You are on page 1of 1

Contoh pendahuluan

1. Contoh pendahuluan Jenis Pantun

Tajuk : CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Berderap seiring berjalan pulang,


Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.

Bait –bait pantun di atas menerangkan bahawa seorang pelajar yang cemerlang dapat
memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu
merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara.
Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang
cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam
kehidupan seharian mereka. Oleh itu apalah ciri –ciri yang perlu ada dalam diri sesorang itu
untuk menjadi pelajar yang cemerlang?. Persoalan ini akan kita gali hingga ke akar umbi.

2. CONTOH PENDAHULUAN JENIS DEFINISI

SOALAN: Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia


anak-anak. Bincangkan.

Mengikut Kamus Dewan, keluarga dapat ditakrifkan sebagai seisi rumah tangga yang
terdiri daripada suami isteri serta anak-anak. Selain itu, sebuah keluarga juga merangkumi
datuk, nenek, bapa saudara dan ibu saudara yang juga memainkan peranan penting dalam
sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, hubungan baik antara ahli keluarga dapat
membentuk akhlak mulia anak-anak kerana anak –anak ibarat kain putih dan orang yang lebih
tua memainkan peranan penting untuk mencorakkannya. Persoalannya apakah peranan yang
perlu dimainkan oleh ahli keluarga dalam membentuk keperibadian mulia anak – anak?
.Persoalan ini akan kita kupas hingga ke akar umbi.

You might also like