You are on page 1of 72

KOLEKSI SENI WIRAWAN

ILMU KEBAL
OLEH : SUHADI SAHARI

TIADA DI
PASARAN !

BUKU INI MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA KOLEKSI


KITAB-
KITAB-KITAB SENI WIRAWAN YANG LUAR BIASA
DARIPADA KAMI .

Suhadi Sahari 2007


ILMU KEBAL
OLEH : SUHADI SAHARI

Suhadi Sahari 2007


HAKCIPTA TERPELIHARA

Semua hak adalah terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh diterbitkan
semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk
dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada pemiliknya.

Suhadi Sahari.

Edisi pertama 2007

PERINGATAN

Maklumat yang terkandung di dalam buku ini disediakan seperti seadanya tanpa sebarang waranti sama
ada dinyatakan atau sebaliknya, termasuk tanpa sebarang pembatasan waranti mengenai ketepatan,
kelengkapan atau keputusan yang diperolehi daripada penggunaan maklumat ini. Kami tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan kekurangan atau ketidaktepatan mengenai maklumat tersebut
dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan sama ada secara langsung, tidak
langsung atau secara kebetulan akibat daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam buku ini.

Suhadi Sahari 2007


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

KATA PENDAHULUAN 5

A) AMALAN MELALUI JAMPI MENTERA 6

MANDI MINYAK UNTUK KEBAL 6


SERI KEBAL BESI KHARSANI 7
DOA KEBAL 7
DOA KULIT TEMBAGA 8
DOA PENUMPUL BESI 8
DOA TAWAR KACA 9
DOA TAHAN BADAN 9
DOA PERISAI 9
DOA KHURSANI 10
DOA HARIMAU ALLAH 10
DOA SANGA MARA 11
DOA BERMARA 11
DOA ILMU ALLAH 11
DOA NARKUTAZLI 12
DOA ALIF 12
DOA ALIF 2 13
DOA SELISIH 13
DOA SELISIH 2 13
CEMPELIAS 13
RIJAL SITI FATIMAH SAIYIDINA ALI 14
SALAM LANGIT BUMI 14
PENGAMPOL ALLAH 14
PENGAMPOL NAGA 15
PERISAI BISMILLAH 15
PAYUNG BISMILLAH 15
KOTA PENJURU ALAM 16
KOTA ALLAH 16
KOTA DALAM KALIMAH 17
KOTA SULAWESI 17
PAGAR SHEIKH ALI 17
PAGAR BADAN 17
PAGAR DIRI 18
PAGAR RAJA DOA 18
PAGAR WUJUD 19
PAGAR ZAT 19
KELAMBU BESI 19
KELAMBU ADAM 19
ILMU BELIAN 20
KALIMAH SERBAGUNA 20
KALIMAH ALLAH 20
PUSAKA NABI SULAIMAN 20

B) AMALAN MELALUI TANGKAL AZIMAT 22

TANGKAL KEBAL 22
AZIMAT KEBAL 22
PENOLAK SENJATA BESI 22
PAGAR TAHMID 22
SELAMAT DARI BAHAYA 23

1 Suhadi Sahari 2007


PENJAGA DIRI 23
PENJAGA DIRI 2 23
TANGKAL BISMILLAH 24
WAKAF FATIHAH 24
TANGKAL AYATUL KURSI 24
ASHABUL KAHFI 26
AYAT 5 26

C) AMALAN MELALUI GIMBAR GHAIB 27

ISIM FATIHAH 27
DOA MALAIKAT 4 DAN WALI-WALI 28
SERU WALI-WALI 28
MALAIKAT PENJAGA TIDUR 29
PEMBANTU GHAIB 30
ROHANI YASIN 30
KHADAM QULHUALLAH 31
KHADAM PENJAGA BADAN 32
PAKAM ALLAH 32
PEDANG LAKSAMANA 33
AMALAN 1 MINGGU 34
BANTUAN GHAIB 36
PEMELIHARA TIDUR 36

D) AMALAN MELALUI AL-QURAN DAN DOA 37

KEBAL SEHARI 37
BENTENG KURSI 37
SENJATA TIADA KESAN 37
MUSUH BERSENJATA 37
MUSUH RAMAI 38
KUBU DIRI DAN KELUARGA 38
PENDINDING DIRI 38
PENDINDING TEMBAK 38
SELAMAT DALAM PEPERANGAN 38
SENJATA KECEMASAN 39
PERISI BADAN 39
BEKALAN JIWA 39
PEMELIHARA DIRI 39
PERISAI 40
PERISAI BENCANA 40
PENANGKIS KEJAHATAN 41
PENOLAK SEGALA ANCAMAN 41
PENOLAK BENCANA 41
PENOLAK BENCANA 2 42
PENGELAK BAHAYA 42
HINDARI GANGGUAN 42
HINDARI ANCAMAN 43
PERTOLONGAN ALLAH 43
PENAWAR API 43
KELUAR RUMAH 43
KELUAR RUMAH 2 44
BEPERGIAN 44
INGIN BELAYAR 44
SELAMAT BERMUSAFIR 44

2 Suhadi Sahari 2007


SELAMAT PERGI BALIK 45
SELAMAT PULANG 45
PEMELIHARA TIDUR 46
HINDAR BENCANA SEMASA TIDUR 46
TAKUTKAN SESUATU 46
KOTA LAM ALIF 46
KOTA FIIL 47
KOTA BADAN 48
PAGAR LIILA 48
DOA NABI SULAIMAN 48
DOA NABI IBRAHIM 49
DOA EMBUN NABI IBRAHIM 49
DOA NABI YUNUS 49
DOA SAIYIDATINA FATIMAH 49
DOA SAIYIDATINA AISYAH 49
DOA SHEIKH ABDUL KADIR JAELANI 50
DOA ABU DARDA 50
DOA PAHLAWAN 51
DOA TEMPUR 52
DOA PERTAHANAN DIRI DAN KELUARGA 52
DOA PERLINDUNGAN 52
DOA SELAMAT 53
DOA KESELAMATAN DIRI 54
DOA PEMELIHARAAN 54
DOA HINDAR PETAKA 54
DOA TOLAK BALA 54
DOA TOLAK BALA 2 55
DOA ELAK BAHAYA 55
DOA ANTI KEJAHATAN 56
DOA BELAYAR 56
ZIKRULLAH 56
PUSAKA NABI SULAIMAN 56
BISMILLAH HAJAT 57
RAHSIA BISMILLAH 6 57
BISMILLAH 9 58
YASIN PERMINTAAN 58
YASIN PERMINTAAN 2 59
AYATUL KURSI 59
AYAT 7 60
AYAT 5 60
AYAT 1 61
ISIM AZAM 62
ISIM AZAM 2 62
SURAH AL-KAUTSAR 62
AYAT 1000 DINAR 63
KAF 40 63
SALAMUN QAULAN 63
KUN FAYAKUN 64
ASMA PELINDUNG 64
BENTENG ANCAMAN 64
ASMA PENYELAMAT 64
SELAMAT DARI GANGGUAN 64
ASMA PENGAMAN 64
ASMA PENGAMAN 2 65
TIDAK TERGUGAT 65
ASMA PENUNDUK 65

3 Suhadi Sahari 2007


DIANIAYA 65
DENGKI KHIANAT 65
SYAIR MUHAMMAD 65
RAHSIA BISMILLAH 66
PERISAI AL-FATIHAH 66
FATIHAH 100 66
PERISAI YASIN 66
AYATUL KURSI 67
RAHSIA BACAAN KURSI 67
PERISAI KURSI 67
PENDINDING AYATUL KURSI 67
PAGAR KAUTSAR 67
PAGAR DIRI 67
PAGAR TIDUR 67
PENJAGA TIDUR 67
PERISAI TIDUR 68
PENJAGA HELAH DAN SENJATA MUSUH 68
TERSELAMAT 68
AIR PENOLAK BALA 68
SELAMAT BELAYAR 68
ASMA PERISAI 68
ASMA PELINDUNG 2 68

PENUTUP 69

4 Suhadi Sahari 2007


KATA PENDAHULUAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi Taala wabarakatuh serta salam sejahtera kami ucapkan kepada para
pembaca sekalian.

Buku ini merupakan salah satu daripada kitab-kitab Koleksi Seni Wirawan (rujuk lampiran) yang luar
biasa daripada kami. Koleksi tersebut meliputi pelbagai tajuk yang sukar ditemui dan jarang didengar.

Buku ini diberi nama Ilmu Kebal dan ia tidak akan anda temui di mana-mana kedai buku sekalipun. Ia
diberi nama sedemikian bersesuaian dengan jumlah isi kandungan di dalamnya yang mempunyai 4 tajuk
utama, 174 tajuk lanjutan dan pelbagai jenis amalan ilmu kebal dan pertahanan diri sebagai pelengkap.

Buku ini telah diilhamkan berdasarkan catatan dan koleksi peribadi penulis sendiri yang mula dihimpun
sejak tahun 1989 lagi. Kini, ia telah dibukukan buat pertama kalinya untuk tatapan umum.

Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menambah serta mempelbagaikan ilmu pengetahuan masyarakat
kita selain menjadikannya sesuatu yang berguna untuk kehidupan dunia dan akhirat. Dengan kata lain,
kerana Allah Taala.

Sebelum para pembaca meneliti serta melakukan amalan-amalan yang terkandung di dalam buku ini,
terlebih dahulu kami memohon ribuan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau sesuatu yang
boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya, kami juga manusia biasa. Apa yang baik
jadikanlah panduan dan apa yang kurang baik jadikanlah sempadan.

Sekian. Terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang benar,

Suhadi Sahari
(Penulis)

5 Suhadi Sahari 2007


A) AMALAN MELALUI JAMPI MENTERA

MANDI MINYAK UNTUK KEBAL

Cara mandi minyak:

1. Hendaklah di kuali besi (tidak boleh di kuali tembaga).


2. Kelapanya sebaik-baiknya semua kelapa hijau. Jika tiada, cukup 1 biji kelapa hijau dan yang
lainnya kelapa biasa (tua).
3. Seorang 1 biji kelapa, 2 orang 3 biji kelapa, 3 orang 3 biji kelapa, 4 orang 5 biji kelapa, 5 orang 5
biji kelapa dan begitulah seterusnya (kiraan ganjil).
4. Jika orang yang mandi itu lelaki, kelapa tersebut perlu dikupas oleh diri lelaki itu sendiri. Jika
wanita yang mandi, kelapanya perlu dikupas dan diparut oleh wanita itu sendiri.
5. Mandian untuk lelaki tidak boleh dicampur dengan mandian untuk wanita.
6. Selepas diparut santannya, hidupkan api dan jerangkan sehingga menjadi minyak.
7. Kemudian, kecilkan sedikit api dan bacakan ucapan dan mentera di bawah sebanyak 3 kali (jika
kelapa biasa (tua) + 1 biji kelapa hijau, bacakan 7 kali):

Hai minyak selembai tunggal,


Ditanank di kuali besi,
Minyak menjadi tulang,
Tulang menjadi besi,
Urat kawat,
Kulit tembaga,
Daging batu hitam.

Batu hitam tidak berjodoh,


Batu hitam tidak berlawan.

Aku hulubalang Allah,


Batu hitam yang berkata Allah.

Bismillah.

8. Lalu, celupkan ke-2 tangan ke atas permukaan minyak (yang mengelegak tersebut) sambil berniat
di dalam hati seperti berikut:

Ya Allah, ya Tuhanku. Engkau peliharakan aku daripada segala senjata sama ada yang deras atau yang
tajam..

9. Urutlah minyak yang panas itu dari bawah tangan membawa ke atas (dahulukan sebelah kanan,
barulah sebelah kiri) dan ke seluruh tubuh badan.

6 Suhadi Sahari 2007


SERI KEBAL BESI KHARSANI

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai Besi Kharsani,


Besi melilit 7 anggota aku,
Tulang menjadi besi,
Uratku menjadi batu,
Teguh tegap sekalian badan aku.

Ah!
Besi datang besi ku nanti,
Timah datang timah ku nanti,
Kayu datang kayu ku nanti.

Hai Seri Kebal,


Berkat doa Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah..

Cara mengamalkannya:

Pada awal pagi (selepas mandi) ambillah air liur pada anak tekak (uvula) menggunakan ibu jari kanan
sambil berniat, Aku tahan kulit aku agar kebal dan tak dimakan oleh peluru atau senjata.
Kemudian, letakkan (calitkan) ke telapak tangan kiri dan dijampi 3 kali dengan mentera di atas.

Temukan ke-2 telapak tangan dan gosok sedikit. Kemudian, sapukan ke-2 tangan anda ke serata tubuh
sambil berniat di dalam hati, Kulit aku menjadi besi yang tebal dan batu yang pejal.. Bermula dari
ibu jari kaki (tangan kanan ke ibu jari kanan dan tangan kiri ke ibu jari kiri) sehingga ke seluruh tubuh iaitu
ke buku lali, lutut, paha, punggung (depan belakang), perut, pinggang, dada (depan belakang), ke-2 tangan,
leher, kepala dan muka.

Amalkan selama 30 hari berturut-turut, barulah berhenti. Insya-Allah, anda akan menjadi kebal dengan
izin Allah.

