You are on page 1of 2

7 Wonders Of Perlis

Ladang Tebu Chuping


Chuping diambil sempena nama sebuah bukit batu kapur yang mana
dengan panggilan biasanya ialah Bukit Chuping. Di sini terdapat
22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula.
Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil
masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.
Empangan Timah Tasoh
Adakah anda seorang pencinta alam? Jika benar, Empangan
Timah Tasoh sudah pasti tersenarai dalam daftar minda anda
sebagai tempat yang mendamaikan.empangan_timah
Empangan bernilai RM77 juta itu yang mula dibina pada 1987
membentuk tasik buatan manusia seluas 13.3 kilometer persegi
di kawasan Beseri apabila ia mula beroperasi pada 1992. Ia
bertujuan sebagai pusat tadahan air hujan bagi kegunaan
penduduk Negeri Perlis. Di empangan ini ia dapat menadah air
sebanyak 33.3 juta meter padu


Taman Ular Dan Reptilia
Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan
mengenai habitat spesies ular yang terdapat di Malaysia. Ia
merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar
di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20
spesis ular dan juga spesies-spesies lain seperti buaya, biawak,
kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.
Harumanis
Ladang mempelam harumanis merupakan salah satu produk
pelancongan utama di negeri Perlis. Ianya terletak di kawasan
Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat. pic7Ladang mempelam ini
amat unik sekali kerana tidak terdapat di negeri negeri lain .
Selain itu rasa dan aroma buahnya yang tersendiri telah
menarik pelawat untuk berkunjung ke ladang ini. Ianya hanya
boleh dinikmati setahun sekali sekitar bulan Mac Jun.


Laksa Kuala Perlis
Laksa Kuala Perlis merupakan laksa yang terkenal di negeri
Perlis. Laksa ini diperbuat daripada tepung beras, berkuahkan
ikan begitu berselera dimakan. Makanan ini begitu terkenal di
sepanjang pantai khususnya di Kuala Perlis. Mereka mengunakan
acuan tertentu bagi menghasilkan juraian-juraian laksa. Kuahnya
diperbuat daripada ikan yang direbus, dilumatkan dan dimasak
dengan perencahnya.
Makanan Laut
Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis.
Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan
segar. Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi
selera pengunjung. Kebiasaannya makanan laut ini dinikmati
pada waktu malam sambil ditiup bayu angin laut.


Padang Besar
Padang Besar terletak 37 km dari bandar Kangar, Perlis dan
bersempadan dengan Thailand. Ia merupakan salah satu pintu
masuk dan keluar utama penduduk negara ini ke negara jiran.
Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar
terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual
pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan
barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand.
Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah,
permainan, barangan kulit dan juga makanan.

You might also like