You are on page 1of 12

Cara Melukis Peta Lakar Menggunakan Google Maps

Langkah pertama, pergi ke https://www.google.com.my/maps/. Anda akan


dibawa ke paparan ini. Masukkan nama kawasan kajian anda.

Kawasan kajian akan muncul dalam peta. Peta ini sudah boleh digunakan untuk
membuat draf peta lakar. Tetapi, untuk memudahkan anda menghasilkan peta
yang lebih baik, klik ikon 'Satelite' (kotak empat segi di bahagian bawah peta).

Kali ini, anda akan dibawa melihat kawasan kajian anda melalui paparan satelit.
Paparan ini lebih jelas untuk anda mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan budaya di
kawasan kajian. Gunakan butang laras '+' dan '-' (bertanda dengan anak panah
merah di bawah) untuk membesarkan atau mengecilkan paparan.

Setelah berpuas hati dengan saiz paparan kawasan kajian, 'right click' pada tetikus
dan pilih 'Print'.

Akan muncul paparan begini. Masukkan nama kawasan sebagai tajuk peta dan
tekan butang 'Print'.
Setelah dicetak, langkah seterusnya ialah melukis peta berdasarkan cetakan.

Proses Menyurih Peta


Terdapat dua cara yang boleh digunakan:

1. Menggunakan Kertas Surih (Tracing Paper)

Kertas Surih
Bahan-bahan yang diperlukan:

Peta kawasan kajian yang telah dicetak


Kertas surih (Tracing Paper)- Boleh didapati di kedai alat tulis atau kedai
menjual alat jahitan
Kertas A4
Pensel yang tajam

Langkah-langkah:

Kredit
1. Letakkan kertas surih di atas peta kawasan kajian yang telah dicetak.
Kepil dengan klip kertas (jika mahu) supaya kertas tidak bergerak.
2. Mula surih (tekap) peta dengan menggunakan pensel. Gunakan pensel
yang tajam dan berdakwat pekat.
3. Setelah selesai, terbalikkan kertas surih dan mula buat 'tracing
marks' menggunakan pensel mengikut garisan-garisan peta yang kita tekap
tadi. Dalam erti kata lain, kita warnakan atau 'shade' bahagian belakang
peta yang dilukis supaya jadi 'dakwat'/karbon untuk dipindahkan ke kertas
A4. Contoh seperti di bawah:

Apabila sudah membuat 'tracing marks', ambil kertas A4. Letakkan kertas surih di
atas kertas A4 dan ikut garisan peta sekali lagi. Kali ini lakaran peta akan dapat
dipindahkan ke atas kertas A4 kerana kita telah buat 'tracing marks' di belakang
kertas surih. Setelah selesai, lengkapkan peta anda.

2. Menggunakan Kertas Karbon (Carbon Paper)

Cara kedua ini lebih cepat berbanding cara menggunakan kertas surih. Tetapi,
hasilnya kurang kemas kerana kertas karbon boleh meninggalkan tanda yang agak
comot dan tidak boleh dipadam.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Kertas karbon

Peta kawasan kajian yang telah dicetak


Kertas Karbon (Carbon Paper) - Boleh didapati di kedai alat tulis
Kertas A4
Pensel yang tajam

Langkah-langkah:

1. Letakkan kertas A4 paling bawah, diikuti dengan kertas karbon dan


paling atas ialah peta kawasan kajian yang telah dicetak. Kertas karbon
perlu berada di tengah-tengah dan bahagian berkarbon berada di bawah
(kena pada kertas A4).
2. Ikut garisan-garisan di atas peta menggunakan pensel yang tajam.
Pastikan anda tekan sedikit semasa membuat garis supaya kertas karbon
dapat memindahkan garisan peta dengan lebih jelas.
3. Setelah selesai, lengkapkan peta anda.

Dapatkan bahan rujukan dan material Kerja Kursus


Geografi 2017 - Peta Lakar yang lain di sini.
Klik gambar untuk paparan lebih besar.
Sila rujuk buku teks Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 atau mana-mana buku rujukan
Geografi Menengah Rendah untuk membantu kamu dengan simbol-simbol peta.

Contoh Peta Lakar

Langkah-langkah Melukis Peta Lakar

1. Membuat tinjauan atau pemerhatian di kawasan kajian.


2. Melukis sebuah peta rangka kawasan.
3. Memilih simbol yang sesuai - simbol fizikal, simbol budaya, warna,
dan singkatan perkataan.
4. Melengkapkan peta dengan tajuk, skala peta, mata angin utara,
petunjuk peta dan bingkai (frame) peta.

Latar Belakang Ciri Fizikal dan Ciri Budaya Kawasan


Kajian yang Dipilih
Untuk bahagian ini, calon perlu menceritakan secara
ringkas mengenai kawasan kajian yang dipilih. Apa
yang penting ialah calon perlu memerhatikan ciri
fizikal dan ciri budaya kawasan kajian.
Ciri fizikal (semula jadi) - misalnya bukit, sungai,
tasik, paya, dan hutan
Ciri budaya (buatan manusia) - sekolah,
petempatan, sawah padi, dan jalan raya.

Maklumat asas yang boleh dikumpul dan dijadikan isi


bahagian pengenalan ini:
Lokasi kawasan kajian - di mana, berhampiran
dengan bandar/kawasan apa, mukim atau daerah mana
Latar belakang kawasan kajian sebelum
dibangunkan - bekas lombong, bekas ladang
getah/kelapa sawit
Adakah kawasan kajian merupakan kawasan
tumpuan ramai atau kawasan yang agak terpencil.
Kawasan kajian dikenali disebabkan apa (nyatakan jika
ada sebarang tarikan di kawasan kajian)
Dalam menjelaskan ciri-ciri fizikal, perhatikan
aspek yang berikut: - bentuk muka bumi - tanah tinggi,
tanah pamah, dataran, berbukit, berpaya (*)
Dalam menjelaskan ciri-ciri budaya, perhatikan
aspek yang berikut: - jenis petempatan, kemudahan
pengangkutan, prasarana lain, kawasan pelanconmgan,
beli - belah, pusat pentadbiran, pendidikan dan
kesihatan (*)
(*) Kaitkan dengan aktiviti ekonomi masyarakat
setempat (jika berkaitan)
Apabila menulis bahagian ini, tidak perlu tulis terlalu
terperinci. Ingat, untuk bahagian ini, kamu perlu
memberi penerangan secara kasar mengenai kawasan
kajian kamu. Sebaiknya tulis dalam tiga perenggan
yang sederhana panjang. (Boleh bincang dengan guru
mata pelajaran untuk kepastian mengenai hal ini.)
Tips: Andaikan yang kamu hendak menerangkan
mengenai kawasan kajian kamu kepada seseorang yang
pertama kali mendengar mengenai kawasan tersebut.
Apa perkara penting yang kamu ingin beritahu kepada
individu tersebut?

Kaedah Kajian - Peta Lakar

Berikut merupakan beberapa kaedah kajian yang telah


diguna pakai dalam melaksanakan kajian:

You might also like