You are on page 1of 8
Tanaman rosel di tanah bris (Roselle crop on bris soil) Engku Ismail Engku Ahmad Pengenalan Di Malaysia, rosel (Hibiscus sabdariffa L.) dikenali dengan nama asam paya, asam susur atau asam kundang. Tumbuhan ini tergolong dalam keluarga Malvaceae iaitu sama seperti bendi dan bunga raya. Terdapat lebih daripada 300 spesies rosel di seluruh dunia seperti di Afrika, India, Asia dan Amerika. Sejak dari dahulu lagi, rosel telah digunakan untuk pelbagai kegunaan khasnya sebagai teh ubatan dan herba. Air rebusan daun atau kaliks dipercayai dapat membantu peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, bersifat antibakteria, membantu penghadaman dan memberi kesan awet muda. Rosel merupakan sejenis tanaman yang mempunyai pelbagai kegunaan. Kaliks atau kelopak buah yang berwarna merah, merupakan hasil utama bagi tanaman rosel (Gambar 1). Kaliks boleh diproses kepada beberapa jenis produk seperti jus, jem, jeli, jeruk, perisa dan pewarna makanan. Ia mengandungi vitamin A dan vitamin C yang tinggi, manakala mineral seperti K, Ca, P dan Fe juga tinggi. Sehingga kini jus minuman, halwa dan jem rosel yang terdapat di pasaran semakin popular di kalangan pengguna. Biji rosel pula boleh diproses untuk mendapatkan minyak yang digunakan dalam pembuatan kosmetik dan wangian. Daun atau pucuk muda juga boleh digunakan sebagai sayur-sayuran. Seterusnya, serat daripada kulit batang juga sesuai untuk dibuat tali. Oleh itu, rosel ialah tanaman yang berpotensi untuk dimajukan sebagai tanaman industri yang baru. Di Malaysia, penanaman rose] telah dikaji oleh Jabatan Pertanian di Terengganu dan MARDI di Sungai Baging, Pahang dan di Bachok, Kelantan. Keputusan kajian menunjukkan tanaman ini sesuai ditanam di tanah bris dengan pencapaian hasil buah segar sebanyak 12.0-25.0 t/ha. Oleh itu, tanaman ini berpotensi untuk dibangunkan sebagai salah satu daripada tanaman alternatif kepada tanaman tembakau, khasnya untuk kawasan tanah bris. Malaysia Gambar 1. Kaliks atau kelopak buah merupakan hasil utama bagi tanaman rosel yang boleh diproses menjadi us, jeli, jem dan pewarna makanan mempunyai tanah bris yang luas iaitu 195,800 hektar. Daripada 55 56 jumlah ini, sebanyak 155,000 heKtar terletak di pantai timur iaitu di Terengganu, Pahang dan Kelantan. Sehingga kini, tanaman tembakau merupakan tanaman industri di tanah bris. yang telah berjaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi petani di kawasan ini. Walau bagaimanapun dengan wujudnya perjanjian AFTA, industri penanaman tembakau di kawasan ini telah terancam dan tanaman lain sebagai alternatif diperlukan. Varieti dan morfologi Di Malaysia setakat ini, hanya satu varieti rosel sahaja yang popular iaitu UM-UKLI yang diperkenalkan oleh Universiti Malaya. Pokok rosel varieti ini tumbuh menegak dengan satu batang utama berserta banyak dahan di sekelilingnya. Pada peringkat matang dahannya mulai rebah jika tidak diberi sokongan. Dahan dan tangkainya berwarna merah manakala daunnya hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Jangka masa hayat produktif bagi tanaman ini ialah 4.0-4.5 bulan. Penyediaan ladang Ladang dibersihkan sebelum menanam. Saki-baki tanaman atau organik dibajak ke dalam tanah menggunakan