You are on page 1of 1

SEORANG atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala

Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos lalu dipercayai adalah antara tiga atlet yang
gagal ujian doping.

Ketua Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Persekutuan Sukan SEA


(SEAGF), Datuk Dr SS Cheema berkata ujian makmal yang dilakukan di New Delhi
mendapati terdapat bahan larangan dalam sampel A semua atlet tersebut.

Kita menerima laporan daripada makmal di New Delhi dua minggu lalu yang
mengesahkan kewujudan bahan larangan pada tiga atlet yang menyertai KL2017.

Namun kita tidak boleh membuat kesimpulan dengan mengatakan kesemua atlet
berkenaan bersalah sehingga siasatan menyeluruh dilakukan pihak berkaitan,
katanya kepada Bernama.

Dr Cheema yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Majlis
Olimpik Malaysia berkata beliau tidak boleh memberitahu nama atlet tersebut dan
negara mereka kerana ia akan menjejaskan imej mereka.

Beliau berkata kesemua atlet terbabit akan diberi pelung untuk mencabar sampel B
sebelum tampil di hadapan Jawatankuasa Pendengaran SEAGF.

"SEAGF akan menarik balik pingat sekiranya sebarang atlet ini memenangi pingat
dan persekutuan antarabangsa bagi acara sukan tersebut akan memutuskan bentuk
tindakan yang akan diambil sekiranya para atlet berkenaan gagal ujian doping,
katanya.

You might also like