You are on page 1of 2

BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

SKEMA JAWAPAN
SOALAN ESEI
1 a. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan maksud globalisasi yang anda faham.

F1 perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan


H1a disebabkan kepesatan/kepantasan perkembangan teknologi maklumat
H1b menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat
C1a meliputi segala aspek penting dari segi ekonomi/sosial/baranagn/modal/tenaga
manusia/kemahiran/nilai
F2 perubahan yang meliputi skop luas ini dihubungkan dengan kemajuan teknologi/teknologi
maklumat/komunikasi
F3 terdapat dua pandangan tentang globalisai
H3a globalisasi merupakan sesuatu yang berfaedah
H3b globalisasi kunci kepada pembangunan ekonomi dunia pada masa depan
H3c globalisasi dilihat sebagai sesuatu yang akan meningkatkan jurang perbezaan
C3c sama ada di dalam negara/antara bandar dengan luar bandar/antara negara di dunia/negara
maju dengan negara membangun
H3d globalisasi menyekat peluang pekerjaan
H3e globalisasi merendahkan taraf hidup
H3f globalisasi menghindarkan perkembangan sosial
[Mana-mana 4 x 1 markah]

b. Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dalam menghadapi cabaran
globalisasi.

F1 Usaha yang diambil Malaysia ialah dengan menyediakan prasarana ICT.


H1a Usaha ini bertujuan merebut peluang dan faedah yang dihasilkan oleh ICT.
H1b Malaysia mempromosikan Penggunaan ICT.
F2 Malaysia melancarkan projek KorIdor Raya Multimedia (MSC)
H2 MSC memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital.
F3 Kerajaan telah memperuntukkan belajawan Sebanyak RM5.2 billion bagi projek berasaskan ICT.
H3 RM1 bilion daripada peruntukkan itu diagihkan untuk program luar bandar.
F4 Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan penemuan baru.
F5 Kerajaan menubuhkan sekolah wawasan.
H5 Sekolah tersebut diwujudkan bagi meningkatkan daya saing.
F6 Kerajaan menubuhkan Sekolah Bestari.
H6a Sekolah Bestari dilengkapi dengan frasarana teknologi maklumat.
H6b Kurikulum diubahsuai dan dibentuk semula.
h6c Usaha ini dilaksanakan agar melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan analitik
(Mana-mana 8 x 1 markah)

c. Sebagai seorang warganegara Malaysia, bagaimanakah anda dapat menjayakan usaha kerajaan
untuk menghadapi cabaran globalisasi?

F1 Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan


F2 menguasai kemahiran dalam bidang ICT
F3 Mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris
F4 Mempelajari pelbagai bahasa asing
F5 Mengamalkan perpaduan antara kaum
F6 Bersikap boleh bertolak ansur / tidak mementingkan diri
F7 Memiliki moral yang baik
F8 Mengamalkan sikap penyayang tanpa mengira kaum
F9 Menjauhi gejala tidak sihat / negatif
F10 Patuh kepada ajaran agama
F11 Menghormati nilai tradisi budaya bangsa
F12 Menerapkan semangat Malaysia boleh dalam diri
F13 Berpegang kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat
F14 melakukan penyelidikan dan pembangunan dalam pekerjaan
F15 mengamalkan sikap inovasi dan kreatif
Mana-mana jawapan yang munasabah
[Mana-mana 8 x 1 markah]

You might also like