhidmatan pendidikan untuk


Kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia. Keempat-empat agensi ini diberi tanggungjawab
merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk golongan berkeperluan khas. Berikut
merupakan jadual agensi bersama bidang tugas masing-masing dalam program pendidikan
inklusif ini.

4
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

Bil Agensi/ Kementerian Bidang Tugas


Kementerian Pelajaran Malaysia Pendidikan formal peringkat prasekolah, rendah
1.
(KPM) dan menengah
Kementerian Pendidikan Tinggi
2. Pendidikan tinggi (tertiary education)
(KPT)
Kementerian Pembangunan Wanita,
Pendidikan tidak formal
3. Keluarga dan Masyarakat
Intervensi awal
(KPWKM)
Proses Saringan dan Diagnostik
4. Kementerian Kesihatan (KKM)
Intervensi awal
Jadual 1 : Bidang Tugas setiap Kementerian dalam PPI

Merujuk kepada Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah bagi
semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluankhas adalah wajib di negara ini. Ibu
bapa yang gagal mendaftar anak-anak mereka dalam umur persekolahan peringkat sekolah
rendah boleh didakwa. Maka kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian
mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk gologan yang mempunyai kecacatan
atau ketidakupayaan.

1
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

3.0 KATEGORI MURID BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan
penjagaan yang berbeza berbanding kanak-kanak normal. Perbezaan tersebut adalah dari
beberapa ciri-ciri antaranya ialah mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi,
tingkahlaku dan emosi serta ciri-ciri fizikal. Jadual dibawah menunjukkan beberapa definisi
kanak-kanak berkeperluan khas menurut beberapa tokoh pendidikan.

Bil Tokoh Definisi


Pendidikan
Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa
dalam ciri-ciri mental, keupayaan-keupyaan deria dalam ciri-ciri saraf
dan otot atau fizikal dalam tingkah laku sosial atau emosi dalam
1 Kirk (1993) keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau
perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga
kemampuan yang maksimum
2 Jamila Kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan
(2005) sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-
ciri fizikal. Mereka memerlukan modifikasi atau perubahan dalam
aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bagi
tujuan mengambangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang
optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.
3 McDonnell Rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan
(1985) pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan
yang lain.
4 Garciulo Individu yang berbeza daripada standard masyarakat atau komuniti
(2003) sediakala. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh ketara fizikal, deria,
kognitif , atau ciri-ciri tingkah laku. Kebanyakan kanak-kanak mungkin
memerlukan program pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan
mereka yang unik.
Jadual 2: Pelbagai Definisi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

2
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

Rajah 2 : Klasifikasi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas


(Sumber : http://www.slideshare.net)

Rajah 2 menunjukkan klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas dalam bentuk grafik. Berikut
adalah huraian setiap klasifikasi tersebut.

a) Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah Pendengaran.


Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan
tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria pendengaran dibezakan sama ada
seseorang itu boleh mendengar bunyi pada desibel yang berlainan. Individu yang hanya
boleh mendengar bunyi antara 27 hingga 65 dB dikatakan sebagai mengalami kesukaran
pendengaran (hard of hearing) manakala individu yang hanya boleh mendengar bunyi pada
90 dB dan ke atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilangan deria pendengaran boleh
mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Ini secara langsung akan memberi kesan
ke atas kebolehan membaca.

3
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

b) Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah Penglihatan


Kanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua kumpulan sahaja
iaitu:
(i) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-apa, termasuk
objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan, pendengaran,
hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka juga perlu menggunakan
tongkat putih apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

(ii) (ii) Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai
keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau gambar
setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar dan lain-lain.
Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas dan dibantu dengan cahaya
yang sesuai dan tulisan bersaiz besar.

(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan Mental


Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang tidak dapat
belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaikmereka yang
normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan
maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Kerencatan mental
lazim berpunca sebelum umur 18tahun

4
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

(d) Kurang Upaya Fizikal


Kurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang merosakkan otak,
otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa jenis penyakit sedemikian.
Contohnya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy) mengalami kesukaran mengerakkan
kaki atau tangan atau leher atau lebih daripada satu anggota badan. Keadaan ini wujud
disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsimotor atau pergerakan. Keadaan
ini bermula pada peringkat bayi dan awal perkembangan seorang kanak-kanak. Lagi satu
penyakit yang membawa kepadakurang upaya fizikal ialah spina bifida (spina bifida) yang
menyerang dan merosakkan tulang belakang seseorang. Penyakit ini menyebabkan badan
menjadi bengkok dan akhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah sejenis
penyakit yangmenyebabkan otot-otot skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang diserang
penyakit ini lama-kelamaan dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda
dan ramai di antara mereka meninggal dunia apabila sampai remaja

(e) Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa


Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai
kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi,
morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah bahasa
mengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan.
Masalahberbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan
tidak mahu bertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi penerangan atau arahan.
Mereka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-
kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat
apabila bercakap.

