You are on page 1of 7

GARIS PANDUAN

PERMOHONAN PENUBUHAN PUSAT TUISYEN

UNIT PENDIDIKAN SWASTA


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA

PERMOHONAN PENUBUHAN
INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA NEGERI SELANGOR BAGI KATEGORI
PUSAT TUISYEN

 Permohonan yang TIDAK lengkap, tidak akan diproses.

 Rujuk garis panduan yang dilampirkan.

 Sertakan kertas berasingan jika ruang yang disediakan tidak


mencukupi.

 Permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah


Petaling Utama.

 Surat rasmi permohonan daripada pemohon.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pendidikan Swasta di talian 03-7883 4555.

BORANG BPS I
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta
1
GARIS PANDUAN
PERMOHONAN PENUBUHAN PUSAT TUISYEN

GARIS PANDUAN
MENGISI BORANG PERMOHONAN PENUBUHAN
INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (IPS)

BAHAGIAN A : KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA YANG DIPOHON

Sila tandakan X pada kategori IPS yang dipohon. Semua butiran mestilah ditaip.

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PEMOHON

1. Butiran Pemohon.
a) Tandakan entiti pemohon

2. Jika pemohon berstatus tunggal/perkongsian/kedutaan, isikan maklumat yang diperlukan


a) Nama pemohon seperti di dalam kad pengenalan/pasport.

b) Jika perkongsian, salah seorang dipilih atas persetujuan bersama sebagai pemohon.

a) Modal beroperasi tidak kurang daripada daripada RM10,000.00 bagi tadika dan pusat
tuisyen.

3. Jika pemohon berstatus syarikat / pertubuhan / persatuan/ yayasan / koperasi, isikan maklumat
yang diperlukan:

a) Warganegara Asing/Penduduk Tetap tidak dibenarkan menjadi pemilik IPS kecuali bagi
sekolah ekspatriat.

b) Jika IPS ditubuhkan di bawah syarikat, peratus ekuiti bumiputera hendaklah tidak kurang
daripada 30% dan peratus ekuiti asing (jika ada) tidak lebih daripada 20% bagi syarikat yang
diperbadankan di Malaysia.

c) Modal terbitan dan modal berbayar syarikat yang memiliki sesebuah institusi hendaklah
menggambarkan keupayaan yang mencukupi bagi menubuhkan sesebuah institusi. Modal
berbayar bagi syarikat hendaklah tidak kurang daripada RM10,000.00 bagi tadika dan pusat
tuisyen, tidak kurang daripada RM50,000.00 bagi pusat kemahiran dan tidak kurang daripada
RM100,000.00 bagi sekolah.

d) Sebarang pindaan struktur ekuiti, saham, pindah milik mestilah mendapat kebenaran bertulis
daripada Ketua Pendaftar.

a) Profesion Ahli Lembaga Pengarah syarikat adalah merujuk kepada pekerjaan di luar syarikat.
Contoh: doktor, pensyarah, jururawat dll.

b) Kakitangan kerajaan diwajibkan mendapatkan surat kebenaran daripada Ketua Jabatan.

BORANG BPS I
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta
2
GARIS PANDUAN
PERMOHONAN PENUBUHAN PUSAT TUISYEN

BAHAGIAN C : MAKLUMAT PERNIAGAAN

Entiti Pemohon

Nama pendaftaran perniagaan/syarikat

Modal Terbitan dan Modal Berbayar

Lembaga Pengarah Syarikat

Ahli Jawatankuasa

BAHAGIAN D : MAKLUMAT INSTITUSI YANG AKAN DITUBUHKAN

1. a) Pemilihan nama. Isikan semua butiran yang diperlukan.

Nama institusi adalah nama yang telah mendapat kelulusan carian nama dari Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM). Panduan pemilihan nama adalah seperti berikut:

i) Nama institusi hendaklah sesuai dan mencerminkan aktiviti pendidikan institusi


berkenaan, beridentiti Malaysia dan mengutamakan bahasa Kebangsaan (kelonggaran
diberikan kepada sekolah antarabangsa).

ii) Nama yang telah diluluskan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia boleh digunakan.

iii) Sesuatu nama boleh dianggap sesuai jika ianya munasabah, tidak mengelirukan, tidak
menggambarkan sesuatu yang tidak benar atau menyentuh perasaan mana-mana pihak.

Nama-nama yang tidak dibenarkan :


i) Nama negeri, bandar dan daerah.

ii) Nama parti politik atau ringkasannya.

iii) Nama pemimpin atau orang kenamaan luar negara.

iv) Nama orang kenamaan yang masih hidup.

v) Nama orang kenamaan tempatan yang telah meninggal dunia harus terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis warisnya.

vi) Nama ringkas (initials).

vii) Nama yang menggunakan perkataan Yayasan / Politeknik / Akademi / Institut / Maktab
dan Kolej Universiti.

viii) Nama yang mengandungi perkataan: Sdn. Bhd. / Enterprise.

Penggunaan istilah haruslah jelas.

