You are on page 1of 1

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan kerajaan

Perikatan Nasional (PN) membabitkan UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) di Perak perlu terus dipertahan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata mesyuarat MKT
UMNO malam ini membincangkan kemelut Menteri Besar di Perak.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di lobi Menara Dato' Onn di sini
selepas mesyuarat MKT UMNO sebentar tadi.

Namun, kenyataan itu tidak menyebut mengenai pencalonan Menteri Besar Perak.

Mesyuarat itu berlangsung kira-kira dua jam dipengerusi Presiden UMNO, Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga
Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad turut hadir
pada mesyuarat itu.

Ditanya mengenai hasil mesyuarat dan keputusan MKT mengenai calon Menteri
Besar, Saarani hanya menyatakan; "Esok, esok...esok".

Beberapa ahli MKT juga enggan memberi sebarang ulasan mengenai mesyuarat itu.

Sebelum ini, Saarani disebut-sebut bakal dicalonkan UMNO untuk jawatan Menteri
Besar susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berikutan gagal
mendapat sokong dalam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Perak.

Sementara itu, Ahmad Maslan memaklumkan MKT bersetuju supaya mesyuarat


perwakilan UMNO Bahagian bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri diadakan pada
1, 2 dan 3 Januari.

"Ia akan diadakan secara serentak di 191 Bahagian dan dirasmikan Ketua UMNO
Bahagian masing-masing.

"Untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah


Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh diadakan secara maya.

"Kehadiran adalah secukup korum iaitu satu perempat daripada jumlah perwakilan,"
katanya.

Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 30 Januari,


manakala Perhimpunan Agung pada 31 Januari diadakan di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) dengan kehadiran terhad dan dibuat secara maya..

You might also like