(f) Kurang Upaya Pembelajaran


Kanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran adalah kanak-
kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu
pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental
yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan yang dialami
mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa lisan dan
pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik. Masalah
pembelajaran dianggap berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat.

5
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

(g) Gangguan Emosi


Emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira
dansebagainya. Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud bergantung kepada
keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak menunjukkan emosi kanak-kanak lain pula
emosi dipamerkan melalui sesuatu tingkah laku. Gangguan emosi mempengaruhi
keupayaan untuk belajar, kesukaran membina dan mengekalkan hubungan interpersonal
yang baik dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasai sedih. Kanak-kanak yang
mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkah laku luaran seperti kerap berjalan dalam
kelas, menjerit, mengacau pelajar lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti
memencilkan diri, berkhayalan dan sebagainya.

(h) Pintar Cerdas


Pelajar pintar cerdas dan berbakat tidak hanya terdiri daripada mereka yang mempunyai
pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka yang mempunyai daya imaginasi yang
luas, kebolehan untuk mengemukakan idea-idea yang unik, kepintaran memimpin,
mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik. Kadang-kala, pelajar ini disalah sangka
oleh guru sebagai pelajar nakal kerana suka mengganggu pelajar lain atau pun tidak
memberi perhatian semasa guru mengajar. Mereka mudah merasa bosan kerana apa yang
diajar telah mereka fahami. Mereka sebenarnya suka aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks
dan mencabar .

6
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

4.0 KAEDAH MENGESAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Sebelum melaksanakan program pendidikan inklusif ini, kebiasaanya guru akan mengesan
terlebih dahulu murid-murid yang di dalam kategori murid berkeperluan khas. Berikut
merupakan beberapa cara untuk mengesan murid-murid berkeperluan khas ini.

a) Pemerhatian
Pemerhatian dibuat secara langsung atau tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing.
Guru perlu memerhatikan wajah dan emosi murid-murid sama ada ceria, takut, bingung
dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru
perlu mengenal pasti masalah mereka lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara
berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.

b) Penafsiran Rekod Prestasi


Guru menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid yang dikenali sebagai
rekod prestasi. Rekod tersebut mengandungi maklumat pencapaian murid dari segi
kemahiran-kemahiran yang dikuasai pada sesuatu peringkat pembelajaran secara
berterusan. Tujuan rekod disimpan ialah untuk membekalkan maklumat dan keterangan
yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid di dalam kelas.

c) Rekod Profil
Berbeza dengan rekod prestasi. Rekod profil merupakan rekod yang menyimpan
maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di
sekolah. Pencapaian dibuat berdasarkan markah dan gred. Setiap penghujung semester,
prestasi murid-murid dicatat dan disimpan. Catatan biasanya dibuat pada awal tahun,
pertengahan tahun, dan akhir tahun atau mengikut semester.

7
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

d) Ujian saringan (diagnostic) /Instrumen Saringan


Ujian saringan merupakan satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca
dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh murid. Manakala instrumen
Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran merupakan satu alat untuk
mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas.
Instrumen ini bertujuan membantu guru mengesan murid yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran. Instrumen ini juga penting sebagai bahan rujukan untuk pengamal
perubatan membuat pengesahan status masalah pembelajaran murid. Guru atau penilai
perlu berbincang dengan ibu bapa / penjaga jika didapati murid berkemungkinan
mempunyai ciri-ciri keperluan khas. Instrumen ini perlu dibawa bersama ketika berjumpa
pengamal perubatan sebagai bahan rujukan untuk pengesahan masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh murid.

e) Temu bual dengan guru kelas


Maklumat daripada guru kelas amat penting. Perbincangan bersama guru kelas harus
dilakukan kerana guru kelas merupakan individu yang boleh memberikan maklumat
ntentang seseorang murid yang hendak dikenalpasti. Antara maklumat yang hendak
dikumpulkan ialah rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri
tingkah laku yang khusu dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid
yang lain.

f) Temu bual dengan ibu bapa


Penjaga perlu memberikan kerjasama kepada guru untuk memberi maklumat tentang
masalah anak-anak mereka. Mereka merupakan orang terdekat dengan murid-murid ini.
Melalui penjaga, guru boleh mengumpulkan pelbagai maklumat seperti latar belakang
keluarga, aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas
yang lain. Melalui maklumat-meklumat tersebut, guru dapat mengenal pasti punca-punca
masalah pembelajaran murid dan dapat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk
membantu murid-murid bermasalah.

