You are on page 1of 2

Lampiran B

CONTOH SURAT PERTUDUHAN UNTUK TUJUAN GANTUNG SEKOLAH


SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.

SMKTPI.PI/DLP/SULIT/(20)
16hb. Rabiulawwal 1428H
24 September 2007

Siti Jumaat binti Isnin (KP : 123456-10-7890)


SMK Taman Puchong Intan,
47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

Tindakan Disiplin Dengan Tujuan Gantung Persekolahan


Mengikut Peraturan 8 (a), Peraturan-Peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959.
Nama : Siti Jumaat binti Isnin (KP : 123456-10-7890)
Tingkatan : 5A3

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah para 4, Peraturan-Peraturan


Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959
bertarikh 20.2.1959, tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah
adalah terletak pada Guru Besar / Pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan


dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :

Bahawa kamu, Siti Jumaat binti Isnin (KP : 123456-10-


7890) pada 10 September 2007, lebih kurang pukul 1.25
petang, di Bilik Persediaan Fizik, Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Puchong Intan, telah didapati
berkelakuan tidak senonoh dan sumbang dengan Encik
Sabtu bin Ahad, kakitangan makmal lelaki iaitu dalam
keadaan bercumbu-cumbuan. Dengan itu kamu telah
melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai
tingkahlaku sumbang, satu perbuatan salahlaku di bawah
peraturan 2(c) Bab XI, Undang-undang dan Peraturan
Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Puchong Intan, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

3. Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Pengetua bertanggungjawab


terhadap disiplin murid-murid pernah memberi amaran secara bertulis kepada
kamu kerana didapati berpegangan-pegangan tangan dengan Encik Sabtu bin
Ahad kakitangan makmal yang sama melalui surat bil. (17) dalam siri yang
sama bertarikh 1 Jun 2007. Kamu juga telah melalui sesi kaunseling dengan
Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah mengenai perkara yang sama, tetapi
kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.
13
4. Di bawah para 8(a), Peraturan-Peraturan Pelajaran, (Disiplin Sekolah)
1959, sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan
mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Puchong Intan, kamu boleh digantung dari sekolah
sekiranya kamu didapati bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas.

5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu


bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut
digantung dari sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki
mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam
tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.

6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam


tempoh empat belas (14) hari seperti para 5 diatas, saya akan membuat
keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai
pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu adalah gantung
sekolah.

7. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Puchong Intan,
47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan


menggunakan borang akuan terima yang disertakan bersama-sama ini.

t.t.
(RABU BIN KHAMIS)
Pengetua,
SMK Taman Puchong Intan,
47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

s.k.

1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pelajaran Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E,
Seksyen 4, 40604 Shah Alam.

2. Pegawai Pelajaran Daerah


Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana,
Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19 Shah Alam.

3. Encik Isnin bin Selasa


No. 123, Jalan TPI 1/2, Taman Puchong Intan,
47100 Puchong,

4. Fail

14

You might also like