You are on page 1of 12

1.

0 DEFINISI KEBUDAYAAN

Menurut kamus, kebudayaan dimaksudkan sebagai satu cara kehidupan. Kamus


Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Justeru , budaya boleh didefinisikan sebagai
suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,
susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam , sikap dan
nilai.

Ralph L. Beals dan Harry Hoijer dalam bukunya An Introduction to Antropology


menyatakan konsep kebudayaan ialah mengenalpasti kelakuan yang biasa
dipraktikkan, diperolehi melalui pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat.
Prof. Dr. Koentjaraningrat (1970) dalam bukunya Pengantar Antropoloji menyatakan
bahawa kebudayaan berasal daripada kata Sanskrit buddhayah iaitu buddhi yang
membawa maksud budi atau akal. Oleh sebab itu, kebudayaan dapat diertikan
sebagai hal-hal bersangkutan dengan akal.

Menurut Edward B. Taylor dalam bukunya Primative Culture, kebudayaan ialah


satu keseluruhan sistem yang kompleks, di dalamnya terkandung unsur-unsur
pengetahuan, kepercayaan, seni , moral, undang-undang, adat istiadat.

Lucy Mair dalam bukunya berjudul An Introduction to Social Anthropology


menyatakan bahawa kebudayaan ialah milik bersama sesuatu masyarakat yang
mempunyai tradisi yang sama.

Ibnu Khaldun berpendapat budaya merujuk kepada kebiasaan cara hidup.


Manusia mempunyai intelek dan daya fikir, melalui intelek manusia dapat memahami
satu sama lain. Manusia dapat menyesuaikan cara hidup dengan alam sekeliling,
proses penyesuaian melahirkan budaya yang berbeza-beza antara kawasan.

Kesimpulannya, kebudayaan merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat yang


diwarisi dan yang bersifat dinamik. Di samping itu, ada unsur menerima dan menolak
yang dipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem
kehidupan, didalamnya terkandung unsur teknologi, ekonomi, organisasi sosial,
kepercayaan dan sistem simbol yang menjadi milik bersama sesuatu masyarakat.
2.0 CIRI- CIRI KEBUDAYAAN

Masyarakat mempunyai budaya yang tersendiri. Budaya yang menjadi amalan


masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti dan jati diri masyarakat
tersebut. Sikap, amalan dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya
menjelaskan budaya masyarakat tersebut.

Edward B. Taylor menyatakan ciri yang paling utama ialah perkaitan antara
wujudnya kebudayaan. Kebudayaan tidak wujud sekiranya tidak ada masyarakat,
kerana kebudayaan meliputi seluruh sistem dan aktiviti kehidupan sesuatu
masyarakat tersebut.

Ciri yang kedua ialah kebudayaan bersifat dinamik kerana kebudayaan


mengalami perubahan yang pesat. Kebudayaan Melayu boleh dikatakan amat
dinamik kerana individu dalam masyarakat yang mendukung kebudayaan
menenerima perubahan. Masyarakat Melayu misalnya, menerima kedatangan Islam
dengan sennag hati tanpa ada sikap penolakan. Lama-kelamaan, budaya Hindu dan
Buddha dalam diri masyarakat Melayu terpinggir dan semakin dilupakan. Dari sudut
pekerjaan, perubahan berlaku dengan wujudnya keperluan semasa. Pertanian
merupakan pekerjaan masyarakat Melayu pada masa dahulu, namun kini mereka
terlibat dengan sektor perindustrian dan perdagangan.

Faktor menerima dan menolak pula adalah faktor yang merupakan fenomena
biasa dalam kebudayaan. Penolakan atau penentangan terhadap perubahan asalnya
didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-
nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Ada juga penolakan berlaku disebabkan
unsur yang masuk tidak sesuai dengan masyarakat berkenaan. Penerimaan
terhadap unsur yang baharu pula berlaku kerana anggota masyarakat bersedia
untuk memasukkan idea-idea baharu yang membawa kebaikan kepada masyarakat.
Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan dan
nilai yang dipegang.

Ciri yang paling penting ialah kebudayaan yang diwarisi dan diperturunkan dari
generasi ke generasi. Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa
dahulu diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi
amalan dan perlakuan masyarakatnya. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang
diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan, seperti berandam, malam
berinai, khatam Al-Quran dan adat bersanding. Adat tersebut masih diamalkan
walaupun ada perbezaan dari segi pelaksanaannya akibat peredaran zaman.

