You are on page 1of 27

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

PANDUAN MENJAWAB SOALAN – SOALAN


PEPERIKSAAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

TUJUAN

Tujuan utama disediakan contoh – contoh soalan peperiksaan adalah


untuk memenuhi objektif seperti berikut:

1. Memberi pendedahan dan maklumat kepada pegawai – pegawai


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkaitan bentuk soalan dan
kaedah menjawab peperiksaan dengan cara yang betul.

2. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Panel Penilaian Kompetensi


Bilangan 2. Tahun 2016 berkaitan penyediaan contoh – contoh
soalan peperiksaan beserta jawapan bagi membantu pegawai –
pegawai JIM dalam mendapatkan gambaran soalan dan kehendak
pemarkahan yang sebenar.

3. Sebagai salah satu usaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


(BPSM) dalam meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan
persediaan pegawai – pegawai JIM dalam menghadapi
peperiksaan.

Disediakan oleh;

Unit Kompetensi, Dasar Latihan dan Psikologi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Jabatan Imigresen Malaysia

1
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN
PERKHIDMATAN PERTAMA BAGI
PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19

1. MATLAMAT
Menentukan semua pegawai - pegawai dalam kumpulan ini
mempunyai pengetahuan yang diperlukan dalam menjalankan
tugas – tugas Jabatan.

Menentukan semua undang – undang asas Jabatan difahami


sebagai panduan dalam menjalankan tugas seharian.

2. TUJUAN
Sebagai salah satu syarat bagi maksud pengesahan dalam
Jawatan.

3. KEKERAPAN PEPERIKSAAN
Dijalankan dua (2) kali setahun

4. TEMPAT PEPERIKSAAAN
Akan ditetapkan oleh Unit Kompetensi, BPSM

5. TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN


3 minggu sebelum tarikh peperiksaan

6. KEPUTUSAN
Lulus atau Gagal

2
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

7. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Pegawai Imigresen Gred KP19 yang belum disahkan dalam
jawatan.

8. BAHASA
Semua peperiksaan dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

9. RAYUAN SEMAKAN SEMULA KERTAS PEPERIKSAAN


Rayuan semakan semula keputusan boleh dibuat kepada Unit
Kompetensi, BPSM dalam masa 21 hari dari tarikh keputusan
dikeluarkan.

10. ALAMAT SURAT MENYURAT BERKAITAN PEPERIKSAAN


Unit Kompetensi, Dasar Latihan dan Psikologi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 6, Ibu Pejabat Imigresen
PUTRAJAYA

11. SOALAN
Bahagian 02 – Dokumen Perjalanan & Kewarganegaraan / 60
soalan aneka pilihan.
Bahagian 03 – Kawalan Imigresen / 60 soalan aneka pilihan.

12. MASA
Bahagian 02 – 60 minit.
Bahagian 03 – 60 minit.

3
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

13. CONTOH SOALAN

Bahagian 02 – Dokumen Perjalanan & Kewarganegaraan

Contoh 1
Akta Pasport 1966 juga dikenali sebagai;
A. Akta 155
B. Akta 590
C. Akta 150
D. Akta 670

Contoh 2
Berikut adalah betul mengenai penolakan warganegara Malaysia
mengikut Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan KECUALI;
A. Di bawah umur 21 tahun
B. Melebihi umur 21 tahun
C. Akal Sempurna
D. Perempuan yang telah berkahwin tetapi berumur kurang
Daripada 21 tahun

Contoh 3
Antara berikut, yang manakah jenis-jenis kewarganegaraan yang
terdapat di Malaysia?

i. Keizinan raja
ii. Kemasukan
iii. Pengislaman
iv. Cantuman wilayah

A. i dan ii sahaja
B. ii dan iv sahaja
C. i dan iii sahaja
D. iii dan iv sahaja
4
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

Bahagian 03 – Kawalan Imigresen

Contoh 1
Dibawah peruntukkan seksyen manakah yang mengkehendaki
setiap orang yang tiba melalui laut atau di lapangan terbang yang
dibenarkan hendaklah hadir dihadapan seorang pegawai imigresen
bagi tujuan pemeriksaan?