DOA KEBAL

Bismillahirrahmanirrahim.

Ingat Dia baru ingat kita,


Bukan kau menjadikan aku,
Hu yang menjadikan aku.

Punji saudaraku,
Kau jangan merosakkan aku,
Allah yang memasang,
Allah yang menetak.

Zat Allah,
Jasad Muhammad,
Muhammad batin,
Sifat Allah Taala sejati.
Yakni, sifatMu tidak akan binasa.

Nyatakanlah!
Nyatakanlah!
Nyatakanlah!

7 Suhadi Sahari 2007


(kunci)

77 kempunanku sehari semalam.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas bila-bila masa (digalakkan selepas sembahyang Subuh, sewaktu keluar rumah
dan seumpamanya). Semasa membaca, setelah menyebut Nyatakanlah!, tarik nafas dalam dan
sempitkan (kunci) rongga tekak anda kuat dan buka mengejut (berbunyi hok! di lelangit dalam).
Iktikadkan yang anda sedang mengunci seluruh badan anda agar menjadi kebal daripada segala jenis
senjata tajam. Lakukanlah amalan ini setiap hari sehingga 40 hari. Setelah itu, amalan ini bolehlah
diamalkan bila-bila masa. Pantang: Jangan melangkah parit.

DOA KULIT TEMBAGA

Bismillahirrahmanirrahim.

Wala lat-luhum wala kin,


Allahu wa-kata luhu.
Ramain! Ramain!
Tawalat-kin! Tawalat-kin!
Ar-Rahman! Ar-Rahman!
Ya Quddus! Ya Quddus!

Uratku menjadi kawat,


Tulangku besi kharsani,
Kulitku menjadi tembaga.

Berkat doa Rasul.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah,


Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah,
Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Carilah atau buatlah sebuah telaga yang dalamnya separas pinggang. Pada awal pagi (sebaik-baiknya)
sebelum Subuh, masuklah ke dalamnya dan bacakan mentera di atas sebanyak 3 kali. Kemudian,
menyelamlah sambil membaca sebanyak mungkin (selama yang mampu) Surah Al-Ikhlas (Qulhu) dan
berniat agar kulit anda menjadi kebal daripada segala jenis senjata. Lakukanlah sebanyak 3, 5, 7 atau 11
kali. Amalkannya sehingga 40 hari. Insya-Allah, kulit anda akan menjadi kebal daripada sebarang senjata
atau pukulan musuh (manusia, haiwan buas, jin syaitan dan sebagainya) dengan izin Allah.

DOA PENUMPUL BESI

Bismillahirrahmanirrahim.

Daya dayu muja muju,


Besi Meni Raja Muja.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

8 Suhadi Sahari 2007


Untuk menumpulkan sesuatu senjata tajam yang diperbuat daripada besi, bacakanlah mentera di atas dan
ambilkan sedikit air liur. Sapukan pada mata senjata yang tajam itu. Insya-Allah, senjata tersebut akan
menjadi tumpul dengan izin Allah dan tidak akan mendatangkan mudarat.

DOA TAWAR KACA

Bismillahirrahmanirrahim.

Kul alat amil alat,


Kipas mandi judu-judu,
Aku tajam minta tumpul,
Aku bisa minta tawar.

Sah tawar! (3 kali)

Bukan tawar aku,


Tawar Allah.

Cara mengamalkannya:

Untuk menawarkan kaca agar menjadi tumpul dan tidak mencederakan (semasa persembahan dan
seumpamanya), bacakan mentera di atas dan tiupkan ke kaca tersebut. Insya-Allah, ia akan menjadi tumpul
dan tidak melukakan dengan izin Allah.

DOA TAHAN BADAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alat pukul Ba saya Alif,


Ba di atas saya sabdu.

Hempeduku,
Tutuplah lidah kau.

Berkat Allah,
Berkat doa Nabi Muhammad.

Lailahaillallah! (2 kali)

Tahan badanku,
Allah sembahanku,
Kabul doa ku.

Cara mengamalkannya:

Sebagai penahan diri dari kecederaan, bacakanlah mentera di atas. Insya-Allah, segala senjata tidak akan
memberi kesan dengan izin Allah.

DOA PERISAI

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah!
Allah Tuhanku,
Nabi Muhammad guruku.

9 Suhadi Sahari 2007


Hai segala yang bernyawa,
Kenal olehmu tah semata,
Kalimah Allah perisai tubuhku,
Badanku terlindung dikandung Muhammad,
Badanku tersandar dikandung Allah.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Setiap hari terutamanya semasa keluar rumah, bacalah mentera di atas. Insya-Allah, anda akan terpelihara
daripada segala jenis kecelakaan dan senjata merbahaya dengan izin Allah.

DOA KHURSANI

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau pergi pakai sah,


Kalau dalam rumah aku,
Hak baha hatiku baka.

Tetap aku seperti tetap bumi,


Gagah aku seperti gagah batu.

Aku anak senggeringsing Besi Khursani,


Sah! Aku anak harimau Allah dalam dunia.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Setiap hari terutamanya semasa keluar rumah, bacalah mentera di atas. Insya-Allah, anda akan terpelihara
daripada segala jenis kecelakaan dan kemudaratan dengan izin Allah.

DOA HARIMAU ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Sheikh Ali Baginda Ali,


Ali berdiri di depanku,
Ali berdiri di belakangku,
Ali berdiri di kananku,
Ali berdiri di kiriku.

Aku berkota batu,


Aku berpagar besi.

Sah!
Aku jadi harimau Allah.

Berkat aku memakai doa Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

10 Suhadi Sahari 2007


Amalkanlah mentera di atas selalu terutamanya sebelum keluar rumah, sebelum pergi ke hutan, selepas
sembahyang, sebelum tidur malam dan seumpamanya. Amalkanlah sehingga sebati. Insya-Allah, segala
kemudaratan dan bencana tidak akan mampu membinasakan anda dengan izin Allah.

DOA SANGA MARA

Bismillahirrahmanirrahim.

Nurjali kemara Allah,


Mujur lalu melintang patah.

Membara Allah maka aku membara,


Membara Muhammad maka aku membara,
Membara Saiyidina Ali maka aku membara.

Allah melindungkan aku,


Nabi Muhammad melindungkan aku,
Malaikat 4 melindungkan aku,
Malaikat 44 melindungkan aku.

Aku memakai Doa Sanga Mara.

Berkat Lailahaillallah,
Berkat Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas bila-bila masa yang sesuai (sewaktu keluar rumah, selepas sembahyang, sewaktu
rasa terancam dan seumpamanya). Amalkan selalu sehingga serasi. Insya-Allah, anda akan terpelihara
daripada segala mara bahaya serta kebinasaan dengan izin Allah.

DOA BERMARA

Bismillahirrahmanirrahim.

Nur Sajali Kemara Allah,


Mujur lalu melintang patah.

Mara Allah maka ku bermara,


Mara Nabi Muhammad maka ku bermara,
Mara Saiyidina Ali maka ku bermara.

Allah melindungku,
Nabi Muhammad memegangku.

Berkat aku memakai doa Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Sebelum keluar rumah, bacakan mentera di atas. Insya-Allah, anda akan selamat dan terpelihara daripada
sebarang mala petaka.

DOA ILMU ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

11 Suhadi Sahari 2007


Ussalli farie yatallah,
Jasad aku dikandung Rasulullah,
Roh aku di tempat Allah,
Tidur aku di dalam ilmu Allah.

Tuhan menjadikan engkau,


Maka engkau menjadi,
Tuhan tidak menjadi engkau,
Maka engkau tidak menjadi.

Terus jernih,
Tidak beruras-ruras,
Wadi-wadi mani-manikam.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Berkat aku memakai Doa Ilmu Allah.

Cara mengamalkannya:

Sebelum anda tidur, bacakan mentera di atas 5 kali. Iaitu setiap 1 pada 4 penjuru rumah dan 1 kali bacaan
di tengah-tengah rumah. Insya-Allah, segala penghuni rumah tersebut akan selamat daripada sebarang
ancaman dan gangguan semasa tidur (pada malam tersebut) dengan izin Allah.

DOA NARKUTAZLI

Bismillahirrahmanirrahim.

Narkutazli!
Mujur lalu melintang patah.

Bermara kata Allah maka ku bermara,


Jika binasa Saiyidina Ali mengadap pahlawanmu,
Maka barulah aku binasa.

Makbul kata Allah,


Mustajab kata guru.

Aku berlindung di dalam kalimah Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas terutamanya semasa keluar rumah, ingin tidur, rasa terancam dan seumpamanya.
Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala kemudaratan dengan izin Allah.

DOA ALIF

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku Alif engkau Alif,


Alif makan Alif.

Berkat aku memakai doa Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

12 Suhadi Sahari 2007


Bacakan mentera di atas bila-bila masa yang anda fikirkan sesuai sebagai penjaga diri dan keselamatan
anda. Insya-Allah, makbul.

DOA ALIF 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai Alif,
Masuk aku ke dalam Alif,
Alif atas aku,
Alif bawah aku,
Alif tiada mati.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bila-bila masa yang sesuai, bacakan mentera di atas sebanyak 3 kali dan tiupkan ke badan. Insya-Allah,
anda akan terpelihara daripada sebarang kemudaratan dan mara bahaya.

DOA SELISIH

Bismillahirrahmanirrahim.

Saliah salasah,
Saliseh salamun.

Allah!

Cara mengamalkannya:

Semasa anda rasa terancam oleh keadaan tembak-menembak, perkelahian bersenjata, atau apa jua
ancaman, bacakanlah mentera di atas sebanyak 3 kali. Insya-Allah, segala senjata merbahaya, peluru dan
seumpamanya tidak akan mampu mengenai diri anda, malah berselisih ke tepi dengan izin Allah.

DOA SELISIH 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Salisih salasah,
Salamun salah.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Semasa anda ingin keluar rumah, semasa rasa terancam oleh keadaan tembak-menembak, perkelahian
bersenjata, atau apa jua ancaman, bacakanlah mentera di atas sebanyak 3 kali dan tiupkan ke kanan, kiri
dan tengah. Insya-Allah, segala senjata merbahaya, peluru dan seumpamanya tidak akan mampu mengenai
diri anda, malah berselisih ke tepi dengan izin Allah.

CEMPELIAS

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Haiyah! (tarik ke kanan)

13 Suhadi Sahari 2007


Ya Haiyah! (tarik ke kiri)
Ya Haiyah! (tarik ke depan)

Cara mengamalkannya:

Bacakan seruan di atas bila-bila masa yang sesuai (sewaktu keluar rumah, selepas sembahyang, sewaktu
rasa terancam dan seumpamanya). Amalkan sehingga serasi. Insya-Allah, sekiranya ditembak atau ditikam,
peluru atau senjata akan terpesong ke lain dengan izin Allah.

RIJAL SITI FATIMAH SAIYIDINA ALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku berjalan di dalam kandung Allah,


Aku duduk di dalam kandung Muhammad,
Aku berlindung di dalam kelambu Kaabah Baitullah,
Aku terkandung di dalam kalimah Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Keluar siang hari aku memakai Rijal Saiyidina Ali,


Langit ayahku.

Keluar malam aku memakai Rijal Siti Fatimah,


Bumi ibuku.

Cara mengamalkannya:

Semasa anda ingin keluar dari rumah, bacakan mentera di atas. Selepas sampai ke bacaan Langit
ayahku., langkahkan kaki kanan ke tanah dan selepas sampai ke bacaan Bumi ibuku., langkahkan
kaki kiri ke tanah. Kemudian, teruskan berjalan. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang
kecelakaan, gangguan dan senjata merbahaya dengan izin Allah.

SALAM LANGIT BUMI

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,
Bumi ibuku 7 lapis jaga badanku.

Assalamualaikum,
Langit 7 lapis jaga badanku.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Sebelum anda melangkah untuk keluar rumah (sebelum memijak tanah), bacakan mentera di atas 3 kali.
Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang kemudaratan.

PENGAMPOL ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Na katol si katol,
Katol kadim,
Hadrat Allah Taala.

14 Suhadi Sahari 2007


Berkat aku memakai Pengampol Allah.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas 3 kali pada air mandian dan air minuman. Amalkan setiap hari sehingga 40 hari.
Kemudian, bacalah juga mentera ini sewaktu keluar rumah, sewaktu kecemasan atau bila-bila masa. Insya-
Allah, badan anda akan menolak segala jenis sesuatu yang boleh mencederakan dengan izin Allah seperti
senjata, besi, kayu dan seumpamanya.

PENGAMPOL NAGA

Bismillahirrahmanirrahim.

Naga Ulit Naga Ulang,


Timbal dengan Naga Sala,
Tahan kulit teguh tulang,
Kapas datang batu menanti.

Sukat seperti batu,


Cepat seperti kilat.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas pada air minuman atau mandian sebanyak 3 kali. Setiap selesai membacanya,
hembuskan sehabis nafas ke dalam air tersebut dan di akhir hembusan ucaplah Allah!. Lakukan sehingga
3 kali. Kemudian, minumlah air tersebut atau jadikan ia sebagai mandian. Amalan ini perlu dilakukan
selama 41 hari berturut-turut agar ia serasi dan sebati dengan diri anda. Insya-Allah, kulit anda tidak akan
binasa oleh apa jua senjata atau ancaman dengan izin Allah.

