You are on page 1of 3

Arahan : Baca petikan di bawah.

Berhemah di Jalan Raya


Jalan raya ialah prasarana yang penting dalam
sistem perhubungan. Namun begitu, pertambahan
kenderaan mengakibatkan jalan raya menjadi
sesak dan seterusnya menyebabkan kemalangan.
Pemandu juga mudah hilang tatasusila ketika
berada di jalan raya.
Oleh itu, pelbagai cara dilakukan untuk
mengubah cara pemanduan dalam kalangan
pemandu. Pemandu yang budiman akan sentiasa
berhemah ketika memandu di jalan raya. Mereka
akan mematuhi tatacara pemanduan yang
selamat. Kesabaran dan sikap toleransi ialah
prasyarat utama untuk menjamin keselamatan di
jalan raya.
Kemudahan seperti hentian rehat dan rawat
memberikan keselesaan kepada pemandu.
Kemudahan ini tidak sewajarnya menjadi mangsa
vandalisme sehingga menjejaskan keselesaan
pengguna jalan raya.
Arahan : Baca petikan di bawah.

Langkah Pencegahan
Amalan pencegahan boleh dilakukan dengan
menjaga kebersihan sekeliling rumah sama ada di
dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan
pembiakan nyamuk. Cara untuk menghalang
pembiakan nyamuk adalah dengan menggunakan
penyembur racun serangga, memasukkan ubat
pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan
air, menutup bekas simpanan air untuk mencegah
nyamuk daripada bertelur, sentiasa menukar air di
dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dan
kolah mandi setiap minggu serta gotong-royong
membersihkan kawasan persekitaran.
Arahan : Baca petikan di bawah.

Kebaikan Bersukan
Bersukan merupakan salah satu kegiatan yang
penting dalam kehidupan kita. Badan yang
sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan.
Jika kita tidak bersukan, badan kita akan lemah
dan mudah diserang penyakit.
Walau bagaimanapun, di negara kita masih
banyak orang yang tidak aktif dalam sukan
walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai
kemudahan sukan.

You might also like