You are on page 1of 6

Topik 9 Penyelidikan Tindakan: Alat/ Instrumen Pengumpulan Data

Senarai
Semak

Diari Soal Selidik

Rakaman
Jurnal Video dan
Kaset

Alat/
Instrumen

Rekod
Log
Anekdot

Nota
Portfolio
Lapangan

Foto
Senarai Semak

Digunakan ketika melakukan pemerhatian dan penelitian dokumen


Menyenarikan item-item utk menilai kemahiran atau tingkah laku yang
diperhatikan.
Juga digunakan utk menyemak rakaman video, foto, portfolio dan slaid

Soal Selidik

Biasanya dalam bentuk item-item soalan yang digunakan utk mendapatkan


maklumat dan fakta berkaitan persepsi responden berkaitan sesuatu isu yang
dibincangkan dalam kajian.
Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian semasa membina item-item soal
selidik:
a) Menggunakan bahasa yang mudah
b) Selaras dengan tahap responden
c) Elakkan soalan yang sukar
d) Elakkan soalan dwimaksud
e) Elakkan soal selidik yang terlalu panjang
f) Elakkan soalan yang kabur
g) Elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif
Blh menggunakan ukuran dalam bentuk:
a) Skala likert (1,2,3,4,5)
Digunakan utk mengukur sikap, pendapat dan persepsi seseorang
berkaiatn sesuatu isu.
b) Skala perbezaan semantik (susunan terbaik hingga buruk; kuat hingga
lemah; aktif hingga pasif; mudah hingga kompleks)
c) Skala rank (pemilihan mengikut susunan tingga ke rendah)
d) Skala Thurstone
e) Skala Gutman (Ya/ Tidak)
Digunakan utk memberi respon yang tegas mengenai sesuatu isu.
Bagi menyediakan alat kajian soal selidik:
a) Ciri-ciri soal selidik yang baik mestilah sesuai dengan responden
b) Format alat kajian yang sistematik
c) Arahan yang jelas
d) Surat dan dokumen sokongan disertakan bersama alat kajian
e) Ujian rintis perlu dijalankan sebelum soal selidik berkenaan digunakan
Cara menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik:
o Ujian rintis
- Mengesahkan item-item soal selidik oleh pakar
o Ujian alfa cronbanch
- Menentukan kebolehpercayaan
Cara penyediaan soal selidik:
o Soal selidik yg sedia ada di pasaran
o Mengubahsuai soal selidik yg sedia ada di pasaran
o Menyediakan sendiri melalui pembacaan literatur yang mendalam
o Temu bual
o Pemerhatian

Rakaman Video

Digunakan utk melihat tingkah laku, kemahiran dan interaksi responden


Hasil rakaman dianalisis menggunakan senarai semak atau catatan nota
lapangan
Kelebihan: tingkah laku, kemahiran dan interaksi dalam rakaman boleh
berulang-ulang tayang supaya apa yang diingini dapat diperhatikan dengan
jelas dan terperinci serta mendalam
Kelemahan: ruangan yang dirakamkan mungkin terhad dan tidak dapat
mengambil rakaman utk semua tempat serta situasi

Log

Digunakan utk membuat penilaian berdasarkan pemerhatian ke atas kanak-


kanak
Satu rekod yang mudah dan ringkas mencatakan perkembangan kanak-kanak
setiap hari
Log mengandungi maklumat yang terhad dan penyelidik mungkin terlepas
maklumat penting yang diperlukan.
Log harian: catatan ringkas berkaitan seseorang kanak-kanak ketika
menunjukkan tingkah laku yang berlainan daripada kebiasaan.
Log dianalisis secara berasingan mengikut responden yang dipilih.

