You are on page 1of 13

1

BAHAGIAN A

(20 MARKAH)

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan pilih satu
jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan

1 Faiz dan Rahim telah menjalani latihan bola sepak dengan bersungguh-sungguh.
___________ akan mewakili sekolah ke peringkat zon pada minggu hadapan.

A Kami
B Kamu
C Mereka
D Kalian

2 ______________ Dr. Ranjit Singh telah dilantik sebagai Dekan Fakulti Sains Perubatan
Universiti Malaya pada tahun 2015.

A Profesor
B Tuan Haji
C Yang Berhormat
D Datin Paduka

3 _____________ merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia .

A Sungai Rejang
B Menara Kuala Lumpur
C Tembok Besar China
D Banda Hilir

4 Ampun tuanku, __________ datang membawa utusan dari China, sembah Hang Tuah
kepada Sultan Mansor Syah.

A aku
B saya
C hamba
D patik
2

Soalan 5 berdasarkan gambar

5 Nenek menasihati cucu-cucunya agar berhati-hati meniti _________ supaya tidak


terjatuh ke dalam sungai yang deras.

A titi
B kayu
C pangkin
D jambatan

Soalan 6 berdasarkan gambar

6 Mak cik , duduklah _____________, kata Fahmi .

A sini
B di situ
C di sana
D di sini

7 Azwani berjaya menyampaikan ceritanya dengan ___________ dan gaya yang menarik
serta bersahaja.

A lancar
B cekap
C tangkas
D lincah
3

8 Kerja-kerja ____________ sungai itu memakan masa yang agak panjang.

A memperdalamkan
B pedalaman
C mendalami
D memperdalam

9 Jamilah tidak dapat hadir ke sekolah ____________ dia masih belum pulih lagi daripada
demam panas.

A walaupun
B kerana
C tatkala
D sungguhpun

10 Ayah Zarul __________ menternak kerang ____________ kupang.

A bukansungguhpun
B tidak malahan
C tidaktetapi
D bukan tetapi

11 Ketika merentas hutan, kami melihat _____________ menyorok dan seekor kancil lari
_________ apabila melihat kami datang.

A sesungutsusup-sasap
B sesumpahherot-berot
C sesungut lintang-pukang
D sesumpah pontang-panting

12 Pak Meon membeli _____________ tali untuk menambat kerbau-kerbaunya di kawasan


padang rumput.

A seutas
B selembar
C segulung
D seberkas
4

13 Banyak benar jasa pahlawan yang gugur kerana mempertahankan negara kita, kata
Pak Akob kepada cucu-cucunya.

A Cucu-cucu Pak Akob menceritakan bahawa ramai pahlawan yang terkorban


berjasa kepada negara kita.
B Pak Akob menceritakan kepada cucu-cucunya bahawa pahlawan yang banyak
berjasa terkorban kerana mempertahankan negara kita.
C Pak Akob bercerita tentang jasa pahlawan yang banyak terkorban kerana
mempertahankan negara.
D Cucu-cucu Pak Akob mendengar cerita tentang banyak pahlawan yang berjasa
mempertahankan negara.

Soalan 14
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat yang digariskan.
14 Kerja-kerja yang sukar dapat diselesaikan jika semua pihak saling sepakat.

A Bagai lebah menghimpun madu.


B Pisang tidak akan berbuah dua kali.
C Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
D Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Cis, cantik dan bersihnya kawasan ini !


B Ah, duit belanja untuk hari ini !
C Amboi, rajinnya awak hari ini !
D Hai, awak pun ada di sini !