Setiap kebudayaan dalam dunia ini mengalami perubahan dan proses


kesinambungan. Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam bentuk seni bina,
peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai, dan adat resam.
Misalnya,budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana mengalami
proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya kreativiti
msyarakat untuk mencipta berbaagi-bagai bentuk seni bina rumah pada hari ini. Dat
resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan di sana sini.

3.0 PENGARUH ANIMISME DALAM MASYARAKAT TRADISI

Menurut Rahim Syam dan Norhale (1985), animisme ialah sistem kepercayaan
masyarakat primitif. Shananisme , Totemisme (sistem kepercayaan yang
menyatakan nenek moyang manusia ada hubungan roh dengan binatang) dan
pemujaan roh nenek moyang, boleh digolongkan dalam kepercayaan animisme.
Sisitem kepercayaan ini wujud kerana manusia percaya ada satu kuasa ghaib yang
menentukan peraturan alam dan makhluk yang hidup di alam ini.

Antara kepercayaan animisme ini ialah percaya kepada penunggu yang


kononnya mempunyai kuasa ghaib dalam menetapkan tuah, dan kecelakaan kepada
kehidupan manusia. Jampi mentera digunakan oleh dukun dalam upacara pemujaan
semangat, penunggu dan roh sebagai cara berkomunikasi.

Di Indonesia, roh datuk nenek dikenali sebagai Hyang. Biasanya roh ini
dipercayai berada di puncak gunung yang tinggi. Tempat pemujaan yang terkenal di
Indonesia ialah Hyang Tanggal di Gunung Bieng, Sang Hyang di Gunung Sanggiang
di Nusatenggara, Parahiyangan di Sunda dan Periangan di Padang Panjang,
Minangkabau.

Mengikut Durkheim, kepercayaan animisme luas tersebar dalam kalangan


masyarakat Melanesia dan Polenesia. Mereka percaya kepada konsep semangat
dalam diri manusia, tempat dan tumbuh-tumbuhan. Sistem kepercayaan animisme
berasaskan mitos dan simbol.

Terdapat pelbagai corak animisme dalam masyarakat Melayu antaranya ialah


percaya kepada semnagat seperti semangat padi. Padi dianggap seperti tuan puteri.
Pemujaan semangat padi dijalankan dalam upacarat tertentu. Dewi Sri atau Sang
Hyang Sri adalah nama kepada padi. Padi dijaga dengan baik tanpa tanpa sebarang
rombakan pembaharuan seperti penggunaan jentera yang boleh menjauhkan
semangat padi. Pada waktu siang manusia mencari rezeki dan pada waktu malam
timbullah perasaan takut kerana gelap. Binatang buas dan serangga sering
mengganggu manusia pada waktu malam. Timbullah kepercayaan bahawa di
samping semangat padi , dewa matahari turut mempunyai hubungan dengan dengan
keselamatan manusia. Akhirnya, manusia menganggap matahari sebagai Tuhan.

Orang Melayu percaya penunggu terdapat di busut, gunung, pokok dan bukit-
bukit. Penunggu hendaklah dipuja dan diberi kehormatan supaya tidak mengganggu
ketenteraman dan menimbulkan bencana. Upacara jamuan yang disertai dengan
pemujaan telah dijalankan sebagai memberi makanan kepada hantu. Orang Jawa
dan orang Asli telah menjadikan puncak gunung dan bukit sebagai tempat simpanan
mayat, supaya generasi akan datang cinta kepada tempat tersebut. Sikap ini
meninggalkan dua kesan dalam jiwa manusia, iaitu takut dan cinta. Mereka takut
akan gangguan roh yang datang menuntut janji kerana masyarakat tidak memberi
penghormatan dan cinta kepada roh itu.

