You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Tanah Melayu merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan sumber mentah sehingga
menarik minat banyak kuasa asing untuk menjajah ke atas Tanah Melayu.Tujuan utama
kuasa luar untuk menjajah di Tanah Melayu adalah untuk memonopoli hasil
buminya.Jepun merupakan sebuah kuasa besar yang pernah bertapak di Tanah Melayu
pada tahun 1941.Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu dikatakan lagi memburukkan
keadaan terutamanya dari aspek sosio dan ekonomi.Hal ini member masalah kepada
penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu iaitu Melayu,Cina dan India

2.0 Masalah yang dihadapi penduduk berbilang kaum dalam Aspek sosial.

2.1 Masalah setinggan.

*Ekoran penindasan oleh Jepun, ramai orang Cina melarikan diri ke pinggir hutan.
Mereka terpaksa mendirikan petempatan dan menjalankan kehidupan seharian di sana.
Hal ini mewujudkan masalah setinggan di Tanah Melayu. Ada dalam kalangan kaum
Cina yang menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) untuk mendapatkan perlindungan.

2.2 Kesengseraan kaum Cina

Ramai dalam kalangan kaum Cina telah dibunuh oleh tentera Jepun. Kaum wanita Cina
mengalami penyeksaan yang teruk oleh tentera Jepun pada masa itu. Kesengseraan kaum
Cina juga pada masa itu dapat dilihat melalui pelaksanaan penyiasatan atau operasi Sook
Ching oleh tentera Jepun.

2.3 Penutupan sekolah Cina.

Penutupan sekolah Cina juga dilakukan oleh pihak Jepun di tanah melayu, kerana
mengganggap sekolah Cina dipengaruhi oleh nasionalisme China yang menggugat
kedudukan Jepun di Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan kaum Cina menyokong MPAJA
bagi menentang Jepun.

2.4 Dipaksa untuk menjadi buruh membina Jalan Kereta Api Maut.

Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai di antara mereka juga dihantar
ke siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Akibatnya ramai yang terkorban akibat
seksaan dan jangkitan penyakit.

2.5 Berlaku kebuluran.

Kebuluran akibat kekurangan makanan semakin berleluasa dalam kalangan penduduk


tempatan. Bekalan makanan seperti beras tidak dapat diimport dari Burma dan Siam
akibat peperangan.
2.6 Taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu rendah.

Taraf kesihatan telah merosot akibat merebaknya penyakit tropika seperti beri-beri, taun
dan malaria. Tambahan pula, ubat-ubatan yang ada hanya untuk kegunaan askar Jepun
sahaja.

3.0 Masalah yang dihadapi oleh penduduk Tanah Melayu dalam Aspek Ekonomi

3.1 Sistem Ekonomi Terkawal/Tertutup


Sebelum pendudukan Jepun, Tanah Melayu mengamalkan sistem ekonomi terbuka yang
membenarkan kegiatan ekonomi dijalankan secara bebas, tanpa kawalan daripada pihak
kerajaan.

Sebaliknya, semasa pemerintahan Jepun, sistem ekonomi di Tanah Melayu telah berubah
menjadi sistem ekonomi terkawal/tertutup.

Melalui sistem ini, ekonomi Tanah Melayu dipisahkan daripada dunia luar dan pemerintah
Jepun tidak membenarkan kegiatan perdagangan dijalankan, sama ada mengeksport barangan
ke Eropah atau Amerika Syarikat dan membeli barangan daripada luar.

Sistem ekonomi yang diamalkan ini selaras dengan slogan Jepun, iaitu Asia untuk Asia yang
bertujuan mewujudkan satu sistem ekonomi yang berdikari bagi memenuhi keperluan tempatan.

Pemerintahan Jepun menggalakkan pertumbuhan industri tempatan bagi memenuhi


permintaan tempatan dan bukannya untuk tujuan eksport.

Hampir semua barangan yang dihasilkan menggunakan bahan tempatan kerana Jepun tidak
membenarkan mengimport barangan atau bahan mentah daripada negara luar.

Industri ini dijalankan secara kecil-kecilan dan separuh berat meliputi semua jenis keperluan
makanan, minyak jentera, pengangkutan, perubatan, pakaian, rokok, arak, sabun, peralatan
pertanian dan barangan keperluan tentera.

3.1 Dasar Monopoli


Pemerintahan Jepun mengamalkan dasar monopoli dengan menguasai perusahaan penting
dalam negeri menerusi beberapa buah syarikat yang dimiliki oleh orang Jepun.

Pemerintahan mengambil alih semua kegiatan ekonomi yang dahulunya milik orang-orang
Eropah dan Cina seperti perusahaan perlombongan, perladangan, pengangkutan, perkapalan
dan bank perdagangan.

Ladang kepala sawit dan kelapa dikawal oleh kumpulan Mitsui.

Minyak yang dihasilkan dibekalkan kepada angkatan tentera Jepun dan pemerintah, manakal
bakinya diberi kepada orang ramai.
Beras yang menjadi makanan utama di Tanah Melayu dikawal oleh Mitsui Shoji Kaisha,
manakala gula dan garam oleh Mitsui Bussan Kabushiki Kaisha.

Mereka yang menghasilkan getah secara persendirian diwajibkan menjualnya kepada kaisha
(beberapa syarikat tertentu) dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

3.2 Getah dan Bijih Timah


Getah dan bijih timah merupakan hasil utam Tanah Melayu semasa pendudukan British.