PERISAI BISMILLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Bismillah akan payungku,


Ar-Rahman akan pagarku,
Ar-Rahim akan biniku.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Amalkan membaca mentera di atas bila-bila masa yang anda rasakan perlu terutamanya semasa keluar
rumah, semasa ingin tidur, semasa bermusafir dan seumpamanya. Insya-Allah, tiada satu pun musibah atau
senjata yang mampu membinasakan anda dengan izinNya.

PAYUNG BISMILLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Bismillahirrahmanirrahim payung aku,


Jibrail kuat aku,
Malaikat 44 pagar aku.

15 Suhadi Sahari 2007


Aku berjalan dengan kuasa Allah,
Aku melenggang dengan melenggang Muhammad,
Bukan kata aku,
Kata Allah.

Berkat doa Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Setiap hari terutamanya semasa keluar rumah, bacalah mentera di atas. Insya-Allah, anda akan terpelihara
daripada segala jenis kecelakaan dan menjadi kuat pada waktu-waktu kecemasan dengan izin Allah.

KOTA PENJURU ALAM

Bismillahirrahmanirrahim.

Langit ayahku,
Bumi ibuku,
Air saudaraku,
Angin pulang nafasku.

Jibrail sebelah kiriku,


Sarafil sebelah kananku,
Allah payungku,
Muhammad di hadapanku,
Mikail di belakangku.

Asyhaduan Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas bila-bila masa yang sesuai (sewaktu keluar rumah, selepas sembahyang, sewaktu
rasa terancam dan seumpamanya). Selepas membaca, sedutlah nafas mendalam dan hembuskan perlahan-
lahan. Lakukan 3 kali dan amalkan selalu sehingga serasi. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada
segala mara bahaya serta senjata tajam dan merbahaya dengan izin Allah.

KOTA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Bismillah kota Lailahaillallah Muhammaddur rasullullah.

Kota Allah 7 lawang,


Bertutup 7 pintu terkunci,
Aku tersimpan di dalam Kota Lailahaillallah,
Kota Allah kota Muhammad.

Berkat aku memakai Kota Lailahaillallah.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Amalkan membaca mentera di atas sebanyak 3 kali setiap pagi. Insya-Allah, anda akan menjadi kebal dan
kuat sepanjang hari tersebut dengan izin Allah.

16 Suhadi Sahari 2007


KOTA DALAM KALIMAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Ali kiriku Ali kananku,


Jibrail Mikail Israfil Izrail,
Bumikum nama ibuku,
Ayahku langit.

Aku berjalan dalam kalimah Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Setiap hari terutamanya semasa keluar rumah, sebelum memulakan langkah bacalah mentera di atas.
Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala jenis mara merbahaya dan kebinasaan dengan izin
Allah.

KOTA SULAWESI

Ikola bae dungu ikolangka alam,


Akonaku tesaposu hengkedu,
Dilaronu kota tembaga,
Kalambunaku hitu tapi.

Allahu akbar!

Barkati Bismillahirrahmanirrahim.
Barkati Bismillahirrahmanirrahim.
Barkati Bismillahirrahmanirrahim.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas 1 kali dan tiupkan pada air minum. Ulangi 3 kali. Kemudian, minumlah air
tersebut. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang bencana dengan izin Allah.

PAGAR SHEIKH ALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Sheikh Ali Baginda Ali,


Ali berdiri di kiriku,
Jibrail di kananku,
Mikail di depanku,
Israfil di belakangku,
Allah payungku,
Muhammad akan tongkatku.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bila-bila masa yang sesuai terutamanya semasa melangkah keluar rumah, semasa ingin tidur, semasa rasa
terancam dan seumpamanya, bacakan mentera di atas dan tiupkan ke tubuh. Insya-Allah, anda akan
terpelihara daripada segala kebinasaan dan senjata merbahaya dengan izin Allah.

17 Suhadi Sahari 2007


PAGAR BADAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Lailahaillallah.

Warjak ujat, (3 kali)


Hujabal ujat. (3 kali)

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas bila-bila masa yang sesuai (sewaktu keluar rumah, selepas sembahyang, sewaktu
rasa terancam dan seumpamanya). Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala mara bahaya.

PAGAR DIRI

Bismillahirrahmanirrahim.

Haiyun!
Daiemun!
Iyalamu!

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Sebelum keluar rumah, sebelum tidur, semasa rasa terancam dan seumpamanya, bacakan mentera di atas
dan semasa menyebut Haiyun!, sentuhlah ibu jari tangan kanan anda ke bahu kanan, semasa menyebut
Daiemun!, gariskan dari bahu kanan ke pinggang kiri, terus ke pinggang kanan. Dan semasa menyebut
Iyalamu!, gariskan dari pinggang kanan ke bahu kiri. Menjadikannya huruf Lam-alif (Jawi).

PAGAR RAJA DOA

Bismillahirrahmanirrahim.

Kun kata Allah,


Fayakun kata Muhammad,
Jibakum kata Jibrail.

Mati kata Adam,


Tiada mati kata Muhammad,
Sah! Tiada mati kata Allah.

Berkat aku memakai Raja Doa.

Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

18 Suhadi Sahari 2007


Sebelum keluar rumah atau bila-bila masa yang difikirkan perlu, bacakan mentera di atas dan tiupkan dari
dalam diri ke hadapan. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang mudarat dengan izin Allah.

PAGAR WUJUD

Bismillahirrahmanirrahim.

Wujud Allah melindungku,


Sifat Allah menjagaku,
Aku dalam kandungan kalimah Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas bila-bila masa yang sesuai (sewaktu keluar rumah, selepas sembahyang, sewaktu
rasa terancam dan seumpamanya). Selepas membaca, hembuskan ke kanan, kiri, depan dan belakang.
Amalkan selalu sehingga serasi. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala mara bahaya serta
kebinasaan dengan izin Allah.

PAGAR ZAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku berlindung di dalam lindungan zat Allah.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas bila-bila masa yang sesuai (sewaktu keluar rumah, selepas sembahyang, sewaktu
rasa terancam dan seumpamanya). Amalkan selalu sehingga serasi. Insya-Allah, anda akan terpelihara
daripada segala mara bahaya serta kebinasaan dengan izin Allah.

KELAMBU BESI

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku tidur di tepak Allah,


Aku tidur ya Rasulullah,
Aku tidur di dalam gua batu,
Aku tidur di kelambu besi.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Sebelum anda tidur malam (atau bila-bila masa), bacakan dulu mentera di atas. Insya-Allah, anda akan
terlindung daripada segala gangguan dan mudarat selama anda tidur dengan izin Allah.

KELAMBU ADAM

Bismillahirrahmanirrahim.

Ha di kiri ha di kanan,
Ha Lam Lailahaillallah.

Aku tidur di gua batu,

19 Suhadi Sahari 2007


Aku tidur di kelambu besi,
Aku tidur di kelambu Adam.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Sebelum anda tidur, bacakan mentera di atas dan tiupkan ke seluruh tubuh. Insya-Allah, anda akan
terpelihara daripada segala gangguan dan mudarat semasa anda tidur.

ILMU BELIAN

Amalkanlah membaca Surah Al-Ikhlas (Qulhu) sebanyak 70,000 kali (iaitu sebanyak 1750 kali setiap
hari atau 350 kali setiap selesai sembahyang fardu selama 40 hari berturut-turut). Dalam tempoh beramal
(40 hari), anda perlulah membaca Ayat 9 sebanyak 17 kali setiap hari. Insya-Allah, anda akan dikurniakan
oleh Allah dengan pelbagai kelebihan di antaranya, mempunyai pendinding yang kukuh daripada segala
ancaman, kemuliaan di mata rakyat, digeruni oleh musuh atau seseorang yang berniat jahat, diberikan
pandangan dan deria rohani, terkabul segala hajat dan seumpamanya.

KALIMAH SERBAGUNA

Bismillahirrahmanirrahim.

Lailahaillallah (300,000 kali)

Cara mengamalkannya:

Bacakan kalimah di atas sebanyak 300,000 kali dalam jangka masa 30 hari (berturut-turut). Bermakna
10,000 kali untuk sehari semalam. Atau 2,000 kali setiap selesai sembahyang fardu. Kalimah ini boleh
digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk keselamatan diri dan pelindung diri (dan keluarga)
daripada pandangan musuh, malah untuk menolak senjata. Setelah lengkap 30 hari mengamalkannya, pada
masa anda memerlukannya, cukup dengan membacanya 3 kali dan berniat di dalam hati akan hajat anda.
Insya-Allah, akan dimakbulkan Allah.

KALIMAH ALLAH

Bahu kanan Bahu kiri

Pinggang kanan Pinggang kiri

Bacakan kalimah La-ila-ha illallah sambil menulis huruf Jawi Lam Alif ke hadapan badan (seperti
ilustrasi). Ucaplah La sambil menulis garisan dari bahu kiri ke pinggang kanan, ucapkan ila sambil
menulis garisan dari pinggang kanan ke pinggang kiri dan ucapkan ha illallah sambil menulis garisan
dari pinggang kiri ke bahu kanan. Amalkan sebelum keluar rumah atau sebelum bertemu untuk menghadapi
musuh. Insya-Allah, tiada suatu pun yang akan dapat membinasakan anda dengan izin Allah.

PUSAKA NABI SULAIMAN

Bismillahirrahmanirrahim.

20 Suhadi Sahari 2007


Innahu min Sulaiman,
Wa innahu bismillahirrahmanirrahim.

7 petala langit 7 petala bumi,


Yang tajam jadi tumpul,
Yang bisa jadi penawar,
Yang keras jadi lembut,
Yang gagah jadi penakut,
Yang panas jadi sejuk,
Yang berat jadi ringan,
Yang bernyawa tunduk patuh,
Mendengar seruanku.

Berkat Pusaka Nabi Sulaiman.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas bila-bila masa terutamanya sewaktu ingin keluar rumah. Insya-Allah, anda akan
dipatuhi oleh semua orang, tidak akan binasa oleh semua musibah, digeruni oleh musuh-musuh dan orang
yang berdengki dan seumpamanya. Insya-Allah. Amalkanlah.

21 Suhadi Sahari 2007


B) AMALAN MELALUI TANGKAL AZIMAT

TANGKAL KEBAL

Tuliskan azimat di atas dan pakaikan. Insya-Allah, anda akan kebal daripada sebarang senjata tajam atau
peluru.

AZIMAT KEBAL

(Tuliskan nama pemakai berbin/ berbintikan ibunya)

Tuliskanlah ayat di atas dan jadikanlah sebagai azimat. Pakaikan. Insya-Allah, segala senjata yang
diperbuat daripada besi tidak akan mampu mencederakan kulitnya dengan izin Allah.

PENOLAK SENJATA BESI

Pada Hari Jumaat Kliwon selepas Isya, tulislah ayat di atas dan jadikan ia sebagai tangkal. Insya-Allah,
anda akan selamat daripada segala mara bahaya yang datangnya daripada senjata besi seperti parang, keris,
tombak dan sebagainya dengan izin Allah (selama anda memakainya).

PAGAR TAHMID

22 Suhadi Sahari 2007


Tuliskan ayat di atas dan ikatkan di lengan kanan. Insya-Allah, anda akan selamat daripada sebarang
musibah dan kemudaratan.

SELAMAT DARI BAHAYA

Tulislah ayat di atas pada sepotong kertas bersih dan jadikan azimat. Insya-Allah, anda akan selamat
daripada segala bahaya yang datangnya secara nyata atau ghaib.

PENJAGA DIRI

Tuliskan Surah Al-Hasyr dan ayat pertama sampai ayat ke-4 dari Surah Al-Jinn (seperti di atas) pada
kertas putih yang tidak bergaris. Jadikan azimat dan ikatkan pada lengan kanan. Insya-Allah, anda akan
terpelihara daripada gangguan jin, syaitan dan juga makhluk lain yang merbahaya.

PENJAGA DIRI 2

23 Suhadi Sahari 2007


Tulis ayat di atas pada sepotong kertas atau kain bersih dengan tinta Jafaran (atau seumpamanya). Setelah
bersembahyang, bacalah ia sebanyak 40 kali. Tangkal tersebut jadikanlah pengikat pinggang. Insya-Allah,
anda akan selamat daripada segala ancaman.

TANGKAL BISMILLAH

Tuliskan ucapan Bismillahirrahanirrahim di atas sebanyak 625 kali pada kertas putih dan jadikanlah
sebagai azimat. Insya-Allah, anda akan hebat di mata sekalian makhluk, menjadi pengerun pada jin dan
manusia (yang berniat jahat) dan memelihara diri daripada sebarang kecelakaan.

WAKAF FATIHAH

Tulislah wakaf Al-Fatihah di atas dan gunakan sebagai tangkal. Insya-Allah, anda akan terpelihara
daripada segala bala bencana dan segala penyakit zahir dan batin.

TANGKAL AYATUL KURSI

24 Suhadi Sahari 2007


Tuliskan ayat-ayat yang tertera di atas kemudian jadikan sebagai tangkal. Insya-Allah, anda (atau
pemakainya) akan terhindar dari segala hantu syaitan, polong, pelesit, jin dan Ifrit serta tidak akan
menemui sesuatu yang tidak diingini. Ia akan menjadi benteng yang kukuh dari segala angkara dan
pancaroba. Insya-Allah.