Upacara pengebumian bagi masyarakat Negrito di Semenanjung Malaysia


bermula dengan mengikat dua batang kayu di pinggang si mati sebagai tanda
pengenalan diri. Si mati dimasukkan ke dalam lubang sedalam tiga kaki sebelum di
timbus. Dua batang kayu ditanda dengan arang dicacakkan di hujung dan di pangkal
kubur bagi melindungi daripada harimau. Sebatang kayu lagi dicacakkan di atas
bumbung pondok untuk menolong orang mati itu menuju ke matahari. Selepas
istiadat itu dijalankan, kaum keluarga akan menangis dengan kuat sambil lagu
pemujaaan dinyanyikan. Kemudian , kaum Negrito akan berpindah ke kawasan lain
kerana takut roh si mati akan merayau.

Kadang kala , setelah beberapa hari datuk dan nenek mereka mati,
kedengaranlah bunyi harimau mengaum pada waktu malam. Di sini timbullah
kepercayaan bahawa nenek mereka telah menjelma atau menjadi harimau jadi-
jadian. Kepercayaan terhadap penjelmaan roh datuk nenek dengan bentuk binatang
ini dikenali dengan konsep anthromophisism.

Berlainan pula dengan upacara Magang bagi kaum Kadazan. Upacara ini berupa
upacara penyerahan tengkorak keluarga, hanya keluarga pahlawan yang terkenal,
keluarga pendeta dan penghulu sahaja yang menyaksikan upacara ini. Tengkorak itu
melambangkan keberanian, semangat, kemahiran memburu kepala dan mendapat
pengiktirafan sosial dalam kalangan kaum mereka. Upacara Magang selalunya
dirayakan selama tujuh hari. Tengkorak tengkorak yang kering dibawa ke jelapang
padi iaitu tempat kepala-kepala tengkorak itu disimpan dan kemudian diarak di
khalayak ramai.

Selain itu, terdapat upacara pemujaan taakar suci. Upacara ini terhad dalam
kalangan kaum Kadazan sahaja. Tujuan upacara ini ialah untuk mengusir hantu
syaitan yang berkumpul dalam kampung itu. upacara ini dijalankan oleh pendeta dan
kaum wanita dengan cara berarak dari satu rumah kepada satu rumah di samping
membaca doa dan menari. Mereka membawa besi berani. Menurut kepercayaan
mereka, besi berani ini akan menarik semua hantu syaitan dari semua sudut dan
penjuru rumah. Perarakan ini kemudian menuju ke tebing sungai.

Upacara puja pantai ini masih diamalkan oleh kaum nelayan. Mereka
mengadakan penyemahan pantai kerana menghalau hantu, supaya nelayan tidak
diganggu syaitan. Upacara menjamu hantu ini dijalankan dengan cara pembuangan
ancak yang mengandungi santapan yang istimewa untuk makanan hantu laut. Ancak
ini kemudian dibuang ke laut oleh dukun-dukun melalui doa, jampi dan mantera.
Mereka berharap semoga para nelayan mendapat rezeki tangkapan yang banyak
dan selamat.

Orang Melayu mempunyai cara tersendiri untuk memulihkan semangat diri. Satu
daripada cara memulihkan semangat yang hilang ialah dengan cara menabur beras
kunyit dan kenduri untuk memanggil kembali semangat itu. Biasanya semangat itu
dipuja untuk memulihkan semangat si pesakit atau orang yang beada dalam
kecemasan. Di samping itu, alat-alat tertentu seperti keris yang dipercayai sakti juga
muncul dalam masyarakat animisme sebagai penawar, ubat menghilangkn bisa
kepada orang sakit.
Perkahwinan dalam masyarakat primitif

Terdapat pelbagai cara dalam sistem perkahwinan masyarakat ialah :

Monogami- sistem perkahwinan yang melibatkan seorang suami dan seorang isteri.
Perkahwinan monogami ini adalah sistem yang biasa dalam masyarakat.

Poligami- perkahwinan yang terdiri daripada seorang suami dan lebih daripada
seorang isteri.

Poliandri sistem perkahwinan yang melibatkan seorang isteri dan lebih daripada
seorang suami. Dalam masyarakat Tibet, suami itu terdiri daripada adik-beradik
suaminya.

Perkahwinan kelompok- perkahwinan ini berlaku dalam kalangan sekumpulan lelaki


dan sekumpulan perempuan. Anak yang dilahirkan itu menjadi tanggungjawab
bersama.

Penzinaan-iaitu pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan di dalam sesebuah


masyarakat. Pergaulan bebas itu melahirkan anak yang masing-masing
dipertanggungjawabkan.