A. Seksyen 22 Akta Imigresen 1959/63


B. Seksyen 24 Akta Imigresen 1959/63
C. Seksyen 26 Akta Imigresen 1959/63
D. Seksyen 28 Akta Imigresen 1959/63

Contoh 2
Tafsiran “pegawai imigresen” terdapat di bawah;

A. Akta Imigresen 1959/63


B. Akta Tafsiran 1948 dan 1967
C. Kanun Keseksaan
D. Kanun Tatacara Jenayah

5
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

Contoh 3

(Bendera bewarna kuning)


Isyarat bendera di atas menunjukkan;
A. Kuarantin
B. Doktor di atas kapal
C. Membawa bahan letupan
D. Pilot di atas vessel

14. BAHAN – BAHAN RUJUKAN

I. Akta Imigresen 1959 / 63 (pindaan 2002)


II. Akta Pasport 1966
III. Peraturan – Peraturan Imigresen
IV. Perlembagaan Persekutuan
V. Pekeliling – Pekeliling Jabatan Imigresen Malaysia
VI. Arahan – Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
VII. Nota – Nota Peperiksaan Dalam Laman Portal Rasmi
Jabatan

6
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN
UNDANG – UNDANG KERAJAAN
(BHG.03 – SUBJEK JABATAN) BAGI
PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP29

1. MATLAMAT
Menentukan semua pegawai - pegawai dalam kumpulan ini
mempunyai pengetahuan yang diperlukan dalam menjalankan
tugas – tugas Jabatan.

Menentukan semua undang – undang asas Jabatan difahami


sebagai panduan dalam menjalankan tugas seharian.

2. TUJUAN
Sebagai salah satu syarat bagi maksud pengesahan dalam
Jawatan bagi Skim Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29.

3. KEKERAPAN PEPERIKSAAN
Dijalankan dua (2) kali setahun.

4. TEMPAT PEPERIKSAAAN
Akan ditetapkan oleh Unit Kompetensi BPSM.

5. TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN


3 minggu sebelum tarikh peperiksaan.

6. KEPUTUSAN
Lulus atau Gagal

7
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

7. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Pegawai Imigresen Gred KP29 yang belum disahkan dalam
jawatan.

8. BAHASA
Semua peperiksaan dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

9. RAYUAN SEMAKAN SEMULA KERTAS PEPERIKSAAN


Rayuan semakan semula keputusan boleh dibuat kepada Unit
Kompetensi, BPSM dalam masa 21 hari dari tarikh keputusan
dikeluarkan.

10. ALAMAT SURAT MENYURAT BERKAITAN PEPERIKSAAN


Unit Kompetensi, Dasar Latihan dan Psikologi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 6, Ibu Pejabat Imigresen
PUTRAJAYA

11. SOALAN
Seksyen A – Dokumen Perjalanan & Kewarganegaraan / Esei
Seksyen B – Kawalan Imigresen / Esei.

12. MASA
Seksyen A – 120 minit
Seksyen B – 120 minit

8
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

13. CONTOH SOALAN

Seksyen A – Dokumen Perjalanan & Kewarganegaraan

Contoh Soalan

Encik Amirudin adalah seorang warganegara Malaysia yang telah


dikeluarkan senaskhah pasport Malaysia pada 01 Mei 2006. Beliau
telah hadir ke pejabat tuan bersama seorang anak perempuannya
Anisa untuk memohon pasport bagi dirinya dan anak beliau yang
tarikh lahirnya pada 20 Oktober 1992. Mereka berhasrat untuk
pergi ke London dimana Anisa ingin melanjutkan pelajarannya.

a) Sebagai Ketua Imigresen Cawangan, huraikan proses


pengurusan pasport Malaysia bagi Encik Amirudin kerana
beliau menyatakan pasportnya telah hilang dari simpanan.
(13 markah)

b) Adakah Anisa yang merupakan bakal pelajar di luar Negara


boleh diberi sebarang kemudahan bagi mendapatkan pasport
Malaysia dan sebutkan prosedur yang melayakkan.
(12 markah)

