You are on page 1of 2

6.

1 Cabaran
Walaupun pelbagai usaha dan strategi dilaksanakan dalam memupuk semangat perpaduan dan
integrasi nasional, namun masih terdapat pelbagai halangan yang menjadi masalah dalam
pembentukkan masyarakat yang bersatu padu di Malaysia. Nilai dan sikap masyrakat yang
berprasangka, perkauman dan etnosentrisme merupakan faktor asas kepada halangan-halangan
lain, Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al (2001).
Halangan-halangan yang timbul dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia
boleh dilihat dari perspektif sosial, kebudayaan, ekonomi, politik dan faktor fizikal.

4.11 Sosial
Dalam aspek sosial, halangan yang timbul ialah tahap kefahaman yang rendah tentang cara hidup
dan masalah-masalah hidup kaum lain. Keadaan ini menyebabkan tiada rasa hotmat dan
menghargai antara kaum. Oleh sebab itu, wujudnya masalah perkauman yang mengundang kepada
permusuhan kaum. Tahap kefahaman yang rendah tentang kaum lain ini biasanya disebabkan oleh
pendedahan yang kurang mengenai kepelbagaian etnik di Malaysia.
Halangan yang seterusnya ialah kewujudan sekolah jenis kebangsaan. Seperti mana yang kita tahu,
penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah telah dijalankan di semua sekolah di Malaysia.
Namun begitu, ia tidak begitu menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional kerana masih
terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri dari
kaum-kaum yang sama dalam satu sekolah. Dengan adanya sekolah-sekolah ini telah
mengurangkan peluang-peluang untuk berinteraksi dan berhubung dengan pelajar-pelajar dari
kaum-kaum yang berlainan. Maka semangat kekeluargaan tidak dapat dipupuk dan seterusnya
menjadi penghalang kepada perpaduan.
Bagi ibu bapa, mereka juga lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-
sekolah jenis kebangsaan seperti kaum Cina dan India. Ini kerana mereka tidak begitu yakin dengan
pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar-pelajar Melayu.
Dalam konteks sosial juga dapat diperhatikan kebanyakkan masyarakat di Malaysia lebih cenderung
untuk tinggal di satu kawasan yang terdiri dari penduduk yang sama kaum. Contohnya di Kuala
Lumpur, penduduk Cina lebih banyak tertumpu di kawasan Pudu, kaum India di kawasan Brickfield
dan Sentul manakala kaum Melayu pula di kawasan Kampung Baru. Keadaan ini berlaku kerana
mereka merasakan lebih selamat tinggal bersama penduduk-penduduk yang sekaum dengan
mereka.
4.12 Kebudayaan
Antara halangan yang timbul dari segi kebudayaan ialah proses pemasyarakat yang terbatas dalam
kumpulan etnik sendiri. Maksudnya dalam proses pemasyarakatan tidak ada pendedahan kepada
adat-adat dan kebudayaan etnik lain. Maka cara hidup kaum-kaum lain tidak diketahui dan ia akan
menjadi penghalang kepada pembinaan hubungan baik antara kaum. Proses pemasyarakatan ini
merangkumi pendidikan di sekolah serta asuhan ibu bapa.
Selain itu perbezaan kebudayaan juga merupakan penghalang dalam memupuk perpaduan dan
integrasi nasional di Malaysia. Kebudayaan meliputi agama, kepercayaan, adab resam dan cara
hidup setiap kaum. Perbezaan kebudayaan akan menyebabkan timbulnya prasangka, perkauman
dan etnosentrisme yang merupakan perkara utama yang menyumbangkan kepada masalah
perpaduan.
Pada masa yang sama, sikap setiap kaum yang terlalu mempertahankan budaya mereka juga
menjadi punca kepada masalah perpaduan. Ini kerana mereka tidak dapat menerima amalan dan
kepercayaan kaum lain yang berbeza dengan cara hidup mereka.

4.13 Ekonomi
Perbezaan pekerjaan merupakan salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada perpaduan
dari segi ekonomi. Sejak dari zaman penjajahan British lagi masalah perbezaan pekerjaan
membelenggu masyarakat yang berbilang kaum ini. Pada waktu itu, masyarakat Cina banyak
ditempatkan di kawasan-kawasan bandar kerana kebanyakkan mereka terlibat dalam sektor
perlombongan biji timah. Bagi masyarakat India, mereka ditempatkan di kawasan-kawasan estet
getah dan orang Melayu pula banyak di kawasan-kawasan kampung kerana orang Melayu bergiat
dalam pertanian tradisional. Pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan yang berlaku di Tanah
Melayu pada ketika itu sedikit sebanyak mencorakkan kehidupan rakyat Malaysia sekarang.
Sebagai contoh ialah bidang perniagaan yang kebanyakkannya dikuasai oleh kaum Cina.
Perbezaan sosioekonomi yang berlaku boleh menimbulkan rasa cemburu, sangsi dan takut
terhadap kaum yang berkuasa.

4.14 Politik
Dalam aspek politik, perkara yang menjadi penghalang ialah politik perkauman. Parti-parti politik di
Malaysia seperti MCA dan MIC merupakan contoh-contoh parti politik yang dianggotai oleh satu
golongan etnik sahaja. Oleh kerana setiap parti bebas menyuarakan pendapat dan isi hati,
semangat perkauman semakin menyemarak dalam diri masyarakat di Malaysia.

You might also like