Tadika (nama) contoh: Tadika Serai Wangi

Sekolah ( nama ) contoh: Sekolah Rendah Sri Pandan

Pusat Tuisyen (nama) contoh: Pusat Tuisyen Minda

Pusat Bahasa/Komputer/Latihan/Perdagangan/Vokasional/Teknikal)
contoh: Pusat Bahasa Bayu
Pusat Komputer Gemilang
Pusat Perkembangan Minda contoh: Pusat Perkembangan Minda Tunas Hati
BORANG BPS I
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta
3
GARIS PANDUAN
PERMOHONAN PENUBUHAN PUSAT TUISYEN

(Menggunakan Program Smart Reader)

b) Alamat adalah cadangan tempat operasi IPS. Pemohonan bagi tadika perlu
mengemukakan surat persetujuan jiran terdekat.

b) Surat sokongan bagi mengadakan aktiviti pendidikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) perlu dikemukakan bersama permohonan.

c) Tuliskan masa pembelajaran bagi IPS. Sesi pembelajaran bagi tadika hendaklah tidak
kurang dari 3 jam sehari. IPS tidak boleh beroperasi melebihi jam 10.00 malam.

d) Sila tandakan mod pembelajaran yang digunakan.

e) Tandakan bahasa pengantar yang akan digunakan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.

BAHAGIAN E : PENGURUSAN

1. Butiran Lembaga Pengelola IPS - isikan semua butiran yang diperlukan.

- Pengerusi Lembaga Pengelola mestilah warganegara Malaysia.

- Lembaga Pengelola perlulah mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia dan


salah seorang daripada mereka berpengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam
bidang pendidikan (tidak tertakluk kepada Lembaga Pengelola sekolah
antarabangsa/ekspatriat).

- Keanggotaan ahli-ahli Lembaga Pengelola institusi hendaklah mencerminkan kepelbagaian


etnik rakyat Malaysia dengan menunjukkan bumiputra terlibat dalam menjadi anggota
Lembaga Pengelola institusi.

- Semua yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengelola perlulah mengemukakan:

i) salinan maklumat diri (curriculum vitae);

ii) surat perlantikan;

iii) salinan sijil kelayakan; dan

iv) salinan kad pengenalan / pasport;

2. Butiran Pengetua/Guru Besar - Isikan semua butiran yang diperlukan.

- Pengetua/Guru Besar bagi semua institusi pendidikan swasta perlulah mempunyai


sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia dan berpengalaman sekurang-kurangnya 3
tahun dalam bidang pendidikan.

- Pengetua/Guru Besar bagi sekolah antarabangsa/ekspatriat hendaklah mempunyai


kelulusan Sarjana Muda dan berpengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam
bidang pendidikan.

- Pengetua/Guru Besar sesebuah institusi pendidikan swasta hendaklah warganegara


Malaysia kecuali Pengetua/Guru Besar sekolah antarabangsa/ekspatriat.

- Semua Pengetua/Guru Besar diwajibkan mempunyai permit mengajar yang kemas kini.

- Semua yang dilantik sebagai Pengetua/Guru Besar perlulah mengemukakan:

i) salinan maklumat diri (cv);

BORANG BPS I
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta
4
GARIS PANDUAN
PERMOHONAN PENUBUHAN PUSAT TUISYEN

ii) surat perlantikan;

iii) salinan sijil kelayakan; dan

iv) salinan kad pengenalan / pasport;

3. Sila lengkapkan maklumat guru yang diperlukan.

4. Sila lengkapkan maklumat staf bukan akademik yang diperlukan.

5. a) Sila lengkapkan maklumat Kurikulum/Kursus/Program/Latihan dan yuran berdasarkan


institusi yang dipohon.

i) Tadika hendaklah menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan di bawah Akta


Pendidikan 1996 (Akta 550). Jika menggunakan kurikulum lain, kebenaran secara
bertulis hendaklah diperolehi daripada Ketua Pendaftar dengan mengisi borang
Jadual (Peraturan 6), Makluman Pelaksanaan Kurikulum Tambahan. Sila sertakan
silibus bagi program yang ditawarkan (kecuali Kurikulum Kebangsaan).

ii) Bagi Borang 5F, kursus yang ditawarkan tidak melebihi daripada 5.

iii) Senaraikan kursus mengikut tahap atau program serta tempoh yang ditawarkan
kecuali tadika, sekolah swasta dan pusat tuisyen. Tempoh sesuatu kursus tidak
melebihi tiga bulan/20 jam kredit.

iv) Nyatakan dengan jelas dan terperinci jika mempunyai kaitan dengan mana-mana
institusi lain di dalam atau luar negara.

v) Nyatakan jika mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak dan sijil yang
akan dianugerahkan.

vi) Nyatakan struktur yuran mengikut kursus/program/tahap.

- Jadual waktu yang disertakan hendaklah mengikut ketentuan. Bagi tadika,


perincian mata pelajaran adalah seperti berikut:

Bahasa Malaysia - 2 jam seminggu

Bahasa Inggeris - 2 jam seminggu

Pendidikan Moral/Agama - 2 jam seminggu

- Pengusaha tadika tidak dibenarkan mengambil kanak-kanak di bawah umur 4


tahun.

