You are on page 1of 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KELAS PEMULIHAN KHAS

Nama Guru :
Bil. Murid : 4 orang
1. Ahmad Fazree 2. Mohd. Alif Aizuddin 3. Nur Haikal Islam 4. Alif Haikail Damian

Kelas : 2B
Tarikh : 2 Ogos 2017
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Masa : 0810-0910
Tajuk : Perkataan KVK
Objektif pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid dapat
1. Menamakan 5 daripada 6 kad gambar.
2. memadan 5 daripada 6 perkataan KVK berdasarkan kad gambar dengan betul,
3. Mengeja dan menyebut 5 daripad 6 perkataan KVK dengan bimbingan guru.

Pengetahuan sedia ada:

Murid sudah mempelajari kemahiran KV + KV dalam sesi pembelajaran terdahulu.

Bahan bantu mengajar:

Kad gambar, kad perkataan, slaid gambar dan perkataan KVK, Latihan interaktif, lembaran kerja.
Langkah Isi pelajaran Catatan
Set induksi 1. Guru membuat aktiviti mencari benda tersembunyi. BBM:
(7 minit) 2. Guru menyembunyikan beberapa kad gambar di dalam laci Kad gambar
meja, di bawah kerusi dan di bawah meja. Kad perkataan
3. Guru meminta murid mencari benda yang tersembunyi.
4. Guru meminta murid padankan gambar yang dijumpai
dengan perkataan yang ada papan putih.
5. Guru dan murid membincangkan jawapan murid.
Langkah 1 1. Guru menunjukkan slaid gambar dan perkataan KVK. BBM:
(15 minit) 2. Guru membimbing murid mengeja dan menyebut perkataan Slaid
KVK. Latihan interaktif
3. Guru menunjukkan latihan interaktif. Laptop
4. Guru menerangkan cara menjawab soalan interaktif.
5. Setiap murid diberi peluang menjawab latihan interaktif.
.
Langkah 2 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. BBM:
(20 minit) 2. Setiap kumpulan ada 2 orang. Kad perkataan
3. Settiap kumpulan murid diberi nombor 1 dan 2. Kad gambar
4. Murid diminta berbaris mengikut kumpulan masing-masing
mengikut susunan nombor yang diberi.
5. Guru meletakkan kad perkataan di tengah-tengah antara
dua kumpulan tersebut.
6. Guru menyebut nombor ahli kumpulan, misalnya nombor 1,
murid dari kedua-dua kumpulan tersebut akan ke arah bakul
untuk mengambil kad perkataan yang disebut oleh guru.
7. Murid yang berjaya terlebih dahulu mengambil kad
perkataan itu, akan mengeja dan menyebut perkataan yang
diperolehnya.
8. Misalnya murid nombor 1 dari kumpulan A yang telah
berjaya, dia akan mempamerkan kad perkataan kepada kelas
dan mengeja serta menyebutnya, gam.
9. Murid diminta melekatkan kad perkataan di papan putih.
10. Murid nombor 1 dari kumpulan B mesti mencari kad
gambar perkataan tersebut dan lekatkan pada papan putih.
11. Guru memberi markah untuk mencari kumpulan yang
menang.
12. Aktiviti ini akan dilakukan berulang kali dengan murid
yang berlainan.

Langkah 3 1. Guru mengedarkan lembaran kerja. BBM

(15 minit) 2. Guru membimbing murid menyiapkan lembaran kerja. Lembaran kerja
Penutup 1. Murid diminta menyebut perkataan yang telah dipelajari.
2. Murid dimnta mengeja perkataan yang disebut.
(3 minit)
Refleksi
_________________________________________________________________________________________________________

Catatan pensyarah\ guru pebimbing

You might also like