9
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

Jawapan a

Pendahuluan

i. Layak Memohon Pasport gantian biasa

ii. Pasport hilang tetapi telah tamat tempoh sahlaku

iii. Tidak perlu membuat laporan polis


(3 markah)
Proses permohonan pasport gantian biasa

i. Pastikan pemohon hadir

ii. Lengkapkan permohonan pasport

iii. Verifikasi

iv. semak senarai syak

v. pemohon ditemuduga

vi. semak ringkasan kes

vii. semak perakuan

viii. membuat keputusan / kelulusan dalam tempoh lima (5) hari


bekerja

ix. tempoh sahlaku passport lima (5) tahun

x. harga passport RM 200.00

(10 markah)

10
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

Jawapan b

i. Bakal pelajar di bawah umur 21 tahun yang mendapat tawaran


belajar di luar negara LAYAK mendapat kemudahan bayaran
separuh harga.

ii. Bagi pelajar mendapatkan tawaran biasiswa / tajaan dari


Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan Persekutuan dan
Berkanun. Perlu surat Tawaran biasiswa atau tajaan belajar di
luar Negara.

iii. Pelajar yang mendapat tawaran dari Agensi Pengambilan


Pelajar Luar Negara perlu surat Tawaran memasuki Institut
pengajian di Luar Negara serta Resit bayaran yuran
pendaftaran.

iv. Pelajar mendapat tawaran terus dari Institut Pengajian Tinggi


di Luar Negara perlu surat tawaran belajar / cetakan tawaran
belajar dari laman web serta resit bayaran yuran pendaftaran.
(12 markah)

11
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

Seksyen B – Kawalan Imigresen

Contoh Soalan

a) Nyatakan kategori warganegara asing yang boleh diberikan


kemudahan Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang ?
(15 markah)
b) Huraikan dua golongan warganegara asing yang tidak
mempunyai pertalian kekeluargaan di Malaysia yang layak
dipertimbangkan kemudahan Pas Lawatan (Sosial) Jangka
Panjang dan apakah syarat-syarat, tempoh dan kuasa
diperingkat negeri yang boleh meluluskan Pas tersebut?
(10 markah)

Jawapan a

Kategori warganegara asing yang boleh diberikan kemudahan Pas


Lawatan (Sosial) Jangka Panjang adalah seperti berikut:-

i. Isteri kepada warganegara Malaysia

ii. Anak kepada warganegara Malaysia

iii. Anak tiri kepada warganegara Malaysia

iv. Anak kepada warganegara Malaysia yang mana status belum


ditentu oleh Jabatan Pendaftaran Negara

v. Balu kepada warganegara Malaysia

vi. Janda kepada warganegara Malaysia yang mendapat hak


penjagaan anak dari mahkamah
12
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

vii. Orang-orang tua yang berumur 60 tahun ke atas tidak


mempunyai keluarga di Negara asal dan mempunyai keluarga
di Negara ini yang sanggup menyara makan

viii. Orang-orang yang memerlukan rawatan di Pusat Perubatan


Malaysia serta pengiring (suami, isteri, ibu, bapa, anak atau
saudara-mara terdekat pesakit)

ix. Ibu/bapa kepada pelajar asing yang menuntut di Malaysia

x. Isteri Asing kepada warganegara Malaysia yang dianiaya

xi. Suami kepada warganegara Malaysia

xii. Isteri/Suami dan anak-anak kepada Pegawai Dagang yang


diberi taraf Penduduk Tetap Malaysia

xiii. Isteri dan anak-anak bawah usia tujuh (7) tahun kepada
Penduduk Tetap Malaysia

xiv. Isteri Warganegara RRC kepada warganegara Malaysia

xv. Warganegara Asing yang memohon Program Malaysia Rumah


Keduaku

(15 markah)

Jawapan b

Dua golongan warganegara asing yang tidak mempunyai pertalian


kekeluargaan di Malaysia yang layak dipertimbangkan kemudahan
Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang dan syarat-syarat, tempoh
serta kuasa di peringkat Negeri yang boleh meluluskan Pas
Lawatan (Sosial) Jangka Panjang adalah seperti berikut:-