16 A Sejarah bukan boleh dilupakan.


B Baju itu tidak mahal tetapi sangat berkualiti.
C Buku itu tidak kepunyaan saya.
D Rumah banglo itu bukan rumah kami.
5

Soalan 17 - 20
Baca petikan di bawah ini. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Tuan Guru Besar,
guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengadakan
majlis perpisahan ini untuk saya. Saya berasa begitu terharu untuk melangkah pergi
meninggalkan sekolah ini. Namun apakan daya setiap yang bermula akan berakhir. Saya akan
meninggalkan sekolah ini kerana terpaksa mengikut ayah saya yang akan berpindah serta
bertugas di kampung halamannya.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua guru yang telah mendidik dan membimbing saya. Segala ilmu yang
dicurahkan akan saya hargai dan jadikan pedoman untuk menghadapi hidup ini. Sepanjang
saya di sekolah ini, tentu banyak perlakuan mahupun tutur kata saya yang menyinggung
perasaan guru-guru dan kawan-kawan. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya.

Kepada kawan- kawan, saya ucapkan ribuan terima kasih atas layanan baik yang
telah diberikan kepada saya selama ini. Saya berharap kita sama-sama akan berjaya dengan
cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Kenangan bersama kalian akan sentiasa berada
dalam ingatan saya. Akhir kata, terimalah serangkap pantun daripada saya.

Kalau ada sumur di ladang,


Bolehlah saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

17 Mengapakah saya akan meninggalkan sekolah itu?

A Tamat persekolahan
B Mengikut ayahnya berpindah
C Diarahkan untuk berpindah
D Berpindah ke sekolah lain
6

18 Maksud perkataan merakamkan dalam petikan ialah

A mengucapkan
B memberikan
C meletakkan
D meluahkan

19 Apakah jasa yang telah dicurahkan oleh guru kepada saya?

A Memberikan semangat
B Mendididk dan membimbing
C Memberikan ilmu pengetahuan
D Mengajar dengan penuh semangat

20 Mengapakah saya mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya?

A Kawan-kawannya telah banyak membimbingnya


B Kawan-kawannya telah memberikan kenangan
C Dia telah menyinggung perasaan kawan-kawannya
D Kawan-kawannya telah memberikan layanan yang baik
7

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

buah keping naskhah helai

rumpun batang pasang longgok

Pada hujung minggu, Sofea akan membantu keluarganya membersihkan rumah dan berkebun.
Sofea membantu ibunya melipat baju, seluar dan beberapa ____________ kain. Kakak
Sofea pula menyusun beberapa ______________________ majalah yang bersepah di ruang
tamu. Ayah Sofea ada menanam se_________________ pokok belimbing. Di belakang rumah
Sofea ada se_________________reban ayam.

4 markah

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya :
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Jawapan : Teknik yang digunakan oleh Zamri untuk menghasilkan gambar itu
ialah teknik catan.

2 markah

b. Tulis dialog yang sesuai bagi perbualan di bawah.


Farhana : Ibu, bolehkah saya mengikuti lawatan sekolah ke Melaka?
Ibu : ________________________________________________
________________________________________________.
2 markah
8

c. Soalan berikut berdasarkan situasi yang diberikan.


Penduduk Kampung Sentosa saling membantu antara satu sama lain.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan di atas.
______________________________________________________________________
____________________________________________________________________ .

2 markah

Soalan 23

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Stevia merupakan tumbuhan herba daripada keluarga matahari. Nama saintifik


pokok ini ialah Stevia rebaudiana. Pokok ini mempunyai batang yang lembut dan berdaun hijau.
Uniknya pokok ini boleh menghasilkan bunga kecil yang berwarna putih.

Antara khasiat daun stevia ialah sebagai pengganti gula. Daunnya juga bertindak
sebagai pemanis semula jadi boleh mengawal penyakit kronik seperti Diabetes , obesiti dan
darah tinggi. Daun ini tidak mengandungi kalori dan tidak bertoksik.

Bagi penggemar tumbuhan herba ini boleh ditanam di halaman rumah. Mereka boleh
menanam di dalam pasu sebagai pokok hiasan. Pokok stevia ini boleh dipetik selepas tiga
bulan ke atas. Daun ini dikeringkan di bawah cahaya matahari.Selepas dikeringkan, daun stevia
dikisar menggunakan pengisar. Kemudian boleh dibancuh ke dalam air panas sebagai gula.

a. Nama saintifik pokok stevia ialah _________________________________________ .

