You are on page 1of 2

UPSI/FPPM/JPP/737 JLD II ( )

Julai 2016

Tuan Haji Rozi Bin Puteh Ismail


Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh,Perak.Perak Darul Ridzuan

Tuan,

SIMPOSIUM PENYELIDIKAN ANTARABANGSA UPSI-DEAKIN KALI KEEMPAT 2016

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Deakin University, Australia akan bersama-sama
menganjurkan Simposium Penyelidikan Antarabangsa UPSI-Deakin 2016, pada 6 hingga 7
Oktober 2016 di UPSI.

3. Sehubungan itu, pihak kami dengan ini memohon untuk penyertaan 10 orang guru-guru
daripada sekolah-sekolah Daerah Batang Padang untuk hadir mengikuti sesi majlis perasmian
pembukaan simposium ini yang akan berlangsung seperti berikut:

Masa : 9.00 pagi


Tempat : Dewan Konvensyen
Bangunan E-Learning
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim, Perak

4. Setiap guru-guru yang hadir ini akan diberi sijil kehadiran dan disediakan jamuan.
Mohon pihak tuan/puan untuk memberikan kepada pihak kami nama-nama guru tersebut
selewat-lewatnya pada xxxxxx bagi tujuan persediaan urusetia.

5. Sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan, bolehlah menghubungi pegawai kami,


Encik xxxxxxxxx, di talian xxxxxxxxxxxxxx.

Segala kerjasam daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih

Sekian.

“KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN’’

Yang benar,
(PROF. MADYA DR. SITI ESHAH BINTI MOHSEIN)
Dekan

s.k. : Naib Canselor UPSI

You might also like