25 Suhadi Sahari 2007


ASHABUL KAHFI

Tulislah azimat di atas dan gunakan sebagai tangkal. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada bencana
maut.

AYAT 5

Ayat 5 di atas juga dikenali dengan nama Ayat Nashr. Untuk menjadi pendinding yang kukuh, tuliskan
ayat inii dan jadikanlah ia sebagai azimat. Insya-Allah, anda akan tampil gagah berani, tidak akan terkalah
oleh musuh, digeruni dan menjadi benteng yang tidak akan ditembusi.

26 Suhadi Sahari 2007


C) AMALAN MELALUI GIMBAR GHAIB

ISIM FATIHAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Bismillah akan jalanku,


Ya Allah, ya Rasulullah.

Ar-Rahman akan tempatku,


Ya Allah, ia akan lindungku ya Rasulullah.

Alhamdulillahir rabbil alamin akan seorang badanku,


Ya Allah, ya Rasulullah.

Maa likiyau mid din akan darahku,


Ya Allah, ya Rasulullah.

Iyya kana budu akan tulangku,


Ya Allah, ya Rasulullah.

Waiyya kanas tain akan uratku,


Ya Allah, ya Rasulullah.

Ihdinas siratal mustaqim akan miyakku,


Ya Allah, ya Rasulullah.

Siratal lazina an-am taa alaihim, ghairil maghdu bi alaihim, walad-dholin akan jantung hatiku,
Ya Allah, ya Rasulullah.

Aku di dalam kalimah Lailahaillallah,


Jibrail saksi hatiku,
Mikail imamku,
Israfil akan khatibku,
Izrail akan saudaraku,
Malaikat 44 akan sahabatku,
Abu Bakar, Omar, Uthman, Ali gimbaranku.

Katibin karaman di kananku,


Katiban di kiriku,
Taulan salihin di hadapanku,
Mala salihin di belakangku,
Asmallah tempat meliputi Tuhanku.

Berkat Lailahaillallah,
Berkat Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Amalan ini perlu diamalkan pada kira-kira jam 2.00 pagi (iaitu waktu di mana akan kedengarannya bunyi
kokokan ayam). Ambillah air sembahyang dan lakukanlah sembahyang Hajat 2 rakaat. Setelah selesai,
bacakan mentera di atas 1 kali disertai dengan 1 kali tarikan nafas sedalam-dalamnya (sehingga tiada lagi
yang dapat ditarik). Lakukan berulang kali sekurang-kurangnya 40 kali (digalakkan sehingga ke Subuh)
selama 40 hari.

Kesan amalan ini:

27 Suhadi Sahari 2007


Dalam tempoh anda mengamalkannya, , anda mungkin akan didatangi oleh penjaga amalan ini. Jangan
takut, teruskan. Insya-Allah, dia akan menjadi sahabat pada waktu-waktu yang tertentu.

Insya-Allah, anda tidak akan mudah menjadi takut dan tidak akan mudah dikalahkan oleh sesiapa. Insya-
Allah, anda akan peka dengan persekitaran anda (walaupun anda tidur) dan mendapat kudrat dariNya
terutamanya semasa keadaan yang terdesak (yang tidak disangka-sangka). Namun, kesabaran anda
mungkin akan kerap diuji.

Pantang:

Jangan melakukan maksiat terutamanya berzina dan meminum arak. Tidak digalakkan mengamalkannya
di rumah yang mempunyai anak kecil berumur kurang 2 tahun, boleh menyebabkannya menangis tanpa
henti dan terkejut semasa tidur.

DOA MALAIKAT 4 DAN WALI-WALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah! (3 kali).
Ya Rahman! (3 kali).
Ya Rahim! (3 kali).

Ya Jibrail! (3 kali).
Ya Mikail! (3 kali).
Ya Israfil! (3 kali).
Ya Izrail! (3 kali).

Ya wali Allah! (3 kali).


Ya aulia Allah! (3 kali).

Ya Jabarut! (3 kali).
Ya Nuuqabbah! (3 kali).
Ya Nuuhabbah! (3 kali).
Ya Ruqaiyah! (3 kali).
Ya Utadda! (3 kali).
Ya Anur! (3 kali).
Ya Amanna! (3 kali).
Ya Ifrah! (3 kali).
Ya Futub! (3 kali).
Ya Ifraq! (3 kali).
Ya Ghus! (3 kali).

Sesiapa yang beramal asma di atas dengan hati yang tulus ikhlas dan khusyuk, insya-Allah akan terkabul
segala hajatnya. Jika diamalkan sebanyak 7 kali pada 7 malam Jumaat berturut-turut, lebih lagi khasiatnya.
Jika beramal di tengah-tengah malam, insya-Allah akan didatangi oleh salah seorang daripada wali-wali
Allah tersebut dan mendapat kurnianya.

SERU WALI-WALI

28 Suhadi Sahari 2007


Bismillahirrahmanirrahim.

Astur, ya ahlal waktu!,


Ya Rijalal Ghaib!,
Ya Atqiya!,
Ya Nuqba!,
Ya Nujba!,
Ya Abdal!,
Ya Autar!,
Ya Ghauth!,
Ya Qutdub!,
Ya Bulya ibnul Mulkani ibnul Sam ibnu Nuh!.

Cara mengamalkannya:

Setiap kali selepas mengambil air sembahyang atau selepas bersembahyang, serulah wali-wali tersebut
dan niatkan hajat anda (apa-apa sahaja). Pada tengah malamnya pula dalam keadaan seorang diri,
berwuduklah dan bersembahyanglah 2 rakaat (Hajat). Setelah selesai, ulangi seruan tersebut berulang-ulang
sambil meniatkan (atau memakrifatkan) hajat anda. Amalkan sekurang-kurangnya 40 kali selama 40
malam.

Kesan mengamalkannya:

Semasa anda menyeru nama-nama wali tersebut (dalam jangka masa anda beramal), pada suatu ketika
mungkin anda akan merasa bulu roma anda meremang bermula dari tengkuk. Insya-Allah, Itulah masanya
mereka atau salah seorang daripada mereka datang kepada anda (mungkin nampak atau tidak nampak).
Atau mungkin anda akan didatangi di dalam mimpi oleh salah seorang daripada mereka. Jangan takut,
teruskan. Dialah sahabat anda di waktu anda memerlukan bantuan.

Pantang:

Jangan meninggalkan sembahyang dan cuba jauhi dosa. Tidak digalakkan mengamalkannya di rumah
yang mempunyai anak kecil berumur kurang 2 tahun, boleh menyebabkannya menangis tanpa henti dan
terkejut semasa tidur.

MALAIKAT PENJAGA TIDUR

Engkau gerakkan aku pada (awal Subuh/ pada jam )

Penjaga yang di seru adalah malaikat penjaga waktu (tidur). Amalkanlah bacaan di atas selama 40 hari.
Setelah itu (setelah serasi), anda bolehlah menyeru untuk permintaan lain seperti:

Engkau tolong gerakkan aku sekiranya ada sesuatu yang boleh memudaratkan bakal terjadi kepadaku,
keluargaku, rumahku atau harta-bendaku semasa aku sedang tidur.

Malah, juga permintaan lain (apa sahaja) seperti:

29 Suhadi Sahari 2007


Engkau tolong halaukan atau jauhkan (nyamuk, haiwan buas, haiwan berbisa, sihir, musuh dan
seumpamanya) daripada menggangguku dan keluargaku semasa kami sedang tidur.

Cara mengamalkannya:

Amalan ini diamalkan semasa anda tidur malam. Sebelum tidur (sebaik-baiknya dalam keadaan
berwuduk), bacakan seruan di atas (dengan menyebut dan bukan cuma di dalam hati) dan sampaikan
permintaan anda kepada penjaga tersebut. Contoh telah diberikan di atas (seperti di dalam kurungan).
Amalan ini amat mujarab untuk diamalkan. Bukan sahaja permintaan yang sukar, malah untuk menghalau
nyamuk (semasa tidur) pun boleh anda pinta. Anda juga boleh meminta penjaga ini untuk tolong
menggerakkan anda pada jam-jam tertentu untuk bangun.

Kesan amalan ini:

Walaupun seruan anda dikhususkan untuk permintaan tertentu, anda mungkin akan digerakkan semasa
tibanya waktu bersembahyang Subuh. Bangunlah untuk bersembahyang Subuh. Jika telah berkali-kali anda
digerakkan (untuk bersembahyang Subuh) tetapi anda mengabaikannya. Jadi, hubungan anda dengan
penjaga tersebut mungkin tidak akan menjadi seerat yang anda harapkan.

PEMBANTU GHAIB

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Syufaikhutha

Cara mengamalkannya:

Pada jam 2.00 pagi, berwuduklah dan bersembahyanglah 2 rakaat (Hajat). Kemudian, serulah isim di atas
berulang-ulang (sekurang-kurangnya 1000 kali). Amalkan selama 40 hari.

Kesan amalan ini:

Sepanjang anda mengamalkan seruan isim ini, anda mungkin akan didatangi oleh penjaga tersebut
(dalam pelbagai rupa). Jangan takut, teruskan sehingga genap 40 hari. Itulah nanti pembantu anda dalam
keadaan ghaib. Sekiranya anda dalam keadaan terdesak, panggillah namanya (seperti orang memanggil
dengan nyaring). Insya-Allah, dia akan datang membantu anda.

ROHANI YASIN

Jika anda ingin dibantu oleh rohani Yasin (iaitu muakal yang menjadi khadam, pesuruh atau penjaga
Surah Yasin) terutamanya di waktu kesusahan, lakukanlah amalan ini:

1. Berwuduklah dan bacalah Surah Yasin dengan berhati-hati sebanyak 7 kali.


2. Pada akhir setiap bacaan itu, serulah muakalnya seperti berikut:

30 Suhadi Sahari 2007


3. Sekiranya susah membacanya dalam bahasa Arab, serulah dengan bahasa Melayu seperti berikut:

Hai golongan yang taat setia yang telah ditugaskan bagi surah yang berkat ini. Dengan hak nabi-nabi,
para wali dan dengan izin Allah, hendaklah perkataanku dijalankan dan perintahku didengar lagi terdiam.
Tolonglah aku dalam kegentinganku. Berilah bantuan kepadaku. Laksanakanlah segala perintahku,
kesemuanya, banyak dan sedikit.

Cepat! Cepat! Segera! Segera! Sekarang juga!.

Tatkala diucap seruan ini, akan timbul rasa seram dan tegak bulu roma. Insya-Allah, ia telah datang dan
jangan takut. Teruskan. Jangan berhenti menyeru. Jika tidak akan terbatallah amalan ini. Apabila terbatal
kali pertama, ulangilah untuk kali ke-2 atau ke-3 sehinggalah benar-benar menepati syaratnya.

KHADAM QULHUALLAH

Untuk segala hajat, anda boleh menyeru Khadam QulhuAllah seperti berikut:

1. Bangunlah di tengah malam (sekurang-kuragnya selepas jam 12.00 tengah malam di waktu yang
sunyi sepi). Pilihlah malam Selasa atau malam Jumaat.
2. Lakukanlah sembahyang Tahajjud 2 rakaat (selepas berwuduk).
3. Hadiahkanlah Surah Al-Fatihah kepada:

i) Nabi Muhammad s.a.w 1 kali.


ii) Sekalian Nabi 1 kali.
iii) Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w 1 kali.
iv) Para wali Allah, aulia dan salihin 1 kali.
v) Ibu-bapa 1 kali.
vi) Guru yang memberi amalan atau ilmu ini 1 kali.
vii) Sekalian muslimin muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal 1 kali.

4. Bacakan Surah Al-Ikhlas (QulhuAllah) sebanyak 1000 kali.


5. Kemudian, bacakan doa di bawah 1 atau 3 kali:

31 Suhadi Sahari 2007


6. Bacakan semula Surah Al-Ikhlas 1000 kali (atau lebih, sebaik-baiknya 70,000 kali). Insya-Allah,
anda akan didatangi oleh khadam tersebut. Sampaikanlah hajat atau niat anda.

KHADAM PENJAGA BADAN

Bacakan seruan di atas sebelum tidur malam. Insya-Allah, badan anda akan dijaga oleh khadam yang
diseru itu. Insya-Allah, anda akan tidur lena tanpa sebarang gangguan atau bencana. Insya-Allah, anda akan
selamat.

PAKAM ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Tangan kananku Ali,


Tangan kiriku Omar,
Lutut kananku Abu Bakar,
Lutut kiriku Abu Seman,
Allah di depanku,
Muhammad akan payungku.

Ah! Aku inilah harimau Allah,


Ah! Aku inilah pakam Allah.

Hok!

