You are on page 1of 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah,

73000 Tampin,
Negeri Sembilan Darul Khusus. No. Tel/Fax: 06-4414479/06-4413052

Ibu bapa / Penjaga yang dihormati,

NAMA PENJAGA:

Sebagaimana yang Tuan / Puan sedia maklum, 1BestariNet adalah inisiatif unggul Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi
pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi
amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam
platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan Bandar dan luar
Bandar.

Di bawah projek 1BestariNet, semua sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan perkhidmatan
Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan suatu
Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu Frog VLE (Virtual Learning Enviroment) untuk pengajaran dan
pembelajaran tanpa batasan

Dengan itu, setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh
dicapai di dalam dan di luar sekolah : pada bila-bila masa, di mana jua. Dalam pelaksanaan program
ini, setiap pelajar dan ibu bapa / penjaga akan diberikan satu Yes ID yang unik dan pelbagai guna.
Antara kegunaannya ialah :

Mengakses platrom Frog VLE


Mengakses emel peribadi
Mengakses semua enjin maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti
Khan Academy dan YouTube Pendidikan
Setiap pengguna mempunyai hak akses yang berlainan dalam frog VLE. Sebagai ibu bapa, Tuan / Puan
akan dapat mengakses Dashboard Sekolah serta Laman Notis Ibu Bapa yang mempunyai maklumat
khas yang akan dipaparkan oleh pihak sekolah.

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk mula menggunakan Frog VLE.

Nama : Nama :

ID Pengguna (Login ID): ID Pengguna (Login ID):

Kata Laluan (Password): Kata Laluan (Password):

URL VLE Sekolah : https://nea5057.1bestarinet.net

Penggunaan Internet dan frog VLE oleh anak-anak Tuan / Puan adalah tertakluk kepada terma-terma
yang terkandung dalam Perjanjian Penggunaan Terkawal yang akan diberikan oleh pihak sekolah. Kami
mengesyorkan Tuan / Puan meneliti isi kandungan perjanjian tersebut dan seterusnya member
panduan kepada anak-anak Tuan / Puan untuk mematuhi syarat-syarat penggunaan tersebut, demi
kepentingan anak-anak Tuan / Puan.

Dalam usaha merealisasikan transformasi pendidikan ini, ibu bapa / penjaga diseru untuk bersama-
sama dengan pihak sekolah sepanjang pelaksanaan penggunaan VLE. Kerjasama dan sokongan
Tuan/Puan amat diperlukan dalam memastikan kejayaan program ini.
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila berhubung dengan
pihak sekolah. Tuan/Puan juga boleh melayari laman web rasmi projek ini di www.1bestarinet.net
serta di laman web rasmi FrogAsia www.frogasia.com untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Bersama ke arah Transformasi dalam Pendidikan

Yang benar,

.
Tn. Hj. Ramli b Ibrahim
Pengetua
SMK Taman Indah
73000 Tampin,
N.Sembilan

You might also like