You are on page 1of 2

Buah Tin & Masalah Kesihatan Individu

Oleh: Musa Yaacob

Buah tin dan kandungan oxalates


Buah tin ialah antara buah-buahan yang mengandungi kandungan oxalates yang agak
signifikan. Bahan ini biasa terdapat secara asli pada tanaman dan dalam badan
manusia. Apabila kandungan oxalates terlampau tinggi dalam sistem cecair badan,
ianya boleh membentuk kristal dan seterusnya boleh menyebabkan masalah kesihatan,

terutama bagi individu yang memang ada masalah penyakit batu karang.
Oxalates juga mungkin boleh mempengaruhi penyerapan calcium (Ca) oleh sistem
tubuh manusia. Walau bagaimana kesan kandungan oxalates tidaklah sehingga
menyebabkan makanan yang mengandungi oxalates yang juga sumber calcium dilaran
untuk dijadikan makanan harian.

Buah tin kering dan kandungan sulfites


Pada kebiasaanya, dalam pemprosesan buah tin kering secara komersial, ianya dirawat
dengan gas sulfur dioxide atau sulfites untuk memanjangkan jangka hayat
penyimpanan. Sebatian megandungi sulfur juga diadunkan dengan buah tin kering
untuk mengelakkan proses oxidasi. Proses oxidasi boleh menyebabkan buah tin kering
akan bertukar warna menjadi lebih pudar. Kandungan sulfites boleh menjadi masalah
bagi individu yang alahan kepadanya. Kesan sulfites adalah lebih serius bagi mereka
yang ada masalah asma.
Peraturan telah dibuat bahawa hasil tanaman yang diklasifikasi sebagai tanaman
organik tidak seharusnnya mengandungi bahan sulfites ini.

You might also like