You are on page 1of 2

Campur Tangan Amerika Syarikat Dan Kuasa-kuasa Barat Ke atas Negara Umat Islam

Campur tangan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa barat yang lain seperti Britain, Perancis dan Russia dalam hal ehwal
negara-negara umat Islam di Timur Tengah merupakan perkara asas yang perlu dibincangkan dengan mendalam dalam
konteks untuk memahami konflik yang berlaku di Timur Tengah. Kajian atau perbincangan terhadap konflik di Timur
Tengah tanpa membincangkan campur tangan yang dimainkan oleh Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa barat yang lain
merupakan satu perbincangan KOSONG dan SIA-SIA. Akar masalah akan gagal difahami dengan benar dan seterusnya
penyelesaian konkrit tidak akan berjaya dihasilkan. Inilah yang menjadi punca mengapa setelah puluhan tahun, rantau
Timur Tengah tidak pernah sunyi daripada dilanda dengan bermacam-macam konflik berdarah. Ratusan ribu umat
Islam yang telah terkorban, namun penyelesaian yang dihasilkan terus gagal membendung konflik yang berlaku,
bahkan menjadi semakin tambah meruncing.

Keseriusan campur tangan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa barat terhadap hal ehwal di Timur Tengah dapat dilihat
dengan jelas umpama melihat matahari di siang hari. Misalnya, ketika Arab Spring melanda di beberapa buah negara
umat Islam, peranan Amerika dan kuasa-kuasa barat begitu kuat sekali dalam menentukan arah tuju perubahan politik
di negara-negara yang terlibat dengan Arab Spring. Ketika pilihanraya President yang pertama diadakan di Mesir
selepas kejatuhan Rejim Hosni Mubarak, beberapa orang Pegawai Tinggi Amerika Syarikat termasuklah Setiausaha
Negaranya ketika itu, iaitu Hillary Clinton begitu sibuk sekali mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan
Pemimpin Tertinggi Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) Mesir.

Begitu juga dengan campur tangan Amerika Syarikat dan Russia dalam kebangkitan rakyat Syria untuk menjatuhkan
Rejim Bashar Assad. Amerika Syarikat dan Russia cuba untuk menentukan arah tuju pemerintahan Syria Pasca
kejatuhan Rejim Bashar. Bermacam-macam penyelesaian politik yang telah direncanakan oleh Amerika Syarikat dan
Russia untuk rakyat Syria. Dengan kata lain, Amerika Syarikat dan Russia telah cuba untuk menentukan bagaimanakah
Syria harus ditadbir dan diperintah selepas kejatuhan Rejim Bashar Assad. Walaupun Amerika Syarikat dan kuasa-
kuasa barat yang lain telah berjaya melakukannya yakni menentukan bentuk pentadbiran dan pemerintahan pasca
Arab Spring di Tunisia, Libya dan Mesir, namun sehingga kini masih belum berjaya melakukan perkara yang sama di
bumi Syria. Maka sebab itu, konflik di Syria yang kini memasuki tahun ke empat sehingga ke hari ini masih belum
berakhir (Rujuk : Apakah Perancangan Amerika di Syria selepas Kegagalan Rundingan Geneva II ?).

Perancangan Amerika Syarikat di Timur Tengah seperti Greater Middle East dan New Middle East merupakan Open
Secret yang jelas menunjukkan betapa besarnya campur tangan yang ingin dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap
geopolitik di Timur Tengah. Bahkan bukan itu sahaja, strategi bagaimana untuk menghadapi kebangkitan umat Islam
juga telah dirangka dengan detail oleh agensi perisikan Amerika Syarikat. Ini dapat dilihat daripada hasil kajian yang
dijalankan oleh National Security Research Division (RAND) bertajuk Civil Democratic Islam: Partners, Resources,
Strategies. Dalam kajian tersebut, umat Islam dikelaskan kepada empat golongan iaitu fundamentalist, tradisionalis,
modenis dan sekuler. Pengkelasan tersebut dibuat berdasarkan tahap penerimaan umat Islam terhadap idea dan nilai-
nilai dari barat. Seterusnya, merangka strategi bagaimana untuk berhadapan dan berurusan dengan keempat-empat
golongan tersebut agar kebangkitan umat Islam dapat dihalang.

