You are on page 1of 3

Rabies merebak ke Kuching, Serikin

Oleh Mohd Roji Kawi


mdroji@bh.com.my

KUCHING: Wabak rabies kini dikesan menular di


Kuching apabila kawasan Pasar Basah Sungai
Maong di Kuching diisytihar dijangkiti, hari ini.
Turut diisytihar dijangkiti wabak anjing gila itu ialah
Serikin, pekan kecil yang menjadi tumpuan ramai di
sempadan Malaysia-Indonesia dalam daerah Bau.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, keputusan
mengisytiharkan dua kawasan baharu itu dibuat
pada Mesyuarat Penyelarasan Wabak Rabies, yang
dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk
Amar Douglas Uggah Embas, petang ini.
Berikutan itu, sehingga hari ini, sebanyak 22
kawasan diisytiharkan sebagai lokasi rabies di
negeri ini.
Kawasan diisytiharkan sebelum ini adalah Kampung
Krait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paon Rimu
Bakung, Kampung Remun, Kampung Lebor,
Kampung Saroban, Kampung Tangga, Kampung
Ampungan, Kampung Mentong Berawan, Kampung
Mentong Silaga, Kampung Engkabang, Kampung
Tampek Sumpas, Kampung Rasau, Pekan Siburan,
Bandar Serian dan Batu 45, Kuching-Sri Aman di
Bahagian Serian.
Lokas lain pula ialah Kampung Entubuh dan
Kampung Temong Mura di Tebedu; Rumah Janta
Punggu Mawang di Sri Aman dan Batu 5, Jalan
Semeba di Kuching.
Sementara itu, katanya, bagi meningkatkan lagi
langkah pencegahan dan kawalan, Jabatan
Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak menyediakan
empat Klinik Gigitan Anjing di Hospital Umum
Sarawak, Hospital Serian, Klinik Kesihatan Sentosa
dan Klinik Kesihatan Sri Aman bagi memberi
perkhidmatan pengurusan kes gigitan anjing bagi
pesakit yang tinggal berdekatan.
"Bagi kes gigitan anjing di luar kawasan empat
klinik itu, pesakit dinasihatkan untuk pergi ke klinik
kesihatan atau hospital terdekat untuk mendapatkan
rawatan.
"JKN Sarawak juga memohon orang ramai yang
mempunyai sejarah gigitan anjing dalam tempoh 1
April hingga sekarang untuk membuat pemeriksaan
di fasiliti kesihatan yang terdekat," katanya.
Dari 2 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017, sebanyak 402
kes gigitan baru dikesan. Hari ini sahaja, 31 kes
gigitan dikesan di Serian, Sri Aman (tiga) dan
Kuching (16).
Kes kumulatif gigitan anjing sejak 1 April hingga
hari ini berjumlah 879 kes. Berdasarkan data di
klinik gigitan anjing di Hospital Umum Sarawak dan
di Hospital Serian, seramai 568 orang telah datang
untuk menerima suntikan vaksin.
"Sehingga hari ini juga, sebanyak 3,604 anjing
sudah divaksin dalam Program Pelalian Penyakit
Rabies di Padang Bola Keranjang Batu 7, Kota
Sentosa, menjadikan jumlah haiwan peliharaan yang
divaksin setakat ini ialah 17,844 ekor yang terdiri
daripada 10,204 ekor anjing, 7,595 ekor kucing dan
45 ekor haiwan lain," katanya.

You might also like