You are on page 1of 5

SUKATAN

PEPERIKSAAN BAGI SKIM PERKHIDMATAN

KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM

PEPERIKSAAN KHAS

UNTUK MEMASUKI SKIM

PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP 41 (PSL)

DI JABATAN PERDANA MENTERI

DAN PELBAGAI JABATAN

(1 KALI SETAHUN)

1
PUSAT LATIHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN MALAYSIA
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI TEL : 606-799 3301
PERSIARAN TIMUR 3, BANDAR ENSTEK FAKS : 606-799 4667
71760 NILAI, NEGERI SEMBILAN WEB : www.cgso.gov.my

Pengumuman Peperiksaan Khas Untuk Memasuki


Skim Pegawai Keselamatan Gred KP 41 (PSL)
Di Jabatan Perdana Menteri Dan Pelbagai Jabatan

1. Jadual Peperiksaan
Peperiksaan Tarikh Masa
Peperiksaan Khas Untuk Seperti di jadual 9.00-12.00 tengah hari
Memasuki Skim Pegawai
Keselamatan Gred KP 41
(PSL)
(1 kali setahun)

2. Sukatan Peperiksaan Khas

2.1 Peperiksaan Khas ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian A,
Bahagian B, dan Bahagian C.

2.1.1. Bahagian A

Peperiksaan dibuat atas penggunaan atau aplikasi undang-


undang berikut:-

a. Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)


b. Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298)
c. Kanun Keseksaan (Akta 574)
d. Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
e. Akta Keterangan 1950 (Akta 56)
f. Akta Polis
xi Bahagian Polis Bantuan
g. Akta Pendaftaran Negara
Tafsiran, Peraturan 8, Peraturan 9

2.1.2 Bahagian B

Peperiksaan dibuat atas kefahaman dan kebolehan calon untuk


menganalisakan peraturan-peraturan keselamatan serta
mengaplikasikannya. Peraturan-peraturan yang terlibat:-
2
a. Arahan Keselamatan
b. Peraturan dan bidang rujukan Jawatankuasa Keselamatan dan
Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Jawatankuasa Khas Keselamatan
c. Arahan Tetap Jawatankuasa Sasaran-Sasaran Penting
d. Manual berkaitan Dasar dan Peraturan Pas Keselamatan, Kad
Pengenalan Jabatan dan Kad Kuasa serta Arahan Tetap Ketua
Pegawai Keselamatan Kerajaan mencetak pas-pas keselamatan
dank ad-kad pengenalan Kementerian/Jabatan (KPKK/308/A2)
bertarikh 7 September 1979
e. Surat Pekeliling Bil. 6 Tahun 2011 (Pindaan Pelaksanaan
Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai yang dilantik ke
Perkhidmatan Awam)
f. Surat Pekelling SPP Bil. 1 Tahun 2011 (Kaedah Pelaksanaan
Tapisan Keselamatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pelajaran)
g. Pekeliling-pekeliling mengenai Keselamatan Perlindungan yang
dikeluarkan dari masa ke semasa
h. Dasar dan peraturan mengenai:
i. Keselamatan Fizikal
- Kawalan ekses termasuklah cadangan susunatur struktur
- Sistem Kunci Keselamatan termasuk rekabina, kaedah
membuka dan menukar
- Peti-peti keselamatan termasuk Bilik Kebal dan vaults
- Sistem Penggera Keselamatan dan Televisyen Litar
tertutup (CCTV)
- Lampu Keselamatan
- Pengawal Keselamatan termasuklah Perkhidmatan
Pengawal Swasta
- Ciri-ciri keselamatan berkaitan instalasi dan kawalan
komputer
ii. Keselamatan Dokumen
- Percetakan Keselamatan termasuklah kertas keselamatan
dengan ciri-ciri keselamatan seperti tanda air,
kandungan, penyerapan kimia dan dakwat
- Kawalan Keselamatan Peta-Peta Topo dan gambar
Fotoudara
iii. Keselamatan Peribadi
- Tapisan Keselamatan

2.1.3 Bahagian C

Teknikal dan Kemahiran berkenaan dengan:-

3
Penilaian atas kematangan dalam keupayaan mengenalpasti masalah
serta kemahiran membuat keputusan. Ini meliputi:-

a. Kajian ke atas pelan-pelan bangunan dan menganalisakan


mengikut keperluan keselamatan elektronik atau bukan
elektronik.
b. Penyediaan kajian ke atas pelan-pelan bangunan dan
menganalisakan mengikut penentuan dan penilaian keselamatan
ke atas keperluan sesuatu perkhidmatan atau kelengkapan dan
bahan keselamatan dengan data-data yang disediakan.
c. Mengkaji dan berkeupayaan membuat keputusan serta
penyediaan Pengisytiharan Kawasan dan Tempat Larangan
dengan data-data yang disediakan.

2.2 10 soalan subjektif disediakan dan calon-calon dikehendaki menjawab 6


soalan dalam masa 3 jam (wajib menjawab soalan 1 di Bahagian A, mana-
mana 1 soalan di Bahagian B, mana-mana 1 soalan di Bahagian C dan boleh
memilih mana-mana 3 soalan lagi daripada Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C).

2.3 Calon-calon hanya dibenarkan merujuk kepada undang-undang atau akta


yang berkaitan sahaja semasa peperiksaan.

3. Kelayakan

Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP 29 dan ke atas yang telah disahkan dalam
perkhidmatan.

4. Cara Memohon

Permohonan hendaklah dihantar kepada Urus setia Peperiksaan Pejabat Ketua


Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri sebelum tarikh
tutup permohonan.

5. Tarikh Tutup Permohonan

Tiga Puluh (30) hari sebelum tarikh peperiksaan berkenaan diadakan.

6. Pusat Peperiksaan

Akan ditentukan oleh Urus Setia Peperiksaan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan
Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

4
7. Tuntutan Perjalanan

Semua Perbelanjaan adalah tanggungjawab Jabatan masing-masing.

8. Pertanyaan

E-melkan kepada kompetensi.cgso@1govuc.gov.my

(DATO AZINI BIN MOHD SHAHID)


Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan
b.p. Ketua Setiausaha Negara

Pembahagian:

Semua Ketua Setiausaha Kementerian


Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Setiausaha Persekutuan Sarawak
Setiausaha Persekutuan Sabah
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan

Salinan Kepada:

Ketua Setiausaha Negara

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri

Timbalan Ketua Setiausaha, Jabatan Perdana Menteri

Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Sektor Dasar


Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
Selaku Pengerusi Panel Peperiksaan Perkhidmatan
Skim Keselamatan Dan Pertahanan Awam

You might also like