You are on page 1of 10

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN HWANG HO

Jelaskan proses pembinaan tamadun Hwang Ho.

[4 markah]

Penduduk nomad membina petempatan kekal di kawasan sekitar lembah Hwang Ho. Mereka
menjalankan aktiviti pertanian, menternak binatang, memungut hasil hutan dan memburu. Petempatan
kekal ini melahirkan bandar. Pembentukan bandar telah membawa kemajuan dari segi perluasan
wilayah dan penyebaran budaya. Akhirnya wujud organisasi sosial dan pengkhususan pekerjaan.
Penduduk yang ramai menyebabkan terbentuknya sistem pemerintahan yang bertujuan mengawal
masyarakat. Untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah, mereka mewujudkan agama dan
kepercayaan. Untuk melicinkan pentadbiran, mereka mencipta sistem tulisan.

Nyatakan keadaan semula jadi di sekitar lembah Hwang Ho.

[2 markah]

Sungai Hwang Ho

Lembangan Szechwan

Teluk Bo Hai

Laut Kuning

Bagaimanakah keadaan semula jadi yang terdapat di sekitarnya membantu pembentukan tamadun
Hwang Ho ?

[4 markah]

Sungai Hwang Ho membekalkan air untuk kegunaan harian. Contohnya untuk mandi-
manda, mencuci dan sebagai minuman. Selain itu air sungai menjadi punca pengairan untuk pertanian.
Sungai Hwang Ho juga membekalkan sumber protin untuk dijadikan makanan kepada penduduk.
Contohnya, ikan, udang, ketam, kerang dan sebagainya.

Lembangan Szechwan mempunyai tanah yang subur untuk pertanian. Penduduk


memanfaatkan kesuburan tanah tersebut untuk menanam pelbagai jenis tanaman makanan. Contohnya,
padi, gandum, sekoi, ubi dan lain-lain. Bekalan makanan yang cukup dapat menampung jumlah
penduduk yang ramai.
Teluk Bo Hai mempunyai laut yang tenang. Laut di persekitarannya juga dalam. Hal ini
menyebabkan kawasan muara sungai Hwang Ho sangat sesuai untuk dijadikan pelabuhan. Kapal
dagang berlabuh di kawasan teluk tersebut kerana terlindung daripada tiupan angin kencang. Pedagang
dari luar datang berdagang ke Lembah Hwang Ho melalui Laut Kuning.

Terangkan peranan sungai Hwang Ho terhadap pembentukan tamadun Hwang Ho.

[6 markah]

Sungai Hwang Ho melimpahkan mendapan lanar di tebingnya setiap kali selepas musim
banjir. Mendapan lanar menjadikan tanah di lembangan amat subur. Penduduk menjalankan aktiviti
pertanian di lembah Hwang Ho. Mereka menanam tanaman makanan seperti padi, gandum, jagung,
ubi dan lain-lain. Dengan itu mereka memperoleh bekalan makanan yang berlebihan. Bekalan
makanan yang banyak dapat menampung jumlah penduduk yang ramai. Penduduk dari kawasan lain
berhijrah untuk membina petempatan kekal di situ.

Selain itu, sungai Hwang Ho membekalkan sumber air untuk penduduk. Sungai Hwang Ho
menjadi punca air untuk mengairi kawasan pertanian yang kering. Penduduk membina sistem
pengairan seperti tali air, terusan dan peparitan untuk mengalirkan air sungai ke kawasan pertanian. Di
samping itu, air sungai juga menjadi sumber kegunaan harian penduduk. Mereka menggunakan air
sungai sebagai minuman, mandi-manda, mencuci dan sebagainya.

Seterusnya, sungai Hwang Ho menjadi laluan perhubungan dan pengangkutan. Sungai ini
digunakan sebagai jalan untuk penduduk mengangkut hasil pertanian dari Lembah Szechwan ke muara
sungai untuk didagangkan. Pedagang luar juga menggunakan sungai Hwang Ho untuk pergi ke
bandar-bandar yang terdapat di sekitar lembahnya.

Pada pandangan anda, mengapakah penduduk nomad membina petempatan kekal di sekitar lembah
Hwang Ho ?