13
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

a. Golongan orang-orang yang memerlukan rawatan di Pusat


Perubatan Malaysia dan syarat – syaratnya adalah seperti
berikut:

i. Syarat-syarat adalah Surat Pengesahan dari Hospital


Kerajaan atau Hospital Pakar Swasta sahaja.

ii. Tempoh Pas Lawatan (Sosial) adalah 6 bulan ke 6


bulan atau mengikut tempoh rawatan.

b. Ibu / bapa kepada Pelajar Asing yang menuntut di Malaysia.


Syarat-syarat – Sijil Kelahiran Pelajar dan Surat Pengesahan
dari Institusi Pendidikan bahawa anak mereka masih belajar
di Institusi tersebut.

Tempoh Pas Lawatan (Sosial) adalah 6 bulan bagi setiap


kemasukan atau mengikut tempoh sahlaku Pas Pelajar anak atau
mengikut mana yang lebih singkat.Kuasa melulus di peringkat
Negeri ialah Pengarah Imigresen Negeri dan Timbalan Pengarah
Imigresen Negeri.

(10 markah)

14
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)
KE SKIM PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN
GRED KP29

1. MATLAMAT
Untuk mengukur kesesuaian seseorang pegawai dari segi
potensinya untuk menjawat jawatan dalam Skim Penolong
Penguasa Imigresen Gred KP29.

Bagi menguji kemahiran seseorang pegawai berdsarkan kepada


pengalaman dan pengetahuan dalam tugas – tugas seharian.

2. TUJUAN
Untuk memenuhi salah satu daripada syarat – syarat kelayakan
untuk masuk ke Skim Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29
melalui peningkatan secara lantikan.

3. KEKERAPAN PEPERIKSAAN
Dijalankan satu (1) kali setahun.

4. TEMPAT PEPERIKSAAAN
Akan ditetapkan oleh Unit Kompetensi, BPSM

5. TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN


3 minggu sebelum tarikh peperiksaan.

15
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

6. KEPUTUSAN
Lulus atau Gagal.

7. PEGAWAI YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Pegawai – pegawai Imigresen yang telah Disahkan dalam
perkhidmatan dan telah berkhidmat melebihi 5 tahun.

8. BAHASA
Semua peperiksaan dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

9. RAYUAN SEMAKAN SEMULA KERTAS PEPERIKSAAN


Rayuan semakan semula keputusan boleh dibuat kepada Unit
Kompetensi, BPSM dalam masa 21 hari dari tarikh keputusan
dikeluarkan.

10. ALAMAT SURAT MENYURAT BERKAITAN PEPERIKSAAN


Unit Kompetensi, Dasar Latihan dan Psikologi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 6, Ibu Pejabat Imigresen
PUTRAJAYA

11. SOALAN
Bahagian A - Dokumen Perjalanan & Kewarganegaraan / Esei.
Bahagian B - Kawalan Imigresen / Esei
Bahagian C - Pentadbiran / Esei

16
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

12. MASA
Bahagian A – 120 minit
Bahagian B – 150 minit
Bahagian C – 150 minit

13. CONTOH SOALAN

Seksyen A – Dokumen Perjalanan & Kewarganegaraan

Contoh Soalan

Permit Masuk merupakan suatu Permit yang membenarkan


seseorang warga asing untuk masuk dan berada di Malaysia.
Mereka yang telah dikeluarkan Permit Masuk dan menetap di
Malaysia dalam suatu tempoh yang ditetapkan boleh memohon
warganegara Malaysia di bawah Perkara 15 (2) atau 15(3) atau
Perkara 19 Perlembagaan Malaysia.

