You are on page 1of 1

DORRAH YATEEMAH BINTI ABDUL JALIL (DB 140183) (Seksyen 3)

a) Apakah perbezaan antara pentaksiran, penilaian, pengujian dan pengukuran?

Pentaksiran ialah proses menentukan peringkat pencapaian prestasi pembelajaran dan kedudukan pelajar
dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran menerusi ujian berbentuk objektif dan subjektif. Pentaksiran
merangkumi elemen penilaian formal dan tidak formal yang dilaksanakan semasa pengajaran. Ia juga adalah
proses mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan tentang pelajar, kurikulum, program atau dasar.
Ia merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat
tentang pembelajaran seorang bagi sesuatu tujuan. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor
mestilah sah dan boleh dipercayai. Pengukuran ialah proses untuk mendapatkan penjelasan secara
numerik(melalui angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan alat tertentu, atau proses menentukan sejauhmana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu
dengan menggunakan instrumen. Untuk mengukur prestasi seseorang, kita menggunakan pengukuran
berbentuk angka, misalnya peratus ujian sains untuk menggambarkan prestasi pelajar dalam subjek tersebut.
Penilaian ialah proses pengujian, pengukuran dan pemerolehan maklumat dan menggunakannya untuk
membuat pentafsiran dan keputusan tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap, serta menentukan
sejauh mana objektif pengajaran tercapai. Dalam bilik darjah, guru akan mengukur pencapaian pelajar
terlebih dahulu, kemudian barulah menggunakan keputusan ujian itu untuk menilai prestasi murid berkenaan.
Terdapat penilaian yang dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian, tetapi hanya melibatkan
pertimbangan nilai semata-mata. Pengujian didefinisikan sebagai satu alat (ujian) untuk mengukur
perubahan tingkah laku seseorang dan proses mengaturkan satu siri tugasan sesuatu kursus untuk
diselesaikan supaya pemerhatian tepat dapat dibuat tentang penguasaan pelajar. Tahap penguasaan pelajar
biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi. Proses pengujian biasanya
bermula dengan peringkat persediaan perancangan ujian, diikuti pentadbiran ujian, pemeriksaan skrip
jawapan.

b) Apakah kepentingan pentaksiran dan penilaian di dalam kelas dan juga kursus?

Pentaksiran dan penilaian di dalam kelas menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk
menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk
memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi
pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan
aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut. Di dalam kursus pula, pentaksiran dan penilaian
pembelajaran biasanya diadakan selepas suatu jangka masa tertentu, misalnya selepas lapan minggu sesuatu
kursus dijalankan. Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai,
dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu program.

You might also like