You are on page 1of 1

mampu membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kelebihan bahan ini ialah boleh memperlihatkan sesuatu lukisan itu lebih jelas dan menarik. Sebagai
contoh, seorang guru mata pelajaran sains ingin mengajar mengenai ciri-ciri seekor harimau. Sudah
tentu guru tersebut tidak mampu untuk membawa seekor harimau ke sekolah. Dengan berbantukan
komputer dan LCD guru tersebut boleh menunjukkan dengan jelas ciri-ciri seekor harimau dengan
memaparkan gambar atau video mengenai harimau. Selain itu, dengan komputer pelbagai
maklumat boleh diakses daripada pelbagai jenis laman web. Penggunaan komputer dikatakan
mampu menjadikan maklumat hanya di hujung jari. Hal ini kerana dengan penggunaan komputer
pelbagai perkara boleh dilakukan. Terdapat pelbagai maklumat yang boleh diakses menggunakan
komputer. Guru dan murid mempunyai banyak sumber yang boleh digunakan untuk mengakses
mengenai sesuatu topik pembelajaran dan boleh membanding bezakan sesuatu maklumat tersebut.

Perisian komputer juga mampu menjanjikan pembelajaran yang lebih menyeronokkan.


Murid-murid boleh menjawab dan menyemak soalan dengan menggunakan perisian di dalam
komputer. Contohnya, guru-guru boleh memberikan latihan secara online dan murid boleh
menyemak jawapan mereka sama ada jawapan mereka betul atau salah. Penggunaan komputer juga
membolehkan pembelajaran secara individu dilaksanakan. Guru boleh memberikan kerja sekolah
dengan menggunakan e-mel sahaja. Seterusnya, perisian di dalam komputer seperti Microsoft Office
juga boleh membantu guru dan murid belajar dengan lebih efektif. Kebanyakan guru pada hari, boleh
menggunakan Power Point untuk memberikan nota ringkas kepada murid. Kelebihan perisian ini
ialah guru boleh menyediakan nota-nota yang menarik minat murid dengan meletakkan video, audio
dan grafik yang menarik. Dengan itu, murid akan lebih menumpukan perhatian semasa guru
mengajar.

Penggunaan komputer juga membantu guru mengakses video-video menarik daripada


pelbagai laman web untuk dijadikan panduan mengajar dan tarikan buat murid-murid. Pada masa
kini, terdapat pelbagai video yang berunsurkan pendidikan yang sangat membantu guru dan murid-
murid untuk merancang dan melaksanakan aktiviti yang menarik dalam bilik darjah. Contohnya,
video mengenai zaman pra-sejarah, video membuat origami dan pelbagai lagi. Oleh itu, guru
mungkin boleh menggunakan video-video yang menarik yang terdapat di laman web untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

You might also like