You are on page 1of 4

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia:

i. Menurut Asmah Haji Omar (2000):


Kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung kepada pendengar.
1. Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu.
2. Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat.
3. Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.

Asmah Haji Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang
digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
1. Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu diikuti dengan tingkah laku dan
tutur kata yang santun.
2. Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti:
1. Kesedaran akan peranan masing-masing,
2. Pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial,
3. Kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang
menggambarkan maruah dan martabat.

Asmah Haji Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu:

1. Kesantunan Asas
2. Kesantunan Berkala

Kesantunan Asas
o Kesantunan Asas merupakan kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi
masyarakat berhubung antara satu sama lain.
o Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang
menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
o Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada asas kesopanan
yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau
agama-agama lain.
Kesantunan Berkala
o Kesantunan berkala merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan
yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain mengikut keadaan, situasi
dan tempat tertentu.
o Antaranya:
1. Taraf dan peranan orang yang bercakap,
2. Di mana dan dalam keadaan yang bagaimana,
3. Apa yang dipercakapkan,
4. Mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
o Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan
guru dan lain-lain.
o Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu.
Prof. Asmah Hj Omar
ii. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi.
1. Bahasa mesti halus.
2. Beradab sopan.
3. Perlakuan lemah-lembut.
4. Berbudi pekerti.
Leech juga menyatakan bahawa kesantunan merupakan kelakuan yang mewujudkan dan
mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial.
Kesantunan bukan sekadar bermaksud berbaik-baik sahaja tetapi yang penting adalah
menjalinkan prinsip kerjasama supaya dapat mengelakkan perselisihan faham.

iii. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak
perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang
harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat.
Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat.
Biasanya mengamalkan budaya yang sama.
Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.
iv. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW
melalui hadis-hadis:
"Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau
lebih baik diam."
"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah
orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara."
"Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji."
"Tanda-tanda munafik itu ada tiga perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia
mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat."
"Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan
janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba
Allah yang bersaudara."
"Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik."
v. Menurut Hamka:
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan
hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya.
Hamka
vi. Menurut Aristotle
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

Aristotle
vii. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai
adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya
membalas, dan bersikap adil ketika kuat.
Khalifah Abdul Malik Marwan

viii. Menurut Confucian, kesantunan merupakan konsep yang digunakan. Dalam konsep ini,
terdapat beberapa sifat yang disarankan supaya dimiliki oleh manusia:
Ketaatan kepada ibu bapa
Kasih sayang
Menghormati orang lain
Patuh
Sopan santun
Melakukan kebajikan
Melayan orang lain dengan baik
Benar dan sebagainya

Pengasas Confucian ialah Confucius.


ix. Brown dan Levinson (1987:62) menyatakan kesantunan merupakan usaha untuk mengurangkan
Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar.
Bagi mereka, manusia mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua, iaitu muka
positif dan muka negatif yang merupakan kehendak masyarakat sejagat.
Oleh itu, memilih strategi kesantunan adalah penting bagi mengurangkan ancaman terhadap
muka pendengar.
x. Watts et. al (1992:43) menyatakan bahawa kesantunan merupakan tingkah laku yang digunakan
untuk mengekalkan keseimbangan hubungan sosial dan interpersonal manusia.
xi. Bayraktaroglu (1997:5) berpendapat bahawa kesantunan merupakan kelakuan yang diamalkan
bagi membina persefahaman untuk mengelakkan ancaman serta ketegangan yang boleh
menyebabkan hubungan sesama manusia menjadi renggang.

You might also like