You are on page 1of 6

Tamadun Melayu yang mengadakan hubungan luar dengan tamadun lain telah memberi

iktibar kepada Malaysia untuk menjalin hubungan diplomatik bagi merancakkan


pembangunan dalam aspek ekonomi. Hal ini menjamin pelaburan modal di samping
meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia.

Tambahan pula, dalam tradisi keintelektualan negeri tamadun Melayu seperti


Melaka, Acheh, Jawa dan lain-lain berperanan memberikan pendidikan tinggi kepada
rakyat (Mohd. Koharuddin, 2004). Pemberian pendidikan tinggi dalam tamadun Melayu
telah memberi inspirasi kepada Malaysia untuk menyediakan pendidikan dari peringkat
prasekolah, rendah, menengah hingga ke peringkat tinggi.

Kemajuan Malaysia dari segi pendidikan juga terbukti merupakan hasil kepelbagaian
tamadun Melayu, China dan India. Tradisi keilmuan dalam tamadun Melayu banyak
diasaskan oleh tradisi pendidikan yang cemerlang dan tersusun (Mohd. Koharuddin,
2004). Di Malaysia, Akta Pendidikan 1961 yang kemudiannya mendasari Dasar
Pendidikan Kebangsaan merupakan dasar yang tidak dapat dipisahkan dari keseluruhan
roh dan falsafah yang termaktub dalam perlembagaan negara (Penerbit Universiti
Malaya, 2004). Keseluruhan dasar-dasar tersebut merupakan instrumen yang
menyumbang kepada pembinaan bangsa dan tamadun Malaysia khususnya dari segi
sosiobudaya dan dimantapkan dengan proses penerapan nilai-nilai Islam selari dengan
nilai-nilai universal dalam pentadbiran negara. Islam terus memainkan peranan yang
penting dalam pembinaan tamadun Malaysia. Kekuatan sistem nilai Islam yang
berpaksikan ketauhidan, sama ada nilai sosial, politik dan budaya yang berasaskan
pertengahan selaras dengan konsep Konfucius Chun Yung telah mengukuhkan dan
memantapkan jati diri serta identiti bangsa Malaysia.

Masyarakat Cina sejak dari beribu-ribu tahun dahulu amat mementingkan


pelajaran

Dari kaca mata yang berbeza, tamadun Melayu yang menyerlah dalam bidang
ekonomi telah memberi sumbangan kepada pencapaian Malaysia. Pencapaian tamadun
Melayu memberi gambaran yang jelas akan pembangunan tamadun Melayu Malaysia
pada zaman pascaindustri ini (Esa, Mohd. Azhar, 2004). Salah satu daripada kerajaan
dalam tamadun Melayu yang boleh dijadikan model ialah kerajaan Melayu Melaka yang
terkenal di seluruh pelosok dunia sebagai pusat perdagangan dunia. Ekonomi Melaka
berkembang dengan pesat disebabkan faktor-faktor seperti penggubalan undang-
undang (Undang-undang Laut Melaka) yang tersusun rapi bagi mengendalikan
perdagangan dan perkapalan yang banyak (Ahmad Jelani, 2013), di samping hubungan
diplomatik dengan luar, sistem cukai dan sebagainya, begitu juga dengan tamadun Cina
dan India. Dalam pada itu, tinggalan-tinggalan warisan tamadun-tamadun ini telah
diresapkan ke dalam sistem ekonomi moden Malaysia. Sehubungan dengan itu,
Malaysia telahpun diiktiraf sebagai negara perdagangan ke-18 terbesar di dunia
disebabkan terdapat kemudahan infrastruktur undang-undang yang lengkap dan
menyeluruh dalam sektor perbankan, pasaran modal, sekuriti dan sebagainya menjadi
faktor penting kepada kepesatan perkembangan industri perbankan Islam di Malaysia
yang menjadi penyumbang besar kepada perkembangan keseluruhan ekonomi negara
iaitu hampir 25% daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (Zulkifli, 2008).
Sistem percukaian moden diamalkan di Malaysia mencontohi sistem-sistem cukai dalam
tamadun Melayu, Cina dan India. Dalam situasi di Malaysia pada hari ini, cukai telah
menjadi elemen utama pendapatan negara untuk menampung segala keperluan
ekonomi bagi 28 juta rakyatnya (Abdulssalam, 2013). Seperti Tamadun Melayu, Cina
dan India, Malaysia turut menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara luar
dalam bidang ekonomi. Hal ini akan menjamin pelaburan modal di samping
meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia.