Jelaskan;

(a) Tafsiran Permit Masuk dan syarat-syarat asas permohonan


bagi kategori berikut:
i. Kategori pelabur (High Net Worth Individual)
ii. Kategori suami/isteri kepada warganegara
iii. Kategori golongan pakar dan professional
iv. Kategori sistem mata
(19 Markah)

(b) Syarat-syarat asas bagi pemegang Permit Masuk kategori di


atas untuk memohon status warganegara Malaysia.
(6 Markah)
17
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

Jawapan (a)

Mengikut Seksyen 2 Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155], Permit


Masuk ditafsirkan sebagai suatu permit untuk masuk dan berada di
Malaysia (1 Markah). Permit Masuk dikeluarkan dalam bentuk
dokumen [IM. 5] dan endosmen mengikut peruntukan seksyen
10(1), (2) dan (3) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] dan
dikeluarkan mengikut kaedah di bawah Peraturan 4, 5 dan 7
Peraturan-peraturan Imigresen 1963 (1 Markah) kepada mana-
mana warganegara asing untuk masuk dan berada di Malaysia.

Syarat-syarat asas permohonan Permit Masuk bagi kategori


berikut:

i. Kategori Pelabur (High Net Worth Individual)


Pemohon bagi kategori ini perlu mempunyai pelaburan
melebihi dua (2) juta USD dalam bentuk simpanan tetap
(fixed deposit) dalam bank-bank tempatan (1 Markah) dan
tidak boleh dikeluarkan untuk tempoh 5 tahun (1 Markah).
Suami atau isteri dan anak-anak berumur bawah 18 tahun
kepada pelabur layak dipertimbangkan Permit Masuk
(1 Markah) selepas lima (5) tahun menetap di Malaysia.
(1 Markah).

18
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

ii. Kategori suami/Isteri kepada warganegara

Suami / isteri warganegara asing kepada warganegara


Malaysia yang telah berkahwin secara sah mengikut
undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia (2 Markah)
boleh diberi kemudahan Pas Lawatan (Sosial) tertakluk
kepada peraturan sedia ada (1 Markah). Setelah tinggal di
Malaysia selama lima (5) tahun secara terus menerus
(1 Markah) mereka layak mengemukakan permohonan dan
dipertimbangkan pengeluaran Permit Masuk. Tempoh lima
(5) tahun yang ditetapkan bermula dari tarikh pemohon diberi
kemudahan Pas Lawatan (Sosial). (1 Markah)

iii. Kategori Golongan Pakar dan Profesional


Kategori ini dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu:

a. Kategori A1

i. Pemohon memiliki kepakaran dalam bidang kritikal dan


mencapai taraf ‘World Class’ dan diiktiraf oleh badan-
badan antarabangsa. (1 Markah)

ii. Telah bekerja dalam mana-mana agensi Kerajaan atau


swasta di negara ini bagi tempoh melebihi 3 tahun dan
jawatan yang disandang hendaklah disahkan oleh Agensi
Kawal Selia yang berkaitan di Malaysia. (1 Markah)

19
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

b. Kategori A2

i. Pemohon memiliki kemahiran dalam bidang kritikal yang


telah diperakukan oleh Agensi Kawal Selia yang berkaitan
di Malaysia. (1 Markah)

ii. Telah bekerja dalam mana-mana agensi Kerajaan atau


swasta di negara ini bagi tempoh melebihi 3 tahun dan
jawatan yang disandang hendaklah disahkan oleh Agensi
Kawal Selia yang berkaitan di Malaysia. (1 Markah)

iv. Kategori Sistem Mata

Pertimbangan bagi permohonan kategori ini adalah


berdasarkan umur (½ Markah), kelayakan
akademik/professional (½ Markah), kemahiran Bahasa
Malaysia (½ Markah), tempoh keberadaan di negara ini
(½ Markah), ikatan kekeluargaan dengan warganegara
Malaysia (½ Markah), nilai pelaburan (½ Markah) dan
pekerjaan. Warganegara asing yang mengumpul jumlah
minimum 65 mata (½ Markah) daripada jumlah keseluruhan
120 mata (½ Markah) sahaja akan dipertimbangkan
permohonan Permit Masuk.
(JUMLAH: 19 MARKAH)

20
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

Jawapan (b)