8
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

5.0 TEKNIK / PENDEKATAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG


BERSESUAIAN

Guru perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian untuk murid-murid berkeperluan khas.
Pendekatan merujuk kepada definisi oleh Edward M. Anthony, 1963 ialah cara bagaimana
sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya. Manakala Kamarudin Haji
Husin, 1993 pula menyatakan pendekatan di dalam konteks pendidikan merupakan satu set teori
pembelajaran yang akan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran.

Berikut merupakan empat pendekatan yang sesuai digunakan kepada murid-murid berkeperluan
khas iaitu : -

a) Koperatif
i) Definisi Pendekatan koperatif
Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar
bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli
kumpulannya. (Slavin 1983)
Pengertian pembelajaran kooperatif oleh Lie (2008:12) pembelajaran
kooperatif merupakan sistem pembelajaran yang memberi peluang kepada
murid untuk bekerja sama dengan murid lain dalam tugas-tugas yang
berstruktur.
Pembelajaran kooperatif (Cooperative Learning) adalah pendekatan
pembelajaran yang berfokus pada penggunaan kumpulan kecil murid untuk
bekerja sama dalam aktviti pembelajaran untuk mencapai tujuan dan
prestasi yang cemerlang.(Sugiyanto 2008: 35).
Mengikut John Myers (1991), pembelajaran koperatif menegaskan hasil
atau produk manakala pembelajaran pembelajaran koperatif mementingkan
proses bekerjasama dalam pembelajaran.

9
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

ii) Ciri-ciri Pendekatan Koperatif


Sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.
Semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan
masalah
Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan
prestasi yang baik bagi memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu
matlamat
Mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar
Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep
kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan
mengekalkan hubungan positif.

b) Kolaboratif
i) Definisi Pendekatan kolaboratif
Kamus Dewan (1998); Kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua
pihak atau lebih.
Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi dan
menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila menghadapi
kesukaran samada secara peribadi atau profesional (Hargreaves, 1995)
Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia
memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu
idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan.
Mengikut John Myers (1991), pembelajaran kolaboratif mementingkan
proses bekerjasama dalam pembelajaran.

10
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

ii) Ciri-ciri Pendekatan kolaboratif


Pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman,
berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama.
Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif:
Kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi .
Perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi
merancang, menilai dan membuat refleksi
Saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi
akademik yang baik.

c) Instruktional
i) Definisi Pendekatan instructional
Pengajaran adalah satu proses, bentuk atau cara penyampaian maklumat oleh
seseorang kepada orang lain.
Pengajaran boleh berbentuk arahan, tunjuk cara, penerangan lisan, dan bukan
lisan, atau bentuk-bentuk lain yang bertujuan membolehkan orang lain
memahami, memulakan, atau menjalankan sesuatu aktiviti, tindakan atau
tugas.
Interaksional menekankan pada proses komunikasi dua arah diantara para
komunikator. Dengan kata lain, komunikasi berlangsung dua arah iaitu dari
pengirim dan kepada penerima dan dari penerima kepada pengirim.

11
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

d) Projek
i) Definisi Pendekatan projek
Menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanak-
kanak dalam pembelajaran. Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006)
Pegangan pendekatan ini dipengaruhi oleh teori Konstruktivis. Pebelajaran
kemahiran diperolehi menerusi pengetahuan yang dibina oleh kanak-kanak
adalah mengikut inisiatif dan minat kanak-kanak . (JA Brunner)
Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak melalui
pembinaan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran. (Reggio Emilia )

j) Ciri-ciri Pendekatan projek


Boleh dijalankan dalam jangka masa pendek dan dalam jangka masa yang
panjang ( Lilian Katz, 1999)
Topik yang dipilih akan dikaji secara mendalam (Rick Allen Spring ,2001)
Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan
meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek (lilian Katz,
1999)
Bahan- bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah
diperoleh(Sylvia Chard, 2000)
Kelebihan kaedah pendekatan projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan
perasaan puas hati kerana dapat meyelesaikan sesuatu projek sendiri dan
dapat menimba ilmu pengetahuan. (Judy Harrris Helm, 2006)