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Amalkan bacaan mentera ini sebanyak 40 kali selama 40 hari selepas jam 12.00 tengah malam. Semasa
bacaan sampai ke perkataan pakam Allah., tarik nafas anda sedalam-dalamnya sehingga tiada lagi
yang dapat ditarik (seperti ilustrasi di bawah). Di akhir sedutan tersebut, bunyikan anak tekak anda
sehingga berbunyi Hok! beberapa kali. Ulangi dan amalkan sehingga selesai. Selepas selesai 40 hari
(malam) mengamalkannya, anda bolehlah membacanya bila-bila masa yang dirasakan sesuai seperti
sewaktu ingin berhadapan dengan musuh dan seumpamanya. Amalan ini jika dilakukan bersungguh-
sungguh, insya-Allah berkemungkinan anda akan didatangi oleh penjaga amalan ini (dalam pelbagai
rupa). Jangan takut! Teruskan. Itulah pembantu anda di saat anda terdesak.

32 Suhadi Sahari 2007


Kesan amalan ini:

Insya-Allah, hati anda akan sentiasa tenang dan tidak mudah takut menghadapi sesiapa atau sesuatu.
Aliran darah anda akan menjadi deras dan hangat sehingga boleh dirasa di kelopak mata (semasa anda
menutup mata). Namun, anda akan kerap menghadapi cubaan-cubaan yang akan menguji kesabaran anda.

Pantang:

Jangan melakukan maksiat terutamanya berzina dan meminum arak. Tidak digalakkan mengamalkannya
di rumah yang mempunyai anak kecil berumur kurang 2 tahun, boleh menyebabkannya menangis tanpa
henti dan terkejut semasa tidur.

PEDANG LAKSAMANA

Bismillahirrahmanirrahim.

Langit ayahku,
Bumi ibuku.

Mataku seperti angin,


Tanganku seperti kilat,
Uratku seperti besi keluli,
Tulangku seperti besi laksamana,
Bajuku seperti tembaga.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

33 Suhadi Sahari 2007


Bacakan mentera di atas pada tengah malam (selepas jam 12.00 tengah malam). Kemudian, tarik nafas
sedalam-dalamnya dan tahan. Urutkan ke-2 tangan (kanan dan kiri) sehingga ke paras siku (kanan 3 kali,
kiri 3 kali) seperti dalam ilustrasi yang sama di atas. Barulah melepaskan nafas secara perlahan-lahan.
Lakukanlah amalan ini selama 40 hari. Kemudian (setelah serasi), bolehlah diamalkan pada bila-bila masa
sahaja. Untuk mengamalkannya, bacakanlah mentera ini 1 kali dan pukul bahu kanan (menggunakan
telapak tangan kiri) untuk memanggilnya. Untuk menyimpannya, pukullah bahu kiri anda (dengan
telapak tangan kanan).

Kesan amalan ini:

Insya-Allah, anda akan menjadi pemberani dan tidak akan takutkan sesiapa atau sesuatu. Namun,
mungkin anda akan selalu diuji dengan kesabaran.

Semasa tempoh anda beramal dengan mentera ini, insya-Allah anda mungkin akan didatangi oleh
penjaga amalan ini (pelbagai rupa) atau mungkin didatangi melalui mimpi. Jangan takut! Teruskan. Itulah
sahabat yang bersama anda.

AMALAN 1 MINGGU

Amalan ini harus dimulakan pada petang Ahad (selepas Maghrib) dan diakhiri pada petang Ahad juga. Ia
hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut, jika terputus maka batallah amalan tersebut dan perlu
diulang mengamalkannya.

Hari Ahad: Selepas Maghrib, hadiahkan Surah Al-Fatihah 1 kali kepada guru yang memberi amalan ini
dan bacalah sebanyak 500 kali ucapan:

Anda akan dipelihara seramai 5000 malaikat.

Pantang: Jangan makan sirih pinang dan ramuannya seperti gambir, kapur, jintan dan seumpamanya
selama sehari semalam.

Hari Isnin: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 400 kali ucapan:

Anda akan dipelihara seramai 4000 malaikat.

Pantang: Jangan makan makanan bernyawa termasuk ikan dan telur selama sehari semalam.

34 Suhadi Sahari 2007


Hari Selasa: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 500 kali ucapan:

Anda akan dipelihara oleh 5000 malaikat.

Amalan: Berpuasalah selama sehari semalam.

Hari Rabu: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 700 kali:

Anda akan dipelihara seramai 7000 malaikat.

Pantang: Jangan memakan makanan bergaram sehari semalam.

Khasiatnya: Dibukakan hati oleh Allah dan dilimlpahi kurniaan Nabi Ibrahim a.s.

Hari Khamis: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 800 kali:

Anda akan dipelihara oleh 8000 malaikat.

Pantang: Tidak boleh minum air untuk sehari semalam.

Khasiatnya: Ditakuti dan digeruni oleh sekalian haiwan buas dan mendapat limpah kurnia Saiyidina Ali
k.w.

Hari Jumaat: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 600 kali:

Anda akan dipelihara oleh 6000 malaikat.

Pantang: Jangan makan makanan yang dimasak dengan api sehari semalam.

Khasiatnya: Dilepaskan daripada sebarang bahaya dan diterangkan hati dan mendapat syafaat Nabi
Muhammad s.a.w.

Hari Sabtu: Selepas Maghrib, ucaplah sebanyak 400 kali:

Anda akan dipelihara oleh 4000 malaikat.

35 Suhadi Sahari 2007


Pantang: Tidak boleh tidur sehari semalam.

Khasiatnya: Ditakuti dan digeruni oleh sekalian makhluk bernyawa yang boleh memudaratkan dan
dilimpahi kurnia Nabi Nuh a.s.

BANTUAN GHAIB

Sekiranya anda telah terdesak dan sedang diancam pembunuhan, bersembahyanglah 2 rakaat (Hajat).
Setelah membaca Al-Fatihah, bacalah ayat di atas dengan mengangkat suara anda sambil di dalam hati
berniat meminta bantuan Allah. Insya-Allah, akan datang penjaga ayat ini untuk menyelamatkan anda.

PEMELIHARA TIDUR

Sebelum tidur atau sekiranya anda rasa terganggu, bacalah ayat di atas 3 kali dan Ayatul Kursi 3 kali.
Kemudian, ulang-ulangkan bacaan ayat di bawah 3 kali:

Lakukan semuanya 3 kali. Kemudian, mengiringlah ke sebelah kanan dan bacalah apa sahaja zikir sehingga
anda terlena. Insya-Allah, anda akan tidur dalam keadaan dikawal oleh khadam Ayatul Kursi. Tidur anda
akan aman dari sebarang gangguan.

36 Suhadi Sahari 2007


D) AMALAN MELALUI AL-QURAN DAN DOA

KEBAL SEHARI

Bacakan Ayatul Hisni di atas sebanyak 7 kali setiap hari. Insya-Allah, anda akan kebal daripada sebarang
senjata, tidak binasa oleh kebakaran atau lemas, dijauhkan segala mudarat, dihormati, diberi kewibawaan
dan rezeki serta tidak akan menemui ajal pada hari tersebut. Kecuali jika telah sampai masanya anda
terlupa membacanya atau dilupakan oleh Allah.

BENTENG KURSI

Ketika anda rasa terancam oleh sesuatu (ghaib atau nyata), bacalah Ayatul Kursi 7 kali sambil
memakrifatkan adanya benteng-benteng di sekeliling anda (1 bacaan benteng di bawah, 1 bacaan benteng
di kanan, 1 bacaan benteng di kiri, 1 bacaan benteng di atas, 1 bacaan benteng di hadapan, 1 bacaan
benteng di belakang, 1 bacaan benteng di segenap 6 penjuru tersebut). Insya-Allah, tiada satu musibah pun
yang mampu membinasakan anda kerana adanya benteng tersebut. Amalkanlah.

SENJATA TIADA KESAN

Sekiranya tiba-tiba anda bertembung dengan musuh yang merbahaya dan bersenjata, bacalah ayat di atas
dan hembuskan ke arah musuh. Insya-Allah, apa pun senjatanya tidak akan memberikan kesan. Jika senjata
api tidak meletup, jika tajam tidak berbekas. Malah, jatuh ia ke tanah dengan izin Allah.

MUSUH BERSENJATA

37 Suhadi Sahari 2007


Jika anda ingin mengadap musuh, bacakan ayat di atas 7 kali. 1 kali baca hembus ke kanan, 1 kali baca
hembus ke kiri, 1 kali ke hadapan, 1 kali ke belakang, 1 kali ke atas, 1 kali ke bawah dan 1 kali ke dalam
diri. Apabila sampai kepada musuh, didapati musuh bersenjata dan merbahaya, bacakan 1 kali lagi dan
hembuskan ke arahnya. Insya-Allah, anda akan selamat daripada sebarang kebinasaan.

MUSUH RAMAI

Sekiranya anda bertembung atau bertempur dengan musuh yang ramai, bacalah ayat di atas 1 kali. Insya-
Allah, anda akan berada di dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah.

KUBU DIRI DAN KELUARGA

Amalkan membaca ayat di atas sebanyak 3 kali. Insya-Allah, ia akan menjadi kubu yang kukuh untuk diri
anda dan keluarga.

PENDINDING DIRI

Bacalah ayat di atas sebanyak 313 kali dalam keadaan mengadap kiblat sebelum memulakan sesuatu (atau
seumpamanya). Insya-Allah, ia akan menjadi pendinding diri yang kukuh dari sebarang bahaya.

PENDINDING TEMBAK

Ucapkan ayat di atas 3 kali sebelum keluar rumah atau semasa bertemu dengan keadaan tembak-
menembak. Insya-Allah, ia akan menjadi pendinding diri anda daripada terkena tembakan peluru dengan
izin Allah.

SELAMAT DALAM PEPERANGAN

38 Suhadi Sahari 2007


Bacalah ayat di atas sekiranya anda berada dalam medan peperangan. Insya-Allah, anda akan
diselamatkan oleh Allah.

SENJATA KECEMASAN

Sekiranya anda dalam keadaan kecemasan atau di hadapan musuh yang bersenjata, bacalah Alam
tarakai-fa faala rabbuka bi-ash-ha bilfil (sehingga akhirnya). Insya-Allah, anda akan terselamat
daripada sebarang kecemasan, malah senjata musuh juga tidak akan memberi kesan dengan izin Allah dan
anda akan jadi pemberani, kuat hati sehingga boleh mematahkan ancaman musuh tersebut.

PERISI BADAN

Sebagai perisi badan agar terpelihara daripada sebarang bencana dan ancaman, bacalah Li-ila fi
quraisyin (sehingga akhirnya) dan sambungkan dengan ucapan Innallaha qawiyun aziz.. Insya-
Allah, anda akan selamat daripada apa jua bahaya.

BEKALAN JIWA

Sebelum memulakan perjalanan, bacalah Ayatul Kursi 3 kali dan sambungkan dengan bacaan di atas.
Semasa masuk ke sesebuah kampung atau pekan, bacalah pula ucapan di bawah:

Insya-Allah, anda akan dipelihara Allah, disenangi dan mudah berurusan.

PEMELIHARA DIRI

39 Suhadi Sahari 2007


Amalkan membaca ayat di atas setiap selepas sembahyang Subuh dan Maghrib. Insya-Allah, anda akan
dipelihara oleh Allah daripada segala kezaliman, sihir, khianat dan seumpamanya.

PERISAI

Amalkan membaca ayat di atas setiap pagi dan petang. Insya-Allah, diri anda, keluarga, harta-benda,
rumah dan kepentingan-kepentingan anda yang lain akan terpelihara oleh perisai yang kukuh dan tidak
akan ditembusi dengan izin Allah.

PERISAI BENCANA

40 Suhadi Sahari 2007


Sebelum atau selepas sembahyang Subuh, bacalah zikir Autad Sheikh Abdul Kadir Jaelani di atas.
Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala macam bencana.

PENANGKIS KEJAHATAN

Untuk menangkis segala kejahatan dan melindungi diri daripada mara bahaya, mengadaplah ke kiblat
sambil membaca Ayatul Muqawamah di atas 3 kali. Kemudian, beralihlah ke kanan sambil membaca 3
kali lagi. Beralihlah ke kiri sambil membaca 3 kali lagi, dan ke belakang sambil membaca 3 kali lagi.
Kemudian, tiupkan dari atas ke bawah dan ke sekeliling sambil membaca ayat di bawah:

PENOLAK SEGALA ANCAMAN

Amalkanlah membaca doa di atas sebagai perlindungan daripada sebarang ancaman musuh, haiwan buas,
haiwan berbisa serta jin dan syaitan.

PENOLAK BENCANA

41 Suhadi Sahari 2007


Bacalah ayat di atas 10 kali pagi, 10 kali petang dan 10 kali sebelum tidur sambil meminta agar ditolakkan
segala bala bencana dunia dan tipu daya syaitan. Insya-Allah, anda akan terjauh daripada sebarang mala
petaka.

PENOLAK BENCANA 2

Bacalah Surah Yasin 7 kali dan apabila sampai pada bacaan berikut (ayat 57):

Ulangilah membacanya sebanyak 16 kali, kemudian bacalah doa di atas sebanyak 16 kali juga:

Jika sukar membacanya dalam bahasa Arab, bacalah dengan bahasa Melayu seperti berikut:

Ya Allah, ya Tuhanku. Selamatkanlah aku daripada bala bencana dunia, fitnah, kesusahan dan
kemelaratan..

Insya-Allah, akan tertolaklah bencana tersebut.

