You are on page 1of 4

NURUSYAHIRAH BIINTI ISMAIL EDU3093

REFLEKSI TUTORIAL 2 :

Tajuk : Implikasi Pendidikan Wajib Di Malaysia

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa
warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur
enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib ini adalah
selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah yang telah dilaksanakan mulai tahun
persekolahan 2003. Sehubungan dengan itu, kegagalan ibu bapa memastikan anaknya
mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undangdan jika
disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau
dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Salah satu implikasi pendidikan wajib di Malaysia ialah progam pendemokrasian


pendidikan dapat dilaksanakan mengikut matlamat yang ditentukan. Dewey (1966)
mengatakan bahawa pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang
yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan
menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup. Ahmad
Fauzi (1997), Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar
pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang
mendapat pendidikan yang bermutu (democratization of access to quality education). Dalam
konsep pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar penting telah dibentuk.

Berikut merupakan dasar-dasar pendemokrasian pendidikan di Malaysia iaitu


perlaksanaan pendidikan wajib pada peringkat asas, perlaksanaan sekolah vernakular
(sekolah Tamil dan Cina), pendidikan selama 13 tahun, sekolah teknikal, asrama penuh,
pendidikan khas, swasta dan sek agama, peluang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) peringkat
tinggi dan pendidikan sepanjang hayat.

Manakala dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan, terdapat beberapa


cabaran yang perlu dihadapi seperti penyediaan infrastruktur yang lengkap dan mencakupi
untuk semua pelajar, kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah, buku teks,
pusat sumber dan sebagainya serta sumber tenaga kerja (bilangan guru siswazah dan
bukan siswazah).

Selain itu, hak asasi kanak-kanak terpelihara. Hak asasi dapat dikelaskan kepada
empat aspek iaitu perkembangan, perlindungan, kehidupan dan penyertaan. Aspek yang
pertama ialah perkembangan merupakan hak kanak-kanak yang amat penting dalam
konteks sekolah. Tanpa perkembangan, masa hadapan kanak-kanak suram. Pendidikan

1
NURUSYAHIRAH BIINTI ISMAIL EDU3093

merupakan pembuluh yang boleh membantu kanak-kanak berkembang kerana untuk


mendapatkan pendidikan merupakan salah satu hak asasi kanak-kanak dan ibu bapa perlu
disedarkan bahawa anak-anak mereka mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan.

Hak untuk pendidikan dalam CRC Artikel 29: pendidikan hendaklah untuk
mengembangkan personaliti, bakat, kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap
potensi yang paling tinggi. Fokus terhadap perkembangan kebolehan akademik sahaja
menunjukkan amalan diskriminasi. Kesan kecenderungan terhadap kecemerlangan
akademik seperti personaliti tidak dikembangkan dan kanak-kanak yang mempunyai
kecerdasan dalam domain yang lain tidak dapat mengembangkan potensi mereka. Kanak-
kanak ini biasanya mempunyai harga diri yang rendah, merasa tak diterima, kecewa dan
sebagainya.

Seterusnya aspek kedua iaitu hak untuk perlindungan yang mana ada beberapa
kejadian di sekolah yang menyebabkan kanak-kanak merasa tidak selamat. Buli mempunyai
dua jenis iaitu fizikal dan psikologi seperti mengumpat, ditolak oleh rakan, dipulaukan dan
diejak. Kesan buli psikologi mungkin lebih teruk daripada kesan buli fizikal. Kesan psikologi
termasuk harga diri yang rendah, ketakutan dan ketidakupayaan (helplessness). Di Amerika
Syarikat, pelajar yang membunuh rakan dan staf biasanya mempunyai masalah kesihatan
mental yang merupakan kesan buli. Manakala di Malaysia, seorang murid yang telah
membunuh anak guru tuisyennya kerana dia diusik olehnya dan kes murid ADHD yang
menggunakan pisau lipat untuk mengancam rakan yang membuli dia.

Tambahan lagi, aspek yang ketiga iaitu kehidupan. Kekuatan mental diperlukan
dalam dunia yang global dan bersaing. Ramai ahli sukan di Malaysia tidak mencapai taraf
antara bangsa atau jika berjaya, tidak boleh mengekalkan prestasi mereka kerana
kekurangan kekuatan mental. Untuk bertahan dan berjaya dalam situasi amat tekanan,
murid perlu mempunyai ketabahan, kebolehan berfikir secara terbuka dan kreatif,
menyesaikan masalah secara bebas dan berdikari.

Aspek yang terakhir ialah penyertaan. Dalam Artikel 12: Hak untuk menyatakan
pendapat kanak-kanak yang perlu diambil kira dalam apa-apa perkara yang menyentuh
mereka. Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya, menerima
maklumat, memberitahu idea atau maklumat. Jika kanak-kanak digalakkan meluahkan
kekecewaan, ketakutan, masalah emosi dan sebagainya, masalah sosial boleh dikurangkan.
Emosi yang ditahankan (suppress) mungkin diletup dalam bentuk serangan, pembunuhan
dan gangguan mental.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat


pendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang sama diberikan kepada

2
NURUSYAHIRAH BIINTI ISMAIL EDU3093

semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosio-ekonomi, latar belakang budaya,
agama, dan kecerdasan supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara
maksimum dan mencapai kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guru-
guru perlu adil dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar
daripada pelbagai kumpulan etnik. Selain itu, hak asasi kanak-kanak juga perlu diambil kira
kerana mereka juga berhak untuk mendapatkan hak yang sepatutnya seperti orang lain
walaupun mereka hanya insan kerdil diibaratkan seperti kain putih yang bersih yang tidak
tahu tentang percaturan hidup yang berliku-liku. Oleh itu, kita sebagai orang dewasa
perlulah memberikan hak yang sepatutnya di samping mengasihi mereka sebagai kanak-
kanak.

RUJUKAN

Chiam Heng Keng. (2008). Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanak-kanak di Sekolah.

SUHAKAM Simposium Hak Kanak-kanak: Menjana Pemikiran. Kuala Lumpur.

http://www.suhakam.org.my/wp-content/uploads/2013/12/Dasar-Hak-Kanak-

kanak.pdf. Tarikh capaian pada 15hb Julai 2017

Noriati a. Rashid, Boon,P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan

Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Konvensyen Mengenai Kanak-kanak Versi Bergambar.

http://www.scribd.com/doc/101029420/528-konvensyen-Mengenai-Hak-Kanak-kanak-
Versi-Bergambar. Tarikh capaian pada 15hb Julai 2017

Modul Pembelajaran IPG EDU 3093. (2014). Guru dan Cabaran Semasa.

file:///C:/Users/User/Downloads/MODUL%20EDU3093.pdf. Tarikh capaian pada


15hb

Julai 2017

3
NURUSYAHIRAH BIINTI ISMAIL EDU3093

Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa.

Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia

You might also like