You are on page 1of 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah,

73000 Tampin,
Negeri Sembilan Darul Khusus. No. Tel/Fax: 06-4414479/06-4413052

Pelajar yang dikasihi,

NAMA PELAJAR : TINGKATAN:

Sebagai generasi yang yakin dan akrab dengan teknologi, anda pasti tahu bahawa Internet adalah satu portal
pengetahuan yang menyeronokkan serta penuh dengan daya tarikan yang tersendiri. Namun, sehingga kini,
anda mungkin belum lagi mengaitkan kuasa Internet dengan pembelajaran anda di bilik darjah dan di sekolah.

Untuk pengetahuan para pelajar, projek 1BestariNet tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telahpun sampai di sekolah kita. Di bawah projek 1BestariNet, semua sekolah di Malaysia akan dilengkapi
dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G,
dan suatu Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu Frog VLE (Virtual Learning Enviroment) untuk pengajaran dan
pembelajaran tanpa had. Projek ini adalah inisiatif kerajaan untuk menerajui transformasi pendidikan dengan
menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.

Frog VLE adalah platform yang dibina untuk mewujudkan pembelajaran yang lebih interaktif dan
menyeronokkan. Anda boleh menggunakannya untuk menyiapkan tugasan dan projek, serta berkomunikasi
dengan guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Sekolah juga akan mempunyai sebuah laman Dashboard yang
mengandungi berita dan informasi terkini berkenaan sekolah supaya anda sentiasa mendapat maklumat
terkini mengenai aktiviti dan acara yang berlangsung di sekolah. Sesudah laman dibina untuk kelas dan
kumpulan kokurikulum, anda boleh mula bergiat secara aktif bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Ini pasti
akan menjadikan aktiviti luar kelas lebih menarik dan bermanfaat.

Frog bukan hanya sekadar suatu teknologi dan pembelajaran maya. Kewujudan Frog membolehkan anda
belajar dengan lebih mendalam menerusi aplikasi dan teknologi yang mampu menjadikan anda pelajar yang
lebih mantap. Mulai sekarang, setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang
boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa, di mana jua.

Tambahan juga, projek 1BestariNet telah menyediakan 10,000 buah sekolah di Malaysia dengan platform
pembelajaran yang sama. Dengan ini, anda berpeluang berhubung dengan pelajar-pelajar lain di Malaysia dan
berkongsi ilmu menerusi satu portal penglibatan pelajar The Pond. Untuk mengakses dunia maya Frog, setiap
pelajar akan diberikan satu Yes ID yang unik dan pelbagai guna. Para pelajar boleh menggunakannya untuk :

Mengakses platrom Frog VLE


Mengakses emel peribadi
Mengakses semua enjin maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan
Academy dan YouTube Pendidikan

Berikut adalah maklumat yang anda perlukan untuk mula menggunakan Frog VLE :

ID Pengguna (Login ID):

Kata Laluan (Password):

URL VLE Sekolah : https://nea5057.1bestarinet.net


Para pelajar boleh melayari laman web rasmi projek ini di www.1bestarinet.Net serta di lama web rasmi
FrogAsia di www.frogasia.com untuk maklumat lanjut.

Saya berharap anda akan menggunakan frog VLE secara aktif supaya mendapat manfaat daripada
pengalaman yang baharu ini. Semoga penggunaan frog VLE ini akan membantu anda menjadi seorang pelajar
yang berwawasan cemerlang dan mempunyai masa depan yang gemilang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Tn. Hj. Ramli b Ibrahim


Pengetua
SMK Taman Indah
73000 Tampin,
N.Sembilan

You might also like