PENGELAK BAHAYA

Amalkan membaca doa di atas. Insya-Allah, akan tertolaklah segala bahaya terhadap diri anda.

HINDARI GANGGUAN

Untuk menghindari pelbagai gangguan semasa anda berada di tempat yang diragui, berhentilah sebentar
dan mengadaplah ke kiblat. Bacakan ayat di bawah ini:

Kemudian, berpalinglah ke kiri dan baca ayat di bawah ini:

42 Suhadi Sahari 2007


HINDARI ANCAMAN

Amalkan sentiasa membaca ayat-ayat di atas. Insya-Allah, anda akan terlepas daripada jangkauan orang-
orang yang zalim.

PERTOLONGAN ALLAH

Bacalah ayat di atas selalu terutamanya selepas sembahyang dan ketika ditimpa apa jua kesusahan atau
kepayahan. Insya-Allah, anda akan diberikan jalan penyelesaian.

PENAWAR API

Agar api atau kebakaran tidak memberi kesan kepada tubuh badan anda, amalkanlah membaca ayat-ayat
di atas sebanyak 21 kali selama 11 hari setiap selesai sembahyang fardu. Insya-Allah, anda akan terjauh
daripada segala kebinasaan yang berpunca daripada api dengan izin Allah.

KELUAR RUMAH

Maknanya: Padahal Allah mengepung mereka dari belakang mereka (mereka tidak dapat terlepas
daripada kekuasaan Allah), bahkan yang didustakan itu adalah Al-Quran yang mulia, yang tersimpan di
dalam Lauhul Mahfuzh..

43 Suhadi Sahari 2007


Bacakan ayat di atas (Surah Al-Buruj, ayat 20-22) semasa berada di muka pintu sewaktu hendak keluar
rumah (sebanyak 3 kali). Insya-Allah, Tuhan akan menjaga anda daripada mara bahaya dan rumah yang
ditinggalkan beserta penghuninya akan terpelihara daripada segala bencana.

KELUAR RUMAH 2

Untuk keselamatan semasa keluar dari rumah sehinggalah anda balik semula, bacakan ayat di atas 3 kali
dalam 1 nafas. Insya-Allah, anda akan selamat. Semasa berjalan pastikan tiada apa yang menghalang atau
melintas di hadapan anda. Jika ada, tangguhkan perjalanan anda sebentar dan ulangi membacanya semula.

BEPERGIAN

Sekiranya anda hendak bepergian atau bermusafir, bacalah ayat di atas. Apabila sampai pada bacaan:

Ulangan membacanya 3 kali sambil beriktikad agar tidak bertemu dengan sesuatu yang ditakuti atau
bencana.

INGIN BELAYAR

Sekiranya anda ingin belayar, bacakan 7 kali ayat di atas pada segelas air dan minumlah tatkala hendak
belayar. Insya-Allah, anda akan selamat pergi dan balik.

SELAMAT BERMUSAFIR

44 Suhadi Sahari 2007


Bacalah ayat di atas semasa bermusafir. Insya-Allah, anda dan harta benda anda akan selamat semasa
bermusafir.

SELAMAT PERGI BALIK

Semasa anda ingin keluar rumah, bacalah ayat di atas. Kemudian, isyaratkan ke bendul pintu sambil
membaca seperti di bawah:

Teruslah berjalan tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan. Bacakan lagi ucapan tadi (La ila-ha illallah)
sebanyak 11 kali. Insya-Allah, anda di dalam pemeliharaan Allah. Apabila anda telah sampai ke rumah
semula, bacakan pula ucapan di bawah sambil mengisyaratkan ke bendul pintu.

SELAMAT PULANG

45 Suhadi Sahari 2007


Semasa melangkah untuk bermusafir, bacalah ayat di atas. Insya-Allah, anda akan selamat kembali ke
rumah. Sekiranya ajal anda di rantau orang, Insya-Allah akan diundurkan sehinggalah anda sampai ke
rumah.

PEMELIHARA TIDUR

Sebelum tidur atau sekiranya anda berasa terganggu oleh sesuatu, bacalah ayat di atas 3 kali dan Ayatul
Kursi 3 kali sambil mengulang-ulangkan ayat ini 3 kali:

Kemudian, mengiringlah ke sebelah kanan dan bacalah apa sahaja zikir sehingga anda terlena. Insya-
Allah, anda akan tidur dalam keadaan dikawal oleh khadam Ayatul Kursi. Tidur anda akan aman dari
sebarang gangguan.

HINDAR BENCANA SEMASA TIDUR

Bacalah ayat di atas sebelum tidur. Insya-Allah, anda dan keluarga akan selamat daripada segala sesuatu
yang merbahaya seperti pencurian, pembunuhan, haiwan berbisa dan siumpamanya.

TAKUTKAN SESUATU

Jika anda takutkan sesuatu (halilintar, jatuh, bencana, difitnah, dicuri, dipukul dan sebagainya),
amalkanlah mambaca ayat di atas selalu. Insya-Allah, ketakutan tersebut akan dihilangkan dan Allah akan
menyelamatkan anda daripada apa yang ditakutkan itu.

KOTA LAM ALIF

Sebagai perisai diri dan agar musuh menjadi takut dan gerun, bacalah ayat di bawah:

46 Suhadi Sahari 2007


Dan hembuskan ke barat.

Bacakan lagi ayat di bawah:

Dan hembuskan ke timur.

Bacakan ayat di bawah:

Dan hembuskan ke utara.

Bacakan ayat di bawah:

Dan hembuskan ke selatan.

Bacakan ayat di bawah:

Dan hembuskan ke atas.

Akhirnya, bacakan Li ila fi-quraisyin (sehingga akhirnya) dan hembuskan ke bawah.

KOTA FIIL

47 Suhadi Sahari 2007


Sekiranya anda berada dalam keadaan terdesak atau terancam oleh pembunuhan dan maut, bacalah Surah
Al-Fiil 1 kali. Insya-Allah, anda akan diselamatkan oleh Allah dan mampu mematahkan ancaman tersebut
dengan izinNya.

KOTA BADAN

Bacakan ayat-ayat di atas sebelum keluar rumah, sebelum tidur, sebelum belayar, semasa terancam dan
seumpamanya. Insya-Allah, segala mara bahaya akan tertolak dan tidak memudaratkan dengan izin Allah.

PAGAR LIILA

Sebagai penjaga keselamatan diri, bacakan Li-ila fi quraisyin (sehingga akhirnya) sebanyak 3 kali
dan niatkan hajat anda. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang kecelakaan dengan izin Allah.

DOA NABI SULAIMAN

Amalkan membaca ayat di atas sebanyak 7 kali selepas sembahyang fardu. Insya-Allah, anda akan
digeruni oleh musuh, terlindung oleh benteng yang tiada dapat ditembusi, terpelihara daripada segala
mudarat dan kecelakaan, dihormati oleh sekalian makhluk dan pelbagai khasiat yang lainnya.

48 Suhadi Sahari 2007


DOA NABI IBRAHIM

Ucapkanlah ayat di atas (ucapan Nabi Ibrahim semasa dilempar ke dalam api) bila-bila masa yang
dirasakan perlu seperti semasa rasa terancam, semasa keluar rumah, semasa ingin tidur, semasa pergi ke
dalam sungan dan seumpamanya. Insya-Allah, anda akan berada di dalam lindungan Allah.

DOA EMBUN NABI IBRAHIM

Bacakan ayat-ayat di atas bila-bila masa yang sesuai terutamanya sewaktu keluar rumah, sewaktu ingin
tidur, sewaktu rasa terancam dan seumpamanya. Insya-Allah, anda akan terlindung oleh Allah daripada
sebarang kecederaan dan kemudaratan.

DOA NABI YUNUS

Wiridkan terus-menerus doa Nabi Yunus (semasa di dalam perut ikan) seperti di atas. Insya-Allah, Tuhan
akan melapangkan anda dan menolakkan segala bala bencana serta penyakit.

DOA SAIYIDATINA FATIMAH

Maknanya: Ya Tuhan yang hidup dan Tuhan yang berdiri sendiriNya. Dengan rahmatMu aku
memohon, janganlah membiarkan aku sekejap mata jua pun dan perbaikilah segala urusanku.

Bacalah doa di atas bila-bila masa yang di rasakan perlu. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala
bencana.

DOA SAIYIDATINA AISYAH

49 Suhadi Sahari 2007


Maknanya: Ya Allah, aku memohon daripada segala kebaikan yang segera datangnya atau bakal tiba
yang ku ketahui atau belum. Dan aku berlindung kepadaMu daripada segala kejahatan yang secara tiba-tiba
atau yang bakal tiba, yang aku ketahui atau tidak ketahui.

Bacalah doa di atas bila-bila masa yang dirasakan perlu. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala
bencana.

DOA SHEIKH ABDUL KADIR JAELANI

Amalkan membaca doa di atas sebanyak 7 kali setelah sembahyang Maghrib dan Subuh secara rutin.
Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala musibah yang ghaib atau nyata.

DOA ABI DARDA

Maknanya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan yang patut ku sembah, hanya Engkau semata-
mata. Kepada Engkaulah aku bertawakkal. Engkaulah pemilik Arasy yang agung. Yang Engkau kehendaki
pasti terjadi dan yang tidak Engkau kehendaki pasti tidak akan terjadi. Tiada yang Mulia, Tinggi dan Maha
Kuat selain Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha
Mengetahui atas setiap sesuatu. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan
kejahatan orang-orang lain serta kejahatan binatang yang melata (merayap). Engkaulah yang
melenyapkannya. Sesungguhnya Tuhanku atas jalan yang lurus.

Amalkanlah doa ini selalu. Insya-Allah, anda, keluarga dan harta-benda anda tidak akan dapat
dimudaratkan oleh sesuatu apa pun. Diriwayatkan oleh Abi Darda r.a.

50 Suhadi Sahari 2007


DOA PAHLAWAN

51 Suhadi Sahari 2007


Amalkan membaca ayat-ayat di atas setiap hari terutamanya selepas sembahyang fardu. Insya-Allah, anda
akan terpelihara daripada sebarang musibah kecelakaan, dihormati oleh sekalian manusia dan makhluk,
digeruni oleh sekalian makhluk yang berniat jahat, tercapai segala hajat dan seumpamanya.

DOA TEMPUR

Maknanya: Cukup aku berpegang kepada Allah daripada segala sesuatu. Allah mengalahkan segala
sesuatu. Tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah. Tiada daya kekuatan, hanya daya kekuatan Allah
yang Maha Tinggu dan Maha Besar.

Apabila anda terpaksa untuk menghadapi musuh, ambillah 3 biji batu dan bacakan doa di tersebut serta
tiupkan padanya. 1 lemparkan ke kanan, 1 lemparkan ke kiri dan 1 ke hadapan. Insya-Allah, anda di dalam
pemeliharaan Allah.

DOA PERTAHANAN DIRI DAN KELUARGA

Maknanya: Dengan nama Allah aku pertahankan diriku dan agamaku. Dengan nama Allah aku
pertahankan keluargaku, hartaku dan anakku. Dengan nama Allah aku pertahankan semua apa yang telah
diberikan Tuhan kepadaku. Allah! Allah! Allah! Dialah Tuhan yang tiada sekutu dengan apa pun. Allah
yang Maha Besar! Allah yang Maha Besar! Allah yang Maha Besar! Maha Mulia dan lebih berkuasa
daripada sesuatu yang aku takuti. Ya Allah, aku berlindung padaMu daripada kejahatan diriku dan
kejahatan syaitan yang menipu dan kejahatan orang yang kejam. Jika mereka berpaling, katakanlah Cukup
Allah tempatku berpegang, kerana Dialah Tuhan yang memelihara Arasy yang agung

Bacalah doa di atas untuk keselamatan anda, keluarga dan harta benda. Amalkan setiap hari terutamanya
selepas sembahyang fardu.

DOA PERLINDUNGAN

52 Suhadi Sahari 2007


Maknanya: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan daripada kejahatan setiap
makhluk. Engkaulah yang mengendalikannya. Sesungguhnya Tuhanku atas jalan yang benar.

Bacakan doa di atas bila-bila masa yang difikirkan perlu. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala
bencana.

DOA SELAMAT

Bacalah doa di atas selalu, terutamanya selepas sembahyang 5 waktu. Insya-Allah, anda akan selamat
dunia dan akhirat.

53 Suhadi Sahari 2007


DOA KESELAMATAN DIRI

Maknanya: Ya Tuhan, selamatkanlah aku dari orang-orang yang aniaya.

Bacalah doa di atas bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Insya-Allah, anda akan dipelihara oleh Allah.

DOA PEMELIHARAAN

Makna: Ya Allah, peliharalah kami dengan pertolonganMu yang tiada lena, lindungilah kami dengan
lindunganMu yang tiada dapat dipaksa. Rahmatilah kami dengan kudratMu, tiadalah kami binasa dan
Engkaulah harapan kami. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara, ya Tuhan yang memberi keselamatan, ya
Tuhan tempat berserah.

Bacalah doa di atas 7 kali selepas Maghrib dan 7 kali selepas Subuh. Insya-Allah, anda akan terpelihara
dari segala mara bahaya.