12
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

6.0 KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Murid-murid berkeperluan khas ini memerlukan keperluan fizikal atau sokongan infrastruktur.
Keperluan ini perlu disediakan agar murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dengan
selesa. Antara keperluan-keperluan tersebut ialah :-

a) Keperluan Kesamarataan Hak Asasi

Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah
keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk
golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar
dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Oleh itu
golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama
menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih
berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi
pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk
kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan
segala aspek lain.

b) Keperluan Pendidikan Berkualiti

Pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk
meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita.
Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan
kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada
golongan bekeperluan khas . Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu
untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan.
Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta
melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan
bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi
apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama

13
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

c) Keperluan Sosial

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak-
kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan
inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa
hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan
pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk
kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu
pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri
sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

d) Keperluan Insfranstuktur Dan Peralatan

Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta
persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang
pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar Pendidikan Khas
(PK). Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar-pelajar Pendidikn Khas boleh dilatih
untuk berdikari di samping memperkembangkan potensi mereka. Sistem pendidikan di
negara kita kini telah diubah suai selaras dengan hasrat negara yang terkandung dalam
Wawasan 2020. Ianya menjadi sasaran utama negara untuk menjadi sebuah negara maju
yang mementingkan pembangunan insan selaras dengan pendidikan bersepadu yang
digunakan. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan
meningkatkan prestasi pelajar. Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang
kondusif perlu diubah suai mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan
khas khususnya. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu,
perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau
kurang upaya yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah
pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas. Pihak
sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan penyediaan
infrastruktur di sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di sekolah-
sekolah. Usaha-usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan
asessibiliti bilik darjah pendidikan khas bagi semua kategori. Satu garis panduan

14
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

infrastuktur yang standard diperlukan agar semua bilik darjah pendidikan khas yang dibina
mempunyai infrastruktur yang sesuai serta memenuhi keperluan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan khas.

15
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

7.0 PENUTUP

Pendidikan merupakan hak asasi semua manusia kerana semua insan mempunyai hak untuk
meniba ilmu pengetahuan. Peluang pendidikan pelajar berkeperluan khas perlu sama rata dengan
pelajar yang normal kerana mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita setanding dengan
pelajar normal yang lain. Peluang perlu diberi sama rata agar mereka tidak tersisih daripada arus
pembelajaran nasional.

Kementerian berkenaan perlulah membuat pembaharuan dari masa ke semasa bagi


memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan ianya diakui dapat memenuhi keperluan kanak-kanak
berpendidikan khas. Guru-guru yang terlibat perlu memberi penekanan terhadap komunikasi serta
bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah yang timbul. Pendidikan Inklusif
memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di
Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.

16
HBEF 3503 NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
PENDIDIKAN INKLUSIF 830714045204001

8.0 RUJUKAN

(n.d.). Retrieved Mac 3, 2016, from JPN Kedah: http://jpnkedah.moe.gov.my

(n.d.). Retrieved Mac 6, 2016, from KPM: http://www.moe.gov.my

(n.d.). Retrieved Mac 6, 2016, from KPM: http://www.moe.gov.my

Aik, S. C. (2012, Desember 5). Retrieved Mac 6, 2016, from Pemulihan Khas:
http://chujuaik.blogspot.my

Awanismuhammad. (2013, Mei 23). Retrieved Mac 6, 2016, from PendidikanInklusifhbef3053:


https://inklusifhbef3053.wordpress.com

Azad Athahiri Anuar, & Norsayyidatina Che Rozubi. (2010). Keperluan Pendidikan Inklusif
dalam Program Pendidikan Arus. Retrieved Mac 6, 2016, from ScienceDirect.

Cikgusupkhas. (2012, Oktober 31). Retrieved Mac 6, 2016, from Slideshare:


http://www.slideshare.net

Hilmi, T. M. (2010, Mac 29). Retrieved Mac 6, 2016, from Scribd: https://www.scribd.com

Jamaludin, S. H. (2010, April 8). Retrieved Mac 6, 2016, from Nkilan Seorang Hamba:
http://sitihajarjamaludin.blogspot.my

17

You might also like