Sumbang perkahwinan yang tidak lazim misalnya abang dengan adik perempuan
atau sebaliknya.

3.1 Jampi Mantera Dalam Masyarakat Animisme

Jampi merupakan satu rawatan tradisional yang menggunakan kekuatan ghaib.


Melalui jampi dan serapah , kuasa-kuasa ghaib yang baik dipanggil untuk melawan
kejahatan. Jampi dan serapah digunakan untuk menjadikan kawasan tertentu
terhindar daripada bencana dan bahaya kejahatan. Dalam peristiwa kelahiran bayi,
terdapat jampi dan serapah untuk mengelak pengaruh jahat dan bencana yang
mengancam si ibu dan bayi itu. Jampi dan mantera diamalkan oleh pawang dan
bomoh-bomoh yang berpengalaman.
Bahasa yang mereka gunakan ialah bahasa Melayu Kuno di smaping unsur
Hindu dan Islam. Terdapat beberapa panggilan perkataan bagi memuja sesuatu
dalam upacara jampi serapah iaitu mengikut unsur Hindu seperti Dewa, Dewata,
Dewi, Batara, Batara Guru, Bisnu, Durga, Baruna, Batara Yama, Buda, Brahmana,
Guru. Mengikut unsur Islam ialah Tuhan, Allah, Puji, Puja, Swarga, Naraka, Patala,
Nyawa, Puwasa, Brahala, Pancalima, Satrawan,Guna , Ubat, Mantera.

Upacara ini memerlukan belanja yang banyak kerana melibatkan seluruh


penduduk kampung. Jampi dan serapah masih lagi digunakan bagi membangunkan
rumah baru. Dalam istiadat ini, benda-benda seperti tanam-tanaman di kawasan
rumah, makanan dan lain-lain lagi termasuk paku-paku dimasukkan ke dalam empat
buah periuk atau mangkuk. Benda-benda ini kemudian dijampi oleh bomoh.
Kemenyan dibakar di sepanjang upacara ini. Upacara jampi ini bertujuan untuk
menjauhkan hantu-hantu dan pencuri dari kawasan rumah.

3.2 Pantang Larang Dalam Masyarakat Melayu

Menurut Rahim Syam dan Norhale (1988), pantang larang membawa maksud
tegahan kerana kepercayaan atau undang-undang dan peraturan ataupun sesuatu
yang sedia diterima sebagai dogma walaupun tiada bertulis.

Pantang larang yang bersangkutan dengan adat istiadat merupakan pantang


larang yang berbentuk aturan. Contohnya, dalam istiadat menghadap raja,
seseorang rakyat haruslah tidak membelakangki baginda, tidak memperolok-olokkan
raja atau melakonkan perlakuan seperti raja. Pantang larang dalam upacara khas,
contohnya, sesiapa pun tidak boleh melangkah batang pisang tempat wayangan itu
dipacakkan.

Pantang larang yang menjadi kebiasaan dalam sebutan hari-hari. Misalnya,


anak dara tidak boleh menyanyi di dapur nanti mendapat suami orang tua, bila
makan nasi tidak boleh berubah tempat duduk nanti dapat banyak suami atau isteri,
tidak boleh bersiul dalam rumah nanti akan dinaiki ular. Pantang larang ini
sebenarnya mempunyai petunjuk atau pengajaran.
4.0 PENGARUH HINDU DALAM SISTEM HIDUP MAYARAKAT TRADISI

Pengaruh Hindu di Semenanjung Malaysia tidak ketara seperti pengaruh Hindu di


Jawa. Berdasarkan kepada penemuaan beberapa buah candi , misalnya di Sungai
Selinsing, Candi Batu Pahat di Lembah Bujang, memang terdapat pengaruh Hindu di
Semenanjung Malaysia. Namun, punca Hindu di Semenanjung ini datangnya
daripada sistem kerajaan orang Melayu itu sendiri.