DOA HINDAR PETAKA

Maknanya: Ya Allah, ya Tuhan kami. Hindarkanlah kami daripada malapetaka dan bencana, kekejian
dan kemungkaran, sengketa yang beraneka, kekejaman dan peperangan, yang nampak dan yang
tersembunyi di dalam negara kami khususnya dan di dalam negara kaum muslimin khususnya.
Sesungguhnya Engkau ya Allah, Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Bacakanlah doa di atas setiap selesai sembahyang fardu. Insya-Allah, anda akan dipelihara oleh Allah
daripada segala malapetaka.

DOA TOLAK BALA

54 Suhadi Sahari 2007


Maknanya: Ya Allah, dengan kebenaran Fatihah dan dengan rahsia yang terkandung di dalam Fatihah.
Ya Allah, Tuhan yang melapangkan kedukaan dan yang menghilangkan kesedihan. Ya Allah, Tuhan yang
Maha Kasih Sayang kepada hambaNya. Ya Allah, Tuhan yang menghindarkan bala. Ya Allah, Tuhan yang
Pengasih, yang menolakkan bala. Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang yang menjauhkan bala,
tolakkanlah dari kami malapetaka, bala bencana, kekejian dan kemungkaran, sengketa yang beraneka,
kekejaman dan peperangan, yang nampak dan yang tersembunyi, dalam negara kami khususnya dan dalam
negara kaum muslimin umumnya. Sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas segala sesuatu.

Bacakanlah doa di atas setiap selesai sembahyang fardu. Insya-Allah, anda akan terpelihara oleh Allah
daripada segala malapetaka.

DOA TOLAK BALA 2

Bacalah doa di atas bila-bila masa, terutamanya selepas sembahyang 5 waktu. Insya-Allah, anda akan
terjauh daripada sebarang bala bencana.

DOA ELAK BAHAYA

55 Suhadi Sahari 2007


Maknanya: Dengan nama Allah yang tiada membahayakan sesuatu beserta namaNya oleh sesuatu di
bumi dan di langit. Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Amalkan membaca doa di atas sebanyak 3 kali setiap selepas sembahyang Subuh dan Maghrib. Insya-
Allah, anda akan selamat daripada segala jenis mara bahaya.

DOA ANTI KEJAHATAN

Maknanya: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada payah kemalangan, daripada jurang
kecelakaan dan daripada kemalangan nasib serta daripada ejekan musuh.

Bacalah doa di atas bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Insya-Allah, anda akan selamat daripada
sebarang kejahatan.

DOA BELAYAR

Sekiranya anda ingin belayar (laut, darat atau udara), semasa keluar rumah bacalah Surah Al-Fatihah 3
kali dan sambungkan dengan doa di atas 1 kali. Kemudian, bacakan pula Inna anzalna hufi lailatil
qadr (sehingga akhirnya) 3 kali dan saambungkan dengan doa di atas 3 kali. Kemudian, bacakan pula
Ayatul Kursi 3 kali dan sambungkan dengan doa di atas 1 kali. Insya-Allah, anda tidak akan bertemu
dengan sesuatu pun yang boleh membahayakan diri anda semasa dalam perjalanan dengan izin Allah.

ZIKRULLAH

Maknanya: Tiada Tuhan selain Allah..

Amalkanlah membaca zikir di atas sebanyak 100 kali setiap hari. Insya-Allah, ia akan menjadi benteng
yang kukuh bagi diri anda daripada segala mara bahaya.

PUSAKA NABI SULAIMAN

Amalkan ucapan Nabi Sulaiman a.s di atas sebagai amalan. Insya-Allah, anda akan disampaikan oleh
Allah apa yang dihajatkan atau diniatkan. Inilah rahsia kekuasaan Nabi Sulaiman a.s sehinggakan jin,
haiwan, manusia, angin dan sekaliannya tunduk di bawah pemerintahannya. Jika diamalkan bersungguh-
sungguh, dengan izin Allah seseorang mampu berjalan di atas air, selamat daripada kecemasan, racun
menjadi penawar, tajam menjadi tumpul, jauh daripada gangguan jin syaitan, aman sentosa kehidupan,
makbul segala hajat dan lain-lain dengan izin Allah.

56 Suhadi Sahari 2007


BISMILLAH HAJAT

Amalkan membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 1000 kali setiap hari. Insya-Allah, segala
hajat anda akan dimakbulkan oleh Allah.

RAHSIA BISMILLAH 6

Malaikat Jibrail telah menjelaskan khasiat-khasiat Bismillah 6 ini kepada Nabi Muhammad s.a.w seperti
berikut:

Barang siapa membaca dengan hati yang ikhlas dan yakin sepenuhnya kepada Allah, insya-Allah
segalanya akan dimakbulkan. Di antaranya:

1. Makbul segala hajat dan cita-citanya.


2. Luas rezekinya.
3. Jika dihembuskan pada wanita, akan wujud kasihnya.
4. Menang dalam peperangan.
5. Penerang hati.
6. Dijauhkan daripada penyakit.
7. Dibacakan 70 kali setiap hari, amanlah kita daripada segala ancaman raja-raja atau pembesar zalim
yang hendak membunuh kita.
8. Dibacakan pada tempat yang suci boleh melihat malaikat, jin dan syaitan.
9. Dibacakan pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang yang di dalam kubur.
10. Aman daripada haiwan buas.
11. Air laut menjadi tawar.
12. Terlepas daripada pembunuhan jika dibacakan pada tubuh badan.

57 Suhadi Sahari 2007


13. Jika ditulus dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah, akan amanlah ia daripada sebarang
gangguan haiwan dan manusia.
14. Selamat daripada bahaya ancaman musuh.
15. Selamat daripada karam di laut.
16. Bacakan pada minyak di malam Jumaat 3 kali boleh memudahkan wanita bersalin (untuk
diminum).
17. Bacakan pada apa-apa benda, kemudian direndam ke dalam air selama 3 atau 7 hari, insya-Allah
akan mendapatkannya.
18. Jika dibaca pada telinga kanan orang yang pekak 7 hari berturut-turut. Insya-Allah, boleh
mendengar semula.
19. Dibacakan 3 kali pada orang gila akan hilang gilanya.
20. Dibacakan 3 kali pada orang yang dirasuk iblis, akan lari iblisnya.
21. Boleh menawarkan segala jenis bisa.
22. Terlepas dari penjara jika dibacakan bersungguh-sungguh.
23. Dan sebagainya.

BISMILLAH 9

Bacalah Bismillah 9 di atas untuk pelbagai tujuan dan hajat termasuklah untuk penjaga keselamatan diri,
menunduk dan menggerunkan musuh dan apa jua hajat. Insya-Allah, akan disampaikan oleh Allah.

YASIN PERMINTAAN

Bacalah Surah Yasin 7 kali dan setiap kali sampai ayat yang ke-26 iaitu:

58 Suhadi Sahari 2007


Berhentilah sebentar dan sambungkan dengan bacaan berikut:

Jika sukar membacanya dalam bahasa Arab, bacalah dalam bahasa Melayu seperti berikut:

Bahkan, Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa menjadikan (sebutkan permintaan atau hajat anda).

Ulang-ulangkan bacaan tersebut beberapa kali. Insya-Allah, segala permintaan (sama ada kecil atau besar)
akan ditunaikan oleh Allah.

YASIN PERMINTAAN 2

Bacalah Surah Yasin 3 kali dan setiap sampai ayat ke-80, iaitu:

Berhentilah seketika dan sambungkan dengan bacaan berikut:

Jika sukar membacanya dalam bahasa Arab, bacalah dalam bahasa Melayu seperti berikut:

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku dengan menyampaikan hajatku (sebutkan permintaan atau hajat
anda) (3 kali).

Ya Allah, kurniakanlah aku agar aku taat setia kepadaMu..

Insya-Allah, segala permintaan (kecil atau besar) akan ditunaikan Allah.

AYATUL KURSI

59 Suhadi Sahari 2007


Bacalah Ayatul Kursi di atas sebelum memulakan sesuatu atau sewaktu bertemu dengan sesuatu
kecemasan. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang kecelakaan.

AYAT 7

Amalkanlah membaca Ayat 7 ini pada pagi, petang atau bila-bila masa yang perlu. Insya-Allah, anda akan
terpelihara daripada segala kebinasaan dan bala sama ada daripada perbuatan ghaib atau pun yang zahir,
jin, syaitan, haiwan, manusia atau bencana lain.

AYAT 5

60 Suhadi Sahari 2007


Ayat 5 di atas juga dikenali dengan nama Ayat Nashr. Ayat ini jika diamalkan membacanya (bila-bila
masa) akan menjadi penolak kejahatan jin, syaitan dan haiwan buas. Jika dibaca semasa berhadapan dengan
musuh, insya-Allah terpelihara daripada segala kejahatannya. Apabila dibaca (atau dijadikan azimat)
semasa berperang, akan menjadi pelindung yang teguh. Amalkanlah.

AYAT 1

61 Suhadi Sahari 2007


Maknanya: Allahlah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan
kamu. Tiada perbalahan di antara kita dan Allah menghimpunkan kita dan kepadaNyalah kita kembali.

Ketika berhadapan dengan musuh atau orang yang zalim mahu pun haiwan buas, maka bacalah ayat ini 1
kali. Insya-Allah, anda akan terlepas daripada aniaya dan kejahatannya.

ISIM AZAM

Maknanya: Ya Allah, Tuhan yang hidup, Tuhan yang berdiri sendiri, ya Tuhan kami. Tuhan segala
sesuatu, Tuhan yang Maha Esa. Tiadda Tuhan yang patut disembah, hanya Engkau wahai Tuhan kami.

Diriwayatkan bahawa semasa zaman Nabi Sulaiman a.s, istana Ratu Balqis dari negeri Saba (kerajaan
jin) telah dipindahkan ke dalam kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Menurut riwayat, pemindahan tersebut telah
dilakukan oleh seorang wali Allah yang bernama Usthum Al-Arif Billah. Inilah isim azam (seperti di atas)
yang sering diamalkan oleh wali Allah tersebut sehingga mampu melakukan sesuatu yang luar biasa.
Amalkanlah sambil berniat akan hajat anda. Insya-Allah, dimakbulkan Allah.

ISIM AZAM 2

Maknanya: Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang satu, tiada Tuhan yang patut disembah, hanya Dia
yang Maha Pengasih dan Penyayang. Alif Laam Miim. Allah, Dialah Tuhan yang mutlak disembah, tiada
Tuhan selain Dia, hanya Dia yang Maha Hidup dan berdiri sendiri. Aku meminta kepadaMu ya Allah,
bahawa aku menyaksikan tiada Tuhan yang patut disembah selain Engkau yang Maha Esa. Engkau
tempatku meminta, Engkau tidak dilahirkan dan tidak melahirkan dan tiada sesiapa pun jua yang
menyekutui Engkau.

Bacalah isim azam di atas dan niatkan hajat anda. Insya-Allah, segala-galanya akan dimakbulkan.
Diriwayatkan oleh Imam Abi Hamid Al-Ghazali.

SURAH AL-KAUTSAR

62 Suhadi Sahari 2007


Maknanya: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah
sembahyang kerana Tuhanmu dan bekorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu, dialah
yang terputus daripada rahmat Allah..

Bacalah ayat di atas sebanyak 7 kali semasa anda rasa terancam atau takut. Insya-Allah, anda akan
dilindungi oleh Allah.

AYAT 1000 DINAR

Maknanya: Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan
keluar dan memberikan rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakkal
kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
yang dikehendakiNya dan sesungguhnya Allah telah memberi ketentuan bagi setiap sesuatu..

Amalkan membaca ayat di atas sebanyak bilangan ganjil (1, 3, 5, 7, 9 dan seumpamanya) setiap selepas
sembahyang fardu. Insya-Allah, Allah akan menolak segala kesulitan, dimurahkan rezeki, dicapai segala
hajatnya dan diberikan kemuliaan dunia dan akhirat.

KAF 40

Kaf 40 di atas mempunyai pelbagai khasiatnya. Di antaranya adalah sebagai kota badan, penunduk
musuh, penjinak haiwan, penawar bisa, pembinasa musuh, penggelap mata musuh dan seumpamanya.
Untuk penjaga diri daripada sebarang mara bahaya, bacakan 3 kali dan niatkan agar anda terlindung
daripada segala ancaman. Insya-Allah, anda akan selamat.

SALAMUN QAULAN

Maknanya: Salam sebagai ucapan selamat daripada Tuhan yang Maha Penyayang.. (Surah Yasin, ayat
58).

Untuk perlindungan daripada segala jenis mara bahaya, bacalah ayat di atas (sekurang-kurangnya 313 kali
dan sebaik-baiknya 1479 kali) selepas jam 10.00 malam. Kemudian, tadahkan tangan anda dan berdoa akan
hajat anda agar selamat daripada ancaman tersebut. Insya-Allah, akan dimakbulkan Allah.

63 Suhadi Sahari 2007


KUN FAYAKUN

Bacakan ayat di atas dan niatkan hajat anda (seperti diselamatkan daripada segala ancaman, segala senjata
tidak memberi kesan, dinampakkan oleh Allah segala kebenaran, tipu daya musuh dan seumpamanya).
Insya-Allah, apa sahaja yang anda hajatkan akan tercapai dengan izin Allah.