Selepas Jepun menawan Tanah Melayu, Jepun menghadapi kesukaran untuk membangunkan
kedua-dua bahan ini.

Keadaan ini disebabkan Jepun turut menghadapi peperangan ditempat lain maka, usaha
membangunkan ekonomi tidak dapat dijalankan dengan pesat.

Selain itu, Jepun juga menghadapi kesukaran untuk membangun perusahaan ini kerana
tindakan British yang telah memusnahkan kapal korek yang digunakan untuk menggali bijih
timah.

Dasar Bumi Hangus yang dilancarkan oleh British telah menyebabkan tekanan ekonomi yang
teruk berlaku di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun.

Getah dan bijih timah sukar dihantar ke negara Jepun kerana kapal selam Pihak Berikat telah
menenggelamkan kapal-kapal Jepun yang cuba membawa bahan mentah dari Asia Tenggara ke
Jepun.

Dengan tiadanya hasil getah dan bijih timah maka ekonomi Tanah Melayu menjadi tidak stabil
dan merosot.

3.3 Pasar Gelap dan Nilai Mata Wang


Apabila getah dan bijih timah tidak lagi memberi keuntungan, beras sukar diadapti, kilang-
kilang seperti kilang kain, alat tulis dan barang makanan tidak wujud, dan kerajaan Jepun tidak
dapat mengimport barang keperluan rakyat dengan kadar yang sederhana, maka timbullah
berbagai-bagai kekurangan.

Apabila berlakunya kekurangan, harga barangan pun meningkat dan telah membebankan
penduduk Tanah Melayu pada ketika itu.

Gaji para pekerja tidak dinaikkan mengikut kenaikan harga barangan, para peniaga
menyorokkan barangan keperluan.

Tentera Jepun pula menyimpan beras, minyak dan barang keperluan yang lain untuk
kepentingan peperangan.

Akhirnya timbullah pasar gelap atau kegiatan menyorok barang. Sebagai contoh, harga beras
Siam di Kuala Lumpur pada tahun 1941 ialah 6 sen sekati.
Pada akhir tahun 1943 harganya dalam pasar gelap telah meningkat menjadi $3.00 sekati dan
pada akhir tahun 1944, lebih kurang $10.00 sekati, mengikut wang Jepun yang lebih dikenali
sebagai duit pisang atau wang pisang. Nilai mata wang Jepun jatuh akibat berlakunya inflasi.

Pada masa pemerintahan Jepun, kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali.

Hal ini berlaku kesan daripada tindakan British yang telah memusnahkan banyak harta benda
dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.

Perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan
semula.

Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan. Ekonomi dan taraf
kehidupan penduduk turut merosot.

Barangan pengguna dan makanan berkurangan.

Untuk mengatasi masalah ini, tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman-
tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.

Pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula telah menyebabkan berlakunya inflasi yang
teruk.

Pada waktu yang sama, penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik. Selain
itu, kerajaan Jepun menghadapi kesukaran untuk membangunkan Tanah Melayu pada ketika itu
disebabkan kerajaan Jepun menghadapi peperangan yang sengit dengan Pihak Berikat.

4.0 Analisis soalan

Keadaan sosio dan ekonomi di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun menunjukkan keadaan
kemerosotan yang teruk.Sistem ekonomi seperti dasar ekonomi terkawal iaitu tidak
membenarkan kegiatan perdagangan dijalankan.Jepun berpendapat bahawa Tanah melayu kaya
dengan sumber pribumi dan tidak perlu bergantung kepada import dan eksport.Kesan daripada
sistem ekonomi terkawal ini iaitu tidak berlaku peningkatan sumber pendapatan. Dasar
monopoli yang dilaksanakan oleh Jepun iaitu menguasai dan ambil alih semua kegiatan ekonomi
telah menyebabkan masyarakat tidak ada peluang untuk menguasai hasil mereka
sendiri.Walaupun Jepun berusaha untukmembaikpulih keadaan ekonomi di Tanah Melayu.

5.0 Kesimpulan

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah membawa penderitaan kepada penduduk Tanah
Melayu terutamanya kepada kaum cina.Tambahan lagi,keadaan sosio ekonomi di Tanah Melayu
pada ketika itu tidak stabil akibat daripada peperangan dengan British.Usaha Jepun untuk
membaikpulih ekonomi Tanah Melayu gagal kerana tidak mendapat sambutan baik dari
penduduk di Tanah Melayu pada ketika itu.Bagi penduduk di Tanah Melayu,Jepun dianggap
kejam dari aspek sosio dan mementingkan diri sendiri dari segi ekonomi.
Rujukan

Paul Krakosta .1998. The Japanese Occupation of Malaya, 1941-1945, University of


Hawaii Press.

http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22919/109_125.PDF

Azmah Abdul Manat. 2001. Sejarah Sosial Mayarakat Melayu. Selangor Darul Ehsan :
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Ahmad Boestaman. 2003. Nasionalisme Melayu ( Terjemahan ) . Kuala Lumpur :


PenerbitUniversiti Malaya

Mohd Isa Othman.2002.Sejarah Malaysia(1800-1903).Utusan Publication and


Distributors Sdn.Bhd

Abu Talib Ahmad.1988.Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan


Pelajar 1986-1987.Penang:U.S.M

Barbara Watson Andaya & Leonard Y.Andaya.1983.Sejarah Malaysia.MacMillan


Publishers Sdn.Bhd

You might also like