You are on page 1of 3

PANDUAN AM MENGISI BORANG LAPORAN PRESTASI TAHUNAN

KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG BERCUTI


BELAJAR BERGAJI PENUH, SEPARUH GAJI DAN TANPA GAJI YANG
MENGISI JAWATAN LATIHAN, BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN


i. Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bercuti belajar
dikehendaki mengisi borang LNPT [(PSD FORM (Performance) 6/93]
yang boleh di muat turun dari Laman Web Kementerian di alamat
http://www.moe.gov.my . Borang yang lengkap diisi dan dinilai oleh
Penyelaras/Penyelia/Ketua Jabatan hendaklah dikembalikan (dalam
sampul yang dimetri) melalui Penyelaras/Penyelia/ Pusat Pengajian
Siswazah/Ketua Jabatan atau dihantar terus kepada Bahagian Tajaan
Pendidikan, Kementerian Pelajaran di alamat berikut :-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
(u.p.: Unit Latihan Dalam Perkhidmatan)

ii. Panel Pergerakan Gaji bagi PPP yang bercuti belajar melebihi 180 hari
(6 bulan) dalam tahun yang dinilai adalah di bawah Panel
Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM.

iii. Markah LNPT semasa Cuti Belajar hanya digunapakai bagi tujuan
pergerakan gaji dan anjakan gaji sahaja. Bagi lain-lain tujuan [kenaikan
pangkat, pemangkuan, pertukaran jawatan secara hakiki, melanjutkan
pelajaran] markah LNPT 3 tahun sebelum/selepas cuti belajar boleh
digunapakai.
iv. PPP tidak akan dipertimbangkan pergerakan gaji atas sebab-sebab
berikut :-
i. Markah LNPT Tahunan Kurang daripada 50%
ii. Telah mendapat pergerakan gaji secara isyarat melebihi
tiga kali pergerakan (bagi pegawai yang bercuti belajar
separuh gaji dan tanpa gaji)
Cth : Pegawai bercuti belajar selama 4 tahun dan tahun
keempat tempoh cuti belajar adalah lebih dari 180 hari.
Maka, pegawai tidak layak diberi pergerakan gaji kerana telah
melebihi 3 kali pergerakan.

PEPERIKSAAN PTK
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang bercuti belajar dibenarkan
mengambil Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Walau
bagaimanapun, pegawai adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-
i. PTK yang diambil tidak mengganggu urusan pengajian
ii. Perbelanjaan untuk mengikuti PTK adalah di bawah
tanggungjawab pegawai sendiri. Pegawai tidak layak
menuntut sebarang kos/perbelanjaan yang terlibat. Pegawai
boleh memohon PTK melalui majikan di tempat bertugas
sebelum berkursus.

ANJAKAN GAJI
PPP yang Bercuti Belajar Bergaji Penuh sahaja akan dipertimbangkan untuk
mendapat Anjakan Gaji dalam tempoh Cuti Belajar dengan syarat-syarat berikut:-
i. Mempunyai markah LNPT yang baik (80% ke atas) pada
tahun pencalonan.
ii. Lulus PTK pada Tahap IV (disertakan bersama slip
keputusan lulus Biro Tatanegara (BTN) )
iii. Tiada tindakan Tatatertib
iv. Diperaku oleh Bahagian Tajaan Pendidikan ( Mengisi Borang
Perakuan Anjakan Gaji)
Pegawai Cuti Belajar Bergaji Penuh yang lulus PTK bagi kedua-dua kertas di Tahap
IV perlu mengemukakan salinan keputusan PTK disertakan bersama slip keputusan
lulus Biro Tatanegara (BTN) yang disahkan kepada Bahagian Tajaan Pendidikan
untuk dipertimbangkan Anjakan Gaji. Walau bagaimanapun keputusannya
bergantung kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran
Malaysia.

PPP yang Bercuti Belajar Separuh Gaji dan Tanpa Gaji yang lulus PTK boleh
dipertimbangkan Anjakan Gaji selepas melapor diri bertugas tertakluk kepada:-
i. Mempunyai LNPT selepas kembali bertugas; dan
ii. Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Jabatan Baru)
(Ruj. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5/2002)

SURAT KELULUSAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN


Surat Kelulusan Pergerakan Gaji Tahunan bagi PPP yang Bercuti Belajar akan
dihantar kepada jabatan asal pegawai (sebelum bercuti belajar) dan JPN untuk
tujuan pemberian pergerakan gaji tahunan. Sekiranya Borang P.S.D Form
(Performance) 6/93 tidak diterima pada tarikh yang ditetapkan, Bahagian ini
beranggapan PPP tidak berminat untuk diberikan pergerakan gaji tahunan.

You might also like