Kesusasteraan

http://www.injet.upm.edu.my/images/journal/issue2/Pemikiran%20Akal%20Budi%20dan
%20Sosiobudaya%20Melayu%20dalam%20Pendidikan%20Kesusasteraan%20Melayu.
pdf

Kesusasteraan Melayu turut mempunyai akar tamadun yang hebat.

Matematik

Matematik India memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun dunia dengan
memperkenalkan angka sifar (0). Sistem nombor ini kemudiannya digunakan oleh orang
Arab dan akhirnya berkembang ke Eropah. Selain itu, matematik India dianggap sebagai
asas bagi penggunaan sistem angka perpuluhan yang terus digunakan sehingga kini
(Esa & Mohd. Azhar, 2004). Orang India juga telah memahami trigonometri, geometri
bulatan, kalkulus dan sebagainya. Angka 0 (sunya) dan infiniti telah diketahui lebih awal
di India berbanding dengan tamadun-tamadun lain. [kegunaan trigonometri, geometri
bulatan, kalkulus]
Kematangan dan kesempurnaan yang dicapai dalam bidang kerohanian telah merintis
jalan bagi orang India memiliki beberapa keistimewaan lain. Pengetahuan orang India
dalam bidang matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan dan bidang logam
merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan tamadun dunia.

Bangsa Cinalah yang mencipta bajak dan cangkul mereka barang daripada logam serta
membina perahu. Orang Cina jugalah yang mencipta kertas dan berkait rapat dengan
budaya tulisan (Ghazali, 2001).

Ekonomi

Kemajuan Sains dan Teknologi

China

Antara kemajuan yang dicapai oleh Tamadun China termasuklah penghasilan senjata
dan alat pertanian yang diperbuat daripada gangsa (Ghazali, 2001). Petani-pertani Han
mendapati bahawa kesuburan tanah dapat dipelihara jika tanaman yang berbeza
ditanam pada masa-masa yang berlainan. Kaedah ini dipanggil kaedah pusingan
tanaman (Ghazali, 2001). Alat pertanian dan Kaedah-kaedah yang telah dicipta oleh
tamadun China telah menjadi asas kepada penciptaan alat pertanian dan keadah-
kaedah yang lebih canggih selepas itu dan hal ini telah membantu dalam memajukan
aktiviti pertanian dalam tamadun Malaysia yang merupakan antara sektor ekonomi yang
penting.

Sosiobudaya

Budaya

India

Dalam pensejarahan India sehingga zaman pertengahan berlaku hubungan atau


interaksi antara orang dunia luar terutama di kawasan rantau Asia termasuk Malaysia.
Rententan itu, unsur-unsur budaya dan tradisi telah dibawa pedagang-pedagang ke
rantau ini telah mempengaruhi kehidupan beragama, ketatanegaraan, bahasa, sastera
dan seni rakyat.

Kesusasteraan dan Bahasa


Bahasa dan kesusasteraan merupakan elemen penting dalam perkembangan sesebuah
tamadun (Esa & Mohd. Azhar, 2004). Seperti bidang lain, bidang sastera juga
mempunyai peranan yang sangat besar dalam pembangunan negara. Pada umumnya,
sastera merupakan ilmu dinamik yang mengubah corak pemikiran masyarakat (Esa &
Mohd. Azhar, 2004).

Melayu

Antara karya Melayu yang paling penting dan dianggap sebagai karya agung serta
sering menjadi rujukan dan kajian para sarjana dalam meneliti ketamadunan, budaya
dan pemikiran Melayu ialah Sejarah Melayu (Esa & Mohd. Azhar, 2004).

