You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK LKTP CHEMPLAK 2017

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN


KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN
2017

NAMA PROGRAM

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran


Sekolah Kebangsaan LKTP Chemplak
85300 Labis, Johor.

1. TAJUK
Program Inklusif Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran 2017

2. PENDAHULUAN

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-
murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di
dalam atau di luar bilik darjah dan diajar oleh guru biasa. Untuk program kali ini,semua murid akan
diinklusifkan secara SEPARA .PPKIBP SK LKTP Chemplak menyimpan hasrat dalam membantu sistem
pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi
cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan
berguna kepada masyarakat dan negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari
nanti.

Program Pendidikan Inklusif ini menjadi matlamat kami kepada usaha murni untuk memberi peluang
pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidak upayaan atau kecacatan mereka.
Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua, mereka diberi peluang dan keupayaan yang sama untuk
cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dirancang oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid
berkeperluan khas, PPKIBP SK LKTP Chemplak ingin menjadi salah sebuah program yang sentiasa
menyokong demi memastikan jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan khas dapat
dirapatkan. Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata
pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal.

1
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK LKTP CHEMPLAK 2017

3. RASIONAL

Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan
budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program Inklusif akan dapat
memastikan :

i. Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.

ii. Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain.

iii. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.

iv. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.

v. Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.

vi. Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

4. MATLAMAT

Menjadikan pelajar-pelajar berkeperluan khas sealiran dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa.
Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak Pendidikan
Khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk
belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk
mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan
seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

4.1 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama- sama pelajar normal.
4.2 Supaya pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam
semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat.
4.3 Menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang
menyumbang.
4.4 Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
4.5 Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan
membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar
memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan,kekurangan dan kecacatan.

2
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK LKTP CHEMPLAK 2017

4.6 Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKIBP dengan murid aliran
perdana.
4.7 Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas.

5. KUMPULAN SASARAN

Lima orang murid-murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri,
berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkah laku yang ganjil yang akan
menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak
mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Paling utama juga murid-
murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu
bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih
untuk mengikuti program ini.

6. JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP 2017

PENGERUSI

TN HJ ISMAIL BIN KAIMI

(GURU BESAR SK LKTP CHEMPLAK)

NAIB PENGERUSI

3
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK LKTP CHEMPLAK 2017

EN AHMAD SUHAIMI BIN ALI


(GPK PENTADBIRAN/GPK KO-KURIKULUM SK LKTP CHEMPLAK)

PN NURAZILAH BT ABDULLAH
(GPK HAL EHWAL MURID SK LKTP CHEMPLAK)

SETIAUSAHA

PN ILIANA BT IBRAHIM
(SETIAUSAHA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKC)

AJK

EN NORUL AZHAR BIN NORDIN


PN RAFIZAN BT MOHAMED BASRI

7. PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF 2017

AKTIVITI TUJUAN TINDAKAN CATATAN

Pengajaran dan Murid belajar dan guru Semua guru pendidikan Januari -
pembelajaran yang mengajar/membimbing khas dan jawatankuasa November
berkesan oleh guru- program inklusif.
guru sepanjang masa

Program Memastikan murid Semua guru pendidikan Januari -

4
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK LKTP CHEMPLAK 2017

membudayakan al- menguasai pembacaan Ayat khas dan jawatankuasa November


Quran Lazim dan bacaaan Al- program inklusif
Quran

Aktiviti Kokurikulum Memastikan murid Semua guru pendidikan Januari -


Pengakap & menguasai disiplin dalam khas dan jawatankuasa November
Persatuan Bahasa unit beruniform program inklusif

Aktiviti Kokurikulum Memastikan semua murid Semua guru pendidikan Januari -


Persatuan Bahasa menguasai teknik 3M khas dan jawatankuasa November
program inklusif

Aktiviti Kokurikulum Memastikan semua murid Semua guru pendidikan Januari -


1M1S sentiasa aktif dan cergas khas dan jawatankuasa November
dalam bersukan program inklusif

Perjumpaan bersama Mendapat maklumat dan Semua guru pendidikan Januari, Jun &
ibu bapa / penjaga dan perkembangan prestasi khas, jawatankuasa Oktober
waris murid-murid murid-murid program inklusif.dan ibu
(3x) bapa

Lain-lain aktiviti Meletakkan prestasi Guru Besar, jawatankuasa


yang bersesuaian sekolah pada tahap pendidikan khas dan
dari semasa ke maksimum PIBG

8. PENUTUP

Bagi menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah
penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang
rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Bagi mengubah konsep
kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan mengambil masa
yang lebih panjang. Bagi murid berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali
ke arah perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat
diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat
diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai
matlamat yang sama,iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak
khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam

5
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK LKTP CHEMPLAK 2017

usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Ini adalah supaya hak untuk
mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin,terutamanya dalam persekitaran
semula jadi.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

( PN ILIANA BT IRAHIM) (TN HJ ISMAIL B. KAIMI)


SETIAUSAHA PROGRAM INKLUSIF GURU BESAR
SK LKTP CHEMPLAK SK LKTP CHEMPLAK

You might also like