[3 markah]

Penduduk nomad membina petempatan kekal di sekitar lembah Hwang Ho kerana kawasan
tersebut mempunyai tanah yang subur. Contohnya, tanah yang terhasil daripada mendapan lanar setiap
kali selepas musim banjir. Hal ini menyebabkan penduduk dapat menjalankan aktiviti pertanian.
Mereka menanam padi, gandum, ubi dan sebagainya. Oleh itu mereka mendapat bekalan makanan
yang mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang ramai.

Selain itu, mereka membina petempatan kekal di situ kerana sungai Hwang Ho membekalkan
sumber protein bagi penduduk. Contohnya, hidupan sungai seperti ikan, udang, ketam, kerang dan
lain-lain. Sumber protein ini boleh dijadikan makanan.

Di samping itu, sungai Hwang Ho membekalkan air untuk pengairan. Air sungai disalurkan ke
kawasan pertanian dengan menggunakan tali air, peparitan dan kincir air. Tanaman dapat hidup subur
dan mengeluarkan hasil yang banyak.

Air sungai juga menjadi sumber kegunaan harian. Contohnya, sebagai minuman, untuk mandi-
manda, mencuci dan sebagainya. Penduduk dapat menikmati kemudahan yang selesa.

CIRI-CIRI TAMADUN HWANG HO

(i) Petempatan Kekal Kemunculan Bandar

Nyatakan keunikan bandar Anyang berbanding bandar-bandar lain di lembah Hwang Ho.

[2 markah]

Bandarnya terletak di kawasan tanah tinggi

Bandar ini menjadi pusat pentadbiran

Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

Menjadi tempat tinggal raja, pembesar dan golongan agama

Rakyat tidak dibenarkan tinggal di bandar ini

Bandar ini dikelilingi oleh perkampungan petani.

Bandar ini dilengkapi tembok

(ii) Sistem Pemerintahan Sistem Pemerintahan Beraja


Jelaskan sistem pemerintahan beraja dalam tamadun Hwang Ho

[2 markah]

Raja mempunyai kuasa tertinggi

Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama

Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbirannya

Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan

Golongan bangsawan diberi kuasa mentadbir wilayah

Bangsawan dibenar mewujudkan sistem cukai, pertahanan dan undang-undang sendiri di


wilayah pemerintahannya

Bagaimanakah raja-raja Dinasti Chou memastikan pembesar tempatan memberikan taat setia mereka
kepadanya ?

[2 markah]

Mengarahkan pembesar melafazkan ikrar taat setia

Memberikan hadiah kepada pembesar (kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang)

Meminta pembesar melindungi keselamatan raja

Meminta pembesar memberikan bantuan tentera semasa perang

Melantik pembesar menjadi ketua agama

Memberikan hak kepada pembesar menjalankan upacara korban

SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO

Nyatakan kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh penduduk di Lembah Hwang Ho.

[2 markah]
Menggunakan sistem pengairan

Menggunakan peralatan pertanian (bajak, cangkul, sabit, dll)

Menggunakan batas

Menggunakan baja

Menggunakan sistem teres

Menggunakan sistem tanaman bergilir

Sejauhmanakah kita boleh memanfaatkan teknologi pertanian dalam tamadun Hwang Ho untuk
meningkatkan kemajuan pertanian di negara kita ?

[6 markah]

Kita boleh menggunakan sistem pengairan untuk meningkatkan kemajuan pertanian di


negara kita. Sebagai contohnya, kita menggunakan tali air, terusan dan peparitan untuk menyalurkan
bekalan air ke kawasan pertanian yang kering. Hal ini menyebabkan kita dapat membekalkan air yang
cukup untuk tanaman. Usaha tersebut memberikan manfaat kepada negara kerana kita dapat mengubah
kawasan yang kering menjadi kawasan pertanian yang produktif. Akhirnya, kita memperoleh bekalan
makanan yang mencukupi. Kita boleh menjimatkan dana negara kerana kita tidak perlu bergantung
kepada bekalan makanan yang diimport.

Kita juga boleh menggunakan batas dalam kegiatan penanaman. Contohnya penggunaan
batas dalam penanaman sayur, buah-buahan dan lai-lain. Hal ini dapat mengelakkan tanaman musnah
ditenggelami air apabila musim hujan. Penggunaan batas sangat berguna kerana ia dapat menghasilkan
pengeluaran yang baik sepanjang tahun.

Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban dunia pada hari ini.

[6 markah]

Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam sistem pemerntahan. Sistem


pemerintahan monarki diteruskan hingga hari ini. Sistem pemerintahan monarki masih diamalkan oleh
kebanyakan negara pada hari ini. Raja mempunyai kuasa dalam perkara yang berkaitan politik,
ekonomi, sosial dan agama.
Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam penggunaan teknologi pertanian.
Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam pembinaan sistem pengairan. Terusan dibina
untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelakkan banjir. Selain itu, tamadun Hwang Ho
membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penggunaan cangkul dan sabit. Peralatan
pertanian mula dibuat daripada besi bagi menggantikan peralatan kayu.

Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam penggunaan tulisan. Penciptaan tulisan


ideogram telah berkembang secara evolusi menjadi tulisan sebagaimana yang terdapat pada hari ini.
Tulisan digunakan dengan meluas dalam bidang penulisan dan percetakan. Tulisan China juga diajar
di sekolah-sekolah.

Selain itu, tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam aspek kepercayaan. Antara
kepercayaan yang masih berkekalan hingga ke hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang. Konsep Yin
dan Yang serta Feng Hsui merupakan kepercyaan yang masih terdapat dalam masyarakat Cina hingga
ke hari ini.

PERUNDANGAN YUNANI

Bagaimankah pandangan ahli falsafah Plato tentang undang-undang ?

[2 markah]

Undang-undang diperlukan untuk mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera

Undang-undang bertujuan untuk mengawal tindakan masyarakat

Negara perlu diperintah oleh ahli falsafah

Ahli falsafah adalah golongan yang berupaya menggubal undang-undang

PERUNDANGAN ROM

Jelaskan tentang latar belakang undang-undang bertulis dalam tamadun Rom.

[4 markah]
Undang-undang bertulis yang pertama dalam tamadun Rom ialah Hukum Kanun 12.
Undang-undang ini dipahat pada 12 keping kayu. Hukum Kanun 12 dikenali juga dengan nama Papan
12. Undang-undang ini diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.

Maharaja Justinian mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang Rom.


Ini adalah kerana terdapat terlalu banyak undang-undang dan ada antaranya yang rumit. Usaha beliau
telah melahirkan Kod Undang-Undang Rom pada tahun 527 Masihi. Kod itu dikenali juga dengan
nama Undang-Undang Justinian. Undang-undang tersebut kekal sehingga kini.

Senaraikan cabang undang-undang Rom.

[2 markah]

Undang-undang sivil

Undang-undang jenayah

Undang-undang natural

Nyatakan dua prinsip undang-undang Rom yang menjadi asas perundangan pada hari ini.

[2 markah]

Semua manusia sama di sisi undang-undang.

Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga terbukti bersalah.

Keadilan diberikan kepada setiap individu.

Hukuman dijatuhkan berasaskan bukti yang cukup.

PERUNDANGAN INDIA

Bagaimanakah undang-undang dilaksanakan dalam tamadun India ?


[4 markah]

Undang-undang dalam tamadun India adalah berasaskan agama Hindu. Undang-undang


dirujuk kepada kitab Dharma Sastra. Raja bertanggungjawab menjaga kesucian dan kedaulatan
undang-undang.

Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan denda. Denda bergantung kepada
keseriusan kesalahan tersebut.

Brahmin sangat penting dalam melaksanakan undang-undang. Brahmin mentafsir undang-


undang berdasarkan hukum-hakam agama.

Undang-undang disampaikan sebagai titah atau perintah raja. Titah raja diukir pada tiang
batu / Tiang Asoka yang didirikan di tepi jalan untuk dibaca oleh rakyat.

PERUNDANGAN CHINA

Bagaimanakah undang-undang berasaskan falsafah legalisme dilaksanakan dalam tamadun China ?

[4 markah]

Undang-undang dilaksanakan dengan tegas. Tiada rasa belas kasihan dalam melaksanakan
undang-undang. Seseorang yang bersalah tidak berpeluang membuat rayuan.

Undang-undang dikuatkuasakan dalam semua keadaan sama ada semasa aman atau semasa
peperangan.