ASMA PELINDUNG

Sekiranya anda terancam oleh perbuatan musuh, baik secara ghaib atau nyata, ucaplah Ya Bashiir
sebanyak 100 kali setiap selepas sembahyang Subuh. Insya-Allah, anda akan terbebas daripada perbuatan
jahat mereka dengan izin Allah. Maknanya: Allah yang Maha Melihat.

BENTENG ANCAMAN

Jika anda diancam dan cuba dibinasakan oleh musuh, ucaplah Ya Maani sebanyak 161 kali setiap hari
sebelum sembahyang Subuh. Insya-Allah, anda akan selamat daripada sebarang ancaman mereka.
Maknanya: Allah yang mempertahankan.

ASMA PENYELAMAT

Apabila anda berada dalam apa jua bahaya atau berada di dalam hutan yang banyak haiwan buasnya,
maka bacalah Ya Hafiizh sebanyak 99 kali. Insya-Allah, anda akan selamat daripada sebarang mala
petaka dan kemudaratan. Maknanya: Allah yang Maha Memelihara.

SELAMAT DARI GANGGUAN

Apabila anda berada di kota atau pekan yang ramai perompak dan pencurinya, usahlah khuatir. Sebelum
tidur, amalkan membaca Ya Qayyum sebanyak 1560 kali. Insya-Allah, anda akan selalu dalam
penjagaan Allah dan selamat daripada gangguan. Maknanya: Allah yang berdiri sendiriNya.

ASMA PENGAMAN

64 Suhadi Sahari 2007


Ucaplah asma di atas (Ya Mumin) sebanyak 136 kali setiap hari, insya-Allah anda, keluarga dan harta
benda anda akan aman daripada segala gangguan. Maksudnya: Allah yang Maha Mengamankan.

ASMA PENGAMAN 2

Sebagai senjata bagi kita terhadap sesiapa sahaja yang berusaha mengalahkan atau membinasakan kita,
ucaplah Ya Hasiib sebanyak 777 kali setiap pagi sebelum matahari terbit dan 777 kali lagi selepas
sembahyang Maghrib. Amalkan selama 7 hari berturut-turut bermula dengan hari Khamis. Insya-Allah, kita
akan aman daripada segala gangguan orang lain. Maknanya: Allah yang Maha Menghitung.

TIDAK TERGUGAT

Sekiranya anda seorang pemimpin atau ketua sesuatu badan, amalkanlah membaca Ya Maalikul Mulk
setiap hari sebanyak 212 kali selepas sembahyang fardu yang 5. Insya-Allah, tiada seorang pun yang akan
dapat menggugat atau menggeserkan kedudukan anda dengan izin Allah. Maknanya: Allah Pemilik
sekalian kerajaan.

ASMA PENUNDUK

Jika anda terancam oleh bahaya musuh-musuh anda, ucaplah Ya Jabbar sebanyak 226 kali setiap pagi
dan petang. Insya-Allah, musuh-musuh anda tidak akan berdaya dan akan tunduk di hadapan anda.
Maknanya: Allah yang Maha Memaksa.

DIANIAYA

Jika anda dianiaya orang, janganlah panik dan gelisah. Ucaplah Ya Qawiyyu, ya Matiin sebanyak 1000
kali setiap malam, sehinggalah dihilangkan Allah perbuatan aniaya tersebut. Maknanya: Allah yang
Maha Kuat, Allah yang Maha Kukuh.

DENGKI KHIANAT

Jika anda seorang pemimpin masyarakat (atau seumpamanya), untuk mencegah seseorang daripada
berdengki dan berkhianat kepada anda, ucaplah Ya Waliyyu sebanyak 1111 kali setiap hari sehabis
sembahyang selama 1 bulan. Insya-Allah, tiada siapa pun yang akan mampu menjatuhkan kedudukan atau
menggeserkan pangkat anda dengan izin Allah. Maknanya: Allah yang Maha Melindungi.

SYAIR MUHAMMAD

65 Suhadi Sahari 2007


Maknanya: Untuk selama-lamanya Taha s.a.w tidak pernah bermimpi buruk. Di sepanjang zaman sama
sekali beliau tidak pernah menguap. Binatang apa pun terhadap beliau tidak akan lari. Juga lalat tidak
hinggap sama sekali ke tubuh indah beliau. Dalam pandangan beliau muka dan belakang adalah sama boleh
dilihat. Bekas air kecil beliau tidak berbekas ditelan bumi. Hati beliau tidaklah tidur walaupun mata sudah
mengantuk. Bayangan beliau tidak terlihat di pancaran matahari. Bila duduk di khalayak ramai bahu
beliaulah yang paling tinggi. Telah dikhatankan sejak lahir lagi. Kekhususan ini jika dihafal amanlah selau.
Baik bahaya api, pencuri mahu pun pelbagai bencana.

Bacakan syair tersebut atau jadikanlah ia sebagai tangkal. Insya-Allah, anda akan terjauh daripada segala
bencana.

RAHSIA BISMILLAH

Sesiapa yang yakin dengan tulus ikhlas pada bacaan Bismillahirrahmanirrahim, insya-Allah akan
mampu berjalan di atas air, menjadi penawar jika termakan racun, senjata tajam tidak memberi bekas,
penawar baginya segala yang bisa, syaitan tidak mampu bersubahat dalam pekerjaannya, diberkati segala
usahanya, sentosa dalam segala perkara dan mustajab segala hajat.

PERISAI AL-FATIHAH

Jika seseorang (atau anda sendiri) ingin bepergian atau belayar, bacalah Surah Al-Fatihah sebanyak 41
kali dan tiupkan ke belakang orang tersebut (atau anda sendiri). Insya-Allah, anda akan selamat dan dalam
pemeliharaan Allah.

FATIHAH 100

Bacalah Al-Fatihah 100 kali setiap hari iaitu 20 kali setiap sembahyang fardu. Insya-Allah, anda (atau
pengamalnya) akan dijauhkan daripada segala merbahaya, dijauhkan daripada gangguan syaitan dan
makhluk ghaib, dimurahkan rezeki, diperbaiki hal-ehwalnya, dibersihkan hatinya, diangkat darjatnya,
dimudahkan pekerjaannya, dilepaskan daripada dukacita, diberi kerajinan dan semangat, tidak akan
kecewa, diilhamkan kebajikan dan seumpamanya.

PERISAI YASIN

Sekiranya anda berada dalam ancaman musuh, bacalah Surah Yasin 1 kali dan sambungkan dengan
bacaan di bawah:

66 Suhadi Sahari 2007


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Pemurah Penyayang. Dengan nama Allah yang tiada
Tuhan selain Dia, hidup dan berdiri sendiriNya. Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang
mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Dengan nama Allah yang tiada membinasakan dengan namaNya
akan sesuatu di bumi dan di langit. Dialah yang amat berkuasa dan mengetahui.
Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung dari kejahatan (sebut namanya (jika tahu))

Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala ancaman tersebut dan jauh daripada sebarang bencana.

AYATUL KURSI

Bacalah Ayatul Kursi sewaktu hendak keluar rumah. Insya-Allah, malaikat akan mengawal dan
memeliharanya. Amalkanlah.

RAHSIA BACAAN KURSI

Barang siapa membaca Ayatul Kursi 1 kali (sebelum memulakan sesuatu atau sebagai amalan), maka
akan terhapuslah segala kecelakaan dan mara bahaya. Dibacakan 2 kali, akan tertulis di kalangan orang-
orang yang bahagia. Dibacakan 3 kali, akan meminta keampunan baginya para malaikat. Dibacakan 4 kali,
para ambia akan meminta syafaat baginya daripada Allah. Dibacakan 5 kali, akan tertulis di kalangan
orang-orang yang beroleh kebajikan. Dibacakan 6 kali, sekalian ikan di laut akan meminta keampunan
untuknya dan dipelihara dirinya daripada segala kejahatan syaitan. Dibacakan 7 kali, ditutupkan Allah
baginya 7 pintu neraka. Dibacakan 8 kali, dibukakan baginya 7 pintu syurga. Dibacakan 9 kali disampaikan
dan dimakbulkan permintaannya dunia mahu pun akhirat dan jika dibacakan 10 kali, Allah akan melimpahi
rahmat dan belas kasihan kepadanya, dikasihi Allah dan dijauhkan segala azabNya.

PERISAI KURSI

Bacalah Ayatul Kursi 170 kali (sambil berniat di dalam hati hajat anda). Insya-Allah, ia akan menjadi
perisai diri dan pencapai hajat yang amat mujarab.

PENDINDING AYATUL KURSI

Bacalah Ayatul Kursi 7 kali pagi dan 7 kali petang (sekurang-kurangnya). Bacakan juga sewaktu keluar
atau masuk rumah, ketika belayar, hendak tidur dan seumpamanya. Insya-Allah, anda akan terpelihara
daripada segala macam mara bahaya sama ada daripada perbuatan manusia atau jin, kebakaran, haiwan
buas dan berbisa, penyakit dan sebagainya. Amalkanlah.

PAGAR KAUTSAR

Sebagai penjaga diri dan keselamatan, bacalah Surah Al-Kautsar sebanyak 7 kali dan dan niatkan agar
anda selamat daripada segala bencana. Insya-Allah, anda akan selamat.

PAGAR DIRI

Ucapkanlah Auzu bikalimatillahi taa-mati min syaa-rima khalak. sebanyak 3 kali sebelum pergi ke
semak, kebun, hutan, sungai, laut dan seumpamanya. Insya-Allah, anda akan dipelihara keselamatan oleh
Allah daripada segala gangguan haiwan atau makhluk yang merbahaya.

PAGAR TIDUR

Sebagai penjaga diri agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini atau mara bahaya semasa anda sedang
tidur, bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan Surah An-
Naas 1 kali. Insya-Allah, segala-galanya akan selamat dengan izin Allah.

PENJAGA TIDUR

67 Suhadi Sahari 2007


Apabila anda berbaring untuk tidur, bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas. Insya-Allah,
sentosalah anda di dalam tidur daripada segala yang boleh memudaratkan. Diriwayatkan oleh Anas r.a.

PERISAI TIDUR

Bacalah Ayatul Kursi ketika hendak tidur. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala kejahatan
jin, syaitan, manusia dan haiwan.

PENJAGA HELAH DAN SENJATA MUSUH

Menurut Imam Al-Ghazali, sesiapa mengamalkan sembahyang Sunat Subuh 2 rakaat, pada rakaat
pertama membaca Inna anzalna hufi lailatil qadr (sehingga akhirnya) dan pada rakaat ke-2 membaca
Alam tarakaifa faala rabbuka bi-ash-ha bilfil (sehingga akhirnya). Insya-Allah, musuh tidak akan
mampu memperdayakan anda melainkan dinampakkan oleh Allah jua. Malah, sekiranya musuh menikam
sekali pun, akan tertahan tangannya dan tidak tersampai senjata itu pada tubuhnya dengan izin Allah.

TERSELAMAT

Bacakan Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 50 kali sebelum bertemu dengan orang yang zalim atau
jahat. Insya-Allah, anda akan diselamatkan oleh Allah.

AIR PENOLAK BALA

Kumpulkan air hujan yang turunnya pada malam Jumaat dan turunnya terus dari langit (tanpa terkena zink
atau atap atau seumpamanya). Kemudian, bacakan padanya Surah Al-Fatihah 70 kali, Surah Al-Ikhlas
70 kali, Surah Al-Falaq 70 kali, Surah An-Naas 70 kali, Inna anzalna hufi lailatil qadr 70 kali,
Subhanallah, walhamdulillah, wa laa ilahaillallah, wallahu akbar 70 kali dan La haula wala qu-
wata illa billahil aliyil adzim 70 kali. Kemudian, air tersebut jadikan air minuman atau mandian selama
7 hari berturut-turut. Insya-Allah, akan terjauhlah daripada segala jenis bala bencana dan penyakit zahir
batin.

SELAMAT BELAYAR

Bacalah Al-Fatihah 41 kali di belakang orang yang hendak belayar, Insya-Allah diselamatkan Allah dia
dalam perjalanannya sehinggalah kembali semula ke tanahairnya.

ASMA PERISAI

Amalkan mengucapkan Ya Raafi sebanyak 70 kali siang dan 70 kali malam. Insya-Allah, ia akan
menjadi pelindung dan perisai yang kukuh dari sebarang bencana dengan izin Allah.

ASMA PELINDUNG

Bila-bila masa yang sesuai, sebagai pelindung diri daripada sebarang ancaman dan mara bahaya, bacakan
Ya Adzim sebanyak 12 kali dan tiupkan ke dalam diri. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada
sebarang bencana dan kemudaratan.

68 Suhadi Sahari 2007


PENUTUP

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi Taala wabarakatuh serta salam sejahtera kami ucapkan kepada para
pembaca sekalian.

Kami berharap anda berpuas hati dengan isi kandungan buku Ilmu Kebal ini yang telah diolah seperti
seadanya agar tidak mengecewakan mana-mana pihak. Namun begitu, kami memohon ribuan maaf
sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Sesungguhnya, kami juga manusia biasa. Apa yang baik jadikanlah panduan dan apa yang kurang baik
jadikanlah sempadan.

Sekian. Terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

69 Suhadi Sahari 2007

You might also like