You are on page 1of 3

Pelbagai etnik jadikan Malaysia negara unik

MALAYSIA adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian kaum,


budaya dan adat resam. Perpaduan yang terjalin di antara warga berbilang
kaum di negara ini adalah resepi utama kepada kejayaan Malaysia
mempertahankan kemerdekaannya. Perpaduan adalah perkara penting setiap
negara-bangsa yang bebas dan berdaulat. Ia bukan sekadar suatu
perlembangaan, tetapi berupaya mencetuskan keharmonian sosial, kestabilan
politik dan pertumbuhan ekonomi.

Sekiranya berlaku perbezaan pendapat, ia akan diselesaikan secara aman


melalui sikap bertolak ansur dan hormat-menghormati antara kaum. Inilah
yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan berbeza
daripada negara-negara lain di dunia.

Terdapat juga kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina
dan India. Kaum-kaum ini adalah kumpulan etnik majoriti di bahagian
Semenanjung Malaysia. Namun begitu, terdapat juga sebilangan kecil kaum ini
yang menetap di Sabah dan Sarawak. Kaum Melayu menganut agama Islam
dan bertutur dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai
dialek lain yang bersifat kedaerahan dan keturunan turut dituturkan oleh
bangsa Melayu. Kaum ini berpegang kepada adat resam Melayu yang diwarisi
daripada generasi terdahulu di dalam kehidupan seharian mereka. Perayaan
utama kaum Melayu ialah hari Raya Aidilfitri dan hari Raya Korban.

Kaum Cina kebiasaannya menganut agama Buddha atau Kristian. Terdapat


tiga dialek berbeza di dalam Bahasa Cina yang dituturkan oleh masyarakat
Cina di Malaysia. Dialek tersebut ialah Hokkien, Kantonis dan Mandarin.
Mereka mengamalkan adat resam kehidupan kaum Cina sebagaimana yang
diamalkan di Tanah Besar Cina. Perayaan utama masyarakat Cina ialah Tahun
Baru Cina.

Kaum India adalah kumpulan etnik terkecil di antara ketiga-tiga kumpulan


etnik utama di Malaysia. Mereka kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Tamil
dan menganuti Hindu. Mereka juga berpegang teguh kepada adat resam
seperti yang diamalkan oleh kaum India di Selatan India. Perayaan utama
masyarakat India ialah Deepavali.

Selain daripada tiga kelompok etnik utama itu, Malaysia juga mempunyai
kepelbagaian kumpulan etnik peribumi. Kebanyakan etnik peribumi ini
terdapat di negeri Sabah dan Sarawak. Namun begitu, Semenanjung Malaysia
juga mempunyai penduduk dari kaum etnik peribumi yang dikenali sebagai
Orang Asli.

Orang Asli yang terdapat di bahagian Semenanjung Malaysia boleh


dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaiatu Negrito, Senoi dan Melayu
Proto. Setiap kumpulan etnik Orang Asli ini mempunyai bahasa pertuturan dan
budaya adat resam yang tersendiri. Mereka biasanya tinggal di kawasan
pedalaman dan jauh daripada kepesatan pembangunan.

Sabah pula mempunyai penduduk yang terdiri daripada lebih daripada 32 suku
kaum peribumi. Namun begitu, kaum etnik yang terbesar adalah
Kadazandusun, Bajau dan Murut. Kadazandusun adalah kumpulan etnik
terbesar di Sabah. Ia terdiri daripada dua kaum iaitu Kadazan dan Dusun yang
digabungkan bersama kerana mempunyai bahasa dan budaya yang serupa.

Perbezaan di antara kedua-dua kaum ini adalah dari segi loghat bahasa dan
lokasi penempatan mereka. Etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah
manakala etnik Dusun menetap di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.
Bajau adalah kumpulan etnik peribumi kedua terbesar di Sabah. Mereka
berasal daripada keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (
Tuhan Laut) dan mereka juga dikenali sebagai gipsi laut. Kebanyakan
masyarakat Bajau mendiami kawasan Semporna dan Kota Belud. Kaum lelaki
masyarakat ini juga digelar sebagai Koboi Timur kerana kemahiran
mereka menunggang kuda.

Etnik peribumi ketiga terbesar di Sabah adalah kaum Murut. Secara tradisinya,
mereka mendiami kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka menjalankan
kegiatan bercucuk tanam dengan menanam padi huma dan ubi kayu. Mereka
juga menjalankan kegiatan berburu dengan menggunakan sumpit serta
menangkap ikan.

Seperti di Sabah, negeri Sarawak juga kaya dengan keplebagaian kaum


dengan memiliki lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi. Bagaimanapun,
terdapat beberapa kumpulan etnik utama di Sarawak iaitu daripada suku kaum
Iban, Malanau dan Bidayuh. Selain daripada etnik utama ini, Sarawak juga
turut dihuni oleh kaum Bisaya,Orang Ulu, Kedayan dan lain-lain.

Suku kaum Iban adalah kumpulan etnik terbesar di Sarawak. Mereka tinggal
secara berkumpulan di rumah tradisional yang dikenali sebagai rumah
panjang. Kebanyakan daripada masyarakat Iban pada hari ini menganuti
agama Kristian tetapi masih mengekalkan amalan tradisi adat resam nenek
moyang mereka.

Melanau adalah salah satu daripada masyarakat peribumi utama yang


mendiami Sarawak. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Melanau
memeluk agama Islam dan Kristian berbanding kepercayaan asal mereka,
Animisme. Mereka menjalankan kegiatan menanam padi dan sagu selain
menangkap hasil laut.

Dalam pada itu, kebebasan setiap bangsa untuk mengamalkan kepercayaan,


adat resam dan kebudayaan masing-masing menjadi asas kepada
kesejahteraan negara. Selain dari itu, sikap toleransi antara kaum yang
diamalkan turut menjadi benteng kepada anasir-anasir yang boleh
mengakibatkan ketegangan hubungan antara kaum. Sesungguhnya perpaduan
yang dicapai ini adalah merupakan suatu anugerah yang perlu disyukuri dan
dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.
By : OLEH DOUTIS GOUKIT

You might also like