Raja Melayu telah banyak membawa unsur falsafah dan konsep Hindu dalam
pentadbiran. Raja merupkan jelmaan dewa Hindu. Adat istiadat Hindu dilaksanakan
dalam upacara pertabalan. Dalam upacara pertabalan , raja duduk di atas takhta di
samping alat negeri iaitu keris, sundang dan berbagai senjata. Raja dipakaikan
dengan pakaian kebesaran negeri , iaitu gelang, kalung berdokoh, mencium keris
kerajaan dan sebagainya. Pertabalan itu diiringi dengan paluan nobat iaitu alat
bunyian raja. Orang besar dan golongan bangsawan akan melafazkan taat setia
yang diikuti oleh seruan daulat tuanku. Baginda juga diperasap dan ditepung tawar.

Dalam zaman Kerajaan Melaka, undang-undang dan peraturan telah


dicatatkan adalah terpengaruh dengan agama Hindu. Misalnya, memakai perhiasan
daripada emas adalah khas kepada keluarga diraja kecuali apabila seseorang itu
dianugerah oleh raja. Rakyat biasa tidak boleh memakai payung kuning dan putih
kerana payung tersebut adalah khusus untuk keluarga diraja sahaja. Apabila
melawat , raja akan diusung dan diiringi ileh beberpa juah, betara, biduanda dan
ceteria. Ketika menghadap, raja akan bersemayam di atas singgahsana dan dihadap
oleh pembesar. Itu

Orang Melayu menganggap raja itu amat mulia, iaitu wakil dari penjelmaan
para dewa. Raja ada daulat, iaitu karisme dan sifat yang abstrak wujud dalam diri
dalam kalangan raja. Daulat raja menyebabkan negara itu akan maju dan makmur.
Raja yang berdaulat akan mengalami kejayaan dalam zaman pemerintahannya.
Antara adat raja yang menampakkan ciri Hindu ialah peranan keris sebagai wakil raja
untuk bersanding dengan isterinya. Perkahwinan seperti ini berlaku kerana isteri raja
itu rendah darjat atau bukan daripada kalangan bangsawan.

Masyarakat Melayu dalam zaman Hindu ini boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan penting iaitu:
Pemerintah
Raja

Golongan Pertengahan
golongan pemerintah yang
dilantik oleh raja secara "ad
hoc" atau jawatan diwarisi.

Golongan Rakyat/ Bawahan


a. rakyat bebas (peniaga)
b. hamba raja (perajurit, pahlawan)
c.hamba(hamba tawanan, hamba berhutang,
hamba serah, abdi)

4.1 Pengaruh Hindu Dalam Kalangan Masyarakat

Dalam sistem kerajaan, raja berfungsi sebagai penjelmaan dewa Hindu, unsur ini
jelas terdapat dalam kalangan raja-raja Jawa di zaman kuno dan pertengahan.
Dalam candi Borobodur dan Perambanan terdapat patung dewa Siva dan Visynu di
samping raja-raja Jawa. Begitu juga tentang keturunan raja Melayu yang dikaitkan
dengan Raja Suran yang berasal dari India.

Dalam istiadat perkahwinan bagi orang Melayu kebiasaannya diadakan adat


merisik, wakil daripada pihak lelaki yang terdiri daripada ibu saudara atau perempuan
tua yang menjadi kepercayaan pihak lelaki akan merisik bakal isterinya. Tujuan
merisik ini memastikan bahawa gadis yang mahu dipinang itu masih belum berpunya
dan pihak keluarga gadis itu bersetuju menerima pihak lelaki. Kemudian acara
penetapan hari pertunangan. Cincin akan diberikan kepada si gadis sebagai tanda
dia akan dilamar oleh pihak lelaki berkenaan. Seterusnya , kedua-dua pihak
berunding untuk menentukan tarikh dan wakil untuk melaksanakan upacara
perkahwinan.

Sebelum hari perkahwinan dilaksanakan, dua pihak keluarga bakal pengantin


melantik para pekerja. Mereka terdiri daripada penduduk tempatan yang bekerja
sebagai sukarela. Para lelaki mendirikan tempat makan, basuh pinggan manakala
pekerja wanita menghias pelamin, menyediakan persediaan untuk jamuan misalnya
mengupas kentang, bawang, halia dan sebagainya.

Sehari sebelum upacara berinai besar diadakan pula upacara berandan dan
berinai sorok. Sehari sebelum bersanding, diadakan pula malam berinai besar.
Sebelum kedua bakal pengantin berinai, mereka diijabkabulkan oleh jurunikah.
Selepas itu, pengantin lelaki dijemput naik ke atas pelamin , ditepung tawar dan
direnjis dengan air mawar. Kemudian, pengantin perempuan pula diperlakukan
sedemikian. Upacara ini dilakukan pada waktu malam di rumah pengantin
perempuan.