Keseriusan campur tangan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya daripada negara-negara barat dalam hal ehwal
negara-negara umat Islam di Timur Tengah kerana mereka mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang sangat
besar dan merupakan perkara yang terang lagi bersuluh. Hanya manusia yang cetek pemikirannya atau jenis manusia
yang hidup untuk makan sahaja yang tidak mengetahui perkara tersebut (Rujuk : Krisis Iraq : Matlamat dan Strategi
Amerika Syarikat dan Disebalik Serangan Amerika Syarikat Ke atas Iraq dan Syria ). Bukan lagi rahsia bahawa Amerika
Syarikat telah berperanan menjatuhkan para pemimpin arab yang menjadi penghalang kepada agenda Amerika
Syarikat dan kemudian menaikkan serta menjaga para pemimpin arab yang setia bertuankan Amerika Syarikat. Maka
sebab itu, tidak hairan jika pemimpin negara seperti Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan
Bahrain dengan mudah di arahkan oleh Amerika Syarikat untuk melakukan tugasan membunuh umat Islam di bumi
Syria dan Iraq.

Dengan pengaruh dan kekuatan serta dominasi terhadap semua jenis media, Amerika dengan mudah memomokkan
Al-Qaeda dan Taliban untuk menyerang bumi Afganistan pada tahun 2001. Amerika Syarikat dengan sesuka hatinya
dapat menggunakan negara umat Islam seperti Pakistan untuk dijadikan pangkalan bagi menghancurkan dan
membunuh ratusan ribu umat Islam di Afganistan. Pada tahun 2003 pula, Amerika Syarikat menyerang bumi Iraq
dengan dakwaan President Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah (WMD). Seluruh media yang dimiliki Amerika
Syarikat digerakkan untuk mempropagandakan dengan sehebat-hebatnya dakwaan tersebut. Namun akhirnya, setelah
hancur musnah bumi Iraq dan ratusan ribu umat Islam menjadi korban, akhirnya terdedah dakwaan tersebut hanyalah
satu penipuan!!!

Apa yang sangat MENJIJIKAN ialah sikap sesetengah umat Islam khususnya para ulama, intelektual dan pemimpin
umat Islam memberikan respon positif terhadap kempen yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat untuk melancarkan
serangan ke atas bumi Syria dan Iraq dengan alasan untuk memerangi ISIS. Jika kerajaan Australia, Canada, Perancis
dan Britain menyokong dan membantu kempen tersebut ianya adalah respon yang normal bagi negara-negara kafir,
namun SANGAT PELIK dan MENJIJIKKAN jika negara-negara umat Islam menyokong apatah lagi turut serta dalam
Perikatan Kolonial yang diketuai oleh Amerika Syarikat untuk memasuki Iraq dan Syria secara ketenteraan bagi
menyerang ISIS.

Kesimpulannya, walau apa pun jua konflik yang berlaku di negera-negara umat Islam seperti yang sedang berlaku di
Timur Tengah ketika ini, pertama, perlu disedari bahawa campur tangan kuasa-kuasa asing khususnya Amerika
Syarikat dalam hal ehwal negara umat Islam merupakan masalah utama kepada konflik tersebut. Selagi campur tangan
Amerika Syarikat tidak dihentikan dan dihapuskan sama sekali, selagi itulah Timur Tengah tidak akan pernah sunyi
daripada dilanda konflik. Kedua, masalah yang ditimbulkan oleh ISIS merupakan masalah umat Islam. Umat Islam
mestilah menyelesaikannya sendiri tanpa perlu meminta bantuan daripada negara-negara kafir, apatah lagi negara
kafir yang GANAS seperti Amerika Syarikat. Ketiga, para ulama umat Islam seharusnya tidak bersikap hipokrit dalam
memberikan penjelasan tentang ajaran Islam, beria-ia dalam menjelaskan tentang kesalahan yang dilakukan oleh ISIS
tetapi diam seribu bahasa terhadap sokongan dan penyertaan negara-negara umat Islam dalam Perikatan Kolonial
yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Sedangkan ianya merupakan tindakan yang jelas-jelas haram dan bercanggah
dengan ajaran Islam.

You might also like