You are on page 1of 2

Taman laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman laut ialah kawasan perairan laut yang dilindungi, biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik.
Taman laut terbesar ialah Taman Laut Terumbu Sawar Besar di Australia, seluas 350,000 km.

Isi kandungan
1 Malaysia
1.1 Pengurusan
2 Pembiakan Ikan
2.1 Senarai taman laut
3 Rujukan

Malaysia
Di Malaysia, taman laut ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah. Tetapi Pulau Kapas di
Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh 1 batu nautika dari tikas air surut
terendah. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Mega Biodiversiti di dunia kerana kepelbagaian flora dan fauna. Negara ini juga merupakan
negara yang terletak di dalam kawasan Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) dan dikelilingi perairan Laut Andaman , Selat Melaka ,Laut Sulu dan Laut
Sulawesi menjadikan Malaysia kaya dengan biodiversiti marin.Hal ini kerana lebih 83 peratus spesies terumbu karang dunia telah direkodkan di
Malaysia.
Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Ini
termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba dan sebagainya.
Taman Laut adalah kawasan yang dilindungi,biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik. Sebanyak 42
pulau yang telah digazetkan Jabatan Taman Laut Malaysia. Pulau tersebut meliputi 13 perairan di Terengganu, sembilan perairan di Pahang, 13 perairan
di Johor empat di Kedah dan tiga di Wilayah Persekutuan Labuan.[1]
Di Malaysia, taman laut ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah. Tetapi Pulau Kapas di
Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh 1 batu nautika dari tikas air surut
terendah. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Mega Biodiversiti di dunia kerana kepelbagaian flora dan fauna. Negara ini juga merupakan
negara yang terletak di dalam kawasan Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) dan dikelilingi perairan Laut Andaman , Selat Melaka ,Laut Sulu dan Laut
Sulawesi menjadikan Malaysia kaya dengan biodiversiti marin.Hal ini kerana lebih 83 peratus spesies terumbu karang dunia telah direkodkan di
Malaysia. Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Ini
termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba dan sebagainya. Taman Laut adalah kawasan yang dilindungi,biasanya untuk melindungi dan
memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik. Sebanyak 42 pulau yang telah digazetkan Jabatan Taman Laut Malaysia. Pulau tersebut
meliputi 13 perairan di Terengganu, sembilan perairan di Pahang, 13 perairan di Johor empat di Kedah dan tiga di Wilayah Persekutuan Labuan. Taman
laut diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia, di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jabatan ini menubuh, mentadbir dan mengurus
Taman-taman Laut Malaysia. Unit Taman Laut ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut. Mulai 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut
menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia dengan 154 kakitangan. Usaha kerajaan mewujudkan Taman Laut tidak perlu dikhuatiri oleh masyarakat
nelayan kerana hal ini menyumbangkan kepada pembiakan ikan. Sebelum ini golongan nelayan berasa gusar sekiranya kehilangan punca rezeki apabila
kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat mencari ikan ditutup.Hal sedemikian kerana Taman Laut merupakan tempat larangan untuk menangkap
sebarang kehidupan laut. Menerusi pewartaan Taman Laut,JTLM membantu menyediakan kawasan membiak bagi pelbagai spesies ikan. Kajian yang
dilakukan mendapati spesies ikan yang ditanda di kawasan Taman Laut di peringkat juvenil telah ditemui di luar kawasan Taman Laut setelah dewasa.
Tidak semua kawasan sesuai diwartakan.Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan batu karang dan kawasan pembiakan Ikan. Selain itu juga
pewartaan Taman Laut mewujudkan ekosistem seimbang dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan.

Pengurusan
Taman laut diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia, di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jabatan ini menubuh, mentadbir dan
mengurus Taman-taman Laut Malaysia. Unit Taman Laut ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut.
Mulai 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia dengan 154 kakitangan.

Pembiakan Ikan
Usaha kerajaan mewujudkan Taman Laut tidak perlu dikhuatiri oleh masyarakat nelayan kerana hal ini menyumbangkan kepada pembiakan ikan.
Sebelum ini golongan nelayan berasa gusar sekiranya kehilangan punca rezeki apabila kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat mencari ikan
ditutup.Hal sedemikian kerana Taman Laut merupakan tempat larangan untuk menangkap sebarang kehidupan laut. Menerusi pewartaan Taman
Laut,JTLM membantu menyediakan kawasan membiak bagi pelbagai spesies ikan. Kajian yang dilakukan mendapati spesies ikan yang ditanda di
kawasan Taman Laut di peringkat juvenil telah ditemui di luar kawasan Taman Laut setelah dewasa.
Tidak semua kawasan sesuai diwartakan.Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan batu karang dan kawasan pembiakan Ikan. Selain itu juga
pewartaan Taman Laut mewujudkan ekosistem seimbang dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan.

Senarai taman laut

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Taman Laut Pulau Payar


Taman Laut Pulau Kapas di Terengganu
Taman Laut Pulau Kuraman
Taman Laut Pulau Rusukan Besar
Taman Laut Pulau Rusukan Kecil di Labuan
Taman Laut Pulau Tinggi
Taman Laut Pulau Redang, Terengganu
Taman Laut Pulau Tioman
Taman Laut Pulau Perhentian

Rujukan
1. http://www.dmpm.nre.gov.my/#

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Taman_laut&oldid=3272026"


Kategori: Taman laut
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 13:03, 2 September 2013.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat TermaTerma Penggunaan untuk butiran lanjut.

You might also like