Kemudian, kedua keluaga sibuk memasak makanan untuk jamuan pada hari
persandingan. Kemudian, acara persandingan dilakukan. Semasa upacara
persandingan, diadakan pula mandi sampat. Upacara ini didahului oleh keluarga
tertua di sebelah pihak perempuan menyimbahkan air kepada tetamu. Pada hari
keesokannya pula, diadakan istiadat bertandang iaitu pihak lelaki membawa isteri
berjumpa saudara maranya. Di rumah lelaki diadakan pula sekali lagi upacara
persandingan dan mandi sampat. Adat membawa isteri ke rumah pihak lelaki dikenali
juga dengan nama bertandang.

Perkembangan hidup individu juga dipengaruhi oleh Hindu. Semasa di dalam


kandungan lagi, individu telah dijaga rapi. Ibu yang mengandung tidak digalakkan
berjalan di waktu rembang dan senja. Ibu yang mengandung tidak digalakkan
melihat binatang yang buruk terutama dari segi rupa dan kelakuan kerana ditakuti
kena kenan kepada anak yang dikandung. Si ibu juga tidak boleh benci kepada
seseorang kerana ditakuti kena kenan. Masa mengandung bakal ibu itu dilarang
duduk di tengah pintu kerana ditakuti bayi yang akan lahir mengalami kesukaran
sewaktu bersalin.
Setelah bayi dalam kandungan berusia enam hingga tujuh bulan, maka bidan
pun ditempah. Mak bidan akan mengadakan upacara melenggang perut. Mak bidan
akan memberi selusuh kepada bakal ibu , kemudian mandi dalam sehelai kain yang
longgar. Sebiji kelapa yang sudah dimantera dijatuhkan daripada bahagian kepala
hingga ke bawah. Tujuan supaya ibu tersebut tidak mengalami kesukaran bersalin.

Apabila sampai tempoh bersalin, anak yang lahir diazankan sebelah telinga
kanan dan kamat di sebelah telinga kiri. Tembuni bayi ditanam di hadapan rumah
jika bayi lelaki dan di belakang rumah jika bayi perempuan. Bayi itu diletakkan di atas
tilam yang disediakan khas. Di bawah tilam itu dibubuh kacip, pisau dan sebarang
senjata tajam, dahi bayi itu dibuat pangkah dengan menggunakan arang. Tujuannya
untuk mengelakkan daripada diganggu oleh hantu syaitan. Pusat bayi itu dipotong
dengan sembilu.

Pengaruh Hindu juga banyak mempengaruhi urusan kematian. Antaranya


ialah waktu mayat di dalam rumah mayat itu dijaga supaya tidak dilangkah oleh
kucing hitam. Sementara itu, kemenyan dan gaharu dibakar supaya menghilangkan
bau mayat. Ketika memandikan mayat, mayat itu dimandikan dengan air tujuh iaitu
air limau nipis, air kapur barus, air bauan, air bunga dan air biasa. Tujuannya supaya
menghilangkan bau mayat. Kemudian, mayat dikafankan, diikat di bahagian kaki,
pusat, dada dan kepala. Semasa mayat diturunkan sanak-saudara yang rapat
dengan mayat terpaksa melintas bawah keranda supaya mereka tidak rindu kepada
saudara mereka yang meninggal itu. Selepas mayat dikebumikan, diadakan kenduri
pada malam pertama hingga malam ketujuh.

Dalam kehidupan seharian, banyak juga unsur Hindu yang mempengaruhi


kehidupan orang Melayu. Salah satu daripada pengaruh Hindu itu ialah mandi safar.
Mandi safar ini ialah upacara mandi beramai-ramai kerana menolak bala yang
berlaku pada bulan Safar. Di samping itu, orang Melayu percaya pada keramat yang
terletak pada pokok, kuburan, perigi. Orang Melayu membayar nazar di tempat
keramat ini. Sebenarnya, kepercayaan keramat ini adalah antara pengaruh
kepercayaan Hindu.

You might also like