Syarat-syarat asas bagi pemegang Permit Masuk memohon


warganegara Malaysia adalah seperti berikut:

i. Isteri asing kepada warganegara layak memohon taraf


warganegara Malaysia di bawah Perkara 15(1)
Perlembagaan Malaysia (2 Markah) selepas menetap di
Malaysia sekurang-kurangnya 2 tahun terus menerus. (1
Markah)
ii. Bagi mereka selain dari isteri asing kepada warganegara
Malaysia layak memohon warganegara Malaysia di bawah
Perkara 19 Perlembagaan Malaysia (2 Markah) iaitu selepas
bermastautin sekurang-kurangnya 10 hingga 12 tahun di
negara ini. (1 Markah)
(JUMLAH: 6 MARKAH)

Sumber Rujukan Jawapan:

- Perlembagaan Persekutuan

- Akta Imigresen 1959/63

- Peraturan-Peraturan Imigresen 1963

- Pekeliling Imigresen Malaysia Terhad Bil: 4 Tahun 2009

- Pekeliling Imigresen Malaysia Terhad Bil: 16 Tahun 2009

- Pekeliling Imigresen Malaysia Terhad Bil: 1 Tahun 2010

- Pekeliling Imigresen Malaysia Terhad Bil: 3 Tahun 2013

21
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

Seksyen B – Kawalan Imigresen

Contoh Soalan

Dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh


Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Bahagian Kuching di
sebuah kilang memproses kelapa sawit di Sampadi Lundu,
terdapat 3 orang pemegang Mykad Semenanjung Malaysia
didapati sedang bekerja tanpa pas pekerjaan yang sah.

Jelaskan;

(a) Peruntukan undang-undang sedia ada bagi seorang Pegawai


Imigresen dalam melaksanakan operasi berkenaan.
(8 markah)

(b) Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh ketiga-tiga


warganegara Malaysia pemegang Mykad Semenanjung
Malaysia berkenaan memandangkan mereka hanya
mempunyai Pas Lawatan (Sosial) berlaku 90 hari?
(12 markah)

Jawapan (a)

i. Seksyen 39 Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu kuasa


Pegawai Imigresen untuk menangkap dan mendakwa.
(2 markah)

ii. Seksyen 50 Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu kuasa


bagi menyoal siasat (2 markah)
22
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

iii. Seksyen 51 Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu kuasa


menggeledah dan menangkap.(2 markah)

iv. Seksyen 66 Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu sekatan


ke atas hak masuk warganegara ke dalam negeri Malaysia
Timur. (2 markah)

(JUMLAH: 8 MARKAH)

Jawapan (b)

i. Dibawah peruntukan sek. 66 Bahagian VII Akta Imigresen


1959/63 (Akta 155) (2 markah) menjelaskan bahawa
seseorang warganegara selain berasal dari Negeri Malaysia
Timur tidak berhak memasuki Negeri Malaysia Timur tanpa
mendapatkan suatu pas atau permit yang sah. (3 markah)

ii. Subjek telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 66(3)


Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) (2 markah) dibaca
bersama dengan per.39(b) peraturan imigresen 1963. (2
markah)

iii. Bagi tujuan bekerja di Sarawak subjek dikehendaki memohon


dan memiliki satu pas pekerjaan yang sah selaras dengan
peruntukan dibawah per. 9(3) Peraturan Imigresen 1963. (3
markah)

(JUMLAH: 12 MARKAH)
Sumber Rujukan:
- Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)

23
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

Seksyen C – Pentadbiran

Soalan Contoh

Kunci keselamatan adalah di antara perkara-perkara yang menjadi


benteng pertama di dalam pertahanan keselamatan perlindungan.
Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memberi
kawalan yang rapi terhadap kunci-kunci keselamatan serta
mengeluarkan arahan-arahan keselamatan berkaitan dengannya.

