You are on page 1of 1

NIBONG TEBAL: Pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25

dipercayai terlelap sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya


hilang kawalan dan terbabas dalam kemalangan di Kilometer 163.6 berhampiran
Plaza Tol Jawi, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern,
berkata penyerang Johor Darul Tak'zim (JDT) berkenaan dipercayai tertidur dan
menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan.

"Disebabkan gagal mengawal kenderaan yang dipandu menyebabkan kenderaan


terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan, sebelum terbalik dan
terseret, berdasarkan kesan calar di atas jalan.

Dalam pada itu, Chong Chern berkata, isteri kepada Muhammad Syafiq mengalami
kecederaan patah tulang rusuk, pendarahan dalam perut dan otak serta patah tulang
paha kiri.

"Anak sulung mereka juga dipercayai mengalami pendarahan dalam otak. Ibu dan
anak itu kini mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

"Muhammad Syafiq pula hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, Muhammad Syafiq yang memandu MPV
berkenaan dari Johor Bahru dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina
Norain, 25 yang sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Turut berada dalam kenderaan terbabit ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dua
anak pemain bola sepak itu, iaitu Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari dan Aaira
Nur Saffiyya, 2 serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.

You might also like