1 markah

b. Mengapakah pokok stevia boleh mengawal penyakit kronik ?


______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

2 markah
9

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripada soalan telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Pokok stevia mepunyai batang yang keras dan berdaun


hijau.

Daun stevia bertindak sebagai pengganti gula

betul

Selain mempunyai daun yang berkhasiat, pokok ini juga


boleh dijadikan sebagai pokok hiasan. salah

Daun pokok stevia boleh dipetik selepas tiga minggu


ditanam.

4 markah

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

6 Jun 2015; Sabtu


6.00 pagi
Bunyi kokokan ayam mengejutkan aku daripada tidur. Aku menggeliat panjang..
Gigiku menggelatuk kerana tidak tahan dengan cuaca dingin di kampung pada pagi itu.
Namun, aku gagahkan diri untuk bangun.
10

7.00 pagi
Aku menghiris bawang, memotong sayur dan menggaulkan nasi. Kemudian
nenek menyuruhku mengambil daun cekur di belakang rumah. Kata nenek, cekur enak
dibuat ulam. Selepas nenek siap memasak nasi goreng, kami bersarapan bersama-
sama datuk di dapur.

8.00 pagi
Perutku sudah tidak berkeroncong lagi selepas makan nasi goreng
berulamkan cekur. Menurut nenek, daun cekur banyak khasiatnya seperti melegakan
batuk, mengurangkan bengkak dan merawat jerawat.

9.00 pagi
Nenek bercerita tentang khasiat makan ulam-ulaman. Nenek memberitahuku
bahawa ulam-ulaman dapat menjadikan diri kita awet muda. Malah badan kita akan
sihat dan cergas. Patutlah nenek jarang sakit. Rupa-rupanya nenek makan ulam-
ulaman.

10.00 pagi
Datuk pulang dari pasar dengan sebakul sayur-sayuran. Aku melihat di dalam
bakul itu ada ulam raja, kacang botor, dan kangkung. Kata datuk, semua sayur itu ialah
sayur organik. Tanaman organik bagus kerana tidak menggunakan baja kimia dan
racun serangga perosak.

a. Maksud frasa perutku sudah tidak berkeroncong lagi dalam petikan ialah
________________________________________________________________.

1 markah
b. Nyatakan khasiat cekur yang ditanam oleh nenek.
________________________________________________________________
________________________________________________________________

2 markah
11

c. Mengapakah nenek jarang sakit?


________________________________________________________________
________________________________________________________________

2 markah

d. Pada pendapat anda, adakah penulis akan mengambil ulam-ulaman dalam


pemakanan sehariannya selepas ini? Berikan alasan anda.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________.

2 markah

Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Generasi Negara

Rakanku,
Engkau kesayangan keluarga
Engkau harapan masyarakat
Engkau juga permata Negara.

Rakanku,
Usah leka dengan kesenangan
Usah mudah berputus asa
Ayuh bangkit berusaha gigih
Demi keluagra dan Negara tercinta.

Rakanku,
Usahamu, sumbanganmu, sikapmu,
Masyarakat tersenyum riang
Generasi muda harapan Negara.

Rakanku,
Teruskan berbakti
Negara aman hidup sejahtera.
12

a. Penulis sajak ini tujukan puisi ini kepada siapa?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
2 markah

b. Bagaimanakah cara untuk memperoleh kejayaan?

________________________________________________________________
________________________________________________________________

2 markah

c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( x) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan sajak tersebut.

Generasi muda harapan negara.

Perlu bangkit untuk kepentingan sendiri.

2 markah

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

..
(SUPIAN ZAINUDDIN) (KETUA PANITIA BM) (GURU BESAR)
13

You might also like