bajak piring. Operasi menyembur racun rumpai, membajak, mengaput, membuat batas dan membaja organik perlu dijalankan. Sekiranya tanah berasid (pH <5.5), pengapuran perlu dilakukan. Kapur GML pada kadar 2-4 t/ha ditabur dan dibajak ke dalam tanah sekurang-kurangnya dua minggu sebelum menanam. Tanah bris yang terbentuk daripada pasir pantai pada amnya tidak subur kerana kandungan pasirnya yang sangat tinggi. Bagi membaiki kesuburannya, emelioran seperti baja tahi ayam pada kadar 20.0 t/ha digunakan. Bahan- bahan organik yang lain juga boleh digunakan contohnya POME atau kek enap cemar kilang sawit (KECKS) iaitu pada kadar 20-40 t/ha. Bahan-bahan organik ini digaul ke dalam batas tanaman beberapa hari sebelum menanam. Penyediaan bahan tanaman Rosel ditanam menggunakan biji benih, Bagi mendapatkan anak benih yang subur, biji benih disemai di dalam dulang atau polibeg yang mengandungi medium semaian atau tanah campuran di nurseri semaian yang sentiasa disiram dan dijaga dengan baik. Menanam Sebelum menanam, kerja membuat batas berukuran 1.5 m dari parit ke parit dilakukan menggunakan traktor dan alat ‘toto-ridger’. Kemudian anak benih yang berumur 14 hari ditanam di atas batas pada jarak 1.5 m (di antara baris) x 0.6 m (antara pokok) memberikan kepadatan tanaman sebanyak 11,110 pokok sehektar. Penanaman untuk kawasan yang luas boleh menggunakan jentera. Pembajaan Kadar pembajaan bagi tanah bris yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian ialah 350 kg/ha NPK Green (15:15:15) pada peringkat pertumbuhan dan 1,120 kg/ha NPK Blue Special (12:12:17:2) pada peringkat berbuah. Baja NPK Green dibahagikan dan diberi semasa menanam, minggu ke-2, ke-4 dan ke-6 selepas menanam iaitu pada peringkat pertumbuhan. Seterusnya, pembajaan NPK Blue Special pula diberi pada minggu ke- 8, ke-10, ke-12, ke-14, ke-16 dan ke-18 selepas menanam iaitu pada peringkat berbuah. Pengairan Sistem pengairan diperlukan untuk memastikan keperluan air mencukupi dan pokok dapat hidup subur. Tanpa air yang mencukupi, nutrien di dalam tanah tidak dapat diserap oleh akar pokok. Kaedah pengairan renjis berputar atau kaedah lain yang sesuai seperti sistem titis juga boleh digunakan. Kadar pemberian air bergantung kepada keadaan cuaca dan tahap pertumbuhan pokok di samping keupayaan pegangan air oleh tanah. Tanah bris yang tinggi kandungan pasirnya, mempunyai keupayaan pegangan air (WHC) yang rendah. Oleh itu pengairannya mestilah membekalkan air dalam kuantiti yang lebih kecil tetapi lebih kerap berbanding di tanah yang berliat. Sebaliknya, pengairan yang berlebihan juga perlu dielakkan bagi menghindari kehilangan nutrien secara larut resap dan merebaknya penyakit reput. Kawalan rumpai Rumpai dikawal dengan menyembur racun pra-cambah alachlor (Lasso) di atas permukaan tanah sebaik sahaja selesai menanam. Kaedah ini mengawal rumpai secara membunuh benih rumpai yang baru bercambah dan ia berkesan selama lebih kurang 40 hari. Selepas itu kawalan boleh dilakukan dengan menyembur racun rumpai contohnya paraquat (Gramoxone). Semburan dilakukan secara berhati-hati iaitu menggunakan alat pelindung bagi mengelakkan terkena daun dan batang pokok. Kawalan serangga dan penyakit Perosak utama bagi tanaman ini ialah