China
India

Tamadun India adalah antara tamadun yang tertua di dunia, dan memiliki pelbagai
loghat bahasa dan keunikan kesusasteraan yang mempunyai elemen tersendiri
berbanding tamadun lain di dunia. Dua epik terkenal dalam sastera India ialah
Mahabharata dan Ramayana yang menceritakan tentang kegagahan dan keberanian
(Ghazali, 2001). Kedua- dua epik ini tersebar luas ke seluruh dunia bersama dnegan
penyebaran agama Hindu dan boleh ditemui di negara Asia seperti Malaysia (Esa &
Mohd. Azhar, 2004). Kedua-dua epik ini yang menjurus kepada pengajaran tentang
kebaikan akan membantu dalam peningkatan ketamadunan Malaysia melalui
pembangunan modal insan yang sempurna. [Kesan] Dalam bidang bahasa,
perbendaharaan bahasa-bahasa diperkaya melalui proses pinjam meminjam dari
banyak perkataan dari bahasa Sanskrit, Pali dan Tamil. Ia melibatkan dalam bidang
ketatanegaraan, kekeluargaan, perdagangan, pengetahuan dan sebagainya.

Perundangan

Melayu

Sebagai satu entiti politik, Malaysia merupakan sebuah negara merdeka yang berdiri di
atas tunggak Rukun Negara. Berdasarkan sejarahnya, politi-politi atau negeri-negeri
Melayu memiliki kanun perundangan yang berasaskan adat Melayu dan hukum syariah
(undang-undang Islam). Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan dan
perlembagaan ini telah dilanjutkan pula kepada entiti politik Malaysia dalam
perlembagaan Malaysia dan perlembagaan negeri (Penerbit Universiti Malaya, 2004).
China
India

Pendidikan

Melayu

Tradisi keintelektualan Melayu diasaskan oleh tradisi pendidikan yang cemerlang dan
tersusun serta wujud sejak kedatangan Islam ke alam Melayu. Peranan sistem
pendidikan ini telah menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan sehingga
mencapai tahap yang tinggi (Esa & Mohd. Azhar, 2004).

India

Matematik

Matematik India memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun dunia dengan
memperkenalkan angka sifar (0). Sistem nombor ini kemudiannya digunakan oleh orang
Arab dan akhirnya berkembang ke Eropah. Selain itu, matematik India dianggap sebagai
asas bagi penggunaan sistem angka perpuluhan yang terus digunakan sehingga kini
(Esa & Mohd. Azhar, 2004). Orang India juga telah memahami trigonometri, geometri
bulatan, kalkulus dan sebagainya. Angka 0 (sunya) dan infiniti telah diketahui lebih awal
di India berbanding dengan tamadun-tamadun lain. [kegunaan trigonometri, geometri
bulatan, kalkulus]

Kematangan dan kesempurnaan yang dicapai dalam bidang kerohanian telah merintis
jalan bagi orang India memiliki beberapa keistimewaan lain. Pengetahuan orang India
dalam bidang matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan dan bidang logam
merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan tamadun dunia.

Agama

Melayu

Berdasarkan proses sejarah, tamadun Malaysia telah dimantapkan oleh agama Islam
(Esa & Mohd. Azhar, 2004). Secara khususnya, Islam dan adat melayu telah menjadi
salah satu struktur penting kemelayuan dalam tamadun Malaysia. Islam dimaktub dalam
Perlembagaan Malaysia sebagai agama rasmi bagi persekutuan Malaysia.
[kepentingan agama Islam]

http://syababmusafir92.weebly.com/uploads/1/7/9/2/17928999/modul_titas.pdf

interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta
sikap saling menghormati antara sesebuah Tamadun dengan sesebuah Tamadun yang
lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percarnbahan pemikiran dan
budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan
kemerosotan sesebuah Tamadun.

Affiqah Riffin

https://www.academia.edu/4131797/Tamadun_Islam_Tamadun_Asia

You might also like