(a) Nyatakan peraturan berkenaan kawalan kunci keselamatan


yang mesti dipatuhi oleh semua penjawat awam.
(11 markah)

(b) Nyatakan tindakan yang harus dilakukan bagi seorang


penjawat awam yang menggunakan peti-peti keselamatan
yang dipasang dengan kunci tatakira.
(7 markah)

(c) Apakah tindakan yang harus diambil oleh pegawai sekiranya


mendapati anak kunci keselamatan telah hilang?
(2 markah)

Jawapan (a)
i. Pegawai Keselamatan Jabatan hendaklah
dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara berkaitan
dengan kunci dan anak kunci termasuk kunci - kunci
24
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

keselamatan. Beliau juga dikehendaki menyelenggarakan


sebuah buku daftar kunci serta mengemaskinikannya dan
membuat audit ke atas kunci-kunci tersebut. (1 markah)

ii. Tiap-tiap penjawat awam yang diamanahkan dengan kunci-


kunci jabatan ataupun kunci-kunci keselamatan adalah juga
bertanggungjawab ke atas keselamatan kunci-kunci tersebut.
(1 markah)

iii. Sebuah peti keselamatan hendaklah digunakan untuk


menyimpan semua anak kunci yang tidak dipakai termasuk
anak kunci pendua. (1 markah)

iv. Anak kunci keselamatan tidak boleh dilabel atau ditandakan


dengan nama dan alamat penggunanya atau alamat tempat
di mana peti keselamatan disimpan. Anak kunci keselamatan
juga tidak boleh dirangkaikan dengan anak kunci lain seperti
anak kunci persendirian. (2 markah)

v. Anak kunci pendua tambahan tidak sekali-kali boleh dibuat


tanpa kebenaran. (1 markah)

vi. Satu sistem kunci induk atau kunci induk kecil boleh juga
diwujudkan di jabatan-jabatan yang tertentu. Penerangan
lanjut berkenaan perkara ini boleh didapati dari Pejabat
Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan. (2 markah)

25
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

vii. Anak kunci pendua bagi peti-peti besi serta bilik kebal
hendaklah disimpan mengikut peruntukan Arahan
Perbendaharaan 135 dengan syarat pemegang-pemegang
anak kunci di Jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur
dan Petaling Jaya dikehendaki menyimpannya dengan Ketua
Pegawai Keselamatan Kerajaan kecuali jika peraturan lain
telah dibuat dengan persetujuan beliau. (2 markah)

viii. Semua penjawat awam yang bertukar atau meninggalkan


perkhidmatan hendaklah menyerah balik semua anak kunci
di dalam simpanannya. (1 markah)

(JUMLAH: 11 MARKAH)
Jawapan (b)

i. Menukar nombor tatakira tiap-tiap setahun sekali (1 markah)


atau apabila seseorang yang mengetahuinya telah bertukar
atau meninggalkan perkhidmatan (1 markah) atau apabila
disyaki nombornya telah dikrompomi.(1 markah)

ii. Menulis nombor tatakira pada sekeping kertas dan


dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeteri dan
ditanda Rahsia Besar (1 markah). Nama dan Jabatan
pengguna serta tarikh kertas itu dimasukkan ke dalam
sampul surat hendaklah ditulis di luar sampul surat tersebut
dan dimasukkan ke dalam satu sampul surat lagi (1 markah).
Nombor tatakira itu hendaklah dihantar kepada Ketua
Pegawai Keselamatan Kerajaan untuk disimpan (1 markah)

26
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

kecuali jika peraturan lain telah dibuat dengannya. Lain-lain


rekod berkenaan dengan nombor tatakira ini tidak sekali-kali
boleh dibuat. (1 markah)

(JUMLAH: 7 MARKAH)

Jawapan (c)

i. Hendaklah dilaporkan segera kepada Pegawai Keselamatan


Jabatan atau Ketua Jabatan yang akan menyiasat dan
mengemukakan laporannya kepada Pegawai Keselamatan
Kerajaan dalam masa 24 jam(1 markah). Laporan tersebut
hendaklah mengandungi pandangan dan taksiran bahayanya
terhadap keselamatan. (1 markah)

(JUMLAH: 2 MARKAH)

Sumber Rujukan:
Keselamatan – Keselamatan Fizikal / Arahan Keselamatan

27

You might also like