You are on page 1of 2

Pengenalan

Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu
kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi
mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu
yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran,
kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi
pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.

Istilah kerja berpasukan memberikan maksud sekumpulan manusia yang berkerja bersama-
sama dalam satu unit organisasi seperti sekolah. Ia juga menunjukkan bagaimana manusia
bekerja dengan lebih berkesan dalam satu kumpulan kerja yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang. Tetapi ia tidak bermakna setiap individu tidak mempunyai kepentingan. Sebaliknya
keberkesanan dan kecekapan kerja berpasukan sering kali melewati kepentingan dan sasaran
secara individu. Kerja berpasukan yang paling berkesan adalah apabila semua individu
melibatkan diri dan member sumbangan secara harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

Kerjasama menghasilkan produk atau pendidikan yang berkualiti dengan penuh rasa
tanggungjawab adalah kerja berpasukan. Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab
dan kepakaran masing-masing yang perlu digunakan bagi menghasilkan keberhasilan warga
ssekolah dan sekolah. Sekolah boleh dinilai berdasarkan kualiti keberhasilan dan kualiti
kerjasama yang ditunjukkan oleh warga sekolah dalam usaha menjadi satu kumpulan.
Kerjasama yang erat dengan berpegang pada matlamat yang sama adalah wadah yang
membawa kejayaan kepada mana-mana ahli kumpulan. Kumpulan kerja perlu mengenepikan
perbezaan dan bekerja bagi mencapai matlamat itu.

Kepentingan kerja berpasukan adalah bagi membantu ahli organisasi sekolah membina
keyakinan dalam menyuarakan pendapat serta mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi
bekerja dengan orang lain. Ia juga menjurus ke arah belajar bekerja dengan warga sekolah
lain. Jarang terdapat pasukan kerja yang dijadikan contoh. Kebanyakkan kita mementingkan
dan menekankan supaya menjadi yang terbaik secara individu. Pekerja jarang didedahkan
dengan persekitaran yang menekankan kerjasama dan kita sudah dibiasakan dengan menilai
kepelbagaian manusia dari segi idea, latar belakang dan pengalaman. Kita boleh mewujudkan
budaya kerja secara berpasukan dengan melakukan beberapa perkara secara betul. Jika
dilakukan dengan tekun dan menghargai nilai, perkara ini dapat dicapai walaupun sukar.
Bagi membentuk pasukan kerja yang efektif merupakan satu agenda yang menjadi keutamaan
pihak pengurusan sekolah. Isu-isu pendidikan tidak lagi hanya berkaitan dengan sistem
pendidikan dan persekolahan, tetapi juga melibatkan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi
kualiti pendidikan. Oleh itu, pendekatan pengurusan sekolah haruslah bersifat holistik, iaitu
melibatkan semua pihak dan dibuat secara berterusan. Oleh yang demikian, kerja secara
berpasukan amat penting diamalkan di sekolah untuk menentukan kejayaan sesebuah
sekolah.

You might also like