Raja mempunyai kuasa dalam melaksanakan undang-undang. Raja berhak menjatuhkan


hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Jelaskan perbezaan prinsip undang-undang berasaskan falsafah legalisme dengan prinsip undang-
undang berasaskan ajaran Confucius dalam tamadun China.

[4 markah]

Penskoran Analitik

Undang-undang berasaskan falsafah legalisme mengenakan hukuman yang berat. Undang-


undang ini memberi kuasa penuh kepada raja dalam melaksanakan undang-undang. Undang
dijatuhkan tanpa belas kasihan. Undang-undang dilaksanakan dalam semua keadaan.

Undang-undang berasaskan ajaran Confucius pula adalah bercorak kolektif . Undang-


undang inin lebih bersifat memberi pendidikan kepada masyarakat. Raja perlu mempunyai pekerti
yang baik. Raja hendaklah menjadi contoh teladan dalam menjaga keharmonian masyarakat.

Pada pandangan anda, mengapakah undang-undang Rom masih kekal sehingga hari ini ?

[4 markah]

Penskoran Holistik

Undang-undang Rom masih kekal sehingga hari ini kerana undang-undang tersebut
menjamin keadilan kepada setiap individu. Sebagai contohnya, setiap individu adalah sama dari segi
undang-undang. Setiap individu berhak mendapat keadilan. Seseorang yang dituduh melakukan
kesalahan akan dibicarakan terlebih dahulu. Individu tersebut diberi hak untuk membela diri. Hal ini
menyebabkan seseorang yang dituduh tidak boleh dikatakan bersalahsehingga terbukti dia bersalah.
Kesimpulannya, undang-undang tersebut sangat praktikal kerana hukuman dijatuhkan berasaskan
bukti yang cukup. Perkara tersebut dapat menjamin hak asasi manusia ditegakkan. Akhirnya, keadaan
tersebut akan membawa kesejahteraan kepada masyarakat dan negara.

Apakah kemungkinan yang akan berlaku sekiranya masyarakat bersikap membelakangkan undang-
undang ?
[6 markah]

Penskoran Holistik

Sekiranya masyarakat bersikap membelakangkan undang-undang, negara akan menjadi


huru-hara. Sebagai contohnya, masyarakat tidak takut untuk melakukan jenayah. Sesetengah pihak
pula mengambil kesempatan menyebarkan ideologi berhaluan kiri yang mengancam keselamatan
negara. Ada juga pihak tertentu yang melakukan penindasan dan penipuan dalam urusan perniagaan
dan perdagangan. Hal ini menyebabkan keselamatan harta benda dan nyawa terancam. Keselamatan
yang tidak terjamin menyebabkan pelabur asing kurang berminatuntuk menanam modal membuka
perusahaan di negara kita. Oleh itu, peluang pekerjaan yang semakin berkurangan mengundang
berlakunya gejala sosial. Sebagai rumusannya, keadaan tersebut amat merugikan negara kerana negara
akan menjadi mundur. Taraf hidup rakyat yang rendah menyebabkan perkembangan ekonomi terjejas.

PENINGKATAN TAMADUN - PERUNDANGAN

Undang-undang perlu dilaksanakan dengan tegas supaya dapat mengawal tingkah laku masyarakat.

Berikan komen anda.

[6 markah]

Penskoran Holistik

Undang-undang perlu dilaksanakan dengan tegas supaya dapat mengawal tingkah laku
masyarakat. Ini adalah kerana ketegasan undang-undang menyebabkan masyarakat takut hendak
melakukan kesalahan jenayah. Contohnya, hukuman mati mandatoriterhadap pengedar dadah dapat
mengurangkan kegiatan penyeludupan dadah di negara kita. Undang-undang ini telah menjadi ikutan
beberapa buah negara lain di dunia.

Undang-undang yang tegas itu dapat menjadi pengajarankepada orang lain agar tidak melakukan
kesalahan yang serupa. Pelaksanaan itu memberikan kesan yang baik kepada masyarakat dan negara.
Keadaan tersebut dapat mendidik masyarakat menjadi lebih berdisiplin dan mematuhi undang-undang
negara. Dengan itu, undang-undang dan kedaulatan negara kita dihormati oleh negara lain.

You might also like