lelompat hijau (Nephotettix sp) dan kepinding bendi (Dysdercus cingulatus). Perosak dikawal dengan dengan semburan racun serangga seperti imidacloprid (Confidor) atau deltamethrin (Decis). Manakala penyakit utamanya pula ialah reput daun (Coneilla musaiaensis) dan reput batang (Phoma spp.) yang dikawal dengan menyembur racun kulat seperti carbendazim (Bavistin) 57 58 atau mancozeb (Dithane M-45). Serangan penyakit ini hanya serius pada musim hujan. Kutipan hasil Kutipan hasil dimulakan apabila kaliks telah kembang sepenuhnya iaitu mencapai peringkat matang pada umur sekitar 70-86 hari selepas menanam. Buah rosel tidak matang serentak (Gambar 2), Qleh itu, buah yang matang sahaja dipetik pada setiap kali. Kutipan hasil perlu dilakukan sehingga 6-9 kali iaitu selang 7 hari sekali (Jadual 1). Sehingga kini, kutipan hasil masih lagi dilakukan secara manual, dan ini memerlukan. tenaga buruh yang tinggi. Pencapaian hasil Pencapaian hasil tanaman rosel agak berbeza antara kawasan yang berlainan kerana kesuburan tanah yang tidak sama khasnya antara siri Rudua, siri Baging, dan siri Rhu Tapai. Pencapaian hasil di Sungai Baging (siri Baging), Pahang, ialah 14.2-17.3 t/ha (Jadual 2), Manakala di Bachok (siri Rudua), Gambar 2. Buah rosel tidak masak serentak. Buah matang dipetik sehingga 6-9 kali selang 7 hari sehari Musim pertama Musim kedua (Feb-Jun 1995) _ (Jun-Okt. 1994) ‘Purata tinggi pokok (cm) 145 150 Purata bil. dahan utama/pokok 13 2 Umur mula pungut hasil (hari) #70) 86 Kekerapan Bana hasil (hari berselang) 7 a Tempoh keluar hasil (hari) 68 40 Jangka masa hayat (hari) 139 126 Kesesuaian untuk ratun Ya Tidak ‘Sumber: Engku Ismail dan Zaharah (1996) Musim pertama Musim kedua (Feb-Jun 1995) __(Jun-Oktober 1994) Purata hasil buah (t/ha) 17.32 14.17 Purata hasil kaliks (t/ha) 10.39 8.59 Purata berat buah (g/pokok) 2,034 1,562 Purata berat kaliks (g/pokok) 1,223 946 Purata bil. buah sepokok 145 n4 ‘Sumber: Engku Ismail dan Zaharah (1996) Tahun 1996 1997 1998 Purata hasil buah (t/ha) 16.38 16.06 24.98 Purata hasil kaliks (t/ha) 6.84 6.50 11.90 Purata berat buah (g/pokok) 1475 1,445 2,247 Purata berat kaliks (g/pokok) 602 585 1,070 Purata bil. buah/pokok 128 121 163 [Sumber: Yahaya dil. (2001) Kelantan, hasilnya 16.1-25.0 t/ha (Jadual 3) dan di Terengganu (siri Rhu Tapai) pula hasilnya 12.1-12.4 t/ha. Rosel yang ditanam pada musim pertama, atau pada awal tahun, mengeluarkan hasil yang lebih tinggi dan bermutu berbanding dengan musim kedua. Ini disebabkan pada musim pertama cuacanya lebih baik dan kurang masalah penyakit. Sebaliknya tanaman musim kedua, yang mengalami cuaca yang panas dan lembap, didapati mudah diserang penyakit kulat. Anggaran kos pengeluaran dan pulangan Jumlah kos pengeluaran bagi tanaman rosel ialah RM10,800/ ha semusim iaitu berdasarkan kos bahan input sebanyak RM5,260, kos tenaga kerja RM4,200, kos kontrak RM360 dan kos iuar jangkaan RM980 (Jadual 4). Dari segi input, kos penggunaan baja organik iaitu RM1,800 merupakan kos komponen yang tertinggi. Ini disebabkan tanah bris memerlukan amelioran atau baja organik yang lebih tinggi bagi membaiki kesuburannya. Kos kedua tertingi ialah kos pengairan iaitu RM1,200. Sistem pengairan bantuan sangat diperlukan di