Nota Lapangan

Penulisan yang dilakukan berdasarkan apa yang didengar, dilihat, pengalaman


yang dilalui dan pemikiran yang timbul semasa mengumpul serta membuat
refleksi terhadap data yang diperoleh.
Catatan hasil pemerhatian yang dijalankan
Mengandungi catatan peristiwa yang berlaku pada lokasi yang diperhatikan
dan pada situasi yang dipilih penyelidik
Mengandungi refleksi penyelidik ke atas peristiwa yg dicatatkan
Catatan nota lapangan dianalisis menggunakan senarai semak, naratif,
memperihalkan semula apa yang diperhatikan dan penghasilan tema-tema.
Tema-tema dan senarai semak dianalisis menggunakan kekerapan dan
peratus.

Foto

Rakaman foto merekodkan situasi dalam keadaan statik.


Menggunakan senarai semak yang telah disediakan untuk menentukan tingkah
laku yang ingin diperhatikan dalam foto.
Pemerhatian yang dilakukan ke atas sekeping foto dicatatkan secara naratif,
iaitu penerangan ke atas apa yang diperhatikan.
Portfolio

Definisi Portfolio:
a) Satu koleksi hasil kerja kanak-kanak dalam satu atau lebih bidang
pembelajaran (Arter & Spandel, 1991 dalam Surayah & Haslinda, 2009)
b) Rekod proses pembelajaran, iaitu bagaimana kanak-kanak belajar,
bagaimana ia berfikir, menyoal, menganalisis, mensintesis, menghasilkan
dan mencipta sesuatu dalam usaha untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan. (Grace, 1992)
Kandungan portfolio yang oleh dinilai: Rekod perkembangan penguasaan
kemahiran menulis, membaca dan mengira dan kemahiran mendengar
Hasil lukisan: menilai keupayaan motor halus, penggunaan warna dan
kreativiti murid.
Hasil binaan menggunakan lego: Menilai kemahiran motor halus,
keseimbangan dan kreativiti membuat binaan itu.
Penilaian yang dilakukan berfokus maksudnya mengikut kehendak persoalan
kajian.
Cth: perkembangan menulis menfokuskan bahan-bahan penulisan dalam
portfolio utk jangka waktu tertentu setlh diberi intervensi
Analisis portfolio: borang analisis portfolio

Rekod Anekdot

Catatan berkaitan sesuatu peristiwa ataupun satu perubahan tingkah laku


kanak-kanak
Dibuat secara ringkas dan tepat
Ditulis pada bila-bila masa dan dalam jangka masa yang singkat.
Tujuan: mencatat perkembangan yang diperhatikan ke atas seseorang kanak-
kanak melalui pemerhatian
Pemerhati perlu sentiasa peka pada apa yang dilakukan dan dikatakan
oleh kanak-kanak
Sama dengan catatan nota lapangan ttp rekod anekdot digunakan di
Prasekolah
Analisis penelitian dokumen boleh digunakan ke atas rekod anekdot
Jurnal

Biasanya digunakan dalam praktikum yang dilaksanakan oleh bakal-bakal guru


di IPG
Catatan yang dibuat mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau
bidang yang perlu diberi perhatian.
Kelebihan jurnal:
a) Mencatatkan masalah atau isu yang telah difokuskan dan penting untuk
membuat penambahbaikan.
b) Dalam jurnal, masalah/ isu perlu dianalisis supaya punca sebenar dapat
dikenal pasti.
c) Mencadangkan tindakan penambahbaikan kepada masalah/ isu yang telah
dikenal pasti
d) Disenaraikan penilaian kepada kejayaan yang telah diperoleh
e) Membantu bakal guru merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas
untuk mengambil tindakan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Diari

Catatan pemerhatian yang dilakukan secara berkala dan berterusan


Menfokus kepada isu, masalah dan peristiwa yang tertentu pada situasi yang
spesifik
Maklumat yg dicatatkan:
a. Peristiwa penting
b. Pandangan
c. Refleksi
d. Perasaan
e. Komen
Skop yang lebih kecil atau difokuskan kepada isu, masalah dan peristiwa yang
telah dikenal pasti
Lampiran (bagi diari):
a. Foto
b. Keratan akhbar

You might also like