- Jadual waktu untuk pelajar-pelajar sekolah hendaklah berasingan dengan jadual


waktu pelajar-pelajar dewasa.

b) Yuran.
i) Nyatakan yuran yang akan dikenakan:

- Yuran pendaftaran (sekali sahaja).


- Yuran pengajian (sebulan/sesemester). Jelaskan secara terperinci mengikut mata
pelajaran atau pakej tertentu/masa.

ii) Bayaran tambahan (jika ada) seperti deposit, peperiksaan, insuran, kokurikulum,
komputer, pusat sumber, pengangkutan, majalah, pakaian seragam, pakaian sukan,
alat tulis, makan, minum, asrama dan lain-lain.
BORANG BPS I
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta
5
GARIS PANDUAN
PERMOHONAN PENUBUHAN PUSAT TUISYEN

6. Suratcara Pengelolaan.
Lampirkan draf suratcara pengelolaan institusi mengenai prosiding mesyuarat, fungsi lembaga
pengelola, pelantikan, penggantungan dan pemecatan jawatan, harta dan premis institusi,
akaun dan urusan kewangan institusi, pegawai institusi dan sebagainya mengenai perjalanan
institusi mengikut peraturan.

BAHAGIAN F : PREMIS DAN KEMUDAHAN

1. Maklumat Premis.
Sila tandakan jenis premis.

a) Nyatakan lokasi premis institusi samada terletak di bandar atau di luar bandar.

b) Jenis Premis.

i) Premis hendaklah terletak di suatu tempat yang sesuai.

ii) Kemudahan dan kelengkapan yang disediakan adalah sesuai dan mencukupi untuk
kursus yang dijalankan.

iii) Premis hendaklah mempunyai tangga keselamatan atau pintu kecemasan. Jika
tiada, dapatkan pandangan dan nasihat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat
terlebih dahulu.

iv) Lokasi dan premis hendaklah sesuai dan selamat untuk tadika dan dilengkapi
dengan kemudahan-kemudahan asas, peralatan dalam bilik darjah serta ruang yang
sesuai untuk berekreasi.

v) Penubuhan tadika di bangunan bertingkat-tingkat (rumah pangsa / kondominium)


boleh dipertimbangkan sekiranya premis tersebut dibina khusus untuk tadika (ada
dinyatakan dalam Certificate of Fitness (CF) oleh pihak berkuasa tempatan). Premis
tadika di kawasan perumahan hendaklah terletak di lot tepi (corner lot).

vi) Tadika dan taska tidak boleh dikendalikan di premis yang sama.

vii) Tadika di pusat-pusat membeli belah tidak dibenarkan sama sekali.

viii) Penggunaan kontena sebagai bilik darjah tidak dibenarkan.

c) Pemilikan.
Tandakan jenis pemilikan. Jika milik sendiri, kepilkan surat perjanjian jual beli (Sales and
Purchase Agreement).

d) Sewaan/Pajakan.
Jika menyewa/pajakan, kepilkan surat perjanjian sewaan/surat perakuan sewaan
premis/surat perjanjian pajakan (Tenancy Agreement) dan nyatakan sewaan/pajakan untuk
sebulan.

e) Keluasan lantai premis.


Nyatakan keluasan lantai premis dalam meter/kaki persegi.

f) Keluasan tapak premis.


Nyatakan keluasan tapak/tanah dalam ekar/hektar.
BORANG BPS I
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta
6
GARIS PANDUAN
PERMOHONAN PENUBUHAN PUSAT TUISYEN

g) Butiran mengenai bangunan.


Nyatakan jenis kemudahan dan bilangannya serta keluasan lantai.

(g1) Isikan Kemudahan Pengajaran & Pembelajaran yang disediakan.


(g2) Isikan Kemudahan Pentadbiran yang disediakan.
(g3) Isikan Kemudahan Kokurikulum yang disediakan.
(g4) Isikan Kemudahan Keselamatan & Kesihatan yang disediakan.
(g5) Isikan Kemudahan-Kemudahan Lain yang disediakan.

h) Jika tanah pemilikan sendiri, nyatakan kos tanah.

i) Nyatakan anggaran kos pembinaan bangunan.

BAHAGIAN G : RASIONAL PENUBUHAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA

Nyatakan sebab-sebab penubuhan IPS dengan terperinci.

BAHAGIAN H : LAIN-LAIN KELULUSAN

1. Pemohon hendaklah menyatakan lain-lain institusi pendidikan swasta dan institusi pendidikan
tinggi swasta yang telah didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Akta
Pendidikan Tinggi Institusi (Akta 555).

BAHAGIAN I : PERAKUAN PEMOHON

Pemohon hendaklah menandatangani surat Perakuan Pemohon. Permohonan yang lengkap


dengan semua salinan dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah di kemukakan kepada
Bahagian Pendidikan Swasta, KPM (Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama).

Bagi permohonan on-line, sila kemukakan borang permohonan asal yang telah dicetak beserta
dengan salinan dokumen sokongan yang telah disahkan, ditandatangani dan dihantar kepada
Bahagian Pendidikan Swasta, KPM (Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama).

BORANG BPS I
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta
7

You might also like