tanah berpasir bris bagi menjamin tanaman dapat hidup subur kerana keupayaan pegangan airnya yang rendah. Manakala dari segi tenaga kerja, yang tertinggi ialah kos memungut hasil iaitu RM2,400. Buah rosel perlu dipungut beberapa kali serta dipetik secara manual menggunakan tangan. Setakat ini belum ada jentera untuk memetik buah rosel. Di samping itu, pokok rosel dalam musim pertama yang telah selesai pungutan hasilnya boleh diratun. Caranya adalah dengan memotong batang pokok setinggi 30 cm dan membiarkannya mengeluarkan tunas bara dan akhirnya 59 Kerja kontrak: Kontrak membajak/ mengapur/ buat batas 360 Jumlah kecil 360_| B Bahan input: Benih: 2 kg @ 35.00/kg 70 Kapur, GML: 4 t @ 80.00/t 320 Baja organik (tahi ayam): 15 t @ 120/t 1,800 Baja tak organik 1,250 NPK Green 350 kg @ 781/t NPK Blue Sp 1,200 kg @ 810/t Racun rumput/perosak/ penyakit 200 Sistem pengairan renjis berputar (RM6,000/ 5 tahun) 1,200 Minyak diesel 600 liter @ 0.70/liter 420 Jumlah kecil 5,260 © Tenaga kerja Penyediaan bahan tanaman 160 Menanam 520 Membaja organik & inorganik 320 Mengawal rumpai 480 Mengawal perosak/penyakit 320 Memungut hasil 2,400 Jumlah kecil 4200 Jumlah A+B +C 9,820 Kos luar jangkaan (10%) 980 JUMLAH BESAR 10,800 Hasil (t/ha) Pendapatan Harga jualan buah (RM/kg) 0.80 1.00 1.20 12.00 Pendapatan kasar 9,600 12,000 14,400 Pulangan tenaga kerja 3,000 5,400 7,800 Pendapatan bersih (1200) 1,200 3,600 15.00 Pendapatan kasar 12,000 15,000 18,000 Pulangan tenaga kerja 5,400 8,400 11,400 Pendapatan bersih 1,200 4,200 7,200 18.00 Pendapatan kasar 14,400 18,000 21,600 Pulangan tenaga kerja 7,800 11,400 15,000 Pendapatan bersih 3,600 7,200 10,800 *Perkiraan berasaskan jumlah kos pengeluaran = RM10,800/ha/musim (kos bahan input RM6,600 + kos tenaga kerja RM4,200). Angka dalam kurungan menunjukkan kerugian mengeluarkan hasil yang hampir menyamai tanaman asal. Kaedah ini boleh mengurangkan jumlah kos pengeluaran kepada 68.9% sahaja. Walau bagaimanapun, kesesuaian kaedah ini bergantung kepada kesuburan pokok asal. Kos dan pulangan pendapatan adalah berbeza bagi aras hasil dan harga jualan buah yang berbeza (Jadual 5). Oleh itu, pengeluaran rosel di tanah bris hanya akan menguntungkan sekiranya hasil buah mencapai 12.0 t/ha atau lebih dan harga jualannya pula RM1.00/kg atau lebih. Masalah pengeluaran secara komersial Masalah utama bagi pengeluaran rosel ialah ketiadaan pasaran terjamin sehingga menyukarkan petani untuk menjual kutipan hasil tanaman. Keadaan ini dapat dielakkan jika petani dapat menanam rosel secara kontrak dengan pengilang iaitu seperti yang diamalkan oleh penanam dan pengawet tembakau. Masalah yang kedua ialah kos tenaga kerja yang tinggi bagi operasi kutipan hasil. Masalah ini dapat diatasi jika kutipan hasil dapat dilakukan dengan penggunaan jentera. Manakala masalah serangan penyakit kulat yang serius pula dapat dielakkan dengan menanam rosel pada awal tahun supaya semua kutipan hasil selesai sebelum musim hujan. Kesimpulan Tanaman rosel sangat berpotensi untuk dimajukan sebagai tanaman industri yang baru khasnya sebagai alternatif kepada tanaman tembakau di kawasan tanah bris. Walau bagaimanapun, permintaan terhadap hasil tanaman ini perlu diwujudkan terlebih dahulu. Promosi terhadap penggunaan pelbagai produk serta penyelidikan dan pembangunan yang berterusan perlu ditingkatkan terutama dari segi pengurangan kos dan pembangunan produk. Bibliografi Abdul Wahab, N. (1982). Masalah-masalah tanah bris. Telwol. Pertanian, ‘MARDI 3(1): 81-91 Engku Ismail, E.A. dan Zaharah, A. (1996), Prestasi tanaman roselle di tanah bris, siri Baging. Prosid. seminar penyelidikan tembakau ke-18, 17 Dis. 1996, Kangat, m.s. 187-198. Serdang: MARDI Mat isa, A., Md. Isa, PM. dan Abd. Aziz, A.R. (1985). Analisis kimia dan pemprosesan roselle (Hibiscus sabdariffa L). MARDI Res. Bull. 13(1): 68-74 Sofian, MS. dan Tan, H.H. (1995). Potensi pengeluaran rosel di kawasan penanaman tembakau. Prosid. seminar penyelidikan tembakau 1995, ms. 76-87. Serdang: MARDI Tan, H.H. dan Noor Mohd. Sapian, S. (1993). Penanaman roselle - Hibiscus ssabdariffa L. di tanah bris (Laporan khas) 13 him. Kuala Terengganu: Jabatan Pertanian Yahaya, H,, Zaharah, A., Azmi, R. dan Salma, O. (2001). Tanaman giliran dan tanaman alternatif di tanah bris, (Occasional paper No. 1/2001). Serdang: MARDI 61 62 Ringkasan Rosel (Hibiscus sabdariffa L.) didapati tumbuh dengan baik di tanah pasir bris. Ia telah dikenal pasti sebagai tanaman yang berpotensi untuk dimajukan sebagai tanaman industri yang baru khasnya sebagai tanaman alternatif kepada tembakau bagi kawasan tanah bris. Kaliks, iaitu kelopak buah rosel yang berwarna merah, dapat diproses kepada pelbagai produk seperti kordial, jus, jem, halwa dan pewarna makanan yang sesuai untuk pasaran tempatan atau luar negara. Kajian penanaman di ladang yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian dan MARDI di Terengganu, Kelantan dan Pahang, sejak tahun 1993 hingga 1998, menunjukkan tanaman rosel di tanah bris dapat mengeluarkan hasil buah 12-25 t/ha. Jumlah kos pengeluaran dianggarkan sebanyak RM10,800 sehektar semusim iaitu terdiri daripada RM6,600 kos bahan input dan RM4,200 kos tenaga kerja. Penanaman rosel di kawasan tanah bris akan menguntungkan jika pengeluaran hasil buah segar mencapai 12 t/ha atau lebih berserta dengan harga di ladangnya pula pada RM1.00/kg atau lebih. Summary Roselle (Hibiscus sabdariffa L.) was found to be growing well on sandy bris soils. It has been identified as having potential to be developed as a new industrial crop especially for bris soil areas and as an alternative crop to tobacco. Calyces, the red petals of roselle fruits, can be processed into various products such as cordial, juice, jam, snack and food colouring suitable for local as well as foreign markets. Field trials on roselle planting conducted since 1993 until 1999 by Jabatan Pertanian and MARDI in Terengganu, Kelantan and Pahang have shown that fresh fruit yields obtained on bris soils were ranged between 12 and 25 t/ha. ‘The total cost of production was estimated at RM10,800 per hectare per season, and the material and labour inputs are RM6,600 and RM4,200 respectively. The production of roselle crop on bris soil will only be profitable if the fresh fruit yield is 12 t/ha or more and with its ex-farm price of RM1.00/kg or more. Pengarang Engku Ismail Engku Ahmad Stesen MARDI Telong, 16310 Bachok, Kelantan E-